Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, November 27, 2012

Sekiranya Anda Ter Aniaya

 Hantarlah email anda ke Biro Pengaduan Awam / Tribunal Pengguna. Insyallah masalah anda dan pihak terbabit dengan segera akan selesai.
Ini yang aku lakukan pabila barang yang aku beli dari Johor yang telah d hantar oleh seller pada 13/11/2012 dan masih tidak sampai ke tangan aku walaupun dah berhari2.
Bila aku call, asyik bagi jawapan yang sama, driver dah bawa keluar,driver dah bawa keluar.. tapi barangnya mana? Paling best sekali, dorang akan kasik alasan dorang datang tapi office d tutup. Aku tanya, kalau betul driver datang, mana notis kad? Dan aku tanya, apa yang ada di office aku? Rupa bentuk office aku? Tak boleh pun jawab....
Dan percaya tak.. bila aku send emel ni ke ( pihak yang bertanggungjawab untuk kita buat aduan)

Noor Idayu Yeop Husin
 Md. Nasir bin Ecsoff  
 Azlan Bin Man ; Hee Hon Ming ; Unit Komunikasi Korporat (PRO)

Pihak Citylink call aku pada hari yang sama Isnin 26/11/2012 pada pukul 10.45 pagi macam tu la.. dan pada pukul 11.50 pagi, hari yang sama, barang pun sampai. SANGAT HAIRAN DAN AJAIB.  Boleh pun hantar cepat kan.. 

Kalau tak..asyik dok hantar email kasik alasan macam nie je.. (email dari Citylink)

Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang telah puan hadapi disebabkan oleh pihak kami, pada masa yang sama kami sedang menjalankan sisatan secara terperinci di atas kes ini dan kami akan memastikan untuk memberikan penjelasan yang sepenuhnya bagi kejadian ini. Pihak kami juga akan memastikan untuk membuat penghantaran pada hari ini juga dengan secepat mungkin.

***************************************************
 Walaupun kes nie dah settle and pihak Citylink dah pun call aku mohon maaf, aku nak gak tulis kt sini berkongsi pengalaman sekurang2nya anda tahu kat mana dan apa yang boleh di lakukan sekiranya anda rasa anda di permainkan..

Ni email aku kepada pihak terbabit - aku hantar ke BIRO PENGADUAN AWAM, TRIBUNAL PENGGUNA, ADUAN RAKYAT, FOMCA, dan aku cc ke citylink cssv.

***************************************************

Untuk maklum pihak terbabit :

Biro Pengaduan Awam dan Juga Tribunal Pengguna Serta semua yang di emailkan.

Saya, LIZA AMRAN, HP NOMBOR ***** INGIN MEMBUAT ADUAN. Dan aduan saya berbunyi sebegini :

Pada 13 Nov 2012,SELASA -  saya telah membuat bayaran untuk pembelian di Internet.Pembelian dari Johor

Pada 16 Nov 2012, JUMAAT - penjual telah menghantar barang tersebut melalu COURIER CITYLINK - CONSIGNMENT NOTE BERNOMBOR 060307080200247.

Pada 19 Nov 2012, ISNIN - saya masih belum menerima bungkusan tersebut. Penjual menghubungi CITYLINK CUSTOMER SERVICE 03- 5033 3800 dan di maklumkan bungkusan saya telah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 20 Nov 2012, SELASA - saya masih belum menerima bungkusan tersebut dan saya pula menghubungi CITYLINK untuk status terkini bungkusan saya. Masih lagi di beritahu bungkusan saya sudah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 21 Nov 2012, RABU - Saya dan penjual,masing2 menghubungi SEKALI LAGI CITYLINK - saya tidak pasti bagaimana CITYLINK menjawab kepada penjual, TETAPI pada saya, CITYLINK tetap bagi alasan yang sama iaitu driver bawa keluar untuk di hantar kepada saya. Saya hantar aduan ketidakpuashatian saya ke emel CITYLINK.. (boleh scroll di bawah sekali)

Pada 22 Nov 2012, KHAMIS - Saya masih lagi menghubungi CSSV CITYLINK bertanyakan status bungkusan saya. Jawapan yang sama masih saya diterima. Di sini berlaku sedikit pertengkaran di mana saya tidak boleh lagi menerima alasan yang sama. 
Sudah 3 hari di bawa keluar, tetapi masih lagi belum sampai ke tangan saya????

Dan bila saya minta contact number driver tersebut, customer service citylink, memberi nombor bahagian logistic 0355188502/8504 untuk di hubungi. Saya call dan bercakap dengan LINI. Janjinya pada saya akan menghubungi saya semula selepas lunch pada hari yang sama. Saya tunggu sehingga 3PM tapi janji tidak di tepati. Saya call LINI semula dan dia tiada di tempatnya. Saya meninggalkan pesan (perempuan) minta LINI hubungi saya semula untuk saya tahu status bungkusan saya dan juga contact number driver tersebut. Malangnya sehingga email ini di hantar, Lini tidak menghubungi saya semula.

Selepas tidak dapat bercakap dengan Lini, saya call semula Customer Service Citylink dan minta bercakap dengan Manager. Malangnya Manager tersebut busy dan minta saya tinggalkan message saya pada Customer Service tersebut, iaitu Ibrahim.Pesanan di tinggalkan seperti kronologi di atas.

Pada hari yang sama juga, 22/12/2012 Manager tersebut , Mrs Said (not sure ejaan) call saya dan memberitahu ada kesilapan teknikal di Warehouse dan berjanji akan PASTIKAN barang saya sampai keesokannya (23/12/2012) harinya dan akan call saya semula pada hari tersebut (23/12/2012) untuk memastikan barang tersebut sampai pada saya.Mrs Said akan handle kes saya sehingga barang saya di terima.

Thinesh - CSSV (mungkin supervisor) dari HQ juga menghubungi saya. Seperti Said, dia juga berjanji akan menghubungi saya semula pada hari berikutnya (23/12/2012) untuk memastikan bungkusan saya telah di terima. Malangnya seperti Said, dia juga tidak menghubungi saya.

Pada 23 Nov 2012, JUMAAT - saya menunggu dari pagi sehinggalah habis waktu kerja 4.30 petang, barang saya, tidak juga sampai. Dan 2 pekerja CITYLINK yang berjanji hendak menghubungi saya semula selepas waktu lunch, dan memastikan barang saya sampai pada hari ini (23 /12/2012) tidak langsung hubungi saya walaupun barang saya MASIH BELUM SAMPAI.

Pada 24 Nov 2012, Sabtu, - saya masih belum dapat bungkusan tersebut, dan untuk kesekian kalinya saya hubungi lagi CSSV Citylink, minta bercakap dengan Mrs Said, malangnya Mrs Said tidak ada di tempatnya dan CSSV (lelaki) mengambil pesanan saya, akan memohon Mrs Said hubungi saya, tetapi di waktu ini,sehingga sekarang nie 26/12/2012  10.15am, tiada panggilan dari CITYLINK untuk saya tahu status bungkusan saya.

Pada 26 Nov 2012, ISNIN - di saat email ini di hantar, saya masih lagi belum dihubungi oleh CITYLINK dan barang saya juga masih belum saya dapat.

Untuk Pengetahuan Pihak Tuan Biro Pengaduan Rakyat, Tribunal Pengguna, Aduan Rakyat

Tujuan email ini di hantar, saya memerlukan bantuan dari pihak tuan, supaya pihak CITYLINK tidak memperlakukan customer seperti SAMPAH. Saya, pembeli, membayar untuk perkhidmatan CITYLINK, tetapi service yang diberi, sangat tidak memuaskan hati.Pabila aduan di buat, pihak CITYLINK hanya memberikan janji kosong :

1 - berjanji untuk memastikan barang sampai pada 23 Nov 2012 
2 - berjanji menghubungi saya semula pada 23 Nov 2012 untuk mengetahui status barang saya

Saya, selaku pembeli dan juga pembayar, tujuan menggunakan courier service, untuk barang sampai cepat. Tak kisahlah sama ada barang itu personal atau pun keperluan office.

Barang yang saya beli itu, barang kaca, sekiranya barang itu pecah,atau berlaku kerosakkan saya ingin menuntut ganti rugi berganda dari pihak CITYLINK kerana menyimpan terlalu lama barang saya.

Saya mohon sangat pihak Biro Pengaduan Awam dapat membuat sesuatu supaya pihak CityLink SERIOUS membuat kerja dan saya mahu barang saya sampai dalam keadaan BAIK.

Ini perjalanan bungkusan saya dari Johor. Saya hairan kenapa terhenti di shah alam?

Consignment No.: 060307080200247Select Time Format:
Shipment Details
Consignment No:060307080200247Destination:  
Reference No:  Origin: Muar
Shipment Type: ParcelDelivery Station:  
Shipment Date: 16 Nov, 2012Recipient: 
 
 Current Status
 
 
Important Dates
Destination
Additional Remark
 
 
Ship date:
Delivery date:
 Nov 16, 2012
 

 


 
 
 
All shipment travel activity is displayed in local time for the location
 
 Friday, November 16, 2012 Time Location 
 
Shipment Collected04:52 PMMUAR, MALAYSIA
Shipment Bound for SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 17, 2012 Time Location 
 
Received by01:39 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Monday, November 19, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA02:08 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:38 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Received by08:19 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Tuesday, November 20, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA01:11 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Wednesday, November 21, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA05:23 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:20 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Thursday, November 22, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA03:37 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
FUTURE DELIVERY REQUEST12:07 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Friday, November 23, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:07 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 24, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:09 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA10:31 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 

Wednesday, November 21, 2012

Taraaaaaaaaaaaaaaaa....

Harini aku tengah bengang dengan kurier service Citylink...
B4, ni Skynet..
Sama je kes, barang tak dapat..pos dari 16/11/2012 tapi sampai harini..hampeh dot com
Bila call cssv, 4 kali d putuskan kali ke5 baru d angkat and tetap bagi alasan yang sama, barang despatch dah bawa keluar...
Aloooo 2 hari dah tau despatch korang bawa keluar barang.. tapi still tak sampai ke office aku...
Jalan kaki ka merangkak???
Kalau tak sempat hantar atau tak jumpa jalan ke office..tak boleh ke korang telefon hp aku?
Kat consignment note kan ada contact number.. jangan bagi alasan bangang la...
Eeeeee... Marah aku !!

D sebabkan rasa marah membuak2...aku rasa aku perlu sejukkan badan..
Nak terjun pool or sungai dah tentu la tak boleh kan sebab kat office...
Soooooo..
Taraaaaaaaaaaaaaaaa....

 Ishhh..bukan amoi jepun tu...tapi
Zoommmm sikit....
:D
Smoothie Strawberry...hanya tu yang rasanya sedap d makan d kali hati melahar bak gunung berapi kan..
Memang sedap pun..
Puji diri sendiri plak
:))

Terima kasih gak pada yang sudi komen n bagi cadangan untuk masak last N3 kan...
So..ini la hasilnya..untuk seekor ikan...

Kukus kicap..hahahaha,,bantai je nama resipi tu sebab tak tahu.. :P
ikan ni d fillet terlebih dahulu then baru kukus kan..
Oppssss..tak dapat letak dalam PML sakura.. sebab ikannya besar.. pinggan sakura yang ada, semuanya kocik2 belaka...
Sila la abai segala deco tu ya ..memang tak ber deco langsung ikan nie.. :P

Insyallah, sekor lagi akan d buat 3 rasa.. 
;)

Monday, November 19, 2012

Apa Mau Masak??

Oh idea... Tolonglah datang..
idea
Tuan tanah dah tak tahu apa mau masak...
2 Ekor ikan Jenahak seberat 2kg lebey setiap seekor, yang baru d pancing oleh che abe..
Nak masak asam pedas..tak laku kat rumah nie..
Nak goreng ber chili..ermm macam boring plak..
Nak masak lemak... no no no no.. tuan tanah tak suka..
Kari??? ermmmmm..entah la...
I don't know
Pastu, Sabtu lepas..dapat plak 2 mangkuk strawberry nie.. actually kirim kat pakcik hasben sebab anak yang kecik tu gila dengan strawberry..
Last week, minggu pertama cuti sekolah, naik cameron highland...habis buah strawberry d makannya. 
Sampaikan buah tangan untuk makcik kat Selayang yang d kirim pun habis d telan Yasmin...

Apa ya yang boleh d buat dengan strawberry ni selain dari jem, tart, pavlova or smoothie?
Nak g nuntut ilmu la jap..kot2 leh dapat idea nanti
Jom.....sleepy

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Selepas Maghrib hari ini, bermulalah tahun baru 1434 hijrah. Saya ucapkan, selamat tahun baru. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Ia satu hari yang pasti berlalu. Samada ia menjadi hari yang signifikan atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Ia hanya sempadan masa. Hakikatnya, ia hari-hari biasa yang pasti beredar.

Usia saya bertambah setahun lagi. Opss… ia hanya tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini nyata tiada perbezaan ketara. Namun jika saya melihat photo setahun yang lepas, nyata ia perubahan yang sangat signifikan. Malah jika saya kenangi diri beberapa tahun yang lampau, lagilah banyak perbezaannya.

Tahun baru akan tiba setiap tahun. Ia tidak akan membawa erti jika kita hanya sekadar membanding hari ini dan hari semalam. Cara mudah, lihat dan kenangilah hari-hari yang tinggal yang semakin susut bilangannya. Ia hari yang tidak dapat dijangka. 

Mungkin esok ianya akan berakhir. 

Salam Maal Hijrah 1434H


Selepas Maghrib hari ini, bermulalah tahun baru 1434 hijrah. Saya ucapkan, selamat tahun baru. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Ia satu hari yang pasti berlalu. Samada ia menjadi hari yang signifikan atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Ia hanya sempadan masa. Hakikatnya, ia hari-hari biasa yang pasti beredar.

Usia saya bertambah setahun lagi. Opss… ia hanya tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini nyata tiada perbezaan ketara. Namun jika saya melihat photo setahun yang lepas, nyata ia perubahan yang sangat signifikan. Malah jika saya kenangi diri beberapa tahun yang lampau, lagilah banyak perbezaannya.
...


Tahun baru akan tiba setiap tahun. Ia tidak akan membawa erti jika kita hanya sekadar membanding hari ini dan hari semalam. Cara mudah, lihat dan kenangilah hari-hari yang tinggal yang semakin susut bilangannya. Ia hari yang tidak dapat dijangka.
Mungkin esok ianya akan berakhir. 



Salam Maal Hijrah 1434H



Monday, November 12, 2012

Sepetang Bersama Bunga Kangkung

Amboiiii tuan tanah...
Tau la sekarang ni tengah gile pinggan mangkuk lama2 kan....takkanlah semua masakan nak d antik kan gak dengan pinggan mangkuk lelama nie...
:D

Arghhhh aku tak pedulik.. janji aku suka...
Hasben pun suka sebab wife dia ter rajin masak dan tak sabar nak tunggu weken untuk masakan menggunakan perkakasan antik.. mujurlah dapur gas tak d gantikan dengan dapur minyak tanah kan...
:)) 

Harini, just dessert simple yang baru 3 kali aku buat..
:D
Tapi paling mahal n paling best.. guna mangkuk bunga kangkung, sudu bunga kangkung
n set cawan mulut lebar bunga kangkung...serba serbi set bunga kangkung laa..
hahahahaha...jakun jap.. :P
Resipinya

2 tin susu cair d masak bersama sesudu setengah tepung kastard...
Dah mendidih, just curahkan ke dalam 2 tin fruit cocktail ...
Kacau serata dan sejukkan....

Air tu plak, terima kasih untuk my lovely fren.. Puan Norlelawatie aka geng Fridge Magnets and tukang membelikan souvenir untuk aku d kala terbang ke luar Malaysia.. - It's Berry Tea.. memang sedap sangat d minum kala panas atau pun sejuk...

Selamat Minum Petang...wave

Wednesday, November 7, 2012

Masakan Biasa Yang D Luar Biasakannya..

Masakan nie..masakan biasa..
Pejam mata je boleh buat... :P Untuk yang PRO la.. untuk orang cam ai nie... kalau pejam mata.. alamatnya terbakar la dapur.. kalau tak dapur.. ai yang terbakar... hehehehe..
Tapi...
Masakan ni boleh jadi luar biasa...
Sebabbbbb....

Tuan Tanah menggunakan pinggan mangkuk zaman nenek dolu dolu...
Kat atas tu namanya Bunga Sakura..
Ohhhh aku sudah jatuh chenta dengan pinggan mangkuk lama (PML) nie...
Berputik2 membuak2 d hati nak miliki koleksi antik PML zaman nenek dolu kala...
Hope akan berkembangan seperti kembangnya kelopak2 sakura yang indah nie..
:D

Ok..cukup pasal makanan simple ni...
Kalini nak share satu resipi..Sori ya kaksham.. dah berjanggut akak tanya.. baru harini saya meng N3 kan resipi triffle puding nie..
Sebenarnya segan nak letak resipi2 kat sini... Tuan tanah bukanlah terror masak.. memang tak terror langsung...
Kalau compare budak2 yang umur 9 tahun dalam rancangan masakan MasterChef Junior tu... tuan tanah berganda2 serender angkat tangan..terror lagi dema (dorang) tu..

Untuk Resipi Triffle Puding tuan tanah main gugel je and sangat2 tak ingat kat mana dapat.. just salin dalam kertas je...
Tapi resipi tu lebih kurang macam nie...

Lapisan paling bawah sekali
 Kek Gulung / Swiss Roll - tapi tuan tanah ada buat sikit derhaka..letak je apa2 kek yang ada kat rumah..
Potong2 and susun kat bawah tu rapat...
Lapisan Tengah
 1  tin susu cair
Air buah hasil tapisan untuk buah2an lapisan d atas tu
4 Sudu tepung kastard - kalau rasa nak likat/pekatkan lagi..bleh la tambah lg tepung kastard tu ya
Campur je semua dalam satu periuk..and kacau then baru panas kan.. Jangan panaskan terlebih dahulu ya sebab nanti tepung akan berketul...
Masa atas api tu,sila la kacau betul2 ya sampai likat ya.. time ni kena rajin kacau kacau dan kacau...
 Likat lebih kurang camni la...tapi pekat kat sikit lagi ya.. sebab tuan tanah tak sempat nak amik gambar time likat tu..
Pastu kan... sejuk kan sikit adunan ni then baru tuang atas kek tu..tutup rata2 atas kek tu..sampai le abis adunan tu ek...
Opss tang ni pun ai derhaka sikit ya.. sebab ai tak tunggu sejuk or suam... agak2 5 min selepas api d tutup, ai letak je atas kek tu..
Then ambil buah2an tin tadi..aku guna buah laici..n susun atas kastard tadi...
Biarkan je...

Lapisan ke 3
Selepas susun buah2an tin tadi..
1 kotak jeli perisa straberi/bery/ manggo - suka hati brand apa pun.. aku guna chap Nona
Masakannya..takda gula ya sebab jeli tu tadi dah manis...
Then, tuangkan atas kastard tadi..
Biarkan sejuk n masukkan dalam peti ais..
Sejam 2 lagi dah boleh d makan...

Sekian.Terima Kasih.Selamat Mencuba..
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels