Meh jadi kawan saya.. ^_^

Wednesday, November 30, 2011

Lily Haslina Nasir

Beliau adalah salah seorang penulis yang aku kagumi dan karyanya sentiasa aku tunggu..
Jatuh cinta denga novel RINDU YANG TIDAK TERTUAI, terserempak plak dengan novel IMPIAN SEMUSIM
Dan terus aku ikuti penulisan beliau sehingga kini...tak rugi oooo  :D
Cuma lately ni kak lily byk hasilkan novel remaja..cam tak sesuai plak untuk aku kan..maklum la makin veteran..blushing
Apa pun..
Alhamudlillah Rindu Yang Tidak Tertuai dah ada sambungan AKU ADA KAMU..
Dah tahu kesudahan hidup Sofi Adura bagaimana..tak sangka dari gadis pemalu boleh jadi playgirl hee hee
Nurul Masmin bila plak ya kaklily day dreaming
Terbaru yang aku miliki TUHAN MASIH MENCINTAIKU 
Sinopsis
Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan derma dari artis kenalannya dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan. Akan tetapi ramai mempertikaikan... duit artis, duit hasil nyanyian. Apakah layak dijadikan sumbangan ke arah kebaikan?

Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati!

Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.

kesinambungan dari novel MENUNGGU  CINTA TUHAN
Sinopsis
Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula. Namun antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!
Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”
Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji. Gadis ini memang menyusahkan! Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya. Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.
Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?
Pendapat aku plak aku suka 1st novel MENUNGGU CINTA TUHAN..lagi menyentuh jiwa dan jalan cerita yang agak saspen membuatkan aku tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya...tapi satu je aku pesan, jangan makan sambil baca novel ini seperti yang aku lakukan...eeeee..siot je.. :)) tak sangka kan.. dalam dunia serba moden nie,masih ada lagi yang percaya dengan bomoh2 nie...
Untuk kesinambungan novel nie, iaitu TUHAN MASIH MENCINTAIKU, ada rasa boring sikit.. dan yang aku perasan la kan..banyak gak frasa yang tertinggal perkataan TIDAK..salah satunya 
'Dia diam tidak berminat untuk melanjutkan perbualan.Dia sebenarnya amat terpaksa menyempurkan pertemuan itu.Sebolehnya dia mahu mengungkit kisah silamnya dengan arwah Nureen.Namun rayuan Najiha dan Hamzah begitu memutik hiba'
Mengikut pemahaman aku "dia" yang merujuk sebagai Azrul Rasyid tidak mahu lagi mengungkit kisah cintanya dengan Nureen sebab banyak pahit setelah segala rahsia bomohnya terbongkar..tapi ayat tu takda perkataan TIDAK..dan banyak gak ayat yang lain sebegitu..cuma aku malas nak review balik..
Lagi satu, novel nie banyak monolog..then kisahnya tak se adventure novel yang pertama..Mungkin sebab taring Latifah (pompuan suka main bomoh) dan Nureen(anak saudara Latifah) tak banyak dalam nie..manakala Azrul Rasyid plak dah hilang taring..tak lagi dok buli2 Khalida Atikah...So macam kurang kick sikit la..tapi tetap best dan berbaloi d jadikan koleksi apatah lagi jika sudah membaca MENUNGGU CINTA TUHAN..so mesti nak tahu apa kesudahan dengan kisah dorang kan...
Nota kaki : Agaknya bila plak kesinambungan Impian Semusim ya? Nak gak tahu kesudahan Nurul Masmin dengan Saiful..

Tuesday, November 29, 2011

Cerita Natasha

Tamat sudah 3 tahun d tadika...
Tahun 2012 ke darjah 1 ler plak..masa berlalu gile cepat..mak  tak sempat nak mengecik, anak2 dah membesar..
Ni masa exam untuk darjah 1 2011 sekolah agama..
Paling best, bila habis exam, tanya dia..boleh buat tak? Selamba je dia cakap " alaa senang je"
Senang??? aku heran plak sebab exam dalam tulisan jawi..dia mana tau baca jawi..
Aku tanya lagi "betul ke senang"
"Mama jangan ingat natasha tak tahu buat...kacang je la" dusshh dia smash aku sebab ingat dia takleh buat..
Aku tanya dia..camne dia buat sebab semua tulisan dalam jawi..dia cakap
"Natasha tengok contoh gambar,pastu hentam je la"
surprise surprise
emmm tunggu je la keputusan pertengahan dec nanti..tak kisah la kelas apa pun..perjalanan untuk dia baru bermula...
Natasha bertudung pink

Friday, November 25, 2011

Seven minus One Equal Six

Ini la hakikat yang perlu d hadapi.. :(
Seriously sangat tak puas..masa terlalu pendek dan sangat mencemburui...
7 kasen - 1 kasen yang dah balik US = 6 kasen d Malaysia..
Sayonara Aiyu Isabella..
Miss u baby..
Bon Voyage Nurul and Colby...
T_T
Setelah hampir sebulan bersua muka,bergelak tawa,bergaduh mesra, meraikan kepulangan ahli KJ paling kecik skali...sampai anak tak pandang lagi muka makpak masing2.. sebab seronok tak henggat...
DSC02931-e
DSC02853-e
Pinjam gambar ek nurul..dah amik baru kasik tau kan..hehe
Kini masa untuk berpisah, Aiyu n family kena la balik ke US, daddy nak kerja..tak kerja lain kali tkleh balik Malaysia lagi..**mood sedey nie**
Arissa menangis tak henggat..bengkak2 mata bangun pagi nie...rumah KJ for sure lagi terasa.. T_T
Apa pun...
Jumpa lagi tahun depan September..Insyallah...

Gonna miss you'll Sis...

Thursday, November 24, 2011

Maafkan Harimau Muda

Minggu ni minggu bola kut..punya laaa banyak kisah harimau muda plak..big grin
Apa nak buat..ikut musim..kecuali musim master chef or maharaja lawak mega..itu aku tak berahi nak ikut..tongue
Harimau Muda kalah atas faktor keletihan dan kecederaan...yeaa..rakyat Malaysia amat memahami..harimau muda tetap melekat d sanubari..apa pun..Apek tetap d hati.. day dreamingbleh gitu.. hee hee
TEPIS...Khairul Fahmi (kanan) melayangkan badan menyelamatkan rembatan pemain Syria, Solaiman (kiri) pada perlawanan malam tadi.
TEPIS...Khairul Fahmi (kanan) melayangkan badan menyelamatkan rembatan pemain Syria, Solaiman (kiri) pada perlawanan malam tadi.
PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa menelan hakikat persembahan malam tadi adalah yang terbaik mampu dipamerkan anak buahnya yang keletihan.
Faktor keletihan pada separuh masa kedua jelas mengganggu tumpuan pemain sehingga melepaskan dua gol kepada lawan walaupun beraksi dengan baik pada 45 minit awal. “Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, namun pemain kepenatan selepas itu. Apabila anda membuat kesilapan terutamanya menentang pasukan dari Timur Tengah, anda akan dihukum.

“Saya ada memberitahu pemain dalam sesi video, kekuatan lawan adalah hantaran jarak jauh dan kita berjaya mengawalnya dengan bagus pada awalnya namun hilang tumpuan selepas itu yang mungkin disebabkan keletihan.
“Malah untuk perlawanan ini saya kehilangan beberapa tonggak utama dengan terbaru pagi tadi (semalam) apabila pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas mengalami demam panas,” kata pengendali kelahiran Melaka itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji beberapa pemain seperti Wan Zack Haikal Wan Nor yang sudah hampir dua bulan tidak beraksi dengan mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan.

“Saya turut berterima kasih kepada peminat yang kekal memberikan sokongan dan akan membalasnya pada perlawanan menentang Bahrain, Ahad ini selain berusaha untuk menduduki tempat kedua kumpulan.
“Saya akan mendapat kembali khidmat Mohd Fadhli, Ifran Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim untuk perlawanan Ahad ini, jadi kami akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Jaringan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul pada minit ke-51 namun gawang Khairul Fahmi Che Mat yang bergegar dengan tandukan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Solaiman Solaiman.
Situasi terbabit menyebabkan barisan pemain muda negara semakin hilang arah apabila gagal merencanakan gerakan dengan sempurna selain mudah kehilangan bola yang mungkin turut dipengaruhi faktor keletihan.

Mujur kecekapan Khairul Fahmi menafikan beberapa lawan yang semakin ‘menggila’ menyerang kubu negara sehinggalah pada minit ke-87 apabila pemain gantian, Nassouh Nakkdahli merembat kencang untuk gol kedua Syria.

Kekalahan 0-2 itu adalah kedua buat skuad Olimpik negara selepas kecundang dengan jaringan yang sama kepada Jepun, September lalu.

Nota kaki : Pendapat sesen aku..if pihak lawan lg besar n tinggi dr player Malaysia..kalau bleh jgn le kasik bola tinggi2..for sure la Malaysia takkan dapat rebut dari dorang..just pas dekat2 je..tapi dorang kuat lari kan..so Malaysia kena tingkatkan stamina selepas ini...

Wednesday, November 23, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Dah baca novel ni? Karya Noorfadzillah Omar terbitan PTS
Belum??? Pergi le beli cepat...rugi tak baca..tak miliki takpa..tapi kena baca sebab novel ni sangat indah, puitis, sangat2 menyentuh jiwa..

Kecantikan umpama bidadari tapi yang terlihat hanyalah kecacatan yang sedikit cuma..hanya kerana cacat d kaki, Nur Wardah d pandang hina..mujur ada mertua yang menyayangi seikhlas hati.
Umpama novel yang lain, dari benci menjadi sayang,cinta..tapi kelainan yang d tampilkan bagaimana cinta mula bersemi..dan juga keindahan gaya penceritaan..paling mengagumkan sifat Islamik yang d tonjolkan dalam novel nie..ishh memang best la..aku suka sangat..tetiba je kagum dengan Nur Wardah dan ingin mencontohi Nur Wardah :D
Paling aku suka frasa "Orang yang sabar d sayangi Allah, apabila hilang sabar, di dekati syaitan"

Jom kita layan apa kata penulisnya...

Barakallahu lakum wa Baraka Alaiykum.” Ayat yang membawa maksud, 'mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan' dipraktikkan ke dalam alur hidupnya Nur Wardah.

Nur Wardah Haji Wahid adalah anak kepada pengasas Yayasan Darul Dakwah iaitu sebuah penempatan anak-anak yatim. Dia adalah gadis yang cukup dengan rupa paras tetapi penderita kaki lumpuh akibat virus polio. Namun Nur Wardah tidak pernah kesal dan malu dengan kecacatannya.

Dek kelumpuhan Nur Wardah membuat resah tidak bertepi di hati sang ayah yang memikirkan soal jodohnya dalam diam. Bagaikan Tuhan mendengar keluh-kesah Haji Wahid muncul Tengku Amar dan Puan Norlin merupakan sahabat lama Haji Wahid. Begitu banyak dua sahabat ini berkongsi cerita, bahkan kisah teman sepermainan anak tunggal mereka tidak pernah dilupakan.

Kembali abang sepupunya Aiman daripada pengajian luar negeri. Seakan membibitbenihkan perasaan indah di hati Nur Wardah. Mereka saling memendam perasaan dalam diam. Namun Tuhan berkehendakkan lain untuk jalan hidup keduanya.

Tengku Ashraf adalah anak tunggal kepada Tengku Amar dan Puan Norlin sedang dalam dilema dan terdesak menyelamatkan kewangan dan masa depan syarikatnya. Ketamakan Tengku Ashraf dalam melaburkan pembelian saham berjuta ringgit hinggalah berhutang dengan Along Ricky. Cinta kekasihnya juga sepupunya iaitu Rasheedah yang menjadikan Tengku Ashraf buta dalam menilai hal benar dan salah.

Dek kegusaran Tengku Amar memikirkan sikap anak tunggalnya tidak pernah berubah sikap dan buta menilai tindakan dan pendamping. Dengan itu Tengku Amar membawa satu penyelesaian atas masalah Tengku Ashraf dengan merangka satu perjanjian yang maha berat.

“Terima perjodohan ini dan wang sebanyak RM5 juta akan ayah berikan tanpa banyak syaratnya,” jelas ayahnya tegas. Satu tawaran yang pada pendapat Tengku Ashraf hanya mengundang malapetaka bagi sebuah kisah cinta yang sudah terjalin matang. Orang tuanya memang benar-benar tidak mahukan Rasheedah menjadi calon isterinya. Apatah lagi menantu kediaman mewah itu. Kenapa? Apa yang kurang dengan pilihannya? Apa lebihnya calon menantu ayah dan mama?

Lalu bagaimana perjalanan hidup Nur Wardah yang sudah terlanjur kasih dalam diam dengan abang sepupunya. Apa kata hati Nur Wardah saat perjodohan ini sudah diatur oleh kedua belah pihak..
“Pilihan ayah bagaikan satu kehormatan yang paling tinggi untuk Wardah. Keinginan arwah ibu bagaikan suluh cahaya mengiringi jalan onar menuju ke puncak firdaus. Wardah ingin hidup bersemadi dengan bebas bagai berada di Taman Raudhah.”

“Orang yang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar, didekati syaitan.” Ayat ini yang terus tersemat di mata hati Nur Wardah saat lagi sedang sedih dan bergundah-gulana.

Sinopsis belakang novel plak..

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.
Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.
Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.
Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

Tuesday, November 22, 2011

Gara2 Bola Sepak Final

Rupanya ada cerita duka d sebalik kegembiraan Malaysia memenangi Emas bola sepak semalam
klik sini
2 penyokong Indonesia meninggal dunia..tak tahu la penyokong biadap or tak..tapi simpati gak aku tengok..
Salam takziah dari aku..
Kita menonton bola selain dari nak menang (of course ler) kita nak bergembira, merasai kemeriahan temasya sesuatu perlawanan, tapi d Stadium Bung Karno Indonesia semalam 2 maut kerana cedera parah d kepala dan ramai yang cedera juga d bahagian kepala..
Sekiranya kita menyaksikan perlawanan semalam,kita dapat menyaksikan betapa ramainya manusia yang berasak2 d stadium..sama ada secara halal atau haram...emmmm rupanya bukan sahaja Kontijen dari Malaysia atau negara lain je rasa tak selamat sepanjang Sukan Sea berlangsung..rakyat Indonesia sendiri pun tak selamat..
Apakah kerajaan Indonesia memandang remeh hal keselamatan sepanjang Sukan Sea ini berlangsung?
Memang kita, Malaysia terutamanya menjadi mangsa ejekan penyokong biadap sepanjang masa di sana, bukan penyokong biadap je..malah ada juga kakitangan atau sukarela Indonesia d sana yang biadap.. Contohnya selepas habis je perlawanan bola sepak semalam..tak sempat2 DOPING CONTROL datang nak buat ujian dadah...konon nak batalkan kemenangan Malaysia...what the hell..baca di sini
Semasa aku tengok acara papan anjal..penyokong biadap d tegur supaya behave dan tidak mengganggu peserta negara lain..
Punya la hajat dan busuk hati dorang nie...
Tapi bila terjadinya kejadian mati sebegini..rasa kesal dan simpati juga d hati ini...
Moga ini jadi pengajaran untuk kita dan yang lain..mati tu pasti, hidup itu Insyallah.....

Emas Paling Bermakna

dancingCongratulation and Celebration...dancingparty
Emas paling bermakna buat Malaysia terutama sekali pada yang meminati bola macam aku nie...
Berbaloi sangat rasanya kensel g dinner kat rumah mak mertua...big grin
Penat menanti 120minit d sudahi dengan sepakan penalti, berbayar sudah..
Tuah Baddrol, belang Apek

kredit pic to abg mazidul blog
angryD ejek, d hina, d keji, d caci oleh penyokong yang tersangat biadapangry, terbalas jua..cool
Walaupun bukan dengan cara yang sama seperti penyokong biadap, sebab kalau kita buat cara yang sama.. tiada beza antara kita dan mereka...hanya dengan memenangi perlawanan semalam..kita berjaya melunasi dendam...
Berbalas jua rasa sakit hati pabila lagu NEGARAKU  tidak d hormati oleh penyokong biadap..cool

applauseApa pun, taniah sekali lagi untuk HARIMAU MUDA...thumbs up

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
Anda memang layak untuk menang, jika kalah sekali pun, kita tetap boleh berbangga..sebab PLAYER MALAYSIA TRULY MADE FROM MALAYSIA..love struck
Tiada pemain import dari Netherland, Papua New Guinea dan mana lagi?? sila la gugel ya..
Dan game/permainan anda semalam memang bestthumbs up
Pasni..tingkatkan prestasi permainan..BUKAN KONTREVASI HARIAN ya...tongue
Jangan sekali je berjaya..tenggelam selamanya..taknak ya gosip artis sana sini, cover majalah hiburan, mula sombong dan ego...teruskan berusaha..tingkatkan maruah negara...
MALAYSIA BOLEH BERJAYA !!rock on!

Friday, November 18, 2011

Alahaii Pengulas Sukan Malaysia

Pengulas sukan bukan ke kena adil dalam mengulas sesuatu game?
Walaupun pasukan sendiri sedang beraksi....maaf le kalau aku salah..
Hesss...aku penyokong Malaysia la..bukan penyokong Indon...tak tergamak nak sokong Indon dalam segi apa pun sekali..(sukan la ya..)
Tapi semalam..masa Malaysia VS Indon Bola Sukan Sea la kan..perghhh aku rasa kesabaran aku cam hilang plak...ishhh bangga la..mana plak tak bangga Malaysia menang semalam kan..cuma la kan..apsal laa pengulas Astro 801 mengulas cam gampang je...cam kasar plak gampang tu kan..:P
Tapi kan,,memang ya..bagi aku la..
Contoh..klau player Malaysia kena tackle...oo tackel kasar..
Kalau player Indon jatuh...itu perkara biasa...
Alahai..jangan la nampak sangat berat sebelah.
Pastu cara ulas tu seolah2 kita dah menang emas..padahal separuh masa pertama pun belum tamat..
Mujur menang..macam mana kalau Indon dapat score dan kita kalah..tak ke kita malu..
Malu bukan sebab kita kalah..tapi malu sebabkan ulasan dari pengulas yang macam tak sekolah..
Sebagai pengulas ulas berdasarkan permainan tersebut..bukan ulas negara yang d sokong..baru la professional..
Paling tak boleh blah minit ke70..dah bleh cakap minit2 terakhir..perghhhhh baru minit ke70 tu..macam2 boleh jadi..gile seh..pengulas tu tak pernah tengok bola ek?Dengan berbaki 20min..macam2 boleh jadi tau.bolos 2 3 biji lg pun boleh..dah la Izzad (No 14) banyak kali lepaskan peluang...
Selalunya minit2 terakhir ialah masa kecederaan atau pun dah minit ke90...
Dan paling aku terkedu..bila pengulas tu cakap bedasarkan keadaan pemain Malaysia yang asyik jatuh dan sakit kan..
Bleh di ulasnya " kita marah bila pemain Spore kerap jatuh dan sakit semasa lawan Malaysia (untuk kelayakan World Cup d Bukit Jalil)..tapi kadang kala pemain Malaysia perlu melakukan seperti tu jua..."
(lebih kurang la ayat tu,,tapi maksudnya memang cenggitu la..)
What the hell laa...tolong la..jangan la jatuhkan maruah Malaysia dengan ulasan sebegitu rupa...
Nak buat..buat la..tapi jangan la ulas..live plak tu...huhuhu...
Ini sekadar pandang aku..apa pun..aku memang bangga Malaysia kalahkan Indon..kurang2nya sikap kurang ajar penyokong dorang semasa lagu NEGARAKU berkumandang..berbalas jua..

Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Sepintas lalu

Date yang cantik..
Ramai gak blog n FB status yang letak pasal date nie harini..
Pada yang bertunang,berkahwin@nikah,melamar,melahirkan...selamat la hendaknya kan...
Untuk aku tiada yang istimewa...sedih lagi ada la..sad
My mum admit kat hospital...doktor saspek hati ada problem sebab mata n muka dah kekuningan.. sad
Harini,jap2 lagi nak kena balik Taiping la..selalu balik Taiping hepi hepi...tapi kali ni...nopee...
Nak balik awal,tapi tak dapat..nak amik report kad anak - Sofea Arissa
Alhamdulillah..masih lagi cemerlang d sekolah agama..masih lagi mengekalkan peratusan 90++% untuk kekal dalam kelas Ilmu d tahun hadapan..dan untuk kali ini hanya 6 pelajar sahaja termasuk sofea arissa untuk tahun 3 keseluruhan dapat pangkat Mumtaz (peratusan melebihi 90%)
Alhamdulillah..
Sekolah kebangsaan pun alhamdulillah..matematik pun dah ok..terima kasih pada abg saiful - cikgu math merangkap "ayah"(pakcik) pada anak aku..science,english,BM, masih boleh d banggakan lagi.. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan ini...

Dan hat ni plak..lagi pasal 11.11.11
Jumpa kat blog ni (klik sini)
************************************************************
Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? read this ! dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya k.........ami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11
******************************************************************************
Yang ni yang details..d tea copy disini (klik sini)

Di Sebalik Tarikh 11.11.11


Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia.
Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.
Post kali ini akan mengupas rahsia-rahsia dan konspirasi di sebalik tarikh ‘keramat’ 11.11.11 yang sedang menjadi viral.
——
Simbolik angka 111111
Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.
Angka 1 sebanyak 6 kali simbolik Al Masih dan Iblis.
Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.
Lukisan Signorelli menunjukkan hubungan Lucifer dengan Antichrist.
Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);
Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)
Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath
Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.
Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez
‎”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)
Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.
Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!
Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry
Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.
Rajah dan penerangan maksud-maksudnya.
Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.
——
Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.
SAHIH KER? ENTAH LAA..APAPUN, JOM SOLAT TAUBAT ... TINGKATKAN AMAL IBADAH~

Wednesday, November 9, 2011

Seks Bebas..best ek???

Ambiga ooo laa ambiga....best betul hang ni kan...buat2 macam2 hal..tapi tetap bebas berkeliaran tanpa takut or rasa bersalah kan...
Adakah dia seorang lesbian?thinking
Adakah hasbennya seorang gay?confused
Adakah anak2nya pengamal seks bebas?whew!
Aku agak je la..sebab dia ni teramat berbangga nak buat PERHIMPUNAN SEKS BEBAS ni...
Dia ni dah kawin ke ek? ada anak ke? aku angkat bahu tanda tak tahu dan taknak amik tahu pun..
Sebenarnya aku pun tak kenal sapa dia tapi sejak dua tiga menjak nie..nama dia glemer plak kan....so aku "teramik" gak tahu...
Terkenalnya dia (dia cukup la kan..takyah berdato2 or berbeliau2 la kan..sebab rasa cam tak layak plak kan) d sebabkan PERHIMPUNAN BERSIH.. bersih sungguh dan juga PERHIMPUNAN SEKS BEBAS... wahhh lepas bersih..kena bebas la plak kan...
Tapi perhimpunan seks bebas yang tak lalu tu..tetiba rasa nak muntah ijau plak..sick
Nak tuntut hak sama rata untuk golongan gay,lesbian,biseksual,transgender,heteroseksual,aseksual,panseksual dan lain2 lagi..
Alangkan binatang pun tau pilih jantina untuk puaskan nafsu...ni tetiba manusia plak nak buat cara lain..
Mak ooii..advanced betui hangpa ni la ni noooo....(kan dah terkeluar bhs rasmi aku..:P )

Tetiba aku terbayang..
lelaki yang gagah perkasa..muka macho jadi rebutan wanita..badan maskulin..ishh klau peluk..wanita rasa selamat la...
Tapi..eeeee...bersayang2..berbelai2 sesama lelaki...ayooo maaa ayooo paaa....
geli plak aku..
Pastu bila dah ghairah..lubang bontot yang d tajinya....perghhhhh.....tempat taik gak yang d pilih....
eeeee...geli jijik dot com aku...
Hat pompuan dot lesbian plak...tak mau la aku cerita kat sini...
Malu rasanya.....aib pun ada...

Mujur la perhimpunan tu d batalkan..tapi bak kata ambiga @ dajjal nie..perhimpunan tetap akan d teruskan.. kita tunggu je la lepas ni apa plak minah sekor nie nak buat...
Tau la ISA d mansuhkan...tau la awak tu lawyer..tapi ni negara Malaysia..d mana agama rasminya agama Islam...so hormat la sikit oii..jangan la nak kucar kacirkan kedaulatan negara nie...
Kalau nak lebih2..or kalau hang dan keluarga hang sendiri pengamal seks bebas..sila la tukar kerakyatan negara ini..p berambuih ke negara lain yang boleh terima seks bebas nie... 
Mana pak menteri pak menteri yang berkuasa d negara berdaulat MALAYSIA ni...
Takkan la hangpa yang berkuasa takleh buat apa2 kut...takkan nak tengok dan biarkan je..habis2 pun tindakan tak benarkan..tapi tindakkan ke atas individu tu?????
Apakah pemerintah negara ni sekarang nie terlalu lembik dan takut nak bersuara??
Tepuk dada..tanya la iman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels