Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, January 8, 2013

Ber Tandoori Kita Minggu ini....

Sesungguhnya aku akui, aku bukanlah blogger yang tegar menghapdet kan blog aku sentiasa..
Dan aku respek pada yang boleh buat 2 3 N3 satu hari..
Aku nie nak hapdet seminggu, satu N3 pun payah..maaf pada yang mengunjungi tapi N3 masih sama..
T__T

Apa pun, minggu nie.. minggu aku bertango kat dapur menyiapkan Tandoori Chiken.. 
:D
Bangga plak aku, 1st time aku, aku rasa yummmy gile.. kalah kat kedai mamak Fariz Maju kat Kelana Jaya tu... kehkehkeh... perasan betul.. :P
Alaaa tandoori segera, ikut resipi blog masak kesayangan aku.. Cik Mat Gebu
Terima kasih buat Cik Mat aka Adnan Ibrahim sebab blog dia amat sesuai untuk orang yang blur masak macam aku..

Dan d sebabkan kat rumah aku memang takda oven untuk membakar.. maka aku harus ucapkan terima kasih gak buat kuali ajaib.. :P sebabkan kuali serba guna ni, aku boleh membakar ayam,ikan dan sebagainya.. cuma takleh buat makaroni bakar je..ke boleh?thinking
Tapi aku lagi suka kalau kuali ajaib tu boleh terus kasik makanan yang dah d masak pabila aku menyeru...
:))
Tak perlu aku masak lg.. :D

Jom kongsi resipi dari Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan peha ayam bersaiz besar
1 paket perencah ayam tandoori jenama TESCO
4 camca besar plain yogurt
1 camca besar halia yang dikisar halus
Beberapa titik pewarna merah makanan
Minyak sapi untuk mengoles ayam sebelum dibakar
Daun salad, untuk hiasan
Sedikit hirisan bawang besar
Belahan limau nipis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan sedikit tepung gandum selama 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan hingga kering. Longgarkan bahagian kulit ayam tadi dan cucuk bahagian isi ayam dengan garfu. Ketepikan.
  2. Satukan perencah ayam tandoori dengan yogurt, halia kisar dan pewarna merah. Kacau hingga semua sebati. Masukkan ayam dan gaul rata. Lumurkan pada bahagain daging ayam tadi. Perap 1 - 2 jam (mat perap semalaman), dalam peti sejuk.
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, letak ayam tadi dalam bekas tahan panas, oles sedikit minyak sapi pada seluruh bahagian ayam. Bakar 40 minit atau hingga masak. Selepas 20 minit, keluar dan terbalikkan ayam tadi. Sambung bakar hingga masak dan boleh hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar dalam kuali ajaib dan tak mengambil masa kurang lebih 20 - 25 minit sahaja untuk masak. Ini kerana kuali tadi betutup dan proses memasak lebih cepat. Isinya pun lembap dan tidak kering. Jika dibakar atas bara api, oleskan lebihan bahan pemerap atasnya sambil dibalik2kan.....Selamat mencuba!!..


Ayam yang telah d perap semalaman.. 4 ketul semuanya..2 lagi dah dok atas kuali ajaib dah..
Bersedia.. berdebar rasanya...
Taraaaaaaaaaaaa... dah siap.. ada sikit kehitaman.. kira ok la kan.. nama lagi bakar kan... 
Sedapkan hati sendiri..
Di hidang bersama nasi mentega / planta resipi dari blog Kak Rosaliza  dan juga Tea Berry pemberian Qies dari Swiss... ;)
Jemput makan semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels