Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, December 8, 2011

7 Hari Mencintaiku

Gile ke apa dah bersuami n beranak pinak nak main cintan cintun..
Untuk 7 hari plak tu...
Buang tebiat ke lyza amran oiiii....(aku ler tu..)
Tak laa...harini nak review Novel 7 HARI MENCINTAIKU
karya Siti Rosmizah 
Novelnya memang tebal..gile punya tebal..tapi percaya la..dari helaian pertama lagi aku dah tak sabar nak tahu apa kesudahanya...dan kuasa tarikan cerita ni membuatkan aku tak boleh langsung nak letak novel nie or nak sambung hari lain...
1050 Pages..aku pulun baca seharian..dah kesudahannya mata aku bengkak gara2 tak cukup tidur dan juga menangis..gile tangkap leleh laa novel nie
Memang pada mulanya aku anti gile dengan watak utamanya Mia Andriana..dengan angkuh dan bongkak dan sombong..cukup lengkap la rencahnya...Ingat kaya boleh menongkat langit ke? Tapi cam biasa la.. heroin mesti insaf la kan.....

Dan seperti novel2 Siti Rosmizah yang lain..
Picture ehsan from Gugel
Sememangnya tidak menghampakan..walaupun jalan ceritnya hampir sama **kawin paksa** tapi setiap karyanya punya keistimewaan tersendiri...

Jom kita layan sinopsis belakang novel nie..
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
 

2 comments:

KizZ said...

Ish ni yang teruja nak beli ni..

lyza said...

Kizz - beli..jangan tak beli..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels