Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, November 24, 2011

Maafkan Harimau Muda

Minggu ni minggu bola kut..punya laaa banyak kisah harimau muda plak..big grin
Apa nak buat..ikut musim..kecuali musim master chef or maharaja lawak mega..itu aku tak berahi nak ikut..tongue
Harimau Muda kalah atas faktor keletihan dan kecederaan...yeaa..rakyat Malaysia amat memahami..harimau muda tetap melekat d sanubari..apa pun..Apek tetap d hati.. day dreamingbleh gitu.. hee hee
TEPIS...Khairul Fahmi (kanan) melayangkan badan menyelamatkan rembatan pemain Syria, Solaiman (kiri) pada perlawanan malam tadi.
TEPIS...Khairul Fahmi (kanan) melayangkan badan menyelamatkan rembatan pemain Syria, Solaiman (kiri) pada perlawanan malam tadi.
PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa menelan hakikat persembahan malam tadi adalah yang terbaik mampu dipamerkan anak buahnya yang keletihan.
Faktor keletihan pada separuh masa kedua jelas mengganggu tumpuan pemain sehingga melepaskan dua gol kepada lawan walaupun beraksi dengan baik pada 45 minit awal. “Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, namun pemain kepenatan selepas itu. Apabila anda membuat kesilapan terutamanya menentang pasukan dari Timur Tengah, anda akan dihukum.

“Saya ada memberitahu pemain dalam sesi video, kekuatan lawan adalah hantaran jarak jauh dan kita berjaya mengawalnya dengan bagus pada awalnya namun hilang tumpuan selepas itu yang mungkin disebabkan keletihan.
“Malah untuk perlawanan ini saya kehilangan beberapa tonggak utama dengan terbaru pagi tadi (semalam) apabila pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas mengalami demam panas,” kata pengendali kelahiran Melaka itu.

Beliau bagaimanapun tetap memuji beberapa pemain seperti Wan Zack Haikal Wan Nor yang sudah hampir dua bulan tidak beraksi dengan mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan.

“Saya turut berterima kasih kepada peminat yang kekal memberikan sokongan dan akan membalasnya pada perlawanan menentang Bahrain, Ahad ini selain berusaha untuk menduduki tempat kedua kumpulan.
“Saya akan mendapat kembali khidmat Mohd Fadhli, Ifran Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim untuk perlawanan Ahad ini, jadi kami akan memberikan yang terbaik,” katanya.

Jaringan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul pada minit ke-51 namun gawang Khairul Fahmi Che Mat yang bergegar dengan tandukan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Solaiman Solaiman.
Situasi terbabit menyebabkan barisan pemain muda negara semakin hilang arah apabila gagal merencanakan gerakan dengan sempurna selain mudah kehilangan bola yang mungkin turut dipengaruhi faktor keletihan.

Mujur kecekapan Khairul Fahmi menafikan beberapa lawan yang semakin ‘menggila’ menyerang kubu negara sehinggalah pada minit ke-87 apabila pemain gantian, Nassouh Nakkdahli merembat kencang untuk gol kedua Syria.

Kekalahan 0-2 itu adalah kedua buat skuad Olimpik negara selepas kecundang dengan jaringan yang sama kepada Jepun, September lalu.

Nota kaki : Pendapat sesen aku..if pihak lawan lg besar n tinggi dr player Malaysia..kalau bleh jgn le kasik bola tinggi2..for sure la Malaysia takkan dapat rebut dari dorang..just pas dekat2 je..tapi dorang kuat lari kan..so Malaysia kena tingkatkan stamina selepas ini...

4 comments:

azila abdullah said...

oke lah tu malaysia dah menang lwan dgn indon..

pham la knapa msia kalah lwn syria..

el-nur vivi said...

wlaupun mysia klh ngn syria..nak wat cane..diaorg still kpenatan stlh mnentang indon...dan masih nak wat yg tbaik tok ngara kita nih..bangga sgt kat diaorg,,

lyza said...

Azila - Emas d Indon..pengubat segalanya kan..lg pun dorang penat.. rasa kejam klau ada yang tak pueh hati kan...

lyza said...

El Nur Vivi - kalah menang, Malaysia tetap d hatikan..bangga jadi rakyat Malaysia..bangga ada team harimau muda..Emas d Indon.. pengubat segala duka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels