Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, November 29, 2010

Tipah tertipu....

hohohoho..nak gelak atau nak nangis??????
tipah tertipu...tipah tertipu lagi....betul la kata my hasben...aku ni mudah sangat kena tipu..senang sangat d gula2kan dgn segala jenis berkaitan dgn hal2 kurus nie...al maklum laa..sejak anak 3 ni..badan makin comey kan..so pantang gile tengok menatang2 yang bleh kasik kurus nie...
Dan salah satu yang aku pernah membeli..Detox Foot Patch..tapi tak la banyak..untuk pakai sebulan je.. perubahan????takyah la tanya kan...sebab tak rasa apa pun...ntah la..agaknya toksin terlalu banyak kut.. so pakai sebulan tk nampak kesan..tu yang aku pk kan masa tu..n aku ada plan la nak beli lagi..huhuhuhu..cuma sejak terbabit dgn hobi baru - FRIDGE MAGNET - kewangan aku ketat gile...so terbantut la hasrat utk meneruskan kegiatan detox foot patch nie...dan..dan...dan...dan....aku baru plan..memang nak beli dah pun, tinggal lagi nak order je....tetiba2 harini...aku terbaca satu artikel kt blog yang hot tika ini...blog Aidid...(blog ni kan hot pasal pembongkaran gelang magnet AC tu...sejak dari haritu..aku jadi pengikut setia kt blog nie..hehe)
Aidid..terima kasih sangat2 sebab menyelamatkan duit aku...aku tabik spring kt ko..tima kasih bro...
Jom baca apa yang Aidid tulis pasal Detox Foot Patch tu d sini...
Untuk yang malas klik..ni aku copy paste...
********************************************************************************


Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.

Ini produknya - tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu! 

Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo! 

Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ. 

Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam - hangat-hangat macam badan manusia gitu).

So I put the dang thing on top.... like so. 

5 minit lepas tu... Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!


Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.

seterusnya...sila baca d blog Aidid
***********************************************************************************************************

Sooooo....kesimpulannya...aku memang kena tipu la kan dgn mende nie..takda maknanya la toksin tu leh keluar dari badan dgn hanya menempek mende ni kat kaki kita kan.....patut la aku tak kurus2...(hahahaha.. ayat yang sengal sungguh...salahkan menatang ni sb aku tk kurus..hehehe..)

Wednesday, November 24, 2010

Alaaaahaiii....

Aku bukan la peminat Real Madrid..aku hanya minat CRISTIANO RONALDO shj..n CASSILAS jua...tapi..tapi..tapi kan....Adussss..tepuk dahi aku....alahai laaa Alonso n Sergio Ramos..apsal la korang sengaja menempah..mengundang bala....ishhh...sib baik la jauh..klau la dekat..n kalau la dorang ni budak2..mau aku tarik telinga n rotan kat bontot tu...issshhh sengal tul la...kan dah tak pasal2 dapat kad merah...Jose Mourinho...kasik sedas dua skit kt dorang berdua nie...
Korang, Real Madrid dah lead 4 0 hokayyy....4 goal tanpa balasan...n masa permainan berbaki dalam bebrapa minit..apsal la korang melengah2kan amik free kick....alahai...sakit betul hati aku....nak sepak tak sepak..nak sepak pun tak sepak2 lagi...last2 dapat 2nd yellow card...korang yang kena sepak get out from padang...haaa amik ko...ishhh.. geram aku nie....
Xabi Alonso - Ajax 0 Real Madrid 4: match report
Alonso d tendang keluar...
Turn Sergio Ramos plak d halau keluar..
Tapi apa pun aku tetap happy...sebab my CRISTIANO RONALDO score twice game awal pagi tadi... yeayyy.......Best betul perfomance dia skg nie..kipidap CR...(^_^)
1st goal from CR and satu lagi hasil sepakan Penalty...

Monday, November 22, 2010

Masjid USJ 1

Rasa cam terlewat nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha kan..tapi takpa la..nak gak cerita...Masjid USJ 1ni kan.. siap pada tahun ni..2010..masa mula2 d rasmikan..dan d penuhi dgn jemaah masjid..setiap kali waktu azan..memang dengar la sampai ke rumah..yealaa rumah sekangkang kera je dgn masjid nie...bangun pagi pun senang je..tkyh tunggu jam bunyi...hehehe...if hasben ke masjid..boleh intai la sampai dia masuk ke masjid.. boleh pastikan la dia tk melencong ke lain..(^_^)
Masa Raya Aidilfitri haritu..rasa terharu sangat sb dapat dengar takbir raya..selalu kat TV je kan..ngeh ngeh ngeh..tapi kan dengan tak semena2 la kan..tetiba je kan..aku dah tak dengar lagi azan..tak kira waktu apa pun.. mula2 aku pk kan speker rosak...tapi lama2..ohhh gosh..rupanya speker mmg sengaja d perlahankan....hanya jemaah2 dalam masjid sj yang dapat mendengarnya...even rumah aku yang dkt gile dgn masjid ni pun dah tkleh dgr azan lagi..ceramah pree pun takda kedengaran lagi....masa Raya Aidiladha pun tidak lagi kedengaran suara takbir bergema...
Wahhhh sangat2 kejam la mangkuk hayun  mana yang buat aduan tu..kenapa ya...Malaysia agama rasminya ISLAM...tapi kenapa azan tak d benar d laungkan...bukannya sepanjang waktu..dan bukannya sepanjang masa.. sehari hanya 5 kali sahaja..dan setiap kali azan..tak sampai pun 10 minit...
Ceramah tu mungkin la boleh d pertimbangkan...tapi AZAN.....moga Allah memberi hidayah kepada orang or kaum tersebut....
Untuk PEMIMPIN MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM...jangan biarkan kaduk naik junjung.. fikirkan la...renungkan lah...

Masjid yang aku maksudkan...masjid,petronas dan rumah aku..(gambar atas tu d amik dr rumah aku) betapa dekat sangat2..tapi azan tak sampai kedengaran...yaaa..aku bukan alim..apatah lagi orang yang beriman.. tapi aku tetap sayangkan agama aku..agama ISLAM...

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua..

FM Bahrain


Saturday, November 13, 2010

Australia Wording fms

 
 

Argentina Flag


Labuan Fms

Dah lama dapat dari Ayu..cuma tak sempat nak N3..cantik fms nie..thank Ayu..
Labuan is the main island of the Malaysian Federal Territory of Labuan.The Federal Territory of Labuan comprises Labuan Island (75 km²) and six other smaller islands (Pulau Burung, Pulau Daat, Pulau Kuraman, Pulau Papan, Pulau Rusukan Kecil, and Pulau Rusukan Besar), which have a combined total area of 92 km². The islands lie 8 km off the coast of Borneo, adjacent to theMalaysian state of Sabah and the independent state of Brunei Darussalam, on the northern edge of Brunei Bay facing the South China Sea. Labuan Island is mainly flat and undulating and the highest point is only 85 meters. Over 70% of the island is still covered with vegetation. Bandar Labuan, formerly known as Victoria, is the major town and faces Brunei Bay; access is via ferry service to Brunei and Kota Kinabalu, as well as Labuan Airport - wikipedia
Labuan Island and outlying islands

Bahrain FM

From Ksham FB..comeykan..tersengih je cik unta tu..(^_^)

Selambak je la..

Al kisahnya..dah lama gak tak tak N3 kan fm kat sini..blog ni pun dah cacamarba..segala mak nenek d humbankan ke sini..padahal asal penubuhan(perghh perkataan tk bleh blah..)blog ni untuk fm je..:P apa nak buat, ai malas u nak maintain banyak2 blog..so campak je la sume kt sini..(^_^)
FMs ni dah lama dapat dah..then d sebabkan "kerajinan" aku.....aku buat satu posting je la...:P
Semua dari geng FB
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Friday, November 12, 2010

Terharunya..

Semalam dapat anugerah d sekolah Agama..harini Sekolah kebangsaan plak...terharunyaa...terima kasih pada guru2 yang mendidik anak bangsa selama ini.Terima kasih buat Cikgu Lisa dan semua cikgu2 d Sekolah Keb Seafield Subang Jaya, khasnya Cikgu d Darjah 2 Amanah....Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikkan anda semua...:)
Moga anak2 terus sakses d masa2 akan datang..dunia dan akhirat...amin...
 Menunggu nama d panggil
Taniah Arissa..
Bersama guru kelas 2 Amanah,Puan Lisa

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah....

Syukur alhamdulillah....Hari ni hari penyampaian hadiah Sek Agama Batu 13, Puchong..alhamdulillah,segala puji-pujian bagi Allah..Sofea Arissa merangkul no1 dalam kelasnya, 2 Taqwa..syukur sangat2...
(mula2 arissa ke sekolah agama..takut sangat dia tkleh kejar..sebab darjah 1..tak sempat daftar..so terus masuk tahun 2..tertinggal setahun kan..)
Alhamdulillah..dengan peratusan 91%, tahun depan Arissa akan ke 3 Ilmu, kelas yang d huni oleh murid2 terpandai..dengan peratusan 90% keatas..alhamdulillah..moga Arissa akan terus kekal d kelas Ilmu sehingga darjah 6 dan mendapat kelulusan Mumtaz - iaitu kelulusan paling cemerlang .
Tahun ni, untuk darjah 6,ada lebih kurang 60 lebih pelajar yang dapat anugerah pelajar Mumtaz nie..dan Sek Ren Agama,Batu 13 juga,sekolah agama terbaik d selangor utk 4 tahun berturut..tahun ni belum dapat keputusan lagi..tapi mengikut kata Pengerusi PIBG dan Guru Besar d sana..insyallah..ada harapan utk meraih buat kali ke5 berturut2...tepuk tepuk tepuk...hehe..

Semasa majlis penyampaian hadiah tadi, murid paling cemerlang (tak ingat nama pelajar tersebut) ,murid tersebut, mempunyai 99.8%(if tak salah) dari darjah 6Ilmu..perghhhh sungguh kagum gile aku...manakala tempat ke2 dan ke3 juga mempunyai dalam 99 dan 98 peratus...huh..pandainya...jeles ai gitu..hehe...
Mengikut kata Ustazah Norrimah - guru klas anak aku,2 Taqwa, klas Ilmu mmg klas paling2 mencabar.. banyangkan la anak aku mempunyai peratusan 91% tapi setelah d campurkan utk ke klas 3 Ilmu tahun depan, Arissa dapat no 28..hohohoho..kat klas Taqwa no1..tapi masuk kan klas Ilmu..terus ke no 28..agak2nya la kan..berapa la peratus yang murid tu dapat utk dapat no1 dalam kelas Ilmu...
Apa2pun..semoga anak2 aku terus berjaya d dunia n akhirat...amin...
**esok dapat anugerah d Sek Keb Seafield plak..(^_^)**
**mama bangga sangat dengan kaklong..moga terus cemerlang,gemilang n terbilang..**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels