Hantarlah email anda ke Biro Pengaduan Awam / Tribunal Pengguna. Insyallah masalah anda dan pihak terbabit dengan segera akan selesai.
Ini yang aku lakukan pabila barang yang aku beli dari Johor yang telah d hantar oleh seller pada 13/11/2012 dan masih tidak sampai ke tangan aku walaupun dah berhari2.
Bila aku call, asyik bagi jawapan yang sama, driver dah bawa keluar,driver dah bawa keluar.. tapi barangnya mana? Paling best sekali, dorang akan kasik alasan dorang datang tapi office d tutup. Aku tanya, kalau betul driver datang, mana notis kad? Dan aku tanya, apa yang ada di office aku? Rupa bentuk office aku? Tak boleh pun jawab....
Dan percaya tak.. bila aku send emel ni ke ( pihak yang bertanggungjawab untuk kita buat aduan)
Noor Idayu Yeop Husin Md. Nasir bin Ecsoff Azlan Bin Man ; Hee Hon Ming ; Unit Komunikasi Korporat (PRO)
Pihak Citylink call aku pada hari yang sama Isnin 26/11/2012 pada pukul 10.45 pagi macam tu la.. dan pada pukul 11.50 pagi, hari yang sama, barang pun sampai. SANGAT HAIRAN DAN AJAIB. Boleh pun hantar cepat kan..
Kalau tak..asyik dok hantar email kasik alasan macam nie je.. (email dari Citylink)
Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang telah puan hadapi disebabkan oleh pihak kami, pada masa yang sama kami sedang menjalankan sisatan secara terperinci di atas kes ini dan kami akan memastikan untuk memberikan penjelasan yang sepenuhnya bagi kejadian ini. Pihak kami juga akan memastikan untuk membuat penghantaran pada hari ini juga dengan secepat mungkin.
***************************************************
Walaupun kes nie dah settle and pihak Citylink dah pun call aku mohon maaf, aku nak gak tulis kt sini berkongsi pengalaman sekurang2nya anda tahu kat mana dan apa yang boleh di lakukan sekiranya anda rasa anda di permainkan..
Ni email aku kepada pihak terbabit - aku hantar ke BIRO PENGADUAN AWAM, TRIBUNAL PENGGUNA, ADUAN RAKYAT, FOMCA, dan aku cc ke citylink cssv.
***************************************************
Untuk maklum pihak terbabit :
Biro Pengaduan Awam dan Juga Tribunal Pengguna Serta semua yang di emailkan.
Saya, LIZA AMRAN, HP NOMBOR ***** INGIN MEMBUAT ADUAN. Dan aduan saya berbunyi sebegini :
Pada 13 Nov 2012,SELASA - saya telah membuat bayaran untuk pembelian di Internet.Pembelian dari Johor
Pada 16 Nov 2012, JUMAAT - penjual telah menghantar barang tersebut melalu COURIER CITYLINK - CONSIGNMENT NOTE BERNOMBOR 060307080200247.
Pada 19 Nov 2012, ISNIN - saya masih belum menerima bungkusan tersebut. Penjual menghubungi CITYLINK CUSTOMER SERVICE 03- 5033 3800 dan di maklumkan bungkusan saya telah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.
Pada 20 Nov 2012, SELASA - saya masih belum menerima bungkusan tersebut dan saya pula menghubungi CITYLINK untuk status terkini bungkusan saya. Masih lagi di beritahu bungkusan saya sudah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.
Pada 21 Nov 2012, RABU - Saya dan penjual,masing2 menghubungi SEKALI LAGI CITYLINK - saya tidak pasti bagaimana CITYLINK menjawab kepada penjual, TETAPI pada saya, CITYLINK tetap bagi alasan yang sama iaitu driver bawa keluar untuk di hantar kepada saya. Saya hantar aduan ketidakpuashatian saya ke emel CITYLINK.. (boleh scroll di bawah sekali)
Pada 22 Nov 2012, KHAMIS - Saya masih lagi menghubungi CSSV CITYLINK bertanyakan status bungkusan saya. Jawapan yang sama masih saya diterima. Di sini berlaku sedikit pertengkaran di mana saya tidak boleh lagi menerima alasan yang sama.
Sudah 3 hari di bawa keluar, tetapi masih lagi belum sampai ke tangan saya????
Dan bila saya minta contact number driver tersebut, customer service citylink, memberi nombor bahagian logistic 0355188502/8504 untuk di hubungi. Saya call dan bercakap dengan LINI. Janjinya pada saya akan menghubungi saya semula selepas lunch pada hari yang sama. Saya tunggu sehingga 3PM tapi janji tidak di tepati. Saya call LINI semula dan dia tiada di tempatnya. Saya meninggalkan pesan (perempuan) minta LINI hubungi saya semula untuk saya tahu status bungkusan saya dan juga contact number driver tersebut. Malangnya sehingga email ini di hantar, Lini tidak menghubungi saya semula.
Selepas tidak dapat bercakap dengan Lini, saya call semula Customer Service Citylink dan minta bercakap dengan Manager. Malangnya Manager tersebut busy dan minta saya tinggalkan message saya pada Customer Service tersebut, iaitu Ibrahim.Pesanan di tinggalkan seperti kronologi di atas.
Pada hari yang sama juga, 22/12/2012 Manager tersebut , Mrs Said (not sure ejaan) call saya dan memberitahu ada kesilapan teknikal di Warehouse dan berjanji akan PASTIKAN barang saya sampai keesokannya (23/12/2012) harinya dan akan call saya semula pada hari tersebut (23/12/2012) untuk memastikan barang tersebut sampai pada saya.Mrs Said akan handle kes saya sehingga barang saya di terima.
Thinesh - CSSV (mungkin supervisor) dari HQ juga menghubungi saya. Seperti Said, dia juga berjanji akan menghubungi saya semula pada hari berikutnya (23/12/2012) untuk memastikan bungkusan saya telah di terima. Malangnya seperti Said, dia juga tidak menghubungi saya.
Pada 23 Nov 2012, JUMAAT - saya menunggu dari pagi sehinggalah habis waktu kerja 4.30 petang, barang saya, tidak juga sampai. Dan 2 pekerja CITYLINK yang berjanji hendak menghubungi saya semula selepas waktu lunch, dan memastikan barang saya sampai pada hari ini (23 /12/2012) tidak langsung hubungi saya walaupun barang saya MASIH BELUM SAMPAI.
Pada 24 Nov 2012, Sabtu, - saya masih belum dapat bungkusan tersebut, dan untuk kesekian kalinya saya hubungi lagi CSSV Citylink, minta bercakap dengan Mrs Said, malangnya Mrs Said tidak ada di tempatnya dan CSSV (lelaki) mengambil pesanan saya, akan memohon Mrs Said hubungi saya, tetapi di waktu ini,sehingga sekarang nie 26/12/2012 10.15am, tiada panggilan dari CITYLINK untuk saya tahu status bungkusan saya.
Pada 26 Nov 2012, ISNIN - di saat email ini di hantar, saya masih lagi belum dihubungi oleh CITYLINK dan barang saya juga masih belum saya dapat.
Untuk Pengetahuan Pihak Tuan Biro Pengaduan Rakyat, Tribunal Pengguna, Aduan Rakyat
Tujuan email ini di hantar, saya memerlukan bantuan dari pihak tuan, supaya pihak CITYLINK tidak memperlakukan customer seperti SAMPAH. Saya, pembeli, membayar untuk perkhidmatan CITYLINK, tetapi service yang diberi, sangat tidak memuaskan hati.Pabila aduan di buat, pihak CITYLINK hanya memberikan janji kosong :
1 - berjanji untuk memastikan barang sampai pada 23 Nov 2012
2 - berjanji menghubungi saya semula pada 23 Nov 2012 untuk mengetahui status barang saya
Saya, selaku pembeli dan juga pembayar, tujuan menggunakan courier service, untuk barang sampai cepat. Tak kisahlah sama ada barang itu personal atau pun keperluan office.
Barang yang saya beli itu, barang kaca, sekiranya barang itu pecah,atau berlaku kerosakkan saya ingin menuntut ganti rugi berganda dari pihak CITYLINK kerana menyimpan terlalu lama barang saya.
Saya mohon sangat pihak Biro Pengaduan Awam dapat membuat sesuatu supaya pihak CityLink SERIOUS membuat kerja dan saya mahu barang saya sampai dalam keadaan BAIK.
Ini perjalanan bungkusan saya dari Johor. Saya hairan kenapa terhenti di shah alam?
Consignment No.: 060307080200247 | Select Time Format: | | |
|
|
Shipment Details |
Consignment No: | | 060307080200247 | Destination: | | |
Reference No: | | | Origin: | | Muar |
Shipment Type: | | Parcel | Delivery Station: | | |
Shipment Date: | | 16 Nov, 2012 | Recipient: | | |
|
|
| |
|
|
|
| |
| | |
|
Ship date: Delivery date:
| | Nov 16, 2012 |
|
|
| |
|
| |
All shipment travel activity is displayed in local time for the location |
|
| Friday, November 16, 2012 | | Time | | Location | |
|
Shipment Collected | 04:52 PM | MUAR, MALAYSIA |
|
Shipment Bound for SHAH ALAM, MALAYSIA | 04:57 PM | MUAR, MALAYSIA |
|
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA | 04:57 PM | MUAR, MALAYSIA |
|
|
| |
| Saturday, November 17, 2012 | | Time | | Location | |
|
Received by | 01:39 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Monday, November 19, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 02:08 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA | 09:38 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
Received by | 08:19 PM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Tuesday, November 20, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 01:11 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Wednesday, November 21, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 05:23 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA | 09:20 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Thursday, November 22, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 03:37 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
FUTURE DELIVERY REQUEST | 12:07 PM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Friday, November 23, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 04:07 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
| |
| Saturday, November 24, 2012 | | Time | | Location | |
|
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA | 04:09 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA | 10:31 AM | SHAH ALAM, MALAYSIA |
|
|
|
|