Meh jadi kawan saya.. ^_^

Friday, May 31, 2013

It's Pulau Redang Time... ^_^

Tiada kata yang dapat ku gambarkan..
Tiada lukisan yang dapat ku lakarkan
Tiada bahasa yang boleh ku coretkan utk keindahan Pulau Redang..
Hanya mampu ku ucapkan..
SubhanAllah Maha Suci Allah yang menjadikan segala keindahan d muka bumi ini
Dan Pulau Redang.. yess.. sangat2 cantik... Masya Allah.. Allah Maha Agung... aku terpegun dengan keindahan d Pulau Redang
(mood jakun la..ai tak pernah sampai ke sana.. ;) )

Walaupun service kat Holiday Beach Resort tu macam tuttttttttt.... 
Walaupun pakej makanan kat situ tak memenuhi selera kami sekeluarga..
Nasi keras, lauk habis masa 1st day kami sampai....bihun tawar and sedikit ala2 wire...
Walaupun kena beratur and berebut2 nak naik ferry ke Pulau Redang, pastu kena berjalan kaki gile punya jauh ke Resort...patutnya ada tracktor yang angkut kami penghuni Holiday Resort dari turun ferry ke Resort.. 
Ibaratkan ferry turunkan kami d utara and resort tu ke selatan.. jauh ya amat berjalan dengan bag yang berat dan panas yang terik...
Resort lain ada 2 3 tractor.. tapi Holiday Beach Resort hanya ada 1 tractor yang kami tunggu selama 30minit tak sampai2 lagi...
Memang ramai yang hangin n bengang untuk hari ketibaan tu..memang fail betul....
Dah la masa register tu sorang pun tak cakap sori.. dapat pula bilik yang kena mendaki bukit... 

Tapi bila dah kena air cond, dapat plak pemandangan sebegini..
 
Dengan laut membiru.. perghhhh memang Crystal Clear la ayaq laut nie...
Segala kepenatan mendaki bukit.. sebab bilik kita orang nie atas bukit..rasanya yang paling tinggi skali la..
Hilang d hembus bayu laut...

View Dalam Bilik... Bilik ni d panggil Bunglow Semi D SeaView
Bilik ni ada loteng...besar gak la n selesa utk 5 6 orang cenggitu
 View tingkat bawah.. masuk je pintu ada 2 Queen, aircond n kipas..
TV tarak ya.. memang kt sini untuk menikmati pemandangan live dan untuk menjaga mata.. takyah tengok tv tapi internet line laju plak.. agaknya sebab atas bukit kut...
Ni plak utk atas loteng.. just satu tilam..tapi masih ada ruang untuk berjalan n letak barang..cuma tangga dia agak curam n tak berapa sesuai untuk anak2 yang baru pandai berjalan ya... lupa snap gambar tangga..
Anak2 sudah ready mau snorkeling...
Ai lagi la tak sabar.. last g Perhentian..snorkeling dengan kerabunan.. la ni mata dah lasik..sudah terang.. tak sabar nak saksi kan keindahan alam ciptaan Ilahi
Memang indah ciptaan Ilahi... aku sangat kagum... katalah aku jakun ke apa ke.. tapi sesungguhnya tiada kata yang dapat aku lakarkan untuk gambarkan keindahan dan kecantikan Pulau Redang
 
 



 Terjumpa baby shark... baby kan..boleh la kejar2 amik gambar.. kalau mami or daddy shark.. aku plak kena kejar.. :P
Banyak lagi gambar2 underwater yang d snap.. jakun plus kagum kekdahnya... tapi cukup la ini sekadar berkongsi..
3 hari 2 malam d Pulau Redang cukup meninggalkan kesan manis buat aku. Dengan mata alhamdulillah tiada lagi kerabunan.. cukup membuat aku kagum dengan kehidupan dalam laut... 
Jom..kita sama2 menghargai ciptaan Ilahi.. sama2 kita menjaga laut kita dari tercemar.. moga generasi akan datang, tidak melihat hidupan dasar laut d Zoo atau d TV sahaja..
Sampai jumpa lagi d snorkeling akan datang...
Aku masih lagi dalam mood kagum + jakun..

Saturday, May 25, 2013

Babai Blog

Babai Blog..
Aku nak g jalan2 bawa anak2 cuti sekolah...
:D
Cuti kejap la.. cesss.. macam la tak penah cuti sebelum nie kan.. 
Macam la ada yang heran kan..
:P

Mau merehatkan minda dan menyegarkan mata seketika cuma...
Jadi la kan..
;)
Paling tak sabar..nak Snorkeling... sebab..last g Perhentian, aku ada masalah mata..tak dapat guna contact lens, kena guna spec.. apa la maknanya snorkeling dengan mata yang kerabunan kan...
Kalini mata dah lasik... :D Hope dapat la bertentang mata dengan ikan2 dalam lautan kat Redang nanti...
hee hee

Monday, May 13, 2013

Jangan Baca Entry Ini

Di suatu malam, ketika anda memandu seorang diri...
Jalan itu jalan ke kampung anda dan sudah tentu anda menghafalnya kan..
Tetiba malam tersebut, anda seolah2 melalui jalan yang tak pernah anda lalui selama ini.. Padahal itu jalan menuju ke kampung anda dan anda tidak pernah lupa..
Tapi eh eh..selama ni anda lalu, tak pernah plak jumpa kampung. Tapi dek rasa teruja, anda tenung kiri kanan dengan rasa takjub..dan tetiba anda sendiri tak pasti bagaimana, kereta anda berhenti d depan pondok usang.. sebab nak kata rumah macam tak lojik plak dengan keadaannya yang uzur dan semak.
Tiba di situ, anda terlihat seorang budak lelaki yang sangat comot duduk tercongok di tangga pondok tersebut sambil menunduk tidak memandang ke anda langsung.
Dengan rasa cuak, kaki anda bagai d tarik2 mendekati budak lelaki yang comot itu dan bertanya kenapa duduk seorang diri d tengah malam begini.
Dia cakap tunggu neneknya yang pergi ke belakang. Bila anda toleh kebelakang tersebut, hanya hutan yang kelihatan...
Apa yang akan anda lakukan? 
Yaaa.. tunggu bersama budak tersebut sehingga neneknya kembali..
Penantian 1jam 30min berlalu, nenek masih tidak kelihatan..
Seterusnya apa tindakan anda?
Betul... bawa budak itu bersama anda pulang ke kampung anda dan kenalkan dia dengan ibu anda..

Dan d suatu tika d lain hari, d waktu yang berbeza tetapi tempat yang sama... 
Anda ternampak novel ini
Apa yang patut anda lakukan sedang anda peminat gile novel2... hobi anda membaca novel.
Patut atau tidak anda membacanya?
Atau ikuti je kata2 novel tersebut - Jangan Baca !!

Anda degil???
Ingin membacanya juga???
Bacalah...
Segala yang anda hadapi selepas ini.. anda tanggunglah sendiri...
Saya sudah ingatkan anda.. anda tetap berdegil mahu membacanya...
Baca la.. tapi jangan menyesal.. !!




NoTa KaKi : Mohon maaf pada yang nak komen then terpaksa tulis WORD VERIFICATION.. terpaksa letak sebab banyak sangat komen SPAM yang masuk kat sini

Thursday, May 9, 2013

Di Sebalik Kegembiraan Terselit Khabar Duka

Setiap yang datang pastikan pergi..
Setiap yang pergi, ntah beli kan kembali..
crying
Aku telah kehilangan 2 idola yang aku sayangi aku sanjungi..
Tapi itulah lumrah dunia yang harus aku hadapi..
Yang hilang kan berganti.. tapi apakah sama dengan yang pergi?

Manchester United Champion 20 EPL this season..
D sebalik kegembiraan itu..rupa ada khabar sedey yang datang..
Sir Alex Ferguson retired as a boss at Manchester United
Tiada lagi aksi marahnya ketika pasukannya d dahului pasukan lawan
Tiada lagi aksi kunyahan chewing gum dapat d tatap d kala pasukannya berentap
Hilang sudah aksi cool or aksi happy nya d padang ketika pasukannya Goaall........

Sebak dan sedey plak... Sori.. ter emo plak N3 nie.. aku memang sebak dan sedey sangat...
Pengganti katanya David Moyes.. Bolehkah secemerlang SAF?
atau
Jose Mourinho? Bolehkah bertahan selama SAF 26 tahun?
:(
Bye bye Alex Ferguson...
Alex Ferguson will leave his role as Manchester United boss at the end of the season
TIME TO GO ... Alex Ferguson will leave his role as Manchester United boss at the end of the season

Serius..aku sangat sedey..2 idola yang aku kagumi dah takda kat ManU lagi.. 

Both dah takda kat ManU lagi.. CR7 please come back to ManU..
Photo: Thanks for everything, Boss.

38 trophies at United including 13 Leagues, 5 FA Cups, 4 League Cups and 2 Champions Leagues. Incredible! 
#thankyousiralex
Photo: 38 trophies at United including 13 Leagues, 5 FA Cups, 4 League Cups and 2 Champions Leagues. Incredible! 

#thankyousiralex

Gonna Miss You..

Wednesday, May 8, 2013

Semalam ku Bermimpi

Gara2 tekun mentelaah novel kak Suraya Cinta Ku Luruh D Oxford...
Ikan bakar keli la..ikan sungai itu la.. aku sampai termimpi2 Talapia Bakar... makan dengan sambal belacan, ada plak Bendi Celur plus ikan masin...
Perghhhhhhhhhhh meleleh ayaq lioq wa cakap lu...

Then bangun pagi harini, walaupun aku masih lagi busy menkhatamkan novel2 yang aku baru beli kat PWTC tu.. dengan semangat waja.. seawal 8 pagi dah kat dapur masak untuk tengah hari...
Awal pagi aku dah kerahkan che hasben g pasar beli apa yang aku mimpikan tu.. 
:D
Hasilnya.. pukul 10 pagi.. breakfast aku jadi lunch.. 
:))
tak menahan ooooo

Talapia Bakar... D sebabkan kuali ajaib aku kat tempat lain, maka aku masak style lama le.. bakar dengan daun pisang..
Ikan Masin - tak tahu ikan apa..hehe.. minta hasben belikan ikan masin kedera tapi takda.. d gantikan dengan ikan yang aku tak tahu namanya.. 
Sayur plak asalnya suruh beli bendi, sebab nak buat bendi celur.. tapi apa nak buat.. dia lupa.. then dia beli sayur cenggini.. Udah nampak pucat sebab tkda kaler untuk menyerikan..  tapi kira ok la kan dari aku yang kena g pasar then masak lagi.. penat oooo
Akhir sekali.. sambal belacan.. perghhh.. sedap oooo...sendiri puji masakan sendiri.. ok la kan..
:))
Terlerai la sudah impian mimpi aku.. terlaksana la sudah d alam realiti...
Jemput makan semua.. untuk aku yang dah 2 round..
Pastu gado badan tak mengecik..
:P

Monday, May 6, 2013

KuIngin Cintamu

Ada sesiapa nak bagi cintanya pada aku tak?
Ewahhhh..macam kurang kasih sayang plak sampai nak mintak cinta orang lain kan..
:P

2 Novel dah khatam
Jom aku nak review jap... Apa pun ini hanyalah pandangan aku sahaja dan tak semestinya sesiapa yang membaca ni setuju dengan aku ya..
Politik bergaduh, kang aku review novel ni pun boleh mendatangkan pergaduhan gak.. 
Penin mak nyah...
d'oh

1st novel yang aku tak sabar nak baca, novel dari Kak Haiza Najwa
Sinopsis Belakang Novel
Humaira mula menulis novel setelah membaca novel seorang penulis tersohor. Ideanya mampu menzahirkan karya yang hebat. Namun garapan ceritanya yang kaku perlukan X-factor. Lalu dia memutuskan untuk ‘ber–cinta’, sesuatu yang ber–lawanan dengan fitrahnya yang anti lelaki selama ini. 

Demi menghidupkan roh cinta dalam novel pertamannya, nun di Tembok Besar Badailing, dia bertemu Dr. Damyral. Namun cinta kilat itu putus. Seterusnya, bila memulakan manuskrip terbaru, Humaira akan memikat seorang lelaki sebagai pa–sangannya bercinta. Perasaan cinta ini akan ‘ditumpahkan’ ke dalam manuskrip yang sedang ditulis. 

Dia kemudian terjebak cinta dengan Azril iaitu hero novelnya yang ketujuh. Dia bertindak melarikan kerana tidak tahan de–ngan buruan Azril yang penasaran terhadapnya. Sebenarnya, Humaira fobia dengan perkahwinan kerana takut semua lelaki bersikap tidak adil seperti ayahnya. 

Di daerah asing itu dia bertemu semula dengan Dr. Damyral, cinta per–tamanya. Barulah dia sedar yang dia mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu yang menghalangnya iaitu Huwaida yang juga tergila-gilakan lelaki yang sama. Malah Huwaida sanggup bertindak sadis! Apakah itu ba–lasan dosa untuknya kerana mengecewakan cinta tujuh lelaki?

***************************************************************************

Bagi aku pula, novel kak Haiza kalini kurang umphhhh... Mungkin sebab nama kembar and adik beradik yang seakan2 sama membuatkan pembacaan aku macam konpius sekejap. Lagipun nama2 tu tak mesra dalam hati aku, pemikiran aku, jadi aku macam susah nak hadam nama2 tu.
Humaira,Huwaida dan Huwaifa
Bila watak2 ini mempunyai nama seakan2 sama, kekdang aku terlepas pandang dan tertanya balik, eh eh.. watak siapa ya tadi dan kena balik review ayat yang lepas.. ni membuatkan pembacaan aku terganggu dan penghayatan dah terputus.
Sikap aku membaca novel, seolah2 aku ada dalam setiap peristiwa yang berlaku pada watak2 tersebut. Bila mana aku tak berjaya menembusi novel tu, aku jadi kurang bersemangat untuk membacanya.
Ini yang terjadi pada aku d sebabkan nama watak2 tu hampir sama.. kecuali pabila penulis memberi singkatan pada nama panggilan dorang, Aira, Aida dan Aifa..
Dan kekeliruan itu bukan aja terjadi pada aku sendiri, pembaca, penulis juga rupanya.. hehe.. sori ya kak Haiza, sebab ada pada beberapa muka surat, watak yang sepatutnya, mengikut pemahaman aku d mainkan oleh Humaira, penulis meletakan nama Huwaida.. yang ini aku pasti sebab aku sendiri terhenti bacaan dan terdetik d hati, eh eh.. tadikan Damyral bercakap dengan Humaira, kenapa plak Huwaida d sini.. So aku anggapkan penulis salah letak wataknya.
(Aku plak terlupa nak tandakan muka surat berapa..nak ulang balik baca, mungkin tidak buat masa sekarang nie sebab ada 30++ novel lagi masih menunggu untuk aku baca )
kalau penulis sendiri confuse meletakkan wataknya.. apatah lagi aku sebagai pembaca kan..
Itu untuk wataknya..
Untuk jalan cerita tu plak.. untuk muka surat 100 yang pertama.. ada sikit rasa boring.. asyik berkisar pada kisah Huwaida dan Humaira ja.. boring dan agak slow.
Dan debaran bermula tatkala watak Syahirah dan Tok Adam muncul. Tersingkap serba sedikit rahsia demi rahsia.. 
Dan aku sebenarnya sangat sakit hati dengan watak Fakhrul Rradzi, bapa kepada watak utama, yang tidak mengenali isteri sendiri, d sebabkan isterinya kembar dan ada peristiwa yang berlaku pada tika itu. Bermula dari saat itu Fakhrul Radzi sangat benci pada Syahirah isterinya sendiri tapi d sangkakan kembar isterinya Munirah.
Masa ni aku sangat sakit hati sebab bagi aku kembar seiras macam mana sekali pun tetap akan ada perbezaan. Tak banyak, sikit mesti ada dan sebagai orang yang terdekat dengan isteri, dah tentulah suami kan.. masakan tak boleh kenal kan. Masakan Syahirah tak boleh ulangkan peristiwa atau dialog antara dia dan suami yang mana Munirah kembarnya takkan tahu.
Tapi Kak Haiza pandai, d hujung2 cerita (taklah hujung sangat) baru d bukakan rahsia kenapa Fakrul Radzi tak kenal isterinya sendiri.  Yang ini aku respect sangat dengan Kak Haiza.
Jalan cerita selepas 100 muka surat pertama tu memang dah sempoi and best.. cuma aku sangat2 terganggu nama watak2 utama tu.. jadi keseluruhan novel nie gagal aku tembusi.

Kak Haiza.. sori tau.. Khalimah Jiwa tetap yang terbaik..thumbs up

Friday, May 3, 2013

Novel OoooO Novel

Kenapalah engkau ni berhantu sangat ya Novel?
Padahal sebelum ke PWTC, aku berkata pada diri sendiri..
"ermmm takda apa sangat yang hendak d beli.. novel sekarang ni banyak yang klise"
So tak perlulah membawa travel bag.. cukuplah dengan bag pac aja..

So dengan langkah bismillah pada 2/5/2013 bersamaan hari Khamis pukul 9 pagi..
Aku melangkah keluar dari rumah d USJ Subang (motip cerita aku dok mana kan :P )
Menanti bas untuk ke Subang Prade..bas datang 9.15 pagi.. ok la.. tak la lama menanti.. 
Dari Subang Prade, melangkah dengan penuh ketidak sabaran membeli tiket komuter untuk ke PWTC plak...
Haiyarkkk tak sempat kejarkan komuter pukul  9.53 pagi d sebabkan ada sorang Uncle bertanya banyak sangat soalan kt kaunter tu.. kaunter plak ada satu je.. nak beli kt mesin, aku tak pandai.. padah n padan muka sebab naik tren setahun sekali je kan..
Dapat la tren pukul 10.20 pagi rasanya.
Dalam pukul 11 pagi.. tiba lah aku d PWTC dan menanti seorang kawan (selalunya kami ber3, tapi tahun ni ber2 ja)
Kawan datang.. yieeeeeehhhaaaaaaaaaa.. upacara memborong pun bermula...
Dari 9 pagi keluar rumah.. sampai la pukul 6 petang baru sampai rumah... 
Gile best..
Hasilnya...
Taraaaaaaaaaaaa...

Tima kasih la utk bag pac askar tu.. tiap2 tahun konpem usung hat tu untuk jadi bonggol unta kat belakang.. giler berat.. :((

Meh kita skodeng kat dalam bag2 tu..

Jom kita zoommmm dekat2 sikit
Dari NB Kara..
Terima kasih KakYati Brahim sebab sudi tangguhkan g lunch utk sign novel2 yang saya beli nie..
Gift dari NB Kara - Coklat Caramel dari Turkey katanya.. aku mati2 ingat ubat gigi.. :))
Motif nak bagi gift ubat gigi la kan.. 
:P
Hat ni plak dari Alaf21.. seperti selalu aku memang tak memborong sangat kat Alaf21 sebab aku suka memborong time sale kat Karangkraft.. 
Untuk Kak Maria Kajiwa.. gile sehh seronok sangat dapat novel Janji Julia nie..dah lama ku mencari, baru kini ku genggami..
:D
Novelist yang wajib aku beli karyanya..
Kak Noor Suraya.. 
John Norafizan..hope kalini karyanya tak menghampakan la.. 
Aina Emir, lately ni karya dia macam kureng sikit la..
Mimie Afinie pun sama.. feel tak rasa.. kekadang tu ada gak terfikir macam orang lain je tulis guna nama dorang nie...Tapi beli gak la untuk test macam mana.. If kureng gak.. so ini kali terakhirlah kut aku beli karya dorang nie
Untuk publisher FIXI memang aku berlebih sikit...Ini gara2 group Buku Tiga Lama la.. racun baekk punya.. sampai aku kena racun gak..
:))
Harap2 karya FIXI yang aku beli kalini takdalah macam Novel CEKIK yang membuatkan aku rasa TERCEKIK bila bacanya... 



Yang ni plak karya ala2 seram.. seram ke? hehehe..tak tahu lagi sebab belum membaca..
Tapi novel JANGAN BACA NOVEL INI.. memang aku plan nak beli.. juga dapat info dari Grup Buku Tiga Lama.. ceritanya umphhh....
 Ahadiat Akashah _ Joni Togo.. gile lama aku menanti sambungannya...
 Yang ini plak tengok kat FB kak Maria Kajiwa.. so macam tertawan nak beli.. tak tahu nak pilih yang mana satu.. rembat ja la 3-3 yang ada..

Last sekali dari Karya Seni..
Huiii kalau tak kerana nak rembat karya MELUR JELITA & E MAN SUFI.. memang aku blah je dari situ.. Cashier yang tak boleh blah punya bahasa... 
Aku beli 5 novel yang bernilai RM100 ++ dan membuat aku dapat 2 bag dari KS.. so aku tengok cashier tu masukkan 5 novel yang agak tebal dalam 1 bag.. then aku tanya la
" adik, dapat 2 kan?" - maksud di sini 2 bag la
boleh dia jawab dalam intonasi "terlebey sopan santun"
"Sabar kak sabar la.. saya tahu kerja saya"
fuhh cantiknya budi bahasa
dan aku cakap la
"saya tanya ja" intonasi aku macam mendatar sakit hati la kan..
dia dengan selambanya lagi dia balas dengan memek muka yang macam hapa ja..
"akak banyak sangat tanya nanti saya lupa yang ni dah masuk ke yang ni belum ka..tak tahu mana dah masuk mana yang belum.. bla bla bla bla"
aikkk satu soklan ja dah kata aku banyak tanya..
malas panjangkan stori, aku cakap " iyea laa"
Kalau ikutkan laser aku nak je aku cakap.. novel tu tebal2 dik oiii apsal masuk satu bag padahal aku layak dapat 2 bag.. tak ke roboh bag tu dengan ketebalan novel2 tu dalam 1 bag..
Akal ada tapi tak guna.. 
Tapi aku taknak la jadi "sopan santun" macam cashier tu kan.. nanti taraf pemikiran aku sama ja la dengan cashier tu kan..

Sangat lah "bersopan santun" punya cashier tu.. mujurlah sebab nak novel nie.. kalau tak, memang aku blah je.. tak kebulur aku nak hadap muka cashier yang sangat sangat sangat "sopan santun" tu..
Dan yang aku dapat info dari kawan2 yang pergi pada waktu dan hari lain, memang staff2 d KS sangat TAK MESRA PENGGUNA
Bukanlah nak suruh dorang tunduk hormat.. but at least manis la muka sikit.. ini kalau sembang sesama dorang punyalah riuh..bila dengan kastemer yang datang nie.. macam hapa ja...
Kalau penat, gerai2 lain pun manusia gak.. pun tahu penat,letih,panas, tapi takda plak macam tu.. boleh gelak2 and ok ja layan yang datang..
Agaknya dorang bajet artis kut.. al maklumlah KS sekarang ni dah panggil artis datang booth dorang, bergaul dengan artis, novel pun dah d adaptasi ke TV...tu yang mungkin boleh kerek dan poyo kut..
Ntah la....


Ok.. itu je laporan untuk PESTA BUKU ANTARABANGSA 2013 PWTC
Jumpa Lagi D Tahun Depan..
wave

Si Pemalas Muncul Lagi

big grinbig grinbig grin

Dengan Blog yang dah bersawang penuh dengan komen2 SPAM,
(dah vacum dah.. tak larat nak sapu.. banyak sangat)
Dengan tak tahu tuju hala kemana arah blog ini
Maka 
Itu lah sebabnya blog ku tak berbunyik sejak dari bulan January haritu
Itu bukanlah bermakna aku tak memasak
Juga tidak bermaksud aku tidak membeli novel atau membaca novel
Jauh sekali aku tidak merayap kemana2 atau tidak melakukan apa2 jua aktiviti...
Penuh aktiviti.. yealaa kan..
"Selagi Nyawa d Kandung Badan kan.. "
Cuma tu la..
Pabila jari malas menaip..
Menaip pun malas kan.. belum lagi suruh menulis..
Mau sepatah dua menulis aku lena d ulit mimpi
:)) :))

Ok la.. memandangkan aku baru je balik dari memborong novel dari PWTC,
Jap lagi aku N3 novel2 yang berjaya aku borong..
;)

Bye.. si pemalas (aku la tu) mau cari ilham untuk menulis kejap..
:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels