Meh jadi kawan saya.. ^_^

Wednesday, October 24, 2012

Main Masak Masak

Nasib la blog..ko dapat tuan tanah yang pemalas macam aku nie...pemalas nak hapdet segala jenis aktiviti dalam blog nie... 
:P
Dulu hapdet tiap2 hari..jakun la katakan..orang ada blog..aku pun ada blog..
Tapi belum sampai tahap remaja usia blog nie..tuan tanah dah ada M besar dalam jari.. sebab jari yang malas menaipkan walaupun idea tu macam ada selalu je...
Kekadang tu tengah basuh langsir pun terpikir nak hapdet N3 "Basuh Langsir di Rumah"
:))
Takpun tiles kat rumah pecah,anak2 menangis sebab takut rumah runtuh.. pun sempat terpikir nak buat N3 cenggitu...
Tapi apa nak buat..otak sentiasa bekerja keras tak selari dengan jari yang malas menaip...
Maka..terabailah blog ini untuk seketika...tak tahulah seketika tu berapa lama kan.. :P

Harini punya N3..kisah berlaku ahad lepas...kan dah bagitau...kisah zaman tok kaduk baru nak stori kt sini...
Kesian ko blog

Jom intai tuan tanah main masak2 ya... d ingatkan tuan tanah bukan la masterchef pro.. semi pro pun bukan.. Tuan tanah adalah tukang masak yang masak untuk mengenyangkan anak2 dan keluarga je... ;)
Intai2...
Anak2 mama dah rajin menolong kat dapur
Walaupun sayur yang d patah2kan tu tak sehati dan sejiwa..ada besar,ada kecil tapi bolehlah untuk umur 7tahun dan 5 tahun kan...
Dan d sebabkan last week my hasben g mancing and dapat ikan merah,jenahak dan kerapu...
Alhamdulillah..rezeki...
Maka seminggu rumah takyah beli ikan..fresh dari laut lagi gitu.. :D
Fresh untuk haritu je la.. la ni dah seminggu kt peti ais..takda maknanyalah fresh lg kan...
Ikan merah tu tak sempat snap dalam keadaan yang sempurna..tau2 je hasben dah potong2 kan..
Takpa la..pasrah je..dah dia tukang potong kan...
Ikan kerapu tu pun dah d masak stim...tapi tak sempat nak amik gambar sebab kamera tuan tanah tak ingat letak kat mana..pastu boleh terlupa plak handphone ada kamera... 
Ermmm nampak sangat laaa ciri2 makin " muda" kat dalam diri aku...

Inilah hasil ikan merah yang d potong2 tadi tu...
 
Tak tahu nama masakannya sebab belajar dari Bibik Pari - Bibik SIL aku - mungkin ikan masak cili la kut.. cuma cili nie tak d blend..just tumbuk2 gitu je...
Nanti ai bagi resipi kat N3 lagi skali ya...:)

Hat ni plak kangkung tumis air je la kut..hasil potongan anak2 tadi.. memang tercekik mak mertua makan.. besar2 gile dorang patah2kan... :D
Cuma dalam kangkung ni aku letak mushroom... dah request dari anak2.. hentam saja la labu... Aku letak mushroom yang biasa kaler putih tu dan hat kering yang kaler hitam tu..tapi rendam dulu la bagi lembut..
Tak kisahlah pelik ke atau tak pernah buat dek orang ke.. janji SEMANGKUK SAKURA nie habis d hentam anak2 yang amat amat suka makan sayur... :D
Tak perlu guna macam2 design untuk cantikkan sayur bagi anak makan.. :P

Dan yang last sekali yang wajib ada tiap2 kali cuti...sampai aku rasa pejam mata pun aku boleh buat...
:)) 
Riak plak... :P
Triffle Puding...

Monday, October 1, 2012

Novel Kurang Wangi

Amboii tuan tanah..canteknya bahasa...
T_T
Maaf tapi memang aku rasa d perbodohkan oleh penulis novel nie..
Aku sendiri tak tahu nak kategori kan novel nie novel apa.. hantu ke? makhluk alien ke? tapi kalau dah mati berpuluh tahun dulu, d kerat2, dan d tanam..dah sah2 la bila berkeliaran d panggil hantu kan...
Tu yang aku paham la walaupun penulis menggelarkan hantu tu makhluk hodoh...
Kebodohan lain yang aku rasa bila baca novel nie, bila penulis menulis begini
"Mahluk hodoh Amira Syakila terus menyeringai nyaring.Huzairi menelan air liurnya beberapa kali. Seketika kemudian, makhluk hodoh Amira Syakila mengeluarkan sesuatu yang berbentuk penyuntik daripada laci yang terkandung paku karat di dalamnya lalu menyuntik lengan Huzairi dengan kejam tanpa belas kasihan."
Lepas tu ada dialog antara Huzairi dan makhluk tu..huzairi tanya apa yang makhluk tu suntik dalam badannya.. makhluk tu menjawab "suntikan pelumpuh"
Ayakkkk...hantu pandai suntik ek? pandai plak cari cecair pelumpuh? kat mana dia cari? kat farmasi ke guardian ke? ke g hospital?? Aku rasa lagi senang hantu tu cekik Huzairi tu.. lagi satu.. hantukan satu jisim tanpa fizikal boleh ke dia pegang segala menda2 yang wujud? ke aku yang tak faham maksud hantu..
Ke sebab makhluk hodoh tu merasuk Farah Amilin (tunggak utama novel nie)  then tu yang boleh pegang segala menda yang ada sekaligus menjawab persoalan kes suntik menyuntik tu...
Ada lagi satu scene...makhluk hodoh aka hantu pegang kapak untuk penggal kepala Pak Dani..pastu d potong2kan lagi anggota badan Pak Dani nie..tak tahu kala ini c hantu ni tengah merasuk Farah Amilin ke apa.. tapi memang terasa aku d perbodohkan dengan novel nie..
Tapi.. hat tu time makhluk hodoh (ikut kata penulis..ikut paham aku..makhluk hodoh tu hantu) merasuk badan Farah Amilin..bagaimana pula time Farah Amilin (FA) dan Amira Syakila (AS) ni berdepan satu dengan lain, bertengkar dengan dialong berjela2.. pastu dialog tu plak d ulang2 banyak kali...d lain lain muka surat.. haii laa..bosan ya amat...
Sedang bertengkar..boleh plak hantu tu meradang dan berada d luar kawalan lalu mencampak Farah Amilin ke kiri, kekanan, ketepi, kebelakang sampai FA tu pengsan..pastu AS boleh plak mengangkat FA yang dah pengsan tu, d bawa masuk kebilik tidur dan d baringkan atas katil.. pandai ek hantu tu mengangkat orang.. dia kenal plak bilik tidur n tahu plak fungsi katil...hantu memang boleh pegang menda2 yang wujud ke? ke dia ada kuasa sakti yang membolehkan dia mengangkat sesuatu...
Lagi yang buat aku terasa bangang..pabila hantu ni menangis mengeluarkan air mata darah.. aduss penulis ni banyak tengok filem Pontianak Harum Sundal Malam kut... 
Lepas tu ada plak scene kembali ke zaman silam...FA bersetuju membantu hantu Amira Syakila  mencari anaknya yang telah hilang ketika AS mati d bunuh..aku boleh terima kisah2 kembali ke zaman silam nie seperti kisah Ashabul Kahfi..TAPI kalau hantu tu sendiri yang menghantar FA ke zaman silam dengan membentuk satu bulatan cahaya berwarna kuning putih...lagi sekali aku terasa d bodoh2kan..
Dan ada lagi...scene setelah FA kembali ke dunianya sekarang.. setelah pergi ke zaman silam untuk mencari anak hantu AS tu, dia membuat permintaan..tak tahu la aku nak kata apa.. iaitu dia inginkan hantu tersebut tak tinggalkannya dan bermalam bersama dengannya untuk malam itu. Aduh lahai.. boleh pula dia peluk hantu tersebut walaupun hantu tu berlumuran darah..
Meh aku taip sikit scene dlm novel nie
" FA semakin mengeratkan pelukannya di tubuh makhluk hodoh AS.Walaupun badan makhluk itu berbau hanyir dengan darah, namun FA sudah tidak terasa meloya lagi, malah dia semakin menyayangi makhluk yang hendak mengenakan dia suatu ketika dahulu.
Perlakuan FA tiba2 sahaja mengundang rasa kasihnya pada gadis itu. Pelukan FA kini berbalas dengan linangan air mata darahnya mengalir sehingga membasahkan rambut FA.
FA tidak menyapu darah yang tumpah di atas kepalanya ketika pelukan itu terlerai, malah gadis itu melemparkan senyuman buat makhluk hodoh itu"
Aku... erkkk..tak tahu nak cakap apa....

Ini lagi adegan yang terusan membuatkan aku jadi bodoh...
" FA mengajak makhluk hodoh AS ke biliknya dan FA mengarahkan makhluk hodoh itu duduk di sampingnya kerana dia ingin menyelesaikan bab2  terakhir  sebelum semuanya terdedah keesokan harinya. Dia harus menghabiskan karangannya malam ini juga kerana esok sudah pasti dia tidak mempunyai masa lagi untuk melengkapkan karyanya.
" kita karang bersama2 ya.Lagipun karya ni dah jadi karya kita berdua..boleh kan? "
Kedua2 mereka saling berbincang sesama sendiri dan mengeluakan idea2 yang hebat untuk menyelesaikan sebuah karangan novel seram yang memang menyeramkan untuk semua para pengemar novelnya kali ini.
Sesudah selesai karangan mereka berdua, FA mengajak makhluk hodoh itu tidur bersama2nya d sebuah katil. FA ingin menjalinkan kemesraan dengan makhluk hodoh itu......"
Ermmm banyak idea si hantu nie...
Pastu ada lagi la aksi kemesraan antara mereka berdua atas katil tu... aksi menangis air mata berdarah...

Dan yang paling2 aku tak tahu nak ketawa atau menangis baca part hat nie..
" Sesudah menunaikan solat subuh, FA mula menyeru makhluk hodoh AS untuk menenamaniny bersarapan.
"mama ooo mama.. jom kita bersarapan bersama2"
(pandai ek hantu breakfast? )
Suasana pagi yang terang benderang kembali suram dan hampir gelap ketika munculnya makhluk hodoh itu, nmaun ia tidak lagi menggentarkan hati FA malah gadis itu menyambut kedatangan makhluk hodoh AS dengan sebuah senyuman.
"kenapa panggil?" tanya makhluk hodoh AS dengan merenung tepat ke wajahnya.
"Nak ajak mama bersarapan.Mama tak pernah rasa lagi masakan saya kan? Saya nak menjamu mama sebelum mama mendapatkan anak mama semula"
FA mula memberi pinggan nasi lemak berlaukkan sambal sotong kepada makhluk hodoh AS. 
Makhluk hodod AS itu menyambutkan dan mula memakan bersama2 dengan FA.Walaupun suapan demi suapan dot dot dot...aku malas menaip..hehehe
Sambung sini plak 
"kenapa mama pandang saya macam tu? Tak sedapkah masakan saya? Atau mama ingin makan daging mentah?
Aduh lahaiiii penulis oiii... hantu boleh makan nasik lemak ke?? kelakarnya... bengang pun ada.. macam apa je kan...agak2 la kalau nak buat menda tahyol skali pun..takkan la hantu makan nasi lemak..  Walaupun penulis menggelarkan hantu tu sebagai makhluk hodoh - tapi kalau dah berpuluh tahun mati d kerat2 d tanam pastu hidup kembali...apakah ia?? hantu syaitan la kan... bukanlah sekadar makhluk hodoh lagi...
Pastu ada lagi scene FA tidur atas pangku AS...
Dan masa nak ending.. tatkala FA ingin memberitahu AS siapa anaknya yang sebenar, FA kol parents angkatnya suruh datang ke Vila tempat dia sewa (untuk mendapatkan feel menulis novel baru,.FA ni kan penulis)  Masa parents angkatnya sampai bersama tunang, FA keluar ke ruang tamu bersama makhluk hodoh AS... pastu FA memberitahu kebenaran anak SA.. rupanya FA adalah anak SA yang hilang itu.. macam sayu sebak n sedey la kan..tapi aku rasa nak penampar je penulis nie.. cess garang gitu kekdahnya.. kang kena saman baru tau... :P
Yea la.. ada ke patut bila AS bagitahu semua orang yang dia adalah makhluk hodoh tu..pastu... emmm korang baca la dialog yang kat bawah..
"ibu ayah (kat parents angkatnya) Emmelyn (nama pendek FA) harus melakukan pengorbanan ini dengan mengambil keputusan untuk kembali kepangkuan AS ibu kandung Emmelyn.Emmelyn berterima kasih kepada  ibu dan ayah kerana telah menjaga Emmelyn seperti anak sendiri sejak Emmelyn di lahirkan.Maafkan Emmelyn jika terpaksa mengecewakan hati ibu dan juga ayah"
Pastu ada lagi dialog..
Ibu, ayah Emmelyn terpaksa melakukan pengorbanan ini demi ketenteraman dan kesejahteraan penduduk kampung ini.Roh mama tidak akan tenteram selagi anaknya tidak kembali dalam pangkuannya. Emmelyn taknak rohnya merayau2 menganggu penduduk kampung lagi... bla bla bla dan bla bla bla...

Penulis pun mengaku makhluk hodoh tu ROH.. kalau ROH.. kat mana FA nak tinggal nanti bila dia ingin tinggal bersama dengan AS? dalam kubur bersama2 dengan AS yang dah lama mati tu? aduh lahaiii.....

Lepas tu kan..ada plak dialog antara Roh AS dan ibu bapa angkat FA

" Siti Hairani (ibu) Imran Haneef (bapa) terima kasih kerana menjaga harta aku yang tidak ternilai ini. Sebagaimana kamu semua telah mengembalikan kehidupan aku yang telah d rampas, aku juga akan mengembalikan kehidupan kamu... bla bla bla bla.....

Then

Siti Hairani, FA adalah darah daging aku dan dia hanyalah kepunyaan aku. Sementara kau pulak akan mengandung selepas pemergian kami... --> alamakkk...hantu boleh tahu ek Siti Hairani boleh mengandung lepas nie... tilikan yang bagus tu..agaknya tu sebab orang dok memuja hantu untuk dapatkan nombor ekor kan...

Pastu

" satu lagi pertolongan yang aku pinta daripada seluruh penduduk kampung agar mengebumikan mayat aku dan Fahrul di sebalik pokok besar bersama buaian yang tergantung di dahanya di tahah perkuburan orang2 islam agar roh kami tenteram. Izinkan kami pergi:
Makhluk hodoh AS mula memeluk pinggang FA untuk membawanya pergi. FA akan pergi ke suatu tempat untuk melupakan kisah yang penuh tragis ni..."

Kalau jasad dah mati, dah hancur d mamah tanah... macam mana FA nak hidup bersama SA lagi? kat mana dorang nak hidup? Pergi kesuatu tempat? alahaiii macam apa je la novel nie... aku rasa teramat2 bodoh membacanya.. apatah lagi terpaksa membacanya sebab nak tulis review kan sini supaya kekal d ingatan aku jangan beli or terbeli lagi sekali novel nie... huh...

Tu belum lagi lawak2 yang ada dalam novel nie... selain dari lawak d atas tu...

Lawak antarabangsa dalam scene Pak Dani dan FA - iaitu FA mendengar bunyi tembakan d luar vila, lalu d jengah keluar dan dia melihat bola bola api menyerang Pak Dani.. aku ingat lagu Arwah Achik Spin dan Nana je ada bola2 api..dalam kisah ni pun ada gak ek..pastu bola2 api tu terkena Pak Dani.. tapi Pak Dani masih mampu bertahan lagi.. huii kita kena api sikit pun menjerit..ni plak kena bola api yang makin lama makin besar...sah lagi sahih la sakit dan silap2 terbakar kulit.. tapi Pak Dani ni gile terror.. kebal kut.. boleh plak dok elak bola2 api yang makin besar tu sambil menjerit memarahi FA dan suruh FA tu turun dari Vila tersebut...
Dan yang aku paham.. dan penulis yang menulis Pak Dani tak berjaya mendekati Vila tersebut sebab ada bola2 api dok serang dia...so kalau tak berjaya dekat.. tentulah jauh kan.. kalau dah jauh.. Vila plak dua tingkat, FA dok plak kat tingkat atas..boleh plak dorang menjerit2 bertengkar.. dengar ke? Pak Dani tu.. dah la menjerit2.. kena elak lagi bola2 api tu.. rasa macam lawak sesangat.. tak letih ke Pak Dani tu? kan ke dah tua? alahaiii....

Ayat pengulangan..nama yang panjang2 yang d ulang2.. scene yang d ulang2 cuma watak plak watak yang lain...
Masa menggoda orang A, dialongnya sama seperti d godanya orang B..memang bosan gile.. tak habis2 dengan frasa jelingan menggoda..tapi penyampaian menggoda tu tak sampai ke aku..takda la aku suruh tulis ayat lucah untuk sampai maksud menggoda tu kan..
Tapi rata2 ayat dalam novel nie kaku n penyampaian tak feel..
Jangan komplen plak, suruh aku buat novel sendiri..sebab aku hanya tegar membaca novel, bukan penulis ya.. 
Sesungguhnya ni antara novel paling tahap lawak bodoh antarabangsa yang aku baca...

Ada yang kata, anggap satu hiburan..seperti kita menonton film..jangan d cari mana lojiknya.. banyak yang tak lojik dari yang lojik..
Lain orang lain citarasanya..dan ini hanya pendapat aku dan citarasa aku...

Thursday, September 27, 2012

Tak Sedar Dek Untung

Memang dasar tak sedar diri betul...kau lupa ek diri ko tu siapa...telah ku beri segala kasih sayang
Tapi..
Sudahnyaaaa..ini balasan ko ek...
Memang betul la ko lupa diri...tak sedar dek untung...
Huiii marah betul aku nie....huh....
angry
Nak tahu siapa dan kenapa..
Skroll
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Hello pada semua yang baca blog ini...
Nama saya Didi
Saya berusia 13 tahun...saya sangat manja dan suka bergolek2..
serta berpossing manja sambil mendengar lagu
dan juga tido atas katil tuan saya, yang juga empunya blog ini
mungkin juga tuan saya rasa terganggu d sebabkan size badannya yang makin melebar :P  dan katil makin sempit :D maka tuan saya bermurah hati membeli rumah baru untuk saya.. dancing
tapi lama kelamaan saya rasa boring plak...saya tak boleh golek2 pusing tido dan berpossing..juga tak dapat menghayati lagu2 hindustand lagi...maka saya buat muka kesian..
pura2 tido atas meja makan..
dan kerana kasih sayang yang tak berbelah bagi tuan saya pada saya,,maka lagi sekali tuan saya membelikan saya tempat tidur yang baru untuk keselesaan saya... sukaaa....love struck tapi pabila masa berlalu pergi.. bosan kembali menyinggahi tidur saya..... :(
Suatu haritu, tuan saya bawa balik 6 bijik bantal baru..saya tak senang duduk apatah lagi baring bergolek... tercium2 bau bantal baru..badan saya mengelitis nak mencuba... :))
Dan ini lah puncanya tuan saya sangat marah dengan saya.. dan N3 ini d hasilkan
T_T 
Tuan saya kata saya patut sedar..kucing tido tak perlu bantal...
Tapi salah ke saya menyukai bantal inie???
 :D
Dan saya tetap buat bodo walaupun d suruh turun dan tidur dalam bekas sendiri...
maka bermula dari hari tersebut, dengan rasminya saya berkongsi katil dan bantal dengan tuan saya...
Yaaaaahhhooooooooooo.....
Inilah kisah saya...inilah tanda kasihnya saya pada tuan saya, nak tidur sama2 dan ini jugalah tanda kasihnya tuan saya pada saya tak kisah berkongsi bantal dan katil..sharing is caring kan.. caring is loving.. ;)
Kawan2 yang lain, jangan tiru perangai saya ya... 

Friday, September 14, 2012

Minggu Yang Busy, Hidup Yang Kelam Kabut

Hamboiii tajuk N3 tak bleh blah..macam hakak sorang je yang busy kan.. :P
Mungkin sebab ini pertama kali sejak aku kawin, anak dah 3, hasben admitted hospital then segala urusan anak2 dari A-Z aku yang handle..tu yang aku rasa aku manusia yang paling busy tak henggat...
Dan mungkin juga sejak aku mengenali apa itu FaceBook, ini pertama kalinya hampir seminggu aku dapat berlama2an berdating lepak seharian depan FB.. kawan2 pun hairan, pm tak ber reply, comment tak berjawab.. 
:D
Amboiiii glemer sungguh ai nie kan... perasan plak.. :P 
Takda la glemer mana pun..hot ke..popular ke..jauh sekali..tapi kurang2nya ada gak la orang yang sayang and ambil berat kat kita bila lama menyepi kan... :) dan kurang2nya FB aku tu ada dapat gak banyak notify serta pm serta like kan..dari diri sendiri yang buat semua tu kan.. :P

Apa pun, inchik suami dah discharge dah..alhamdulillah..lega aku sebab tak perlu berulang alik ke hospital lagi.. tapi tetap gak kena jengah ke sana untuk pemeriksaan luka d kakinya yang buat surgery tu..Seminggu 3 kali..
Dan buat pertama kalinya aku rasa sungguh berguna lesen kereta aku nie walaupun duduk dalam frame gambar (hiasan)hampir 6 tahun..dan tak sia2 gak dia paksa aku drive ambil hantar anak sekolah setahun yang lalu.. 
Sebab aku dapat bayangkan betapa sukarnya hidup aku sekiranya aku masih belum lagi belajar driving tika suami terlantar begini..
Untuk 2 minggu ni yang memerlukan aku jadi driver sepenuh masa - sebab inchik suami masih lagi tak boleh drive walaupun kereta auto(surgery kaki kanan kat ankle - betul2 sebelah buku lali) - sekurang2nya aku dah confident sikit untuk memandu keluar dari zon selesa aku - Puchong, Subang, Subang Puchong :D
Tiasa masalah untuk isi minyak kereta sendiri, tiada lagi takut2 untuk parking  walaupun senget2 kan.. janji tak kacau kereta kiri kanan...
Tapi tak tahu la berapa lama sikap aku nie boleh bertahan..hope selamanya la.. :D  sebab sehari dua ni plak, hasben dah boleh drive sendiri, kerja aku dah makin mudah..aku dah bleh lepak lama2 depan FB.. :))
Azam aku..moga blog ini tidak lagi berhabuk... :P

Untuk kawan2 yang takut2 seperti aku dahulu..jom beranikan diri anda memegang stering kereta.. Aku, mungkin terpaksa kan, tapi yang pasti aku ada satu petua..ni yang aku guna untuk diri sendiri.. Aku drive sambil dengar lagu hindustand...and it's worth it...
Betul...tak tipu..tipu masuk api neraka - bak kata Mimin.. :D Masa untuk pertama kalinya aku drive keluar dari jalan kebiasaan aku, terpaksa masuk LDP untuk ke Colombia, before tu, aku download lagu2 hindi yang aku suka, seperti lagu Zuuby Dooby, Bole Chudiyan then pasang lagu masa dalam kereta...hasilnya.. aku chill gile bawa kereta.. :D
Cer try.. ;)

Apa pun, segalanya dah kembali seperti sedia kala.. perjalanan dah kembali ke normal..

Ohh ya..lupa plak..
Untuk my lovely SIL...Selamat Pengantin Baru...

Moga berbahagia,kekal selamanya....mujur inchik suami dapat discharge sehari b4 wedding adik dia..
Dapat le sama2 meraikan walaupun jalan terhencot2.... :)

Nota KaKi : Buang kawan2 sebloggers..mohon ampun beribu ampun..tak sempat mereply komen, tak sempat menjengah,melawat ke rumah anda semua..nanti saya datang ya.. tunggu tau :D

Thursday, September 6, 2012

Sweet 17 ^_^

Perasan and gila poyosss ok kononnya masih sweet 17... :))
Today my birthday... motif plak update blog bagitau my birthday...nak minta hadiah ke.. :P

Entah la.. sejak 2 3 menjak nie mood nak menulis sekosong kosongnya... hilang d bawa angin lalu..
Tunggu la kalau angin tu menyonsang arah patah balik ke aku..then mungkin time tu aku dapat mood untuk update selalu blog nie...

Actually (ngan gaya slang mengada2..) memang la harini birthday aku..tapi tak la sweet 17.. 
Sweet tu tetap ada..cuma 17 tu ada penambahan sikit la.. :D
Cuma kalini tempat celebrate birthday tu sangat istimewa and lain dari yang lain.. belum pernah lagi d buat dek aku seumur hidup aku...just celebrate bersama keluarga tersayang..
Kat sini..giler cool kan.. :P
Puchong
Sebab hasben sayang kena minor surgery kt bahagian kaki...anak2 busy body menempek kt katil.. mujur bilik single..takda la jiran sebelah nyebelah penin...
 Konon2 jadi Doc la tu.. ;)

 My Birthday Cake.. present by SIL - Nurul.. TQ.. sedap gile.. memang menambah kalori la.. :))
Hadiah plak..tunggu che hasben dah ok seperti sedia kala..baru nak request.. hajat d hati nak hat nie..
Sweet n gojes sangat..tapi bila tanya pada yang pakar pasal handbag2 nie..terus aku kensel la nak merembat this item...sebab c pakar nie..dah tengok live, dah puas belek, dan paling penting, this person boleh d percayai.. ;)

Ok la abang, nanti ai gugel hat lain plak ya... :))

Nota KaKi : Bila hasben d hospital, tak terdaya membawa kereta, anak2 mengharapkan aku menghantar dorang ke sekolah, berulang alik dari sekolah anak, office dan hospital dan rumah...baru aku terasa betapa untungnya dia bertegas dengan aku supaya membawa kereta (hampir 6 tahun menframekan lesen)

Friday, August 17, 2012

Baju Raya Yang Hampassss...

Buntu plak nak letak title apa..dah la lately ni cukup malas nak update blog...
Bukan takda bahan atau idea..semua complete..tinggal nak menaip n enter je.. tu pun malas lagi.. Ntah laa.. asik malas je memanjang..bila la mau jadi rajin nie... huhuhuhu....

Sebenarnya N3 untuk hari ini, aku rasa nak buat N3 maki hamun orang..tapi rasa tak best plak.. yea la kan.. 1st at all bulan Ramadhan..segala adab, tutur kata kena jaga supaya amalan dan ibadat kita d berkati Allah.. :)
Lagi satu..aku rasa, aku dah tua actually tak la tua sangat.. :D kira senior la dan dah matang la akal fikiran untuk tidak maki hamun orang kan.. 

Cuma cuma..aku frust tak henggat dengan sorang tailor nie..alaaa..kisah baju raya la kan..dah tinggal sehari dua je lagi nak raya kan... 
Semalam g la Mara - Bangunan Biru kat KL tu, nak ambil baju tempahan aku..dan d sebabkan hujan, and aku bawa si Yasmin 5 tahun nie.. nak jalan kaki dari Masjid India (naik LRT, KL jammed tak henggat semalam) takut gak dia demam sebab berhujan kan..so aku just lepak Sogo, nak beli barang aku, and che abe yang g ke Mara amik baju tempahan aku...

Semangat tak henggat tu dapat baju baru..hehehehe..sebab selalunya baju aku beli ready made je..dah berapa tahun tak tempah sebab akan ada problem seperti baju terlampau besar atau baju tak siap tapi tailor dah awal2 lagi cabut balik kampung tanpa beritahu...
So dapat baju, barang dah beli, kasut pun dah jumpa..hati berbunga riang..macam semua dah complete la untuk Raya 2012 nie kan...

Malam sampai rumah, try la baju kurung yang aku tempah tu...
Tapi kan..tapi kan..tapi kan....
Hat ni yang aku rasa nak telepon tailor ni n maki hamun bodoh ke bangang ke or apa2 lagi la janji dapat luahkan perasaan marah tak henggat nie kan...mujur la time tu dah pukul 12 tengah malam...
Dan seriously aku tak tahu macam mana tailor tu ukur badan aku, sebab.cutting kecik tak henggat...
Aku tempah kurung moden, bukannya SARUNG NANGKA... tau la kurung moden kan..tapi jangan la buat sempit tak henggat sampai aku tak bernapas langsung n tak boleh duduk...
Bayar mahal2..(bagi aku la) tapi hasilnya hampassssss gile...

Bagi 2 kain yang berlainan tapi 1 size (size aku la kan) tapi bila siap..aku dapat 2 pasang baju yang berlainan size...macam mana tu????

Baju merah nie ketat kat bon bon..bila duduk langsung tak bernyawa..nyawa-nyawa ikan pun tak tinggal..
Kain pun ketat nak sarung n zip kan.. kain plak aku suruh buat belah batik untuk dua2 baju nie..tapi hat merah nie.. kain kipas kat belakang...tension !!!
Yang lite green nie, dada, lengan dan bawah ketiak sempit..bila pakai je..macam berNAFAS DALAM LUMPUR je... huh...
Kat bon bon ok plak...kain pun ok...tapi still gak takleh pakai sebab dada ke atas semuanya sempit...
macam mana tu? 

Tailor tu ambil ukuran d badan aku..bukan dari contoh baju..macam mana seorang aku nie.. ada dua size? Tak ke hampassss dot com namanya...
Lagi pun masa dia tengah ambil ukuran kat badan aku tu pun, aku ada bagitahu jangan buat fit sangat..aku nak loose je..sebab masa dia ukur tu..memang betul2 rasa ngam2 kat badan.. tahu lah kurung moden kan..dan SEKALI LAGI aku pesan masa aku kol dia malam tu nak bagitahu span baju aku nak 1/2" je.. Sebab siang tu aku lupa nak inform kan..lepas tu cara ambil ukuran tu kejap sangat seolah profesional habis laa kan...tapi hasilnyaaa??? macam budak sekolah baru belajar buat baju...

Nak repair baju tu???
Boleh ke? Paling penting, boleh ke siap sebelum Hari Raya? Tailor tu pun dah tutup kedai nak raya dengan duit baju kastemer yang dah d rosakkan...huh..
Yea laa klau dah kecil mana kan plak boleh besar kan lagi..pastu plak kalau boleh d repair kan pun, dah tentu2 lepas raya kan..then selalunya baju kalau dah d repair sana sini..mesti dah tak best d pakai...

Dan selalunya tailor akan bagi alasan bodoh " alaa u gain weight la tu..dat y baju tu u tak boleh pakai... dan aku rasa untuk baju sesendat tu..aku perlu gain weight 10kg..gile ke apaaa...dalam masa tak sampai sebulan berat aku boleh naik sampai ke 10kg...huh...

Atau 

Mungkin dia akan kata "kain tak cukup" if kain tak cukup..aku ada tinggal contact number.. kol la aku bagitahu n mungkin aku akan kata takyah buat la sebab kalau baju kecil macam mana aku nak pakai...

Tailor..tolong la jangan buat alasan bangang... tapi hat tailor ni aku memang tak tau apa alasan dia.. mungkin aku kastemer dia Gred paling bangsat + haprak..tu yang dia buat cincai je.. tapi aku still bayar 
N
Mungkin bagi orang lain, setakat duit upah jahit RM200 dan duit kain beberapa ratus tak mahal.. tapi bagi aku sangat mahal apatah lagi pelaburan tu tak dapat pulangan yang berbaloi.. dan duit tu bukannya aku jumpa tepi jalan or turun dari langit macam tu je...

Aku ada sms dia pagi tadi..bagitahu yang aku frust dengan baju aku yang tak boleh d pakai langsung..dan details..aku tanya dia macam mana satu ukuran untuk badan aku dapat 2 size baju yang berlainan.
Aku nak elakkan dari kol dia sebab aku takut aku tak boleh control diri aku nanti..takut terbabas terkeluar perkataan2 yang tak sepatutnya..tak suka la gado2 nie...
TAPI
Sehingga N3 ni d publish tailor yang TIDAK bertanggungjawab tu tapi bertanggungjawab merosakkan kain baju aku..langsung tak REPLY - kol aku or sms aku...

Patutkah aku PUBLISH nama dia? Patutkah aku war2kan d sini, kedai dia yang mana satu d Bangunan Mara d KL tu?
Sesama Melayu, sesama Islam..sebolehnya memang TAKNAK menabur pasir dalam periuk nasi orang... tapi sangat sedey pabila segalanya rosak sekelip mata....pastu tak reti nak kol or reply sms tanya details or apa ka..
J & N Collection...anda akan ku pangkah kau selamanya....Bergembiralah dengan kesakitan hati aku nie.. Moga suatu hari..ko akan bertemu buku dan ruas..dan moga suatu hari ko akan terfikir betapa banyak dah baju2 kastemer ko yang  dah ko jahanamkan...(dah banyak kes..aku je pandang ringan..)

T_T

Sunday, August 5, 2012

Perak Untuk Malaysia Olympic 2012

Iolls kecewa U...tapi Iolls redha...walaupun sukar..
Ini adat pertandingan..Dato Lee Chong Wei dah bagi terbaekkk untuk penyokongnya and juga untuk rakyat Malaysia...
Kalah Rubber Set 19 - 21 rasa macam sayang sangat..tapi aku harus akur walaupun jantung aku rasa sakit and nyilu.. nak taip perkataan AND Bahasa Melayu pun rasa tak lalu.. :P
Apa pun, aku selaku rakyat Malaysia tetap berbangga and sayang kat Datuk Lee Chong Wei...

 Untuk Datuk Lee Chong Wei.. dun say sorry..we proud of you..

Jangan sedey sedey..Aku pun sedey dan nangis gak..tapi DLCW dah bagi yang terbaekk untuk Malaysia..

Biar pun ada yang mencemuh..tapi rasanya majoriti berdiri bersamamu..jika tiada pun, yang pastinya aku sentiasa ada di sini walaupun bukan d sisi... :)

And
(nyampah plak nak taip perkataan and bahasa melayu..)
Walaupun emas bukan milik Malaysia.. tapi cer baca ni dengan penuh kebanggan " Skill win you medals (LinDan) but attitude win hearts (Datuk Lee Chong Wei) " ESPN commentator.” 

Tuesday, July 31, 2012

Pabila Mama Rajin......

hee hee big grin
Kari sotong - permintaan Natasha..amat suka kari tanpa santan..
 
Hat ni plak yang kecil, Yasmin..ngidamkan suhun n fucuk, letakkan mushroom n telur.. seperiuk dia makan dari berbuka puasa sampai le tidur malam..asyik benor mengulangi sampai habis...
 
hohoho..ni mine n hasben pebret..kembung goreng dengan sambal ayam penyet..perghhhh..menambah tak henggat..pastu gado baju raya tukang jahit tak pandai jahit sebab ketat.. padahal makan tak henggat kan.. :P
 
hat ni plak, kesukaan anak2..triffle puding..baru buat 2 kali.. hahahaha...memang dasar "rajin" memasak kan.. 

Dan rasanya sejak blog ni wujud tahun 2009, inilah pertama kali aku buat N3 masakan hasil tangan aku sendiri...tu pun sila abaikan dari segi deco2, pinggan mangkuk cun2 ya..memang tarak..just snap2 je...
Ini juga tak lah bermakna, ni baru pertama kali aku masak kat rumah kan.. mau kena pelangkung dengan hasben..silap2 dapat pembantu rumah kekal (madu)angry.. baru ada akai.. raised eyebrows

Meh la puji2 komen2 kt N3 nie..bagi semangat kat aku yang "terlampau rajin" masak supaya pasni lagi banyak N3 "Pabila Mama Rajin" hahahahaha..demand tak henggat malu punya la... rolling on the floor

NoTa KaKi : Teringin nak tengok atlet Malaysia menang emas d Olimpik 2012 London...teringin tengok Harimau Malay mengaum hebat pabila bertemu lawan d padang ekoran kekalahan LAGI dengan team luar ManCity...tapi selagi sukan + politik = menghancurkan impian aku dan juga  rakyat Malaysia

Tuesday, July 24, 2012

Ragam Anak Anak

Dah masuk 4 Ramadhan..
Alhamdulillah Arissa n Natasha takda masalah nak berpuasa..cuma minggu pertama ni Arissa, yang sulung 10 tahun tu moody tak henggat la..penat balik sekolah kebangsaan, pastu nak ke sekolah agama, dari sekolah agama ke tempat mengaji plak..tapi adik dia..Natasha 7 tahun, tetap steady cuma bila dah masuk ke pukul 6 petang tu, dia tup2 dia jadi pendiam dan diam sangat...bateri weak.. :D
Yang pastinya weekend dorang memang la dengan channel cartoon je..
T_T
Natasha, tertidur sambil dok buat buku2 tadika dia yang tahun lepas...

Dan tahun nie, tahun pertama c budak kecik nie mula berpuasa..c budak kecik yang berusia 5 tahun yang bercita2 nak jadi contractor buat rumah..hehehe...tiap2 hari melawat tapak kawasan rumah sewa yang sedang dalam pembinaan..
1st day puasa, sempat sampai pukul 12 tengah hari camtu...
2nd day plak,alhamdulillah, berjaya ke pukul 4.30 petang..tak sampai hati dah nak tahan kan dia sebab dia tak bangun sahur n muka dia pun dah merah, badan cam dah panas sikit..Dia berbuka puasa hanya dengan segelas susu sahaja..then sambung puasa (katanya) sampai le azan maghrib..
Untuk hari ke3 plak..kejutkan dia bangun sahur..makan bubur nasi..n yesss..berjaya puasa satu hari.. alhamdulillah..walaupun lepas balik tadika dan mengaji dalam 5.45 camtu dia mengadu penat,letih,dahaga dsbnya...

Menghabiskan masa sementara tunggu masa berbuka...
Ultraman,Pingu kat You Tube
T_T
Untuk mak plak yang tak perlu masak tengah hari dan punya masa yang lebih terluang,

amik ko..rambut anak jadi mangsa.. :P
Ini cerita hujung minggu la..hari sekolah..tak sompat...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Menjengah Lagi....

Lamanya rasanya tak update blog walaupun ni bukan pertama kali kan... :D
Cuma kalini memang terasa sayu n mood sedey bila tengok blog nie...terimbau kenangan lama dengan arwah kaklong sebab dia la tukang mencantikkan blog nie...tukang mengkomen itu ini, tukang meletakkan gajet itu ini kat sini..iklan je tak letak..sebab aku yang taknak..saja je.. ;)

Untuk kawan2 yang singgah sini...
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..
semoga puasa kita,ibadah kita..d terima Allah swt... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels