Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, December 22, 2011

Fiksyen 302

Penulis thriller no1 d Malaysia.. bukan 1Malaysia :P
Tak kisah it's true or not..tak kisah apa jua gelaran..tak kisah no2 3 or 100 sekalipun.
Karya2 Ramlee Awang Murshid dekat d hati aku..
Mengenali beliau pada tahun 2001 melalui karya Ranggau (ingat tahun sebab itu tahun perkahwinan aku.. :D )
novel ni dah lunyai akibat tangan2 yang sekadar tahu meminjam tanpa tahu menjaganya...
Terus jatuh hati sehinggalah aku ke Alaf21 mencari novel2nya terdahulu..dan ada gak novel2 lama beliau bukan dari Alaf21 seperti Igauan Maut dan Pei Pan berjaya jua ku miliki...
Novel2 lain aku akan review kemudian la...Harini nak review novel fiksyen 302 karya terbaru RAM singkatan utk Ramlee Awang Murshid
motip gambar sama dgn N3 nie --> sini hehehe..aku malas amik gmbr lain..
Pendapat aku :-
JANGAN PERCAYA - Tagline utk novel nie...
Memula baca, aku terus terbayangkan novel Mandatori..Split Personaliti...tapi salah rupanya tembakan aku.. betul la gerak hati aku..baca novel RAM, usahlah berteka siapa pembunuhnya,bagaimana jalan ceritanya, just follow  the flow..cewahhh speking plak aku... :P takyah le pening2 kepala teka itu teka ini sebab andaian anda akan meleset...untuk aku la..untuk orang lain, mungkin betul kut...
Just baca and hayati je jalan ceritanya..
Novel nie, aku habiskan pada hari yang sama aku terima dari kenalan aku..Attokz..thanks Attokz.. memang takleh menahan sabar nak tahu kesudahannya..dan begitulah selalunya novel2 RAM, aku pulun seharian dan aku akan ulang dan ulang dan ulanginya lagi....
Pada peminat RAM, anda perlu dapatkan novel ini..dan selepas ini, sama2 lah kita menunggu kehadiran Laksamana Sunan plak..kata Abg RAM, ini kali terakhir Laksamana Sunan hadir..moga happy endingnya nanti kan..
Emmm lain kali aku review pasal Laksamana Sunan nie...;)

Jom tengok Sinopsis belakang novel Fiksyen 302 nie
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

NOTA KAKI : SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINANKU YANG KE10....abang...ayang nak samsung tab bleh tak? :P

3 comments:

Botak said...

novel dari genre sejarah alternatif ade?

MamaEma said...

selamat hari ulangtahun

lyza said...

Abg Botak.. ^_^
Buku2 PTS banyak kisah2 sejarah Islam.. bahasa yang santai..sangat menyentuh perasaan membaca.. dan cara penyampaian yang berkesan..utk anak2 yang belajar, senang nak ingat kisah2 penting..cuba la cari.. :)

MamaEma.
Terima kasih..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels