Meh jadi kawan saya.. ^_^

Wednesday, November 30, 2011

Lily Haslina Nasir

Beliau adalah salah seorang penulis yang aku kagumi dan karyanya sentiasa aku tunggu..
Jatuh cinta denga novel RINDU YANG TIDAK TERTUAI, terserempak plak dengan novel IMPIAN SEMUSIM
Dan terus aku ikuti penulisan beliau sehingga kini...tak rugi oooo  :D
Cuma lately ni kak lily byk hasilkan novel remaja..cam tak sesuai plak untuk aku kan..maklum la makin veteran..blushing
Apa pun..
Alhamudlillah Rindu Yang Tidak Tertuai dah ada sambungan AKU ADA KAMU..
Dah tahu kesudahan hidup Sofi Adura bagaimana..tak sangka dari gadis pemalu boleh jadi playgirl hee hee
Nurul Masmin bila plak ya kaklily day dreaming
Terbaru yang aku miliki TUHAN MASIH MENCINTAIKU 
Sinopsis
Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan derma dari artis kenalannya dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan. Akan tetapi ramai mempertikaikan... duit artis, duit hasil nyanyian. Apakah layak dijadikan sumbangan ke arah kebaikan?

Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati!

Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.

kesinambungan dari novel MENUNGGU  CINTA TUHAN
Sinopsis
Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula. Namun antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!
Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”
Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji. Gadis ini memang menyusahkan! Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya. Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.
Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?
Pendapat aku plak aku suka 1st novel MENUNGGU CINTA TUHAN..lagi menyentuh jiwa dan jalan cerita yang agak saspen membuatkan aku tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya...tapi satu je aku pesan, jangan makan sambil baca novel ini seperti yang aku lakukan...eeeee..siot je.. :)) tak sangka kan.. dalam dunia serba moden nie,masih ada lagi yang percaya dengan bomoh2 nie...
Untuk kesinambungan novel nie, iaitu TUHAN MASIH MENCINTAIKU, ada rasa boring sikit.. dan yang aku perasan la kan..banyak gak frasa yang tertinggal perkataan TIDAK..salah satunya 
'Dia diam tidak berminat untuk melanjutkan perbualan.Dia sebenarnya amat terpaksa menyempurkan pertemuan itu.Sebolehnya dia mahu mengungkit kisah silamnya dengan arwah Nureen.Namun rayuan Najiha dan Hamzah begitu memutik hiba'
Mengikut pemahaman aku "dia" yang merujuk sebagai Azrul Rasyid tidak mahu lagi mengungkit kisah cintanya dengan Nureen sebab banyak pahit setelah segala rahsia bomohnya terbongkar..tapi ayat tu takda perkataan TIDAK..dan banyak gak ayat yang lain sebegitu..cuma aku malas nak review balik..
Lagi satu, novel nie banyak monolog..then kisahnya tak se adventure novel yang pertama..Mungkin sebab taring Latifah (pompuan suka main bomoh) dan Nureen(anak saudara Latifah) tak banyak dalam nie..manakala Azrul Rasyid plak dah hilang taring..tak lagi dok buli2 Khalida Atikah...So macam kurang kick sikit la..tapi tetap best dan berbaloi d jadikan koleksi apatah lagi jika sudah membaca MENUNGGU CINTA TUHAN..so mesti nak tahu apa kesudahan dengan kisah dorang kan...
Nota kaki : Agaknya bila plak kesinambungan Impian Semusim ya? Nak gak tahu kesudahan Nurul Masmin dengan Saiful..

2 comments:

Juliet_iRa~" said...

akk..

ira pon br je lepas bc novel menunggu cinta tuhan tu..

best..:)

beli kat kedai buku agama aritu..hee

lyzaCR7 said...

Hi Ira..
thanks singgah sini..
best kan novel tu..nak ngulang baca lg pun tak jemu.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels