Meh jadi kawan saya.. ^_^

Sunday, June 29, 2014

Antara Hidup Dan Mati

Sudah sampai saatnya..
Masa d nanti telah tiba
Hidup dan mati d bakal d tentukannya
Pengakhiran segala yang bermula

Well.. apa lagi..pusingan kalah mati World Cup 2014 le.. 
Peringkat kumpulan dah abis dah awal pagi tadi..So cuti sekejap.. sehari je relex..pastu mula balik peringkat kalah mati nie..

Jom tengok usaha gigih aku menyiapkan poster gergasi World Cup aku nie..gigih la sangathee hee
Tapi tahun nie takleh lekat kat dinding.. sebab dinding baru cat..kang nak cabut poster..tercabut habis cat.. syarat che abe yang tak suka layan bola phbbbbt

Heart broken uolss bila iolss tampal nama USA kat Group G tu..bukannya team Portugal
broken heartbroken heart
Sedih ya amat walaupun USA kalah n Portugal menang malam tadi n paling bermakna CR7 skor , tapi tak cukup untuk melayakkan Portugal ke peringkat kalah mati
Point sama USA 4 point, Goal score pun sama, 4 goal tapi bila semua tu sama, d ambil kira pula jaringan bolos..abis la sebab Portugal bolos 7 compare dengan USA..so babai la Portugal...babai CR7.. 
gonna miss you..jumpa masa La Liga musim baru nanti..
CR7 memang sangat2 takda luck malam tadi..

Cristiano Ronaldo missed at least 5 chances in the 2nd half. Watch goals and highlights here - http://s-k.cm/POR-GER-GHA-USA-Live

NoTa KaKi: Dont be sad dear..l know how ur feel..just be cool and be good.. Still u r a champ for me u r de best ...Luv u always

Wednesday, June 25, 2014

Cerita Panas... Panasssss...

Panass Panasss Panassss....
Gila panas cuaca sekarang nie... 
Ni la cerita panas aku harini worried
Dulu tak kisah sangat hujan ka, panas ka, mendung ka.. aku terima ja.. 
Kalau hujan, kita ada payung, rumah untuk berteduh.
Kalau panas, kita ada aircond or kipas untuk sejukkan badan or kalau dah tak tahan panas sangat, mandi je banyak kali..day dreaming
Tapi sekarang ni kalau panas lama sikit, hujan yang d nanti tak kunjung tiba..
Aku dah trauma..bukan apa..trauma oooo ayaq (air) sat g (nanti) kena catu.. baru ada akai..jenuh ooo

Phobia phobia phobia...
Last musim panas kena catuan..siksanya rasanya.. memang la 2 hari ada 2 hari takda.. tapi kekadang rumah aku hari ke3 petang baru dapat air, tengah malam air dah putus balik..tension oooo
Balik penat2 kerja dengan jalan jammed hanya dengan mandi je dapat membasuh penat dan lelah yang bergayut d badan nie.. tapi kalau mandi, membuang besar kecik sume kena catu..
Adoiiii fenat la fenat..cuaca panas, air bercatu..mandi kena jimat.. perghh migraine aku......
rolling eyes
Paling best rumah YB Selangor n VVIP Selangor hidup bermewah tanpa catuan.. apa nak buat.. rakyat d dahulukan..
Dah la nak nak bulan puasa nie.. segalanya memerlukan air.. tadah banyak mana air sekalipun takkan sama dengan air yang dok meleleh dari paip...
Agak2nya kalau bulan posa nie..kalau kena catuan la kan.. boleh tak rumah VVIP Sel, Tan Sri Puan Sri Dato Datin, YB Selangor d catukan dahulu..sebab apa.. sebab depa(dorang) boleh buka posa tiap2 hari kat hotel or mana2 depa suka tanpa perlu kira bajet macam rakyat marhein nie..Habis catuan ruma depa sebulan baru buat rumah2 rakyat plak.. baru lah d katakan YB bertimbang rasa dan mementingkan kebajikan rakyat, ikut sama rasa dengan apa yang rakyat lalui..barulah pemimpin adil lagi saksama..
Ada brani ka YB?
batting eyelashesbatting eyelashes

Oh hujan..d manakah kau bersembunyi,
marilah turun membasahi bumi
Rakyat Selangor (aku la tu) menagih kau turun d sini
Supaya kami tak trauma ayaq kena catu lagi

Turun la hujan..aku dambakan kehadiranmupraying

Thursday, June 12, 2014

World Cup 2014 - Its Brazil Time

Seisi mata panda bermula..
Seisi tinggalkan che abe tidur bertemankan kucing kian menghampiri..**opsss :P **
Seisi berkampung d depan TV sudah bermulaa.... Yieeehaaaa....
It WORLD CUP TIME **ciken dance**
Jom skodeng World Cup Brazil 2014 Malaysia Time... macam terlambat aku update kan..tapi ok la dari takda langsung..**alasan takleh blah nak sedapkan hati sendiri**
Group Standing
Group Stage. 
Untuk peringkat seterusnya nanti aku update lain. Best sikit pabila tau team mana yang move team mana yang kandas.. 

Untuk yang tiada Astro..dun wori..RTM setia bersama anda.. ^_^
Schedule World Cup 2014 d RTM/TV2/TVi
Jom..seisi tidur awal bermula, 
Praktis untuk sahur nanti..sahur bersama World Cup la tahun nie.. ;)


NoTa KaKi:Me? CR7 tetap d hati..Team Brazil dulu kini dan selamanya..


Monday, June 9, 2014

Sepasang Kasut Merah

Merah itu menawan kalbu
Apatah lagi d hiasi d kaki yang putih gebu
Fuhhh pasti terpaku mata aku d situ
Sayangnya kaki ku segelap awan kelabu
:P :P

Harini rajin mood merasuk hati aku..rajin tak tentu pasal. So aku buat beberapa entry untuk Kutub Khanah ku aka library
Jom jenguk kisah Sepasang Kasut Merah 
ehsan gugel

tak tuk tak tuk kasut tumit tinggi merah berbunyi.Bunyinya meragut banyak nyawa....

Ying dan Bront. Sepasang kekasih d kota Bangkok. Ada rahsia yang terpendam, ada kisah yang tersimpan. Bermula dari terpaut d mata, turun ke hati, kasut tumit tinggi berwarna merah menjadi koleksi.

Bront Chatrai(BC)sukarelawan d bumi bangkok,. Bersama Phi Tong(PT) mereka menolong pasukan polis,bomba, hospital membersihkan kawasan kemalangan. Sehinggalah suatu malam.. suatu kemalangan berlaku. Suatu pengkhianatan terjadi. Apabila c pengamanah tidak lagi memegang amanah, yang teraniaya bangkit membalas dendam. Yang bertanggungjawab harus terima pembalasan. Yang d sakiti akan terus menghantui walau dalam mimpi. Tiada lagi mimpi indah. Hanya jeritan terus kedengaran. 

Begitulah yang terjadi pada Bront, Ying, Kong, Tong, dan ramai lagi. Semua ini saling berkait rapat walau hanya dengan sehelai rambut. Apakah kaitan antara mereka? Apakah kesalahan yang mereka lakukan? Ying, keterujaan apakah yang membuatkan dia membeli kasut 2nd hand berwarna merah. masakan kerana kasut merah segala malapetaka terjadi..apakah halnya kerana rambut..hidupnya d penuhi dengan ketakutan. Satu demi satu kematian berlegar dalam hidupnya. Mimpi menjadi realiti hinggakan trauma mahu memejamkan mata. D manakah kaitan rambut dan kasut sehinggakan meragut banyak nyawa
Yai Wan, apakah yang d dendamnya walaupun jasad telah tiada d dunia. Hanya kerana nafsu serakah syaitan bertopengkan manusia, gadis yang naif teraniaya. Bangkit menuntu bela..

Walaweiiii.. kalau anda berani, hayatilah kisah ini d waktu malam hening, d kala keseorangan..nescaya hanya sedikit bunyian membuatkan anda cuak, melingas mata mencari apakah puncanya. Ingin menyiasat, hati berdebar2.. ingin d biarkan, fikiran tidak mengizinkan..sudahnya anda akan tutupkan novel ini tarik selimut dan tidur dalam cahaya yang terang... hahahaha..

Untuk saya novel ni lagi seram dari Vila Puaka. Gaya penulisan pun best dari Vila Puaka walaupun penulis yang sama. Copy paste untuk tebalkan novel pun tak banyak.. hehe... cuma nama dalam watak2 novel ni buatkan keliru sikit..agaknya tak familiar sangat dengan nama2 dari Bangkok tu.. so nama tu seakan2 sama dan perlu teliti bila bab nama tu..takut konpius..

NoTa KaKi : Selepas baca novel ini, masih beranikah anda membeli barang2 bundle or 2nd hand? Tak semestinya kasut ja tau.. pakaian, perabut, dan lain2 ada kisah mereka yang tersendiri... 

Beranikah anda ke sini? ke VILA PUAKA

Siapa berani ke Villa Puaka
Mari temankan saya
Di sini kita bermesra, kita bercanda
Adakah keberanian di dada anda?
ehsan gugel
hehehehe..pabila tawa mengilai panjang..
cabut lari atau terpaku kejang?

Nope.ini bukan kisah Vila Nabila atau Vila puaka yang lain. Ini kisah yang d kisahkan oleh penulis Phakinai, Novel Vila Puaka terbitan Pelangi Pictures
18323038
ehsan gugel
Kisah mengenai 2 anak menjadi yatim piatu pabila ibubapa kemalangan. Buntu dengan masa depan, si kakak, Alice mengambil keputusan tinggal bersama auntie Miria (kawan baik keluarganya - kononnya la) walaupun tidak mengenali perempuan tersebut. Bersama si adik, Aim, mereka d bawa ke satu villa d hujung kampung yang sunyi.
Kisah bermula d sini, pabila makan malam d temani bersama auntie dan anaknya Peet. Tapi Peet bukanlah anak2 seperti Aim or Alice. Peet d perbuat dari patung kayu, setelah auntie kehilangan anaknya beberapa tahun lepas. 
Aim takut, Alice cuak..benarkah keputusan yang mereka ambil untuk tinggal bersama auntie? Bermacam kejadian aneh yang berlaku selama mereka d situ.Seperti remaja lain, sifat ingin tahu sentiasa membuak2 dalam diri Alice. Segala rekaan cerita mengenai roh dan seram yang d ceritakan Charlie serta Sarah (pembantu d villa tersebut) tidak mematikan perasaan teruja dalam diri Alice.Akhirnya kerana sifat ingin tahu tersebut tanpa Alice sangka dia meletakkannya dirinya dan Aim dalam bahaya.

Siapakah Peet? Kenapa auntie Miria sukarela mengambil mereka berdua sebagai anak angkat? Benarkah kisah roh dan seram yang d ceritakan oleh Sarah dan Charlie? Siapa pula Doktor Dane yang merawat Auntie Miria dalam kisah ini? Benarkah Auntie Miria sakit jiwa? Bagaimana pula dengan nasib Alice dan Aim?
Nak tahu? kena la baca sendiri.. ;)
*********************************************************************
Pendapat saya plak : Novel ni ok ok je..tapi untuk permulaan bab memang menarik..ada rasa sikit keterujaan nak tahu dan nak tahu dan nak tahu lagi lagi dan lagi..
Tapi bila rahsia mula terbongkar sedikit demi sedikit..rasa menarik tu dah hilang.. bukan sebab rahsia d ketahui tapi cara rahsia tu d ceritakan.. bosan sebab penulis ni ambil semula apa yang dia tulis memula tu n copy paste d pages belakang. Oleh kerana saya tak kenal n tak pernah baca novel2 penulis ni sebelum ni, saya anggap dia nak tebalkan novel dia je.. :P
Lepas tu ada rasa  cerita omputeh (english movie) plak tak pun macam cerita2 org jahat yang dah d bunuh tapi bila pusing tengok2 eh eh orang jahat tu dah takda kt tempatnya.. haa mcm tu la.. pabila Alice berjaya menikam c penjahat yang sebenarnya (tkleh sebut nama nanti spoil :P ) sehingga matanya terkeluar pun c penjahat masih bernyawa dan boleh berlawan dengan Alice..padahal..mata tuu..tercabut tuuu..lopong kosong.. tak sakit ek? Ntah la..tak pernah rasa situasi macam tu kan.. hehe.. 
Oh ya..ada situasi sayu yang berjaya mencuit hati saya pabila Alice teringat d kala dia membakar patung kayu peet..ohh sayu rasanya.. kesian sangat.. nak tahu kenapa? baca n dapatkanlah novel nie.. walaupun ok ok je.. tapi setiap pembaca mempunyai pandangan dan selera yang berbezakan..mana tahu novel ini memenuhi citarasa anda.. dapat dan milikinya untuk kepuasan diri sendiri.. ^_^

Friday, June 6, 2014

Yang Pergi dan Yang Berganti

Lama menghilang, tak juga..belum sampai setahun lagi kan.. :P 
Ada yang pergi ada yang berganti walaupun yang pergi tak sama dengan yang mengganti..
My didi kesayangan..sudah pergi March haritu...11 tahun bersama kami sekeluarga,akhirnya  didi pergi jua..
Yasmin, anak yang bongsu menangis berhari2..bengkak2 mata..yealaa dari lahir dia d temani didi..bila didi pergi dialah paling terasa.
mana tak terasa..berdua sentiasa bersama..kalah bff..gaya tido pun dah sama..
Aku pun sama..tiada lagi suara mengiow menyambut kami balik dari ofis. Tiada lagi geselan manja dia pada aku d kala aku menangis sorang2 dlm bilik (kes bergaduh laki bini.. :P ) 
Huiii memang gila ooo tanpa didi dalam hidup kami..lebih tepat tanpa kucen menghiasi keluarga kami...sunyi ya amat...
 
Didi dalam kenangan
Walaupun semasa pemergian didi aku berikrar taknak lagi bela kucen.. sebab kehilangan sangat menyiksa lagi memedihkan, tapi semua tu tak bertahan..mungkin dah biasa dari kecil kt Taiping penuh dengan kucen, apatah lagi besday Yasmin makin dekat dan hadiah yang dia mintak KUCEN...
Che abe memula berat hati..tapi dia lagi sedih tengok wife n anak bongsu menangis sebab hilang didi..so pengambilan kucen d luluskan... **chiken dance**
Welcome our new family..
Millie n Jebat
 
Millie
Jebat Aduka
 
Dah boleh jadi geng setelah hampir seminggu d kurung kandang bersebelahan.. memula memang la gado tapi dah tiap2 hari pandang muka masing2..cage pun sebelah2..lama mana sangat nak nyombong kan..
Sekarang ni, takyah cage dah.. dah bebas berlari dalam rumah.. cage bleh simpan dalam store
peneman setia d kala demam..

Nota Kaki : Didi tetap teristimewa d hati..bergembiralah d kau d sana d samping Penciptamu..

Wednesday, June 4, 2014

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Perkara paling senang dalam dunia ber blog ni ialah :
 MEMILIKI BLOG, MEMBUAT BLOG
Dan
Perkara paling susah dalam dunia ber blog ni plak : 
MAINTAIN BLOG, TULIS BLOG,UPDATE BLOG
Itu lah yang aku rasa.. 
Orang lain,blogger lain mungkin takda masalah macam aku nie sebab dorang rajin...
aku ni plak..terlebih RAJIN.. hehehe
Dan harini aku rasa aku macam rajin nak menaip setelah berbulan berlalu..boleh gitu... :P

Berbulan aku tak menulis, berbulan juga blog ni aku tak jengah.. dah bila harini tergerak hati nak menjengah dan membelek komen..aku nampak beberapa komen yang menyebabkan aku menyesal sebab tak pedulikan blog nie...

Aku dah lama mencari kawan2 dari SEK KEB SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DI RAJA TAIPING..
Dan dari entry yang aku tulis mengenai sekolah nie, aku dapat beberapa feedback yang membuatkan aku teruja ya amat..tapi malangnya tiada email mahupun nama dan sebagainya untuk aku hubungi mereka kembali.



Pada yang komen d sini..harap dapat hubungi saya  LIZA AMRAN di lyzadgk@yahoo.com
Saya setia menanti anda..sekira anda 1 batch dengan saya.. moga pertemuan ini memberi makna buat kita semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels