Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, January 31, 2011

Berita Terkini..

Stop all the internet xtvt,termasuk la FB,Game,Blog,Emel,message..(macam ada orang heran kan..hehe)sebab nak khatamkan all dis novel yang baru d rembat last Saturday d Karnival Alaf n Karangkraf...
Sekian..berita terkini...

Buat penulis novel Ilusi Hati - Haiza Najwa..karya anda sangat2 best..paling terkesan d hati novel KALIMAH JIWA...
Buat peminat novel..bleh la masukkan dalam list anda karya HN ni plak..tak rugi..tolong promote n bgtau je..takda komisen tau..sharing kan caring..;)

Wednesday, January 19, 2011

Inilah permulaanyaaa...

Sambungan dari N3 yang nie..
Ini la kisahnyaaa...Macam ular kena palu..itu la yang berlaku kt aku harini..nak tau napa...meh baca nieh...
korang tau kan nie apa...yupppp..cth lesen memandu...
dan ini la lesen memandu aku selama nie..dalam frame cantik terletak..
LESEN YANG TIDAK PERNAH D GUNA PAKAI....dari P hingga la dah FULL..masih cantik d framenkan..:P
Hampir 6 tahun berlalu..lesen kete aku hanya d renew je..terukkan...
tapi 
sekarang...tidak lagi...
sebab..
Semalam..setelah hampir sebulan menanti..aku dapat yang ini dari hasben aku..
ngeh ngeh ngeh ngeh...
love u hubby...
gile suka..gile best...rasa nak lompat2 plak..walaupun aku dah tahu sebulan b4 dpt kereta nie..
gediksss plak...
So semalam 18 Jan 2011 maka dengan rasminya frame lesen aku telah d pecahkan..sebab aku perlukannya utk memandu this SAGA...ohh i love it walaupun pada mulanya aku inginkan BMW..hahaha...
18 Jan 2011...aku bawa saga pusing2 sekitar opis je..cuak gile....dan harini aku bw saga ronda jauh sikit.. hohohoho...macam ular kena palu aku memandu...huiii....seolah2 aku memandu d jalan cenggini...
emmmmmm..kalau cmtu la cara pemanduan aku....
agak2 la kan...
brapa lama ekk..baru aku bleh jadi cenggini????
**thanks to sally@shalina merangkap adik ipar aku sb kasik semangat tak putus2 utk aku yang cuak gile nak drive utk kali pertama .**

Tuesday, January 18, 2011

Seksa rasanyaa...

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tension tul rasanya nieh....
bukan apa..my cat..c Didi@dd..comeykan..(^_^)
siksanya nak kasik dia makan ubat..dah seminggu flu..bw g Vet utk mandi n groom n vaksin..tup2 Doc Vet tu cakap dd takleh vasin lagi sb flu..so kena makan ubat dulu..dlm 2 minggu lagi baru datang n check boleh ke tak untuk d vaksinkan...
Masalahnya sekarang nie..aku dah jadi macam mak tiri azabedah tiap kali nak kasi c dd ni makan ubat..haishhh.... 
mengejar satu hal..memegang..mengetuk sayang kepala dd,menjentik mesra telinganya supaya dia diam n tak mengelepur...tu belum lagi masa ubat masuk ke dalam mulut...siksa kemain..ikut nasihat doc..ngangakan mulut dd luas2..pastu campak ubat dlm mulut..dah try..tp pandai le plak d keluarkan balik ubat tu..kol plak member yang terror la dari aku pasal ubat2 kucen nie..dia kasik tips..masa letak ubat n tutup mulut kucen,kena urut2 kat bawah leher kucen tu supaya dia telan ubat tu..pun try n tak jalan...harus aku tension kan..
Last2 skali..aku buat cara aku sendiri..cairkan pil tersebut dgn air..masukkan dalam syringe n pump dlm mulut dd..berjaya memang la berjaya tapi masih ada saki baki ubat yang d keluarkan...ooo dd..if asik keluarkan ubat..g mana mau sembuh sih..adussss...dah hampir seminggu aku dok kasik dd makan ubat..skg nie..if dd tengok aku pun dia dah cam phobia plak...alahaiii...
tapi hanya perasaan aku je kut..sb aku tengok dia masih bersenang lenang atas katil aku tanpa rasa bersalah..
dah susut plak dd ni aku tengok..kasik vitamin letak dalam makanan dia..sanggup tak makan makanan tu sb ada vitamin tu..rugi je aku beli..T_T

Monday, January 17, 2011

Tak lama lagi......

Yupppp..tak lama lagi..sesuatu akan berlaku...
apakah ia????hohoho..itu kena...
sementara nak tunggu tu..jom layan fms lama yang baru d N3 kan...layannnnnnsssss..
From Hana
 From Vera & Olga
 From Nikolay
 From Sheila Jurak - a very good swapper
 From Ira
From Karin - mujur dapat..if idak..masuk lg dalam senarai "TIPAH TERTIPU"lagi
 From Susie - jenuh mengejar..hampir nak meletus perang..mujur semua dah settle...

Thursday, January 13, 2011

My baby...11.1.11

Tahun ni murah rezki...alhamdulillah.....suka sgt..(^_^)...dapat baby lagi..(*_*) nopee...bukan baby nie..(^_~)
tapi baby yang ini............
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
masih merah2 lagi..baru 2 hari...due 11 Jan 2011..cantikkan bday date tu..hehehe..ada 5 ekor..tak sabar nak tunggu semua membesar n harap2 jangan le ada yang mati..;)
Yang ni 2nd hamster..hamster yang dulu dah arwah..huhuhu..sedey sangat masa tu..ingatkan dah taknak beli lain sebagai ganti..tp tak tahan plak tgk hamster yang cute2..so beli lagi sepasang d 4April 
yang violet (kaler white) tu Male and gold kaler tu Female..
so hasil "kerjasama" violet n gold..terhasil....
gambar tersangat2 la kurang memuaskan..mcm le gmbr b4 ni ok kan hehe..sb terpaksa ambil dalam keadaan yang sangat perlahan n sorok2.. tahu2 je la telinga tikus nie...sooo sensitif...tambah2 bila dah ada anak..lg la sensitif n sifat nak pertahankan anak sangat2 la kuat..silap2 hamster ni akan makan anak2nya sendiri....rumah ni pun d tutup dengan kain hitam supaya c ibu rasa selamat...c jantan plak nasib baik dah d ubah ke sangkar lain..hari sabtu lepas..sb dah syak yang gold tu pregnant..garang kemain..asik membuli c violet je..sampai luka gak le..mujur nyawa masih panjang..
aman bahagia d sangkar baru..suka tdo kt pent house..tu baru bangun le tu nk turun makan..;)
cuma menjaring sepi sendiri..takpa takpa..tunggu sebulan lagi..nnt korang bekerjasama ler lg..

Tuesday, January 11, 2011

Patut ke???

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam. 
Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu. 


“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sheilamenangis/Article/index_html
*******************************************************************
Aku rasa ni 1st time aku ulas pasal cerita dunia artis,film n drama kt sini kan..if ada pun sambil lalu je.. bagai angin sepoi2 bahasa je kan..;) kali ni aku nak ulas panjang skit..
Apa pendapat korang?? LPF bertindak betul ke?
Bagi aku plak...LPF sangat2 hipokrit...mau kena saman plak blog aku ni karang....yealaaa..punya la banyak cerita yang lain..yang tv3 dok tayangkan..penuh dengan tahyul..penuh dgn merepek2..d tujukan khas untuk CERITA SAMPAH  made from Indonesia la..dulu top cerita indon bawang merah bawang putih..siap keluarkan cd lagi..kan ke tahyul tu..siap ada pari2 lagi..tak merepek ke pari2 tu wahai LPF?
Pastu tiap2 hari ahad pukul 3 petang...meriah dengan cerita indon yang merepek penuh tahyul..dengan gergasinya la dengan ikan boleh bercakap la dengan ntah apa2 la lagi..aku tak pasti sb tak lalu nak layan.. kalau LPF tak percaya..sila la melekat d depan tv anda setiap hari Ahad pukul 3pm..tak tahu la kut2 minggu depan takda dah..:P
Itu baru d TV3..belum lagi d Astro..pun banyak cerita Indon yang merepek dan penuh tahyul..yang terbaru ni BUKAN DIRIKU..yang if tak salah aku..org tu kena langgar n hidup semula dalam badan orang lain..**aku tengok iklan je**
tu tak merepek and tahyul ke LPF??kenapa tiada tindakan d ambil?
nak lagi??? uiksss banyak sangat hingga kepala otak aku ni tkleh nk proses dah...apa kata LPF dok je depan TV and tengok mana cerita2 yang tahyul..kol stesen tv berkenaan dan terus suruh dorang hentikan penyiaran serta merta seperti mana d lakukan pada cerita sheila rusly nie...
Barulah adil dan saksama..
Bukan aku sorang je yang nyampah dengan cerita2 sampah nie..tapi ramai dah komplen..tapi kena pihak LPF buat donno je ek?
Sori..aku bukan peminat sheila rusly..tapi aku just ter pk kenapa,mengapa dan bagaimana.....

Cute Ireland

From Mariya

2nd trade dengan Mariya(good swapper)..1st trade..fms bell pecah..
and kali ke2 ni,dia gantikan dengan fms nie..love it..
dan juga this..as a gift..thanks dear..love it..:)
yang lelain trade seperti biasa..;)
 
 
 

FMs Disney

Disney's Port Orleans Resort French Quarter and Disney's Port Orleans Resort Riversideare a pair of resort hotels located at the Walt Disney World Resort. The two hotels are themed to look like New Orleans or the Old South. Both resorts are located in the Downtown Disneyarea. The resort is owned and operated by Walt Disney Parks and Resorts.
Disney's Port Orleans Resort French Quarter was designed to reflect the style and architecture of New OrleansFrench Quarter. The resort opened May 17, 1991 as Disney's Port Orleans Resort with 432 guest rooms in three guest buildings and expanded to its current 1,008 rooms in seven 3-story guest buildings containing 144 rooms each.
Disney's Port Orleans Resort Riverside was designed to reflect antebellum south along theMississippi River. The resort opened February 2, 1992 as Disney's Dixie Landings Resort, initially with rooms located in its Alligator Bayou section, and shortly afterward the remainingMagnolia Bend section was opened. Alligator Bayou consists of 1,024 guest rooms over 16 buildings styled as rustic, weathered lodges with 64 rooms per lodge. Magnolia Bend consists of 1,024 guest rooms over four buildings styled as southern plantation grand manor homes with 256 rooms per mansion.[1]

South Africa FMs

From Jane

London FMs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels