Siapa berani ke Villa Puaka
Mari temankan saya
Di sini kita bermesra, kita bercanda
Adakah keberanian di dada anda?
ehsan gugel
hehehehe..pabila tawa mengilai panjang..
cabut lari atau terpaku kejang?
Nope.ini bukan kisah Vila Nabila atau Vila puaka yang lain. Ini kisah yang d kisahkan oleh penulis Phakinai, Novel Vila Puaka terbitan Pelangi Pictures
ehsan gugel
Kisah mengenai 2 anak menjadi yatim piatu pabila ibubapa kemalangan. Buntu dengan masa depan, si kakak, Alice mengambil keputusan tinggal bersama auntie Miria (kawan baik keluarganya - kononnya la) walaupun tidak mengenali perempuan tersebut. Bersama si adik, Aim, mereka d bawa ke satu villa d hujung kampung yang sunyi.
Kisah bermula d sini, pabila makan malam d temani bersama auntie dan anaknya Peet. Tapi Peet bukanlah anak2 seperti Aim or Alice. Peet d perbuat dari patung kayu, setelah auntie kehilangan anaknya beberapa tahun lepas.
Aim takut, Alice cuak..benarkah keputusan yang mereka ambil untuk tinggal bersama auntie? Bermacam kejadian aneh yang berlaku selama mereka d situ.Seperti remaja lain, sifat ingin tahu sentiasa membuak2 dalam diri Alice. Segala rekaan cerita mengenai roh dan seram yang d ceritakan Charlie serta Sarah (pembantu d villa tersebut) tidak mematikan perasaan teruja dalam diri Alice.Akhirnya kerana sifat ingin tahu tersebut tanpa Alice sangka dia meletakkannya dirinya dan Aim dalam bahaya.
Siapakah Peet? Kenapa auntie Miria sukarela mengambil mereka berdua sebagai anak angkat? Benarkah kisah roh dan seram yang d ceritakan oleh Sarah dan Charlie? Siapa pula Doktor Dane yang merawat Auntie Miria dalam kisah ini? Benarkah Auntie Miria sakit jiwa? Bagaimana pula dengan nasib Alice dan Aim?
Nak tahu? kena la baca sendiri.. ;)
*********************************************************************
Pendapat saya plak : Novel ni ok ok je..tapi untuk permulaan bab memang menarik..ada rasa sikit keterujaan nak tahu dan nak tahu dan nak tahu lagi lagi dan lagi..
Tapi bila rahsia mula terbongkar sedikit demi sedikit..rasa menarik tu dah hilang.. bukan sebab rahsia d ketahui tapi cara rahsia tu d ceritakan.. bosan sebab penulis ni ambil semula apa yang dia tulis memula tu n copy paste d pages belakang. Oleh kerana saya tak kenal n tak pernah baca novel2 penulis ni sebelum ni, saya anggap dia nak tebalkan novel dia je.. :P
Lepas tu ada rasa cerita omputeh (english movie) plak tak pun macam cerita2 org jahat yang dah d bunuh tapi bila pusing tengok2 eh eh orang jahat tu dah takda kt tempatnya.. haa mcm tu la.. pabila Alice berjaya menikam c penjahat yang sebenarnya (tkleh sebut nama nanti spoil :P ) sehingga matanya terkeluar pun c penjahat masih bernyawa dan boleh berlawan dengan Alice..padahal..mata tuu..tercabut tuuu..lopong kosong.. tak sakit ek? Ntah la..tak pernah rasa situasi macam tu kan.. hehe..
Oh ya..ada situasi sayu yang berjaya mencuit hati saya pabila Alice teringat d kala dia membakar patung kayu peet..ohh sayu rasanya.. kesian sangat.. nak tahu kenapa? baca n dapatkanlah novel nie.. walaupun ok ok je.. tapi setiap pembaca mempunyai pandangan dan selera yang berbezakan..mana tahu novel ini memenuhi citarasa anda.. dapat dan milikinya untuk kepuasan diri sendiri.. ^_^
No comments:
Post a Comment