Meh jadi kawan saya.. ^_^

Friday, October 29, 2010

Kazakhstan FM

From Qies
This fms beli dgn nany - antara seller fms yang best..:D
Kazakhstan officially the Republic of Kazakhstan, is a transcontinental country located in Central Asia and Eastern Europe. Ranked as the ninth largest country in the world, it is also the world's largest landlocked country; its territory of 2,727,300 km² is greater than Western Europe.[5][6] Kazakhstan is one of the six independentTurkic States. It is neighbored clockwise from the north by RussiaChinaKyrgyzstan,UzbekistanTurkmenistan, and also borders on a significant part of the Caspian Sea. The capital was moved in 1997 from Almaty, Kazakhstan's largest city, to Astana.-wikipedia

Thursday, October 28, 2010

FM Holland

From Abg Nuar + KakNa..thanks soooo much...Nak lagi tau....(^_^)
 
 
 

Tuesday, October 26, 2010

Meng xcesise kan jari...

Marah DBP nie menggunakan perkataan meng xcesise nie...tkde dalam mana2 kamus pun...hahaha....
Saja je..lately ni tak banyak menggunakan jariku yang lemah gemalai ni utk menaip dalam blog nie..apa nak buat.. stok FM semakin berkurangan....huhuhuhu...sooyaree..bila nak masuk fm baru..ngeh ngeh ngeh..nak fm wording lagi...hahaha...
Nak cerita pasal bola la kali ni....minggu ni minggu paling best..setelah sekian lama aku marah n geram gile dgn MANU...huhuhu...asyik seri je kan...bila nak menang..akhirnya....memang gak masa VS Stoke...sib baik la ada Hernandes..pemain from Mexico...2 goal..from him..great...keep it up MANU..moga segala kucar kacir antara pemain n pengurus berakhir sudah...dan moga MANU melakar kejayaan demi kejayaan....

Pastu kan..nak cerita pasal CR - Cristiano Ronaldo...wowwwww..his my man...hahahaha...bestnyaaaa... menjadi2 d bawah kendalian Jurulatih kelahiran Portugal...Jose Mourinho....1st time setelah sekian lama bermain bola...score 4 goal dalam satu perlawanan.....yes yes yes...bestnyaaaa....go CR go...love you so much la...gedikksss..bunyiknya...kehkehkeh....
Jom kita baca artikel dari http://www.hmetro.com.my

Impak dari Portugal

MADRID: Gabungan dua sensasi Portugal, Jose Mourinho dan Cristiano Ronaldo nyata memberi impak luar biasa kepada Real Madrid apabila kelab gergasi itu cemerlang menundukkan lawan pada saingan liga serta aksi antarabangsa sekali gus muncul pendahulu liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.
Real membelasah Racing Santander 6-1 di Santiago Bernabeu Sabtu lalu untuk merampas kedudukan pendahulu daripada Barcelona dengan Ronaldo cemerlang meledakkan lapan gol dalam tiga perlawanan terakhir.

“Saya sangat gembira kerana tidak pernah menjaringkan empat gol sekali gus sebelum ini.


“Bagaimanapun, apa yang penting adalah kerjasama rakan sepasukan. Saya pasti tidak dapat menjaringkan gol tanpa bantuan mereka.



“Ramai lagi rakan sepasukan yang lebih baik berbanding saya tetapi seperti kata jurulatih, jangan terlalu gembira. Saingan di peringkat liga masih panjang dan untuk kekal di tangga teratas juga cukup penting.

Ronaldo, 25, pada awal kemunculannya dilihat bergelut meledakkan gol dan dicemuh penyokong setia di Bernabeu.



Sejak detik itu, Ronaldo kembali bangkit dan Real menjaringkan 16 gol dengan Ronaldo menyumbang lapan daripadanya dalam tiga perlawanan terakhir mereka untuk memimpin saingan liga domestik.

Real turut cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara dengan muncul pendahulu kumpulan selepas menewaskan AC Milan 2-0 minggu lalu.


Anak buah Mourinho setakat ini tidak pernah tewas dalam apa juga saingan serta mempunyai barisan pertahanan serta jentera serangan yang hebat dan Mourinho sendiri menerima pujian daripada pemain.


“Mourinho sangat hebat. Terima kasih kepada Tuhan kerana kehadirannya dalam pasukan. Adalah sesuatu yang sangat menarik dapat bekerjasama dengannya yang mempunyai banyak pengalaman selain sudah mengecapi pelbagai kejuaraan.


“Saya sangat gembira kerana mendapat bimbingannya, begitu juga rakan sepasukan lain,” katanya.


Mourinho berjaya memberi impak yang sangat besar kepada Real sejak menyertai kelab itu dari Inter Milan.


“Kami adalah pasukan yang hebat dan mampu muncul juara,” kata Mourinho.


Tugas terbaru Real selepas ini ialah pada saingan Piala Raja-Raja di Murcia. Real tidak pernah memenangi trofi berkenaan sejak 1993 tetapi Mourinho dijangka akan merehatkan beberapa pemain bintangnya untuk persediaan perlawanan penting selepas ini. - AFP



Real Madrid - Racing de Santander

Thursday, October 21, 2010

Mengimbau cerita lama

Korang ingat tak cerita nie....dalam tahun 80an ke 90an dulu..bestkan...kartun ni d siarkan d RTM.. masa tu tertunggu2 je cerita2 kartun nie...banyak kan kartun2 cenggini...Gagak yang cerdik,sang kancil dan buaya..dll..tapi cite monyet ni le paling best...sb apa...sb "JANGAN MONYET...JANGAN... top kan kata2 tu..sampai le skg nie..hehehe...jom layann....



Wednesday, October 20, 2010

Gio - Bila Cinta (Hilangnya Cintamu)[Lagenda Budak Setan OST]

uLagu paling best abad terkini - BILA CINTA - ada 2  versi M & F..dua2 touching..menyentuh jiwa.. menusuk kalbu..tangkap leleh siot dengar lagu nie..yang ni versi Male - GIO...
versi Female - Filianti Vlee - aku dah letak sebagai lagu blog aku...(^_^)


Monday, October 18, 2010

Sedey + hepi..bleh gitu??

Aku sedeyyyyy...uwaaaaaaaaaaa....MANU draw...bengang gile..padahal dah leading tu 2-0...Vand De Sar kesalahan anda tak sepatutnya berlaku...huhuhuhuhuh......dengan kemenangan MANC semalam..maka dengan ni rasminya MANU JATUH ketangga ke 4...sedeyyyy hokkaayyyy....tapi sedey lagi Liverpool....dengan kekalahan 2-0 semalam...terus membenamkan Liv ke tangga ke2 tercorot..huaaaa...sedeyyyy sedeyyy sedeyyyy
TAPI 
Aku happy giler sebab Crisitano Ronaldo score 2 goal and assis 2 goal utk Hugain....kemenangan 4-1 ke atas Malaga melonjakkan Real ke tangga teratas....
Congrats CR...teruskan usaha anda 
**wahhh cam poyo2 je..cam le CR tu paham bhs melayu n baca blog aku nie...hahahahahaha***

Saturday, October 16, 2010

Bye2 SUKOM Welkem Sukan Asia

SUKOM atau sukan Commonwealth dah pun mengundurkan diri..Taniah utk atlet yang berjaya..tak kisah la dapat Emas,Perak or Gangsa..yang tak  berjaya tu..cam biasa la ya..alasan2 lapuk akan d keluarkan..tu perkara biasa le...
Dalam boling padang..kita sasarkan 4 pingat emas..tapi hampeh..segala jenis pingat tak dapat...badminton plak.. sayang sangat..Wong Mew Choo..tinggal satu point je untuk mengesahkan pingat emas dalam tangan...20-19 2nd game..(menang 1st game) tapi d seret Saina ke rubber set then kalah...(memang boleh agak kalah sebab nampak sangat lembik..tak cukup stamina)
Apa pun taniah untuk yang berjaya d sana...moga berjaya d Sukan Asia 2010 d Guangzhou China 12 November hingga 27 November, 2010
Senarai Pingat Emas d Sukom Delhi India
Amirul Hamizan Ibrahim, angkat berat 56kg
Aricco Jumith, angkat berat 62kg
Josiah Ng, lumba basikal Keirin
Skuad BadmintonBerpasukan Malaysia
Nicol David, skuasy perseorangan
Nur Ayuni Halim/Nur Suryani Ahmad Taibi, 10m Air Rifle berpasangan
Pandalela Rinong, terjun platform 10m
Bibiana Ng, 10m Air Pistol
Koo Ken Kiat/Chin Eei Hui, badminton beregu campuran
Elaine Koon, gimnastik berirama – Hoop
Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, badminton beregu lelaki
Lee Chong Wei, badminton perseorangan lelaki
**rujukan: laman web rasmi CWG Delhi 2010 dan gak d sini**
Bye2 SUKOM Delhi India

and welcome 
Sukom 2014 - Glasgow,Scotland
XX Commonwealth Games

Wednesday, October 13, 2010

Commonwealth Games 2010 New Delhi India

Commonwealth dah nak abis...esok dah last...baru harini tergerak hati nak wat N3...tu pun N3 lepas geram....aku marah nie...marah tahap volcano nak meletup dah nie...
ishhhh..korang tengok tak badminton beregu campuran semalam?Malaysia vs England..wakil malaysia Chan Peng Soon n Goh Liu Ying
very the geram oooooo...rubber game tu...game point tu.....England ketinggalan 16-20 rubber set....tinggal 1 jek mata utk Malaysia layak ke final..tapi tapi tapi....eeeeeee..geram tahap cipan oooooooooo..boleh buat kesilapan paling bangang.....gopoh...bagi mata percuma je pada England....huh very the sakit hati ooooo... memang sangat2 sakit hati...nyonya tua tu plak dah buat salah..bagi point percuma kt England boleh plak tergelak2 bangang......huh..ikut hati aku..mau aku carut2 je nyonya tua tu kat sini...tapi sebagai warga negara yang bersopan santun...segala makian tu biarlah bergema d hati aje...
**PROUD TO BE MALAYSIAN..**


Thursday, October 7, 2010

HRC Lagi

 From Masyitah
From Nazar
From Qies
  
 
From Sooyaree

Friday, October 1, 2010

 
Cantikkannnn..cantik sangat...wahh puji fms sendiri....hehe

Viva Espana..

 
Lama gile fms aku dapat..before puasa lagi//hasil tukaran dengan Abi Melaka...tapi baru harini teringat nak postkan ke blog...bz...sooooo klise punya alasan...hehehehe...
 
 

Langkawi Map


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels