Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, November 8, 2011

Cukup korum...

Salam AidilAdha buat semua...walaupun terlewat 2 hari..I don't want to see
Sambutan..biasa2 je..cuma yang paling best..anak2 buah semua dapat berkumpul sekali....
Memang ramai dan gile bising...nak tengok Maharaja Lawak Mega pun tak dengar...
Apatah lagi cerita lain..akhirnya layan je Mohabatein..sebab ada subtittle... laughing
Ni kejadian d Taiping...
Dan ni plak kat hasben side...pun cukup korum..last raya Aidilfitri..tak cukup sorang..tu budak putih melepak  yang seksi meksi..yang paling kecik tu..dia raya kt US..alhamdulillah..Raya Haji dapat balik Msia..

Thursday, November 3, 2011

Buat Permulaan...

Tuan punya blog ada masanya kebuntuan idea..selalu jadi camnie...
So jenuh dok pk..apa yang perlu aku lakukan supaya blog aku ni tak bersawang dan terus bernyawa.. 
Takkan nak tulis jiwang2 cintan cintun plak..tak sesuweii u..
lain ler klau aku ni berchenta dengan Cristiano Ronaldo..ok gak kan..bleh gak dapat follower juta2.. hee hee
Jenuh aku fikir2kan...klau kat blog lain..ada masakan or resipi..tapi aku ni, nama je wanita aka wife aka mak pada 3 orang anak, tapi pemalas ya rabbi nak memasak...apatah lagi nak snap gambar tempek kt sini.. memang itu bukan aku..
Hobi FM aku plak..rasa cam dah sampai ke penghujung..dah kurang trade,kurang beli compare masa zaman blog ni d tubuhkan...cam company plak..:P
Jenuh dok pk..tetiba...yeayyyy dancing idea mari...idea
Aku nak review story book aka novel la plak pasni..yang pastinya..novel melayu la..aku kan pechenta novel2 melayu.... peace sign 
Alasan sebenarnya tak paham novel english...

Harini..untuk permulaan..aku nak kasik review untuk Novel Anarkis - Khairul Nizam Khairani terbitan PTS.. tahun terbitan June 2010 - aku baru je  baca..:P

Sinopsis : 
Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.

Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir  Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri,  Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.

Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!

Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...

ANARKIS!
*******************************************************************************************************
 Pendapat aku plak, novel nie sangat best..lain dari novel cintan cintun yang kekdang tu membosankan..
Gaya penceritaan dari penulis sangat hidup, dialog yang bersahaja dan memudahkan pembaca menghayati watak. Plot yang tidak meleret.
Membaca bab yang pertama je sudah cukup menyaspenkan hati aku. Melangkah ke bab ke2 dan ke3 membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya. Banyak adegan tegang yang meyakitkan hati aku, meggeramkan dan menganggu emosi aku..bukan apa..sebab terlampau simpati dengan watak utama..Sarjan Awai.
Paling menyentuh perasaan aku tatkala Sarjan Awai d rawat d hospital.Dr Jason ingin membalas budi kerana Sarjan Awai menyelamatkan anaknya dari tangan penculik tetapi Sarjan Awai meronta tidak rela. Datang Arman memberi sebab musabab Sarjan Awai menolak jasa Dr Jason - MARUAH - 
Antara dialog yang sangat menyentuh hati aku
"Doktor..." Arman memandang tepat ke wajah Doktor Jason. " Doktor,Sjn Awai merasakan yang doktor telah mengambil semuanya benda berharga dalam hidupnya.Isteri,anaknya,keluarganya,kebahagiaan yang dirindu dan didambakannya sewaktu dia masih di Crotia.Dia telah kehilangan segala-galanya di tangan doktor. Apa yang tinggal hanyalah maruah dirinya namun jika doktor menjadi orang yang menyelamatkan nyawanya,maka maruahnya juga telah diambil oleh kamu. Sjn Awai lebih rela mati daripada terhutang nyawa dengan orang yang telah mengambil segala kebahagiaannya termasuklah maruah dirinya.Jadi doktor, tolonglah. Benarkan Sarjan Awai menggenggam maruah dirinya!" pinta arman

Nak tahu kesudahan novel nie..sila la terjah ke MPH,Popular atau kedai buku yang seangkatan dengannya...

Monday, October 31, 2011

Ohhh Manusia Yang kejam.... T_T

Tanya diri sendiri..layakkah anda menjadi manusia????
Sekiranya perangai anda sebegini...angry
Gambar diatas menunjukkan seekor ibu kucing yang tetap menjilat anaknya dan berharap anaknya kembali sembuh...menurut keluarga yang memelihara kucing terbiar itu, pada pagi itu apabila mereka terdengar tangisan tragis ibu kucing itu, mereka bergegas turun ke tingkat bawah dan menjumpai keempat-empat anak milik ibu kucing sesat tadi telah dianiaya/didera hingga mati dan diletakkan di depan ibu kucing tersebut..badan  anak-anak kucing itu dipenuhi kesan2 lubang peluru (xthu la peluru ape...peluru pistol xmunasabah lak) dan berlumuran darah. Leher salah seekor daripada anak kucing itu diikat tali dan dijerut,dadanya dibelah dan terkeluar jantung. manakala tiga lagi kepala anak kucing itu dipijak.
YA ALLAH!jika benar cerita ini, kenapa kejam sangat manusia yang menganiaya anak-anak kucing ini...lihatlah wajah ibu kucing tu...kesian kan...menjilat anak2nya mengharap mereka kembali sembuh dan bangun...sue dapat rasai macam mana perasaan makcik tucem2 tu....hiba..kehilangan anak2 dengan tragis...manusia yang buat mereka macam tu sangat jahat! benci!!!!

share entri ni kalau anda juga membantah & benci penderaan terhadap haiwan~

Credit to Suraya blog

 Aku ingatkan lepas kes PetKnode atau pun satu kes budak mental yang tendang n hentak kucen dengan payung d You Tube (alasan stress..bodoh..dah stress p la hentak kepala ko tu kat dinding bagi pecah) dulu tu takda lagi kes2 cenggini.. tapi sayangnya..selagi manusia bertuankan nafsu iblis..ini lah jadinya..tiada akan ada akhiran.... 
T__T

Thursday, October 27, 2011

Rumah Baru

Mak aiiii..penuh sawang and lalang rumah aku nie...
**picture - credit to google**
Jenuh nak buat skim pembersihan yang bersungguh nie...takleh cincai2 je..nanti tak BERSIH....
Untuk skim pembersihan kali ini..aku nak masukkan N3 rumah baru aku....:D
Tak la...bukan untuk aku..tapi untuk fridge magnet aku....
B4 nie segala fm aku kat ruang makan..tapi ruang makan tu dah d make over kan...so aku decide nak pindahkan semua fm aku kat dapur je la...kira semua fm ni dah berkumpul setempat la..kat fridge, kat dinding..takda lagi d tempat lain...
Plate fm masih ada lagi..tapi ruang dah tak cukup nak tempek...huhuhu...akan ada fm yang bakal d lelong nanti...
Yang atas tu plak..temanya konon2 la..flag n map..tapi sayang 1000x sayang..pun tak cukup tempat...:(
Ni temanya castle and animal..tapi memang tak cukup board and tempat..so caca marba kan je la...
Ni pun sama...plan nak buat utk football tema je..tapi nak wat camne..tempat tarak..so campur2kan je la lagi.. tunggu aku beli banglo 10 bilik..baru boleh buat satu bilik khas untuk FM je...:P
Hat ni khas untuk wording je..berjaya tanpa d campur sebab boardnya besar...board buatan sendiri.. bukan ikea punya..so dapat le besar...
Board merah ni pun buat sendiri..so memang besar dari board ikea..hat ni memang khas utk HRC FM je dan tempatnya pun istimewa sikit..d ruang makan...:D

Wednesday, October 19, 2011

Chinese child got hit by car twice in China. 18 people ignoring it!

Chinese Kid was hit by a car. Driver recognise that the kid was insured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back wheel.18 people pass the kid and do not care what happen. A further car is coming on the road and hit the kid once more. After 10 minutes someone carry the kid out of the road and the mother of it is coming.This happend in a busy street in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. Shop owner and passing people did not care at all) The father who talks explains what the driver of the car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he want. Incredible how heartless people can be here in China.
******************************************************************************************************************************

Ini ada lah kes yang heboh d FB, emel, internet baru2 ni..

Aku...speechless...tak tau nak komen...terkedu..geram...sakit hati...dan pelbagai lagi perasaan yang melanda bila tengok video nie..rasa nak jerit je dengan org2 yang boleh tengok je budak tu terkedang kesakitan kat jalan tu tanpa usaha apa2 pun..macam takda apa2 yang berlaku...

Dan bila aku baca N3 nie d blog http://anneraini.blogspot.com/ baru la aku tau kenapa orang2 sekeliling ni TIDAK MENOLONG dan BUAT TAK TAHU je kat budak nie...
Dan masa ini lah aku rasa bersyukur ya amat (selama ni pun bersyukur gak) d lahirkan dan bernaung d Malaysia d mana rakyatnya masih ada hati perut dan peri kemanusiaan...
Sila la baca N3 ni ya..
***************************************************************************
Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Tuesday, October 18, 2011

Taniah Untuk Diri Sendiri

Ha'ah...taniah la untuk aku..sebab dah belajar satu ilmu harini...buat header kat blog aku nie...big grin
Poyo kan..orang lain punya blog,punya la cantik2 header..aku baru buat..tu pun baru blajar.. dah nak ucap taniah....laughing
Seriously susah gak untuk orang rabun IT cam aku nie...brapa kali header aku d tukar ganti..alhamdulillah.. berjaya gak...so bila berjaya kena la kasik hadiahkan...dan hadiahnyaaaaaaaa....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Makannnnnnnnn...:P
Ikan Merah Sweet Sour
 
Ayam Lemon,Butter Prawn (dah rupa bihun je aku tengok :P), Sotong Goreng Tepung wajib untuk anak2, sayur kailan dan Taufu Telur
 
Ketam - lupa masak apa..sedap ooo...
 
Sayur kailan ikan masin
 
Taufu telur
 
Ayam lemon..sekelip mata je abis..;)
 
Kerapu stim..tapi tengok..tak stim langsung.. :))
Ishhh..bebenarnya makan2 ni bukan lah sebab aku pandai buat header blog..takda kena mengena pun... jahat aku nie..kena feeling beat up baru tau......
Saja je makan2 dengan family n kawan2 sefamily...d Bagan Seafood d Port Klang..
Terima kasih pada yang sudi hadir :)
 Tersandar kekenyangan..husband n dotter
 Abg Mad family..yang budak kecik tu bukan..itu anak saya..;)
 Faizal,Abg Man n Abg Mad..
Kusyuk ratah kepala ikan...mujur ada 2..boleh amik sorang satu..takyah berebut ngn aku... hee hee
 
Seliat2 ikan kerapu..habis gak... whistling
Dan ayat yang selalu keluar dari mulut aku setelah selesai makan...
"Bila laa aku boleh kurus??" day dreaming

Monday, October 10, 2011

Lately nie....

Lately nie aku tak tau nak tulis apa..
Sian blog aku..dah penuh sampah sarap dan sawang sebab tuan punya blog kehabisan idea..
Nopeeee...idea tetap aku..cuma mood tu je payah...
Tetambah harini..gile punya moody...takpa la..nak kata apa..terima je la..siapa la aku kan....

D sebabkan mood aku yang sangat kacau bilau untuk harini dan beberapa hari sebelum harini... maka aku cuba utk me release kan moody aku tu ke 
dan aku berjaya..rasa ok sikit la..konon2nya..dan menyopping 5 novel untuk aku, 3 komik Doreamon untuk anak2 aku..sangat maveles..sebab harganya tak sampai pun RM100..berbaloi2...
Kononnya dengan membaca novel,aku kan berjaya merelease kan tension aku..tapi rupanya harini bertambah lagi tension and moody..
mana taknya...gara2 novel ANTARA DENDAM & RINDU - karya - RABIHAH NUR RIDHUAN 
aku moody lagi...
Gile seh novel nie...aku cukup tak puas hati..kena dera,kena rampas harta,adik mati kena bunuh.. bertahun2 berdendam..tiba masa membalas dendam..dengan mudah plak TERJATUH CINTA dengan anak c pendera tu...adusssssssss....lg aku tension..
Tapi nak komen lebih2..tak boleh lagi..sebab aku belum khatam..
So..bye2 my blog..aku nak khatam kan dis novel..;)
****************************************************************
Sinopsis :- 
Sikap tamak itu telah melontarkan Mariam Qistina
ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga
bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan
sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam
Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka
Semuanya angkara sikap tamak mereka ke atas
harta-hartanya.
Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina
bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah
dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam
Qistina telah menukar identitinya dan memaksa
hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki
Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia
memperdagangkan cintanya? Perlukah dia
mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan
perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya
itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan
nasibnya di tangan Luqman Hakim?

Tuesday, October 4, 2011

Bangga Jap

Rasa bangga plak...:D
Untuk pertama kali,sejak aku minat MANU..dah lama...emmm dari sekolah menengah lagi..sampai le anak dah 3 nie..
Untuk pertama kalinya aku memiliki baju MANU...
Champ19ans T'shirt..
:D :D :D :D
Taniah untuk diri sendiri...
Walau macam mana pun,Malaysia tetap d hati..so jersey Harimau Malaya tetap ku miliki...
Cewahh...

Thursday, September 29, 2011

Aku Yang Terkesan

Aku adalah peminat bola..
Itu yang aku tahu dan aku rasakan...pandangan orang lain...aku tak kisah...hee hee
Dan selalunya aku tak kisah bangun sorang2 pukul  3 4 pagi layan bola..
Tapi 
Ada tapinyaaa..untuk pertama kali la rasanya kut...tetiba plak aku rasa seram nak layan bola pagi tadi...
Kenapa ek???I don't know
emmmm takyah lah penin kepala cik puan lyza oiii....
Sendiri yang cari penyakit...
Dah tahu diri tu "tersangat laaaa beraninya"
Yang pergi layan novel hantu b4 tidur tu sapa suruh...
Padan muka aku sendiri...huh...
Ni novel yang buat aku takut nak bangun pagi tadi..
Novel thriller seram la..cuma bab hantu tu ala2 hantu The Ring yang keluar dari TV..
Tapi dalam novel Bilik 616 ni..hantu ni tak keluar dari TV dan membunuh mangsanya..tapi hantu ni menarik mangsanya masuk ke dalam TV n hilang camtu je...
If nak tahu kisah seterusnya..sila la baca novel Bilik 616 karya Zaifuzaman Ahmad ni ya..
Nak pinjam??Mintak maap...tuan punya blog memang takkan kasik..sebab dah ramai yang suka pinjam tapi tak suka pulangkan...dan tuan punya blog beli novel2 ni guna duit..bukan guna air liur je...:P
Okeh..back to the story...
Aku memang cam rasa seram sikit la nak bangun pagi tadi layan BARCELONA yang belasah FC Bate (Russian) 5-0
Sebab tetiba aku terfikir plak.tengah syok2 tengok bola..tetiba ada gangguan sebentar...cenggini..
pastu keluar la Ju On.. terus tarik aku masuk dalam TV tu..
maka aku pun ghaib tanpa d kesan...dulu masa TV 29"..mungkin takda hal..sebab aku tau..memang tak muat untuk size aku..:D tapi sekarang ni..dah tukar 40"..perghh sangat muat untuk aku d tarik ke dalam tv tau..
So terus aku tak jadi bangun pagi tadi..tarik selimut..tidur balik..sampai le ke subuh...baru bangun cam biasa..
Sekian lapuran penakut aku hari ini...

Friday, September 23, 2011

SKYNET - BAD SERVICE !!!

Boleh tajuk gitu?
Geram aku sangat harini...
Satu pasal kurier Skynet...gile lembab..bodoss nak mampossss....angry
Seller kurier on Monday....
Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai Wednesday tak sampai2 lagi..n no news...
Aku kol seller..tanya bila dia pos n minta airway bill ref
Check kat system...
Tracking Details - 201591357074
Here are the tracking details via Airway Bill No
Airway Bill No:201591357074 SKYNET NILAI
Status:Out for Delivery
Delivery Date:
Signature:
Tracking Progress:
DateTimeLocationActivity
20 Sep 1110:24 am(CR3)Out for Delivery
20 Sep 114:15 am(CR3)Arrived CR3
20 Sep 114:15 am(HUB)Linehaul to CR3
20 Sep 1112:38 am(HUB)Arrived HUB
19 Sep 116:56 pmNILAI (NLI)Linehaul to HUB
19 Sep 116:33 pmNILAI (NLI)Collection
 
Shipment Problem 1
Date:20 Sep 11 10:24 am
Problem Code:PC028
Created By:CR3
Comments:HELD IN BRANCH
Shipment delayed. Please contact your local courier office
20/9/2011 - dah out for delivery..tapi sampai hari Rabu tak sampai ke tangan aku lagi...worried
Jauh sangat ke Skynet Subang dengan Puchong????? thinking
Aku kol Skynet Subang...0356239090 dalam pukul 4 petang gitu hari Rabu...
Dah kol berkali2 tapi asyik masuk message..Please hold..you will be attend in shortly...waiting
Banyak la shortly...banyak kali gak la kena redial n keep redial...baru la ada satu pompuan angkat...CSSV la kut...then cakap ngn dia nak check this item..beralamat d puchong..baru nak kasik ref number..dia pas aku kt tak tahu la sapa...confused
Perghhhhh macam siot menunggu..at wits' endaku tengok jam..lebih kurang dari 4.20pm sampai ke 4.54pm...hurry up!that stupid girl tak reti2 nak angkat ke kol aku balik if dah tahu takda orang dalam yang angkat...ini tak..still pas that line..angryAku cam orang sengal menunggu..angryMujur ada game depan mata..bleh gak layan....tongue
Telinga aku dah sakit menunggu nie..angrythen aku putuskan line and kol balik number tu...that girl angkat.. cepat plak angkat kali nie...
Terus aku tanya dia.."saya nak check barang saya je..apsal susah sangat??"
Dia boleh jawab " saya tak boleh check dari sini sebab barang ni alamat puchong jadi kena kol skynet puchong"
Perghhhhh bodoh punya CSSV..angrykalau ko dah tahu ko takleh check sebab alamat aku kat puchong.. yang ko g pas and suruh aku tunggu hampir setengah jam tu untuk apa????????angry
Dia jawab saya tak boleh amik kol cik tu semula sebab banyak incoming kol...
aku dah la marah..dia boleh bagi jawapan bodoh gitu...terus aku sound dia...
" yang ko tu bodoh sangat apsal..awal2 lagi saya dah bagitau alamat kat puchong..apsal ko pas kat dalam? apsal ko tak bagi je phone no skynet puchong..."
Kan dah kena bodoh dengan aku...huh...angry
Settle satu hal..
Try plak kol Skynet puchong...dari pukul 5.30-6.00pm..takda orang angkat..aku berbaik sangka kononnya opis dah tutup kan walaupun aku tahu time dorang keje sampai pukul 6pm..
Esok pagi2 aku kol..dapat cakap dengan Shah - Skynet Puchong...dia janji akan hantar hari ni (khamis - semalam) sebab aku cakap opis ada orang sampai pukul 7..tapi tunggu punya tunggu punya tunggu.. hampeh.com punya Skynet...bau asap lori Skynet pun tak jengah ke sini...frustrated
Esoknya..harini la..Jumaat..pagi2 aku suruh my hasben kol Skynet dulu..aku malas..karang aku meletup.. payah...Faizal janji akan kol balik..Tunggu hampir 45min..tak kol..aku geram..aku plak kol..cakap dengan Faizal gak..then dengan selamba je Faizal cakap "saya assist Shah je..tak tahu apa..nanti saya suruh Shah kol balik.."
And dengan selamba gak aku sound " saya dah penat dengan janji Skynet yang nak kol balik nie.. please ya make sure Shah kol me back..if not, saya akan report kat Paper,blog,FB and Tribunal Pengguna"
Klasss aku gitu....main ugut2 gitu...smug skg ni walaupun barang dah dapat..aku tetap nak tulis kat sini gak.. if orang BESAR Skynet baca..dorang bleh la kut perbaiki mutu persembahan dorang kan..tapi rasanya tak kut.. sebab aku send emel pun tak dapat reply sampai ke harini...huh
Tak sampai 15min..Shah kol aku balik...wahhhh terkesan sungguh ugutan aku tu kan...winking
Aku tanya status..Shah cakap..dia dah arrange kan barang aku tu keluar semalam..hari khamis..tapi despatch tak sempat buat or tak cukup despatch..something camtu la...hallooooo tu problem aku ke?
Yeahhhh now my problem sebab barang aku tak dapat....
Senang tul dorang kasik alasan...tapi aku dengan Shah ni tak sampai hati plak nak marah2..sebab suara dia tu baik sangat...:P
Cuma aku cakap...by hook or by crook saya nak barang tu harini sebab barang tu adik saya nak bawa balik US esok..if tak dapat..saya saman Skynet suruh bayar balik tiket kapal terbang tu ya...
And..magic happen..tak sampai sejam..Shah kol and bagitahu barang tu ada kat Subang and boleh d collect d Puchong selepas pukul 12 tengah hari...
Walaupun aku terpaksa self collect kat Puchong...aku pasrah je la..dari nak suruh dorang hantar kat opis.. tak tahu bila plak boleh dapat..sebab alasan dorang..TAK CUKUP DESPATCH OR DESPATCH TAK SEMPAT BUAT DELIVERY....
Bestkan..alasan paling kuat dari Syarikat Kurier SKYNET....
Selepas ni...NO MORE kurier service..thumbs downguna je la POS LAJU..walaupun terlewat sehari dua..tapi still sampai ke depan pintu ofis...cool
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels