Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Patut ke???

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam. 
Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu. 


“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sheilamenangis/Article/index_html
*******************************************************************
Aku rasa ni 1st time aku ulas pasal cerita dunia artis,film n drama kt sini kan..if ada pun sambil lalu je.. bagai angin sepoi2 bahasa je kan..;) kali ni aku nak ulas panjang skit..
Apa pendapat korang?? LPF bertindak betul ke?
Bagi aku plak...LPF sangat2 hipokrit...mau kena saman plak blog aku ni karang....yealaaa..punya la banyak cerita yang lain..yang tv3 dok tayangkan..penuh dengan tahyul..penuh dgn merepek2..d tujukan khas untuk CERITA SAMPAH  made from Indonesia la..dulu top cerita indon bawang merah bawang putih..siap keluarkan cd lagi..kan ke tahyul tu..siap ada pari2 lagi..tak merepek ke pari2 tu wahai LPF?
Pastu tiap2 hari ahad pukul 3 petang...meriah dengan cerita indon yang merepek penuh tahyul..dengan gergasinya la dengan ikan boleh bercakap la dengan ntah apa2 la lagi..aku tak pasti sb tak lalu nak layan.. kalau LPF tak percaya..sila la melekat d depan tv anda setiap hari Ahad pukul 3pm..tak tahu la kut2 minggu depan takda dah..:P
Itu baru d TV3..belum lagi d Astro..pun banyak cerita Indon yang merepek dan penuh tahyul..yang terbaru ni BUKAN DIRIKU..yang if tak salah aku..org tu kena langgar n hidup semula dalam badan orang lain..**aku tengok iklan je**
tu tak merepek and tahyul ke LPF??kenapa tiada tindakan d ambil?
nak lagi??? uiksss banyak sangat hingga kepala otak aku ni tkleh nk proses dah...apa kata LPF dok je depan TV and tengok mana cerita2 yang tahyul..kol stesen tv berkenaan dan terus suruh dorang hentikan penyiaran serta merta seperti mana d lakukan pada cerita sheila rusly nie...
Barulah adil dan saksama..
Bukan aku sorang je yang nyampah dengan cerita2 sampah nie..tapi ramai dah komplen..tapi kena pihak LPF buat donno je ek?
Sori..aku bukan peminat sheila rusly..tapi aku just ter pk kenapa,mengapa dan bagaimana.....

4 comments:

Gorgeous H said...

cite sampah indon - ikan blh basuh pinggan, org kera blh transform jadi jejaka tampan..byk lagi. LPF ni kekadang melampau..aku ni pro kerajaan tp bila dah jadi mcm ni hangin satu badan gak.. tu pasal jangan sampai akak gojes bersuara..hehehhee..

blh plak tanya org bunian tu islam ke tak eh..best seh soalan tu blh masuk soalan SPM..

n0n0i♥a'n'l said...

Sayangnya sebab cerita ni dah ada ramai peminat ni... lagipun kalau fikir, kita sebagai penonton tau le nak bezakan mana patut di ikut mana tak.. ala it just an entertainment... apanya yang tahyul?? Lagipun adaptasi Pancha Delima ( I loike Pancha Delima walaupun mcm kelakar bila tgk balik EKEKE).

Cerita Bukan Diriku tu seriously lagi tahyul.. It's like sudah mati boleh hidup balik.. boleh pinjam raga orang lain plak tu eish ada ke patut!

lyza said...

gh - tu yang aku heran..napa cite2 tahyul indon bleh lepas..n cite2 melayu sangkut plak (kes SR nie la). if betul nk hapuskan cite2 tahyul nie..buat la betul2kan..jgn la ada sesetengah cite lepas n ada yang tak lepas..it's unfair pada yang lain..

lyza said...

noi - dah berlambak2 dah cite tahyul made from indon kt tv..napa kan org LPF tk kol stesen tv n mtk d hentikan tayangan tu..heran kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels