Date yang cantik..
Ramai gak blog n FB status yang letak pasal date nie harini..
Pada yang bertunang,berkahwin@nikah,melamar,melahirkan...selamat la hendaknya kan...
Untuk aku tiada yang istimewa...sedih lagi ada la..
My mum admit kat hospital...doktor saspek hati ada problem sebab mata n muka dah kekuningan..
Harini,jap2 lagi nak kena balik Taiping la..selalu balik Taiping hepi hepi...tapi kali ni...nopee...
Nak balik awal,tapi tak dapat..nak amik report kad anak - Sofea Arissa
Alhamdulillah..masih lagi cemerlang d sekolah agama..masih lagi mengekalkan peratusan 90++% untuk kekal dalam kelas Ilmu d tahun hadapan..dan untuk kali ini hanya 6 pelajar sahaja termasuk sofea arissa untuk tahun 3 keseluruhan dapat pangkat Mumtaz (peratusan melebihi 90%)
Alhamdulillah..
Sekolah kebangsaan pun alhamdulillah..matematik pun dah ok..terima kasih pada abg saiful - cikgu math merangkap "ayah"(pakcik) pada anak aku..science,english,BM, masih boleh d banggakan lagi.. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan ini...
Dan hat ni plak..lagi pasal 11.11.11
Jumpa kat blog ni (klik sini)
************************************************************
Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? read this ! dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya k.........ami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11
******************************************************************************
******************************************************************************
Yang ni yang details..d tea copy disini (klik sini)
Di Sebalik Tarikh 11.11.11
Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia.
Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.
Post kali ini akan mengupas rahsia-rahsia dan konspirasi di sebalik tarikh ‘keramat’ 11.11.11 yang sedang menjadi viral.
——
Simbolik angka 111111
Simbolik angka 111111
Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.
Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.
Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);
Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)
Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath
Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.
Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez
”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)
Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.
Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!
Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry
Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.
Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.
——
Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.
1 comment:
gerun kan. manusia skrg taksub dengan angka jugak barangkali.........
Post a Comment