Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Semalam ku Bermimpi

Gara2 tekun mentelaah novel kak Suraya Cinta Ku Luruh D Oxford...
Ikan bakar keli la..ikan sungai itu la.. aku sampai termimpi2 Talapia Bakar... makan dengan sambal belacan, ada plak Bendi Celur plus ikan masin...
Perghhhhhhhhhhh meleleh ayaq lioq wa cakap lu...

Then bangun pagi harini, walaupun aku masih lagi busy menkhatamkan novel2 yang aku baru beli kat PWTC tu.. dengan semangat waja.. seawal 8 pagi dah kat dapur masak untuk tengah hari...
Awal pagi aku dah kerahkan che hasben g pasar beli apa yang aku mimpikan tu.. 
:D
Hasilnya.. pukul 10 pagi.. breakfast aku jadi lunch.. 
:))
tak menahan ooooo

Talapia Bakar... D sebabkan kuali ajaib aku kat tempat lain, maka aku masak style lama le.. bakar dengan daun pisang..
Ikan Masin - tak tahu ikan apa..hehe.. minta hasben belikan ikan masin kedera tapi takda.. d gantikan dengan ikan yang aku tak tahu namanya.. 
Sayur plak asalnya suruh beli bendi, sebab nak buat bendi celur.. tapi apa nak buat.. dia lupa.. then dia beli sayur cenggini.. Udah nampak pucat sebab tkda kaler untuk menyerikan..  tapi kira ok la kan dari aku yang kena g pasar then masak lagi.. penat oooo
Akhir sekali.. sambal belacan.. perghhh.. sedap oooo...sendiri puji masakan sendiri.. ok la kan..
:))
Terlerai la sudah impian mimpi aku.. terlaksana la sudah d alam realiti...
Jemput makan semua.. untuk aku yang dah 2 round..
Pastu gado badan tak mengecik..
:P

Tuesday, January 8, 2013

Ber Tandoori Kita Minggu ini....

Sesungguhnya aku akui, aku bukanlah blogger yang tegar menghapdet kan blog aku sentiasa..
Dan aku respek pada yang boleh buat 2 3 N3 satu hari..
Aku nie nak hapdet seminggu, satu N3 pun payah..maaf pada yang mengunjungi tapi N3 masih sama..
T__T

Apa pun, minggu nie.. minggu aku bertango kat dapur menyiapkan Tandoori Chiken.. 
:D
Bangga plak aku, 1st time aku, aku rasa yummmy gile.. kalah kat kedai mamak Fariz Maju kat Kelana Jaya tu... kehkehkeh... perasan betul.. :P
Alaaa tandoori segera, ikut resipi blog masak kesayangan aku.. Cik Mat Gebu
Terima kasih buat Cik Mat aka Adnan Ibrahim sebab blog dia amat sesuai untuk orang yang blur masak macam aku..

Dan d sebabkan kat rumah aku memang takda oven untuk membakar.. maka aku harus ucapkan terima kasih gak buat kuali ajaib.. :P sebabkan kuali serba guna ni, aku boleh membakar ayam,ikan dan sebagainya.. cuma takleh buat makaroni bakar je..ke boleh?thinking
Tapi aku lagi suka kalau kuali ajaib tu boleh terus kasik makanan yang dah d masak pabila aku menyeru...
:))
Tak perlu aku masak lg.. :D

Jom kongsi resipi dari Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan peha ayam bersaiz besar
1 paket perencah ayam tandoori jenama TESCO
4 camca besar plain yogurt
1 camca besar halia yang dikisar halus
Beberapa titik pewarna merah makanan
Minyak sapi untuk mengoles ayam sebelum dibakar
Daun salad, untuk hiasan
Sedikit hirisan bawang besar
Belahan limau nipis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan sedikit tepung gandum selama 10 minit, kemudian cuci kembali dan toskan hingga kering. Longgarkan bahagian kulit ayam tadi dan cucuk bahagian isi ayam dengan garfu. Ketepikan.
  2. Satukan perencah ayam tandoori dengan yogurt, halia kisar dan pewarna merah. Kacau hingga semua sebati. Masukkan ayam dan gaul rata. Lumurkan pada bahagain daging ayam tadi. Perap 1 - 2 jam (mat perap semalaman), dalam peti sejuk.
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, letak ayam tadi dalam bekas tahan panas, oles sedikit minyak sapi pada seluruh bahagian ayam. Bakar 40 minit atau hingga masak. Selepas 20 minit, keluar dan terbalikkan ayam tadi. Sambung bakar hingga masak dan boleh hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar dalam kuali ajaib dan tak mengambil masa kurang lebih 20 - 25 minit sahaja untuk masak. Ini kerana kuali tadi betutup dan proses memasak lebih cepat. Isinya pun lembap dan tidak kering. Jika dibakar atas bara api, oleskan lebihan bahan pemerap atasnya sambil dibalik2kan.....Selamat mencuba!!..


Ayam yang telah d perap semalaman.. 4 ketul semuanya..2 lagi dah dok atas kuali ajaib dah..
Bersedia.. berdebar rasanya...
Taraaaaaaaaaaaa... dah siap.. ada sikit kehitaman.. kira ok la kan.. nama lagi bakar kan... 
Sedapkan hati sendiri..
Di hidang bersama nasi mentega / planta resipi dari blog Kak Rosaliza  dan juga Tea Berry pemberian Qies dari Swiss... ;)
Jemput makan semua..

Monday, December 24, 2012

Tiramisu In De Kitchen... ^_^

Yeayyyyyyyyyyy...
dancing
1st time buat... seumur hidup aku, nie la kali pertamanya aku buat tiramisu kek...
Tak sangka menjadi n anak2 serta hasben pun suka...
Tiada apa yang lebih mengembirakan hati aku pabila anak2 berebut2 nak sampaikan hasben pun berulang kali makan.. 
:P
Stetment poyo je kan.. hehehe

Resipinya aku ikut kat blog di sini dan ada tutorial sekali untuk orang2 yang macam aku nie kan.. So sangat mudah untuk aku ikuti.. 
Toce Toce Ana
big hug
Cuma kat blog aku nie.. aku ikut cara aku buat semalam la ya.. hahahaha.. macam la ada yang heran..
:P

Bahan2nya -
 Baru aku tahu napa la Tiramisu kek kt luar tu mahal gile pastu tak sedap macam aku buat plak tu..
:))
Riak plak.. :P 
Barang2nya boleh tahan gak harganya..so aku buat separuh dari resipi blog asal..
 Ni namanya resipi derhaka.. :D  Yo laa asalnya kena letak kek sponge (kalau ikut resipi betul, kena guna biskut tiramisu.. tapi ai borong kt Mydin Subang je..takda jual), aku guna butter cake.. susah betul nak jumpa sponge cake kat Mydin nie.. rolling eyes
1/2 cawan air masak, suhu biasa dan satu sudu teh serbuk nescafe
1/2 cawan gula = 150gram

Cara2nya
Campurkan 250ml Whipping Cream, Seketul Cream Cheese tu, gula, 1 sudu esen vanila n putarkannya... 
Yeahhhh kita putar abg halim
(yang cream cheese tu ada yang guna mascarpone - aku siap gugel lagi nak tahu amenda mascarpone nie.. betul2 buta dapur sungguh.. huhu n memandangkan dalam resipi kt situ guna cream cheese.. so aku  pun guna cream cheese la)
Putar sampai semua sebati macam kt bawah nie.. tapi rasa2 malas nak mop dapur kan.. aku nasihatkan putarkan cream cheese dengan gula dulu.. then baru masuk hat lelain.. tapi aku kan terlebey rajin.. so aku masuk je la semua sekali n putar sampai sebati semuanya..
Then ketepikan..
Amik kek tadi.. and potong2kan pastu celup dalam nescafe yang dah d bancuh dengan air tadi tanpa gula ya.. and sekali lagi aku buat resipi derhaka..campurkan serbuk koko dengan nescafe nie
Pastu kek yang dah d potong tadi.. suka hati nak potong lagu mana sekali pun.. then celup kan depan belakang dalam bancuhan tadi.. buat cepat2 n kejap2 je tau.. sebab nanti kek tu kembang..
Aku buat cenggini.. letak dalam piring lain n pedap kan depan belakang...
Pastu susun dalam bekas..abaikan la kura2 kt belakang tu ya.. dia memang selalu busy body bila aku masak n snap..nak enterprem gak.. waiting
Tolong pejam mata gak ya dengan ketidakkreatifan aku dalam susun menyusun nie ya..
Bila dah susun cenggini.. amik bahan yang kita putar2 kan tadi tu.. nak letak je kat atas kek nie.. tutup rata2 and letak la banyak mana yang suka.. honestly aku letak lebih.. biasalaa lemak kan.. lagi banyak lagi la sedap 
:))
Then taburkan serbuk koko tu kat atas cream cheese tu.. sori.. gambar lupa snap.. aku guna penapis n ayak kan kat atas cream cheese tu..tujuannya untuk elakkan serbuk koko tu dari berketul2..
Kesan jari c kecik - Yasmin - dok nak rasa koko tu..
:P
Pastu ulang semula step pertama tu and sejukkan dalam peti ais untuk beberapa jam...
Taraaaaaaaaaa...
Sudah siap 
love struck
Selamat Menjamu Selera.. memang la sangat yummmy... hahahaha puji diri sendiri plak..
:D

NoTa KaKi : Ada gak tiramisu, resipinya menggunakan telur.. tapi hat tu tuan tanah tak berminat sebab tuan tanah rasa macam tak best plak kan sebab kek ni cara penyediaannya just letak dalam fridge without bakar or kukus, jadi rasa macam telur tu masak je.. so tekak tuan tanah takleh terima... jadi tuan tanah gugel la resipi tiramisu tanpa telur...
Al fatihah untuk arwah kakak ipar - kaklong - dia la yang rajin masak tiramisu kek ni untuk aku.. Rindu kenangan bersamanya... 

Wednesday, December 19, 2012

Siput Siput dan Siput

Rasa macam dah lama tak masak... Rindu plak nak ke dapur...
hahahahaha.. stetment poyo dari aku sejak ada Sakura PML nie..
:P
Tuan tanah kedaun asik pergi kenduri je.. tak pun, ada plan dengan geng2 PML, so asyik keluar je.. memang tak masak la..
Hari2 biasa, kena kerja.. lagi la tak sempat masak..
Maka dengan ini, N3 harini kisah masak yang dah berminggu yang lepas..tapi kira ok la sebab belum pernah publish lagi kat sini..
;)

Siput sedunia.. :P
Baru 2 jenis siput je pun.. siput kegemaran kt rumah tu..

Kerang rebus..geram tengok kerang besar2.. terus aku amik n buat rebus biasa je..
Cuma aku suka tumis bawang putih dan letak serai serta daun kunyit.. dan masuk je kerang tu tanpa air.. nanti kerang tu akan keluarkan air dengan sendiri.. n tangan anak2 pun tak meleleh air kerang tu, kebarangkalian nak gatal pun kurang juga....
 Siput sedut ni pun nak interprem gak walaupun dia tak layak.. sebab siput beli.. bukan tuan tanah masak.. 
T__T
Tuan tanah masih fail lagi masak siput sedut versi lemak 
 Ikan jenahak goreng..letak bawang putih, bawang merah,cili padi 2 batang n tumis dengan kicap cair dan d gaul2kan sekejap d atas api dengan ikan yang telah d goreng tadi
 Apa yang penting, hidangan tetap dalam pinggan Sakura, tapi bila hidangkan ke anak, tukar pinggan plastik... :))
Risau pecah sampai Yasmin ni cakap " mama lagi sayang pinggan dari mimin.. kedekut" 
Elehhhh kedekut2 pun habis gak dia meratah kerang semangkuk tu..
:D

Wednesday, December 12, 2012

Tempoyak kita Yeoppppp....

Menu untuk last week setelah hampir 2 minggu tak masak..
Apa nak buat... asyik balik kampung je.. 1st kampung ai kat Taiping..
Lagi satu minggu plak MIL ajak balik kampung dia kat Kelantan...

Minggu ni baru boleh main masak2 kat dapur...
Sejak ada pinggan mangkuk lama2 nie, Sakura,Bunga Kangkung,Bunga Padi dan Kekwa Hitam, semangat nak memasak tu, membuak2... hasben cakap poyo jer.. :P
:D
Juadah ahad lepas
 1st time buat tempoyak..tak sangka menjadi.. cuma guna ikan jenahak hasben pancing.. nak cari patin or ikan sungai, takda plak..lagi pun hasben tak makan...
Licin seperiuk uolss.. habis sekor ikan jenahak ...bangga ai tau.. :)) 
 Cencaru goreng sumbat kelapa sambal
 Bendi celur.. ingat nak buat sambal tempoyak tapi dah ada tempoyak..tak jadi la.. just ratah macam tu.. kesukaan anak, Arissa dan Natasha.. ;)

Nota KaKi : Dapat satu petua kat gugel, nak tempyak lebey sedap, sila la gaulkan tempoyak yang belum di masak dengan ikan tu dan perapkan selama 1/2jam.. pastu tumbuk cili dan gaulkan sekali.. dah cukup 1/2 jam baru la tuangkan air n masak seperti biasa... daun kesum n bunga kantan jangan lupa.. tapi tuan tanah tak letak haritu.. malas nak ke kedai beli barang yang tertinggal.. just letak daun kunyit n kunyit serbuk je... --> resipi derhaka namanya... :D

Monday, December 3, 2012

Minum Petang

Last week punya masakan..this week baru sempat N3 kan..
:D
Jemput makan ya.. just jagung rebus bersama Sakura Aladin.. 
Sila abaikan pemandangan belakang tu ya.. kura2 kesayangan tu...
Zoom sikit.. terliur tak? hehehehe... 

Wednesday, November 21, 2012

Taraaaaaaaaaaaaaaaa....

Harini aku tengah bengang dengan kurier service Citylink...
B4, ni Skynet..
Sama je kes, barang tak dapat..pos dari 16/11/2012 tapi sampai harini..hampeh dot com
Bila call cssv, 4 kali d putuskan kali ke5 baru d angkat and tetap bagi alasan yang sama, barang despatch dah bawa keluar...
Aloooo 2 hari dah tau despatch korang bawa keluar barang.. tapi still tak sampai ke office aku...
Jalan kaki ka merangkak???
Kalau tak sempat hantar atau tak jumpa jalan ke office..tak boleh ke korang telefon hp aku?
Kat consignment note kan ada contact number.. jangan bagi alasan bangang la...
Eeeeee... Marah aku !!

D sebabkan rasa marah membuak2...aku rasa aku perlu sejukkan badan..
Nak terjun pool or sungai dah tentu la tak boleh kan sebab kat office...
Soooooo..
Taraaaaaaaaaaaaaaaa....

 Ishhh..bukan amoi jepun tu...tapi
Zoommmm sikit....
:D
Smoothie Strawberry...hanya tu yang rasanya sedap d makan d kali hati melahar bak gunung berapi kan..
Memang sedap pun..
Puji diri sendiri plak
:))

Terima kasih gak pada yang sudi komen n bagi cadangan untuk masak last N3 kan...
So..ini la hasilnya..untuk seekor ikan...

Kukus kicap..hahahaha,,bantai je nama resipi tu sebab tak tahu.. :P
ikan ni d fillet terlebih dahulu then baru kukus kan..
Oppssss..tak dapat letak dalam PML sakura.. sebab ikannya besar.. pinggan sakura yang ada, semuanya kocik2 belaka...
Sila la abai segala deco tu ya ..memang tak ber deco langsung ikan nie.. :P

Insyallah, sekor lagi akan d buat 3 rasa.. 
;)

Monday, November 19, 2012

Apa Mau Masak??

Oh idea... Tolonglah datang..
idea
Tuan tanah dah tak tahu apa mau masak...
2 Ekor ikan Jenahak seberat 2kg lebey setiap seekor, yang baru d pancing oleh che abe..
Nak masak asam pedas..tak laku kat rumah nie..
Nak goreng ber chili..ermm macam boring plak..
Nak masak lemak... no no no no.. tuan tanah tak suka..
Kari??? ermmmmm..entah la...
I don't know
Pastu, Sabtu lepas..dapat plak 2 mangkuk strawberry nie.. actually kirim kat pakcik hasben sebab anak yang kecik tu gila dengan strawberry..
Last week, minggu pertama cuti sekolah, naik cameron highland...habis buah strawberry d makannya. 
Sampaikan buah tangan untuk makcik kat Selayang yang d kirim pun habis d telan Yasmin...

Apa ya yang boleh d buat dengan strawberry ni selain dari jem, tart, pavlova or smoothie?
Nak g nuntut ilmu la jap..kot2 leh dapat idea nanti
Jom.....sleepy

Monday, November 12, 2012

Sepetang Bersama Bunga Kangkung

Amboiiii tuan tanah...
Tau la sekarang ni tengah gile pinggan mangkuk lama2 kan....takkanlah semua masakan nak d antik kan gak dengan pinggan mangkuk lelama nie...
:D

Arghhhh aku tak pedulik.. janji aku suka...
Hasben pun suka sebab wife dia ter rajin masak dan tak sabar nak tunggu weken untuk masakan menggunakan perkakasan antik.. mujurlah dapur gas tak d gantikan dengan dapur minyak tanah kan...
:)) 

Harini, just dessert simple yang baru 3 kali aku buat..
:D
Tapi paling mahal n paling best.. guna mangkuk bunga kangkung, sudu bunga kangkung
n set cawan mulut lebar bunga kangkung...serba serbi set bunga kangkung laa..
hahahahaha...jakun jap.. :P
Resipinya

2 tin susu cair d masak bersama sesudu setengah tepung kastard...
Dah mendidih, just curahkan ke dalam 2 tin fruit cocktail ...
Kacau serata dan sejukkan....

Air tu plak, terima kasih untuk my lovely fren.. Puan Norlelawatie aka geng Fridge Magnets and tukang membelikan souvenir untuk aku d kala terbang ke luar Malaysia.. - It's Berry Tea.. memang sedap sangat d minum kala panas atau pun sejuk...

Selamat Minum Petang...wave

Wednesday, November 7, 2012

Masakan Biasa Yang D Luar Biasakannya..

Masakan nie..masakan biasa..
Pejam mata je boleh buat... :P Untuk yang PRO la.. untuk orang cam ai nie... kalau pejam mata.. alamatnya terbakar la dapur.. kalau tak dapur.. ai yang terbakar... hehehehe..
Tapi...
Masakan ni boleh jadi luar biasa...
Sebabbbbb....

Tuan Tanah menggunakan pinggan mangkuk zaman nenek dolu dolu...
Kat atas tu namanya Bunga Sakura..
Ohhhh aku sudah jatuh chenta dengan pinggan mangkuk lama (PML) nie...
Berputik2 membuak2 d hati nak miliki koleksi antik PML zaman nenek dolu kala...
Hope akan berkembangan seperti kembangnya kelopak2 sakura yang indah nie..
:D

Ok..cukup pasal makanan simple ni...
Kalini nak share satu resipi..Sori ya kaksham.. dah berjanggut akak tanya.. baru harini saya meng N3 kan resipi triffle puding nie..
Sebenarnya segan nak letak resipi2 kat sini... Tuan tanah bukanlah terror masak.. memang tak terror langsung...
Kalau compare budak2 yang umur 9 tahun dalam rancangan masakan MasterChef Junior tu... tuan tanah berganda2 serender angkat tangan..terror lagi dema (dorang) tu..

Untuk Resipi Triffle Puding tuan tanah main gugel je and sangat2 tak ingat kat mana dapat.. just salin dalam kertas je...
Tapi resipi tu lebih kurang macam nie...

Lapisan paling bawah sekali
 Kek Gulung / Swiss Roll - tapi tuan tanah ada buat sikit derhaka..letak je apa2 kek yang ada kat rumah..
Potong2 and susun kat bawah tu rapat...
Lapisan Tengah
 1  tin susu cair
Air buah hasil tapisan untuk buah2an lapisan d atas tu
4 Sudu tepung kastard - kalau rasa nak likat/pekatkan lagi..bleh la tambah lg tepung kastard tu ya
Campur je semua dalam satu periuk..and kacau then baru panas kan.. Jangan panaskan terlebih dahulu ya sebab nanti tepung akan berketul...
Masa atas api tu,sila la kacau betul2 ya sampai likat ya.. time ni kena rajin kacau kacau dan kacau...
 Likat lebih kurang camni la...tapi pekat kat sikit lagi ya.. sebab tuan tanah tak sempat nak amik gambar time likat tu..
Pastu kan... sejuk kan sikit adunan ni then baru tuang atas kek tu..tutup rata2 atas kek tu..sampai le abis adunan tu ek...
Opss tang ni pun ai derhaka sikit ya.. sebab ai tak tunggu sejuk or suam... agak2 5 min selepas api d tutup, ai letak je atas kek tu..
Then ambil buah2an tin tadi..aku guna buah laici..n susun atas kastard tadi...
Biarkan je...

Lapisan ke 3
Selepas susun buah2an tin tadi..
1 kotak jeli perisa straberi/bery/ manggo - suka hati brand apa pun.. aku guna chap Nona
Masakannya..takda gula ya sebab jeli tu tadi dah manis...
Then, tuangkan atas kastard tadi..
Biarkan sejuk n masukkan dalam peti ais..
Sejam 2 lagi dah boleh d makan...

Sekian.Terima Kasih.Selamat Mencuba..
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels