Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, December 29, 2011

Teka Teki

Wah wah wah..rasa lama gile tak update blog...
Cess..macam la ada yang heran kan...

Ok la memandangkan harini panas,baju d ampaian pun kering..maka aku pun suka hati baju dah banyak boleh d pakai....hehe..maka dengan ini, aku nak berteka teki teka tekuk..ular mati dalam senduk...
huiii..taknak ar jumpa ular dalam senduk..dah la aku malas masak..karang aku jadikan ular satu alasan taknak masak hari2...boleh gitu....
Ok back to tajuk N3...meh aku kasik aku gambar n teka tekinya..sapa sudi jawab la...

Cuba teka..air apakah ini?
Tea O?? Nescafe O??Siapa la yang buat nescafe O kedekut nie kan...langsung tak kaw...
Air Sarsi?? Nopeeeeeeeeee.....
Sume jawapan d atas salah......

Jawapan sebenarnya ialah.....
 jeng jeng jeng....cess..macam la saspen sangat...huhuhu...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Air paip d kampung kenangan Puchong Selangor setiap kali waktu hujan dan adakalanya tak hujan pun akan jadi sebegini setiap kali waktu senja...
Macam mana mau mandi dengan air cenggini..mau badan yang sedia gatal, bertambah gatal lagi..
Lagu mana mau masak nasi dan lauk pauk? Guna lagu tudung periuk ka??
Nak kena beli penapis air ke?
Kalau beli hat biasa, tak larat nak tukar..kalau air cenggini selalu, mau seminggu sekali tukar...
Kalau beli hat luar biasa yang harga ribu riban..apa yang aku perhatikan, penduduk d sini, takda la mewah dan takda la senang...biasa2 je..so untuk membeli penapis air yang berharga ribu riban, mungkin perlu berfikir berulang kali...
So yang boleh d lakukan...pasrah dan  redha je la....

Thursday, December 22, 2011

Fiksyen 302

Penulis thriller no1 d Malaysia.. bukan 1Malaysia :P
Tak kisah it's true or not..tak kisah apa jua gelaran..tak kisah no2 3 or 100 sekalipun.
Karya2 Ramlee Awang Murshid dekat d hati aku..
Mengenali beliau pada tahun 2001 melalui karya Ranggau (ingat tahun sebab itu tahun perkahwinan aku.. :D )
novel ni dah lunyai akibat tangan2 yang sekadar tahu meminjam tanpa tahu menjaganya...
Terus jatuh hati sehinggalah aku ke Alaf21 mencari novel2nya terdahulu..dan ada gak novel2 lama beliau bukan dari Alaf21 seperti Igauan Maut dan Pei Pan berjaya jua ku miliki...
Novel2 lain aku akan review kemudian la...Harini nak review novel fiksyen 302 karya terbaru RAM singkatan utk Ramlee Awang Murshid
motip gambar sama dgn N3 nie --> sini hehehe..aku malas amik gmbr lain..
Pendapat aku :-
JANGAN PERCAYA - Tagline utk novel nie...
Memula baca, aku terus terbayangkan novel Mandatori..Split Personaliti...tapi salah rupanya tembakan aku.. betul la gerak hati aku..baca novel RAM, usahlah berteka siapa pembunuhnya,bagaimana jalan ceritanya, just follow  the flow..cewahhh speking plak aku... :P takyah le pening2 kepala teka itu teka ini sebab andaian anda akan meleset...untuk aku la..untuk orang lain, mungkin betul kut...
Just baca and hayati je jalan ceritanya..
Novel nie, aku habiskan pada hari yang sama aku terima dari kenalan aku..Attokz..thanks Attokz.. memang takleh menahan sabar nak tahu kesudahannya..dan begitulah selalunya novel2 RAM, aku pulun seharian dan aku akan ulang dan ulang dan ulanginya lagi....
Pada peminat RAM, anda perlu dapatkan novel ini..dan selepas ini, sama2 lah kita menunggu kehadiran Laksamana Sunan plak..kata Abg RAM, ini kali terakhir Laksamana Sunan hadir..moga happy endingnya nanti kan..
Emmm lain kali aku review pasal Laksamana Sunan nie...;)

Jom tengok Sinopsis belakang novel Fiksyen 302 nie
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

NOTA KAKI : SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINANKU YANG KE10....abang...ayang nak samsung tab bleh tak? :P

Wednesday, December 21, 2011

Speechless..

Dah tak tahu nak letak title apa..sangat speechless.....
Bangga sangatkah buat tabiat luar tabii...agaknya la kan..
If tidak, takkan lah mat2 rempit bangga merempit sebab penunggang motor biasa tak seberani mat rempit merempit sambil buat aksi Superman
Macam kisah Ariff Alfian..alaa..c gay yang kawin dengan mat salih kat gereja..
Ariff Alfian Rosli in traditional Malaysian dress exchanges rings with an Irishman during a ceremony in Dublin, Ireland..
Ariff Alfian Rosli in traditional Malaysian dress exchanges rings with an Irishman during a ceremony in Dublin, Ireland..
Seronok ek jadi d luar tabii..bangga ya lain dari yang lain..best sangat ke lubang bontot tu..kesian sperm2 tu nanti jumpa najis je....huhuhu...
Aku tak niat menghina..tapi aku konpius....sebab orang2 cenggini bangga sangat dengan segala macam yang terkeluar dari landasan Islam..tapi masih mengaku Islam...masih kata beriman lagi...baca stetment mamat gay ni kat bawah..sumber

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian

 KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Wowwww..klass statement mamat gay nie...Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya 
kecuali mat salih as a hasben or wife tu la kan..tergugat imannya....kat mana agaknya selera dia kat mat salih tu? kalau minah salih ok la kan...lelaki pasangannya perempuan..tak kisah la bangsa apa pun sekali pun..
Ini?????
Terkedu aku....agaknya dia faham tak maksud Iman tu apa?Muslim tu apa? Islam tu apa?
Tahukah mamat bodoh nie, kisah Nabi Lut..kalau dulu Allah,Islam mengharamkan hubungan sejenis, masakan sekarang ni d halalkan pulak...
Allahhuakhbar...Moga Allah memberi hidayah pada dia....
Aku pun bukannya alim, apatah lagi berilmu agama yang tinggi..tapi janganlah kerana arus kemodenan agama d tolak ke tepi..

Monday, December 19, 2011

Aku Tetiba Terfikir

Sedang melihat anak2 bermain basikal,ketawa riang ria bergumbira...
Tetiba aku terfikir..macam mana masa depan mereka ini....sebagai parents sudah tentu aku inginkan yang terbaik untuk mereka d dunia mahupun d akhirat..Hidup sebagai Islam mati pun dalam Islam..
Tapi bagaimana sekiranya kejadian Lesbian,Gay,Murtad berleluasa??
Apakah perlu surat beranak/birth certificate d tukarkan dari sebegini...
Ke sebegini? 
Moga segalanya d jauhkan..

Friday, December 16, 2011

Iklan Percuma

Ku ucapkan selamat tinggal..Padamu yang ku guna sebelum ini...
Tiada lagi tempat anda semua d rumah aku apatah lagi dalam washing machine aku...
Apa pun, terima kasih pada khidmat anda sebelum ini..
 
 
And welcome to Comfort Ultra Pink, warna biru later aku try.. :D
Harini aku nak buat iklan percuma jap..Comfort Ultra kena ucap terima kasih kat aku.. :P
Iklan ini tidak d taja atau d bayar dan aku pun bukan lah agen..aku hanya pengguna seperti d luar sana..
Penah tengok iklan nie kat TV kan..."Baju berbau segar walaupun selepas 7 hari..."
Yeapppp...aku telah membuktikannyaa..(N3 ni d buat kala 10 hari xperimen baju n bedsheet aku d simpan dalam almari)
Pakaian tetap berbau wangi walaupun seharian d pakai d badan...nak pakai esok harinya pun takda masalah.. tapi kalau jumpa dengan orang berlainan la..kalau satu opis..sendiri mau ingat le.. :))
Statement ni khas untuk orang yang bekerja d opis seperti aku ya dan Untuk yang keluar2 opis buat sale,jumpa orang sana sini,runner ke pos opis hantar surat.. --> Tikus putih  Xperimen, my hasben..
Buruh am or yang sewaktu dengannya, aku belum buat Xperimen lagi
Tak percaya??? Cuba lah sendiri..
Nota Kaki - Dah tak merajuk lagi, sini...sebab harini nak Cuti Cuti Malaysia... dancing

Thursday, December 15, 2011

Bengang je...TaPi.......

Aku rasa bengang je harini...
Meluat,menyampah,sakit hati..dan semua aura negative dok sekeliling aku je..
Pastu d tambah d sorak sorai, api apian dari setan
membuatkan perasaan aku bertambah2 laaa marah..huh!!

Tapi...tetiba je...aku mampu tersenyum dan perasaan marah tu jadi cool.....
Dan mampu tersenyum selebar2nyaaa....malah gelak pun dah bleh dah...wahhh betul2 cool la aku nie.. :P
Sebab aku menjumpai statement puaka nie... ;)

 If Barclays Premier League would have been a class-room, then:



Arsenal is a boy who works hard through out the year but fails to succeed.

Manchester City is a spoilt child who purchases all the expensive books but is never interested in reading them.

...

Liverpool is a child who is very much proud of the academic achievements of his grand father.

Manchester United is a boy who just performs in the final exams and tops the class.

Finally,

Chelsea is a boy who fails and puts the blame of failure on his teachers and then his family finds a new teacher for him every year.

Terima kasih pada yang menulis nie...dunno who....

Nota Kaki : Mood merajuk2 sayang aka manja ngn hasben..:P

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

10 Hari Penantian Penuh Siksaan....

partypartyYeeehaaaaaaaa.....dancingdancing
Akhirnyaa....Yesss yess yess..dapat akhirnya...muncul kini d depan mata...
Dari 3/12/2011 aku meroyan mencari..ke sana sini aku menalipon bertanya kehadirannya...
Tapi jawapannya MENGHAMPAKAN....
Sehinggalah tetiba je aku teringat orang kuat sorang nie dan terus aku sms/msg kat FB dia...
Dan hasilnyaaaa.....setelah menanti hampir 10 hari....
Yeaaaaa....alhamdulillah...dapat....applause
Terima kasih Attokz Dikulgai..big hugantara orang kuat RAMIANS
Buat Opie n Norlelawati..nanti ai pos kan kat uolls hokkay...
N ada 2 lagi belen novel yang telah siap d otograph kan..sapa2 nak contact le aku ek..or tinggal je komen kat sini ya...2 je tau...1st come 1st serve.. ;)

So liza Amran (aku ler tu) moh kita ke bilik mengkhatamkan novel nie....
Later kita review kan dalam blog nie..
Chow....

NoTa KaKi : Frank Lampard..i luv u so much laaaaa...kissyou're MANU hero....love struck

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu

Demam ombak rindu dah bermula..
Panggung penuh sokmo...tiket sold out semedang...
Congrats untuk novelis Fauziah Ashari yang novelnya d adaptasikan menjadi filem..
Walaupun muncul konterversi penulis novel ni membuat kenyataan PAYMENT CUKUP2 JE TAMBANG G BALIK JOHOR N KL setelah filem ni malatopppp kat pawagam..

Aku??Entah la..tak minat nak g tengok novel d jadikan filem..takut tragedi LAGENDA BUDAK SETAN berulang kembali...gile tak best..lari gile dari novel asal...
Lagi pun, aku taknak kacau bilau kan imaginasi aku sendiri dengan imaginasi orang filem...tak beshhh...
Kalau nak tengok gak.. aku tunggu je la CD  cetak rompak..:P 
Tak mau langgan ASTRO FIRST..mahal dari CD cetak rompak..

Semalam membaca plak MINGGUAN MALAYSIA...terjumpa satu artikel yang lain dari yang lain dan aku sangat terbuka minda pabila membacanya...
Dalam ramai yang memuji filem ini..beliau (penulis artikel ini) mempunyai pandangan lain..Jom sama2 baca dan berfikir..

Ombak Rindu tragedi murahan - Ali Atan

DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.


Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.
Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”
Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”
Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.
Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).
Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”
Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”
Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.
Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.
Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.
Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.
Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.


Apa yang boleh aku katakan..NOVEL OMBAK RINDU memang best..dan aku sangat terkesan membacanya.. dan d sebabkan terkesan dengan Novel Ombak RIndu nie aku beli plak sambunganya 
picture - thks gugel 
Tapi sayangnya 2 kesinambungan novel nie tak se kick novel yang pertama..bagi aku cerita yang sama, permasalahan yang sama tapi d drag menjadi 3 novel..so sangat le bosannya...
Walaupun d katakan Izzah hilang ingatan,muncul plak Suri sebagai kembarnya..tapi sememanganya sangat2 la tak best dan membosan..
Ni bagi aku..bagi orang lain..no komen... 

Thursday, December 8, 2011

7 Hari Mencintaiku

Gile ke apa dah bersuami n beranak pinak nak main cintan cintun..
Untuk 7 hari plak tu...
Buang tebiat ke lyza amran oiiii....(aku ler tu..)
Tak laa...harini nak review Novel 7 HARI MENCINTAIKU
karya Siti Rosmizah 
Novelnya memang tebal..gile punya tebal..tapi percaya la..dari helaian pertama lagi aku dah tak sabar nak tahu apa kesudahanya...dan kuasa tarikan cerita ni membuatkan aku tak boleh langsung nak letak novel nie or nak sambung hari lain...
1050 Pages..aku pulun baca seharian..dah kesudahannya mata aku bengkak gara2 tak cukup tidur dan juga menangis..gile tangkap leleh laa novel nie
Memang pada mulanya aku anti gile dengan watak utamanya Mia Andriana..dengan angkuh dan bongkak dan sombong..cukup lengkap la rencahnya...Ingat kaya boleh menongkat langit ke? Tapi cam biasa la.. heroin mesti insaf la kan.....

Dan seperti novel2 Siti Rosmizah yang lain..
Picture ehsan from Gugel
Sememangnya tidak menghampakan..walaupun jalan ceritnya hampir sama **kawin paksa** tapi setiap karyanya punya keistimewaan tersendiri...

Jom kita layan sinopsis belakang novel nie..
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
 

Monday, December 5, 2011

Aku Yang Meroyan!!!

Adik aku yang terchenta...yang nama manja or glemernya PiPi
Apsal la hang p kawin 3/12/2011 :P
Patutnya kawin le minggu lepas ke..minggu depan ke..:D
(suka2 hati aku je kan.. ;P )
Dah kakak hang nie tak dapat terjah book fair karangkraf kat Shah Alam 
Sekarang nie tengah meroyan mencari novel penulis kegemaraan aku RAM Fiksyen 302
Ohhh novel FIKSYEN 302...cepat la hadir d pasaran...sesungguhnya aku tak sabar menanti kehadiranmu.. 

Ku rindui Laksamana Sunan
Yang hadir fiksyen tiga kosong dua
Tidak mengapalah wahai RAM kesayangan
Novel2mu, d hati ni sangat istimewa

Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Nota kaki : SELAMAT PENGANTIN BARU AMDIFIRDAUS N ASMIDAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels