Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Lily Haslina Nasir

Beliau adalah salah seorang penulis yang aku kagumi dan karyanya sentiasa aku tunggu..
Jatuh cinta denga novel RINDU YANG TIDAK TERTUAI, terserempak plak dengan novel IMPIAN SEMUSIM
Dan terus aku ikuti penulisan beliau sehingga kini...tak rugi oooo  :D
Cuma lately ni kak lily byk hasilkan novel remaja..cam tak sesuai plak untuk aku kan..maklum la makin veteran..blushing
Apa pun..
Alhamudlillah Rindu Yang Tidak Tertuai dah ada sambungan AKU ADA KAMU..
Dah tahu kesudahan hidup Sofi Adura bagaimana..tak sangka dari gadis pemalu boleh jadi playgirl hee hee
Nurul Masmin bila plak ya kaklily day dreaming
Terbaru yang aku miliki TUHAN MASIH MENCINTAIKU 
Sinopsis
Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan derma dari artis kenalannya dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan. Akan tetapi ramai mempertikaikan... duit artis, duit hasil nyanyian. Apakah layak dijadikan sumbangan ke arah kebaikan?

Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati!

Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.

kesinambungan dari novel MENUNGGU  CINTA TUHAN
Sinopsis
Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula. Namun antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!
Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”
Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji. Gadis ini memang menyusahkan! Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya. Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.
Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?
Pendapat aku plak aku suka 1st novel MENUNGGU CINTA TUHAN..lagi menyentuh jiwa dan jalan cerita yang agak saspen membuatkan aku tak sabar nak tahu apa yang jadi seterusnya...tapi satu je aku pesan, jangan makan sambil baca novel ini seperti yang aku lakukan...eeeee..siot je.. :)) tak sangka kan.. dalam dunia serba moden nie,masih ada lagi yang percaya dengan bomoh2 nie...
Untuk kesinambungan novel nie, iaitu TUHAN MASIH MENCINTAIKU, ada rasa boring sikit.. dan yang aku perasan la kan..banyak gak frasa yang tertinggal perkataan TIDAK..salah satunya 
'Dia diam tidak berminat untuk melanjutkan perbualan.Dia sebenarnya amat terpaksa menyempurkan pertemuan itu.Sebolehnya dia mahu mengungkit kisah silamnya dengan arwah Nureen.Namun rayuan Najiha dan Hamzah begitu memutik hiba'
Mengikut pemahaman aku "dia" yang merujuk sebagai Azrul Rasyid tidak mahu lagi mengungkit kisah cintanya dengan Nureen sebab banyak pahit setelah segala rahsia bomohnya terbongkar..tapi ayat tu takda perkataan TIDAK..dan banyak gak ayat yang lain sebegitu..cuma aku malas nak review balik..
Lagi satu, novel nie banyak monolog..then kisahnya tak se adventure novel yang pertama..Mungkin sebab taring Latifah (pompuan suka main bomoh) dan Nureen(anak saudara Latifah) tak banyak dalam nie..manakala Azrul Rasyid plak dah hilang taring..tak lagi dok buli2 Khalida Atikah...So macam kurang kick sikit la..tapi tetap best dan berbaloi d jadikan koleksi apatah lagi jika sudah membaca MENUNGGU CINTA TUHAN..so mesti nak tahu apa kesudahan dengan kisah dorang kan...
Nota kaki : Agaknya bila plak kesinambungan Impian Semusim ya? Nak gak tahu kesudahan Nurul Masmin dengan Saiful..

Wednesday, November 23, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Dah baca novel ni? Karya Noorfadzillah Omar terbitan PTS
Belum??? Pergi le beli cepat...rugi tak baca..tak miliki takpa..tapi kena baca sebab novel ni sangat indah, puitis, sangat2 menyentuh jiwa..

Kecantikan umpama bidadari tapi yang terlihat hanyalah kecacatan yang sedikit cuma..hanya kerana cacat d kaki, Nur Wardah d pandang hina..mujur ada mertua yang menyayangi seikhlas hati.
Umpama novel yang lain, dari benci menjadi sayang,cinta..tapi kelainan yang d tampilkan bagaimana cinta mula bersemi..dan juga keindahan gaya penceritaan..paling mengagumkan sifat Islamik yang d tonjolkan dalam novel nie..ishh memang best la..aku suka sangat..tetiba je kagum dengan Nur Wardah dan ingin mencontohi Nur Wardah :D
Paling aku suka frasa "Orang yang sabar d sayangi Allah, apabila hilang sabar, di dekati syaitan"

Jom kita layan apa kata penulisnya...

Barakallahu lakum wa Baraka Alaiykum.” Ayat yang membawa maksud, 'mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan' dipraktikkan ke dalam alur hidupnya Nur Wardah.

Nur Wardah Haji Wahid adalah anak kepada pengasas Yayasan Darul Dakwah iaitu sebuah penempatan anak-anak yatim. Dia adalah gadis yang cukup dengan rupa paras tetapi penderita kaki lumpuh akibat virus polio. Namun Nur Wardah tidak pernah kesal dan malu dengan kecacatannya.

Dek kelumpuhan Nur Wardah membuat resah tidak bertepi di hati sang ayah yang memikirkan soal jodohnya dalam diam. Bagaikan Tuhan mendengar keluh-kesah Haji Wahid muncul Tengku Amar dan Puan Norlin merupakan sahabat lama Haji Wahid. Begitu banyak dua sahabat ini berkongsi cerita, bahkan kisah teman sepermainan anak tunggal mereka tidak pernah dilupakan.

Kembali abang sepupunya Aiman daripada pengajian luar negeri. Seakan membibitbenihkan perasaan indah di hati Nur Wardah. Mereka saling memendam perasaan dalam diam. Namun Tuhan berkehendakkan lain untuk jalan hidup keduanya.

Tengku Ashraf adalah anak tunggal kepada Tengku Amar dan Puan Norlin sedang dalam dilema dan terdesak menyelamatkan kewangan dan masa depan syarikatnya. Ketamakan Tengku Ashraf dalam melaburkan pembelian saham berjuta ringgit hinggalah berhutang dengan Along Ricky. Cinta kekasihnya juga sepupunya iaitu Rasheedah yang menjadikan Tengku Ashraf buta dalam menilai hal benar dan salah.

Dek kegusaran Tengku Amar memikirkan sikap anak tunggalnya tidak pernah berubah sikap dan buta menilai tindakan dan pendamping. Dengan itu Tengku Amar membawa satu penyelesaian atas masalah Tengku Ashraf dengan merangka satu perjanjian yang maha berat.

“Terima perjodohan ini dan wang sebanyak RM5 juta akan ayah berikan tanpa banyak syaratnya,” jelas ayahnya tegas. Satu tawaran yang pada pendapat Tengku Ashraf hanya mengundang malapetaka bagi sebuah kisah cinta yang sudah terjalin matang. Orang tuanya memang benar-benar tidak mahukan Rasheedah menjadi calon isterinya. Apatah lagi menantu kediaman mewah itu. Kenapa? Apa yang kurang dengan pilihannya? Apa lebihnya calon menantu ayah dan mama?

Lalu bagaimana perjalanan hidup Nur Wardah yang sudah terlanjur kasih dalam diam dengan abang sepupunya. Apa kata hati Nur Wardah saat perjodohan ini sudah diatur oleh kedua belah pihak..
“Pilihan ayah bagaikan satu kehormatan yang paling tinggi untuk Wardah. Keinginan arwah ibu bagaikan suluh cahaya mengiringi jalan onar menuju ke puncak firdaus. Wardah ingin hidup bersemadi dengan bebas bagai berada di Taman Raudhah.”

“Orang yang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar, didekati syaitan.” Ayat ini yang terus tersemat di mata hati Nur Wardah saat lagi sedang sedih dan bergundah-gulana.

Sinopsis belakang novel plak..

Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.
Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.
Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.
Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untik kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.

Thursday, November 3, 2011

Buat Permulaan...

Tuan punya blog ada masanya kebuntuan idea..selalu jadi camnie...
So jenuh dok pk..apa yang perlu aku lakukan supaya blog aku ni tak bersawang dan terus bernyawa.. 
Takkan nak tulis jiwang2 cintan cintun plak..tak sesuweii u..
lain ler klau aku ni berchenta dengan Cristiano Ronaldo..ok gak kan..bleh gak dapat follower juta2.. hee hee
Jenuh aku fikir2kan...klau kat blog lain..ada masakan or resipi..tapi aku ni, nama je wanita aka wife aka mak pada 3 orang anak, tapi pemalas ya rabbi nak memasak...apatah lagi nak snap gambar tempek kt sini.. memang itu bukan aku..
Hobi FM aku plak..rasa cam dah sampai ke penghujung..dah kurang trade,kurang beli compare masa zaman blog ni d tubuhkan...cam company plak..:P
Jenuh dok pk..tetiba...yeayyyy dancing idea mari...idea
Aku nak review story book aka novel la plak pasni..yang pastinya..novel melayu la..aku kan pechenta novel2 melayu.... peace sign 
Alasan sebenarnya tak paham novel english...

Harini..untuk permulaan..aku nak kasik review untuk Novel Anarkis - Khairul Nizam Khairani terbitan PTS.. tahun terbitan June 2010 - aku baru je  baca..:P

Sinopsis : 
Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.

Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir  Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri,  Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.

Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!

Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...

ANARKIS!
*******************************************************************************************************
 Pendapat aku plak, novel nie sangat best..lain dari novel cintan cintun yang kekdang tu membosankan..
Gaya penceritaan dari penulis sangat hidup, dialog yang bersahaja dan memudahkan pembaca menghayati watak. Plot yang tidak meleret.
Membaca bab yang pertama je sudah cukup menyaspenkan hati aku. Melangkah ke bab ke2 dan ke3 membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya. Banyak adegan tegang yang meyakitkan hati aku, meggeramkan dan menganggu emosi aku..bukan apa..sebab terlampau simpati dengan watak utama..Sarjan Awai.
Paling menyentuh perasaan aku tatkala Sarjan Awai d rawat d hospital.Dr Jason ingin membalas budi kerana Sarjan Awai menyelamatkan anaknya dari tangan penculik tetapi Sarjan Awai meronta tidak rela. Datang Arman memberi sebab musabab Sarjan Awai menolak jasa Dr Jason - MARUAH - 
Antara dialog yang sangat menyentuh hati aku
"Doktor..." Arman memandang tepat ke wajah Doktor Jason. " Doktor,Sjn Awai merasakan yang doktor telah mengambil semuanya benda berharga dalam hidupnya.Isteri,anaknya,keluarganya,kebahagiaan yang dirindu dan didambakannya sewaktu dia masih di Crotia.Dia telah kehilangan segala-galanya di tangan doktor. Apa yang tinggal hanyalah maruah dirinya namun jika doktor menjadi orang yang menyelamatkan nyawanya,maka maruahnya juga telah diambil oleh kamu. Sjn Awai lebih rela mati daripada terhutang nyawa dengan orang yang telah mengambil segala kebahagiaannya termasuklah maruah dirinya.Jadi doktor, tolonglah. Benarkan Sarjan Awai menggenggam maruah dirinya!" pinta arman

Nak tahu kesudahan novel nie..sila la terjah ke MPH,Popular atau kedai buku yang seangkatan dengannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels