Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

XTVT Membaca Menyerang Kembali - Last Episode

Fuhhhh... tak sangka.. rupa2nya selang 2 hari aku terjah Maeps tahun nie.. Ahad, Rabu, Jumaat and last skali hari Ahad...
Hajat d hati nak jumpa Kak Lily.. nak suh dia sign novel2 lama dia.. gile dohhh novel dari aku sekolah tingkatan 4 gituuu.. kagum kaklily dengan aku.. hahahaha..




And bonus sangat sebab dapat jumpa UNSUNG HERO d situ.. Raja Shamri..
N guest what..dia sangat peramah sangat humble.. sangat baik.. Layanan 1st class seolah2 aku ni VVIP...I is terharu iolss..and aku tak tahu kenapa ada  gak yang sakit hati dengan dia nie..
Buat HERO aku nie.. teruskan usaha anda..saya dan masyarakat Malaysia d luar ni sentiasa bersama and...



Thursday, July 10, 2014

Pray For Gaza

You don't need to be Muslim to stand up for Gaza,
You just need to be human
And
You dont have to be a Muslim to care about
Gaza. This is not a matter of religion, it’s a
matter of humanity. 

Gaza d serang lagi.. 
T__T 
Pilu hati menatap gambar2 kanak2 kecil yang tak tahu erti kehidupan d bom, berkecai sana sini. Terbayang pada anak2 sendiri. Ya Allah..sedihnya...

D saat kita bergembira Germany menang, kanak2 ini menjadi mangsa bedilan peluru tak bermata..
D kala kita menangis meratapi kekalahan Brazil, d sana saudara kita menangis kehilangan yang tersayang..
D kala kita ejek mengejek pasukan World Cup yang kalah,
kita ketawakan pasukan yang tewas dan meraikan pasukan yang menang, umat Islam d sana menahan debaran d hati d bedil Israel tak berperikemanusiaan..
Kita bersahur dengan tenang,mereka d sana bagaimana keadaannya
Kita berbuka dengan pembaziran d Bazar Ramadhan dan d meja hidangan buffet mereka d sana apakah juadahnya..

*****************************************************************************
Erti RM1.. or kempem RM1
KEMPEN RM1.00...
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....

RM1 jerr....RM1...RM1.00... RM1.00.....
KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
******************************************************************************************************
Sesungguhnya tak tergamak hati aku nak share picture mereka yang tertewas d sini. Kanak2 yang d bom, mayat yang berkecai sana sini..hancur luluh hati ini...sedih tak terkata.. cuma, biarlah gambar ini yang berbicara..n dat y aku respect n salute dengan mamat nie..biarlah dunia memburukkan dia (reporter bangsa depa gak la..), biarlah dia d gelar bongkak angkuh sombong, tapi sekurang2nya dia buat apa yang patut dia buat. Malah golden boot yang dia menang pun dia lelong n hasil jualan lelong tu d salurkan ke Palestine...

NoTa KaKi : Tak menulis pasal Gaza tak semestinya tak amik peduli, keterujaan terhadap World Cup tak semestinya tak kisah hal lain. Masakan semua harus d tulis d status FB kan.. Solat, sedekah, mop rumah,kemas rumah, kencing,berak, tak update kat FB, apakah itu bermakna kita tak lakukannya juga?? Fikir2kanlah.. takkan setiap langkah kaki ini bergerak harus d update d FB kan...

Wednesday, June 25, 2014

Cerita Panas... Panasssss...

Panass Panasss Panassss....
Gila panas cuaca sekarang nie... 
Ni la cerita panas aku harini worried
Dulu tak kisah sangat hujan ka, panas ka, mendung ka.. aku terima ja.. 
Kalau hujan, kita ada payung, rumah untuk berteduh.
Kalau panas, kita ada aircond or kipas untuk sejukkan badan or kalau dah tak tahan panas sangat, mandi je banyak kali..day dreaming
Tapi sekarang ni kalau panas lama sikit, hujan yang d nanti tak kunjung tiba..
Aku dah trauma..bukan apa..trauma oooo ayaq (air) sat g (nanti) kena catu.. baru ada akai..jenuh ooo

Phobia phobia phobia...
Last musim panas kena catuan..siksanya rasanya.. memang la 2 hari ada 2 hari takda.. tapi kekadang rumah aku hari ke3 petang baru dapat air, tengah malam air dah putus balik..tension oooo
Balik penat2 kerja dengan jalan jammed hanya dengan mandi je dapat membasuh penat dan lelah yang bergayut d badan nie.. tapi kalau mandi, membuang besar kecik sume kena catu..
Adoiiii fenat la fenat..cuaca panas, air bercatu..mandi kena jimat.. perghh migraine aku......
rolling eyes
Paling best rumah YB Selangor n VVIP Selangor hidup bermewah tanpa catuan.. apa nak buat.. rakyat d dahulukan..
Dah la nak nak bulan puasa nie.. segalanya memerlukan air.. tadah banyak mana air sekalipun takkan sama dengan air yang dok meleleh dari paip...
Agak2nya kalau bulan posa nie..kalau kena catuan la kan.. boleh tak rumah VVIP Sel, Tan Sri Puan Sri Dato Datin, YB Selangor d catukan dahulu..sebab apa.. sebab depa(dorang) boleh buka posa tiap2 hari kat hotel or mana2 depa suka tanpa perlu kira bajet macam rakyat marhein nie..Habis catuan ruma depa sebulan baru buat rumah2 rakyat plak.. baru lah d katakan YB bertimbang rasa dan mementingkan kebajikan rakyat, ikut sama rasa dengan apa yang rakyat lalui..barulah pemimpin adil lagi saksama..
Ada brani ka YB?
batting eyelashesbatting eyelashes

Oh hujan..d manakah kau bersembunyi,
marilah turun membasahi bumi
Rakyat Selangor (aku la tu) menagih kau turun d sini
Supaya kami tak trauma ayaq kena catu lagi

Turun la hujan..aku dambakan kehadiranmupraying

Wednesday, June 4, 2014

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Perkara paling senang dalam dunia ber blog ni ialah :
 MEMILIKI BLOG, MEMBUAT BLOG
Dan
Perkara paling susah dalam dunia ber blog ni plak : 
MAINTAIN BLOG, TULIS BLOG,UPDATE BLOG
Itu lah yang aku rasa.. 
Orang lain,blogger lain mungkin takda masalah macam aku nie sebab dorang rajin...
aku ni plak..terlebih RAJIN.. hehehe
Dan harini aku rasa aku macam rajin nak menaip setelah berbulan berlalu..boleh gitu... :P

Berbulan aku tak menulis, berbulan juga blog ni aku tak jengah.. dah bila harini tergerak hati nak menjengah dan membelek komen..aku nampak beberapa komen yang menyebabkan aku menyesal sebab tak pedulikan blog nie...

Aku dah lama mencari kawan2 dari SEK KEB SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DI RAJA TAIPING..
Dan dari entry yang aku tulis mengenai sekolah nie, aku dapat beberapa feedback yang membuatkan aku teruja ya amat..tapi malangnya tiada email mahupun nama dan sebagainya untuk aku hubungi mereka kembali.



Pada yang komen d sini..harap dapat hubungi saya  LIZA AMRAN di lyzadgk@yahoo.com
Saya setia menanti anda..sekira anda 1 batch dengan saya.. moga pertemuan ini memberi makna buat kita semua..

Friday, May 3, 2013

Si Pemalas Muncul Lagi

big grinbig grinbig grin

Dengan Blog yang dah bersawang penuh dengan komen2 SPAM,
(dah vacum dah.. tak larat nak sapu.. banyak sangat)
Dengan tak tahu tuju hala kemana arah blog ini
Maka 
Itu lah sebabnya blog ku tak berbunyik sejak dari bulan January haritu
Itu bukanlah bermakna aku tak memasak
Juga tidak bermaksud aku tidak membeli novel atau membaca novel
Jauh sekali aku tidak merayap kemana2 atau tidak melakukan apa2 jua aktiviti...
Penuh aktiviti.. yealaa kan..
"Selagi Nyawa d Kandung Badan kan.. "
Cuma tu la..
Pabila jari malas menaip..
Menaip pun malas kan.. belum lagi suruh menulis..
Mau sepatah dua menulis aku lena d ulit mimpi
:)) :))

Ok la.. memandangkan aku baru je balik dari memborong novel dari PWTC,
Jap lagi aku N3 novel2 yang berjaya aku borong..
;)

Bye.. si pemalas (aku la tu) mau cari ilham untuk menulis kejap..
:P

Tuesday, November 27, 2012

Sekiranya Anda Ter Aniaya

 Hantarlah email anda ke Biro Pengaduan Awam / Tribunal Pengguna. Insyallah masalah anda dan pihak terbabit dengan segera akan selesai.
Ini yang aku lakukan pabila barang yang aku beli dari Johor yang telah d hantar oleh seller pada 13/11/2012 dan masih tidak sampai ke tangan aku walaupun dah berhari2.
Bila aku call, asyik bagi jawapan yang sama, driver dah bawa keluar,driver dah bawa keluar.. tapi barangnya mana? Paling best sekali, dorang akan kasik alasan dorang datang tapi office d tutup. Aku tanya, kalau betul driver datang, mana notis kad? Dan aku tanya, apa yang ada di office aku? Rupa bentuk office aku? Tak boleh pun jawab....
Dan percaya tak.. bila aku send emel ni ke ( pihak yang bertanggungjawab untuk kita buat aduan)

Noor Idayu Yeop Husin
 Md. Nasir bin Ecsoff  
 Azlan Bin Man ; Hee Hon Ming ; Unit Komunikasi Korporat (PRO)

Pihak Citylink call aku pada hari yang sama Isnin 26/11/2012 pada pukul 10.45 pagi macam tu la.. dan pada pukul 11.50 pagi, hari yang sama, barang pun sampai. SANGAT HAIRAN DAN AJAIB.  Boleh pun hantar cepat kan.. 

Kalau tak..asyik dok hantar email kasik alasan macam nie je.. (email dari Citylink)

Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang telah puan hadapi disebabkan oleh pihak kami, pada masa yang sama kami sedang menjalankan sisatan secara terperinci di atas kes ini dan kami akan memastikan untuk memberikan penjelasan yang sepenuhnya bagi kejadian ini. Pihak kami juga akan memastikan untuk membuat penghantaran pada hari ini juga dengan secepat mungkin.

***************************************************
 Walaupun kes nie dah settle and pihak Citylink dah pun call aku mohon maaf, aku nak gak tulis kt sini berkongsi pengalaman sekurang2nya anda tahu kat mana dan apa yang boleh di lakukan sekiranya anda rasa anda di permainkan..

Ni email aku kepada pihak terbabit - aku hantar ke BIRO PENGADUAN AWAM, TRIBUNAL PENGGUNA, ADUAN RAKYAT, FOMCA, dan aku cc ke citylink cssv.

***************************************************

Untuk maklum pihak terbabit :

Biro Pengaduan Awam dan Juga Tribunal Pengguna Serta semua yang di emailkan.

Saya, LIZA AMRAN, HP NOMBOR ***** INGIN MEMBUAT ADUAN. Dan aduan saya berbunyi sebegini :

Pada 13 Nov 2012,SELASA -  saya telah membuat bayaran untuk pembelian di Internet.Pembelian dari Johor

Pada 16 Nov 2012, JUMAAT - penjual telah menghantar barang tersebut melalu COURIER CITYLINK - CONSIGNMENT NOTE BERNOMBOR 060307080200247.

Pada 19 Nov 2012, ISNIN - saya masih belum menerima bungkusan tersebut. Penjual menghubungi CITYLINK CUSTOMER SERVICE 03- 5033 3800 dan di maklumkan bungkusan saya telah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 20 Nov 2012, SELASA - saya masih belum menerima bungkusan tersebut dan saya pula menghubungi CITYLINK untuk status terkini bungkusan saya. Masih lagi di beritahu bungkusan saya sudah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 21 Nov 2012, RABU - Saya dan penjual,masing2 menghubungi SEKALI LAGI CITYLINK - saya tidak pasti bagaimana CITYLINK menjawab kepada penjual, TETAPI pada saya, CITYLINK tetap bagi alasan yang sama iaitu driver bawa keluar untuk di hantar kepada saya. Saya hantar aduan ketidakpuashatian saya ke emel CITYLINK.. (boleh scroll di bawah sekali)

Pada 22 Nov 2012, KHAMIS - Saya masih lagi menghubungi CSSV CITYLINK bertanyakan status bungkusan saya. Jawapan yang sama masih saya diterima. Di sini berlaku sedikit pertengkaran di mana saya tidak boleh lagi menerima alasan yang sama. 
Sudah 3 hari di bawa keluar, tetapi masih lagi belum sampai ke tangan saya????

Dan bila saya minta contact number driver tersebut, customer service citylink, memberi nombor bahagian logistic 0355188502/8504 untuk di hubungi. Saya call dan bercakap dengan LINI. Janjinya pada saya akan menghubungi saya semula selepas lunch pada hari yang sama. Saya tunggu sehingga 3PM tapi janji tidak di tepati. Saya call LINI semula dan dia tiada di tempatnya. Saya meninggalkan pesan (perempuan) minta LINI hubungi saya semula untuk saya tahu status bungkusan saya dan juga contact number driver tersebut. Malangnya sehingga email ini di hantar, Lini tidak menghubungi saya semula.

Selepas tidak dapat bercakap dengan Lini, saya call semula Customer Service Citylink dan minta bercakap dengan Manager. Malangnya Manager tersebut busy dan minta saya tinggalkan message saya pada Customer Service tersebut, iaitu Ibrahim.Pesanan di tinggalkan seperti kronologi di atas.

Pada hari yang sama juga, 22/12/2012 Manager tersebut , Mrs Said (not sure ejaan) call saya dan memberitahu ada kesilapan teknikal di Warehouse dan berjanji akan PASTIKAN barang saya sampai keesokannya (23/12/2012) harinya dan akan call saya semula pada hari tersebut (23/12/2012) untuk memastikan barang tersebut sampai pada saya.Mrs Said akan handle kes saya sehingga barang saya di terima.

Thinesh - CSSV (mungkin supervisor) dari HQ juga menghubungi saya. Seperti Said, dia juga berjanji akan menghubungi saya semula pada hari berikutnya (23/12/2012) untuk memastikan bungkusan saya telah di terima. Malangnya seperti Said, dia juga tidak menghubungi saya.

Pada 23 Nov 2012, JUMAAT - saya menunggu dari pagi sehinggalah habis waktu kerja 4.30 petang, barang saya, tidak juga sampai. Dan 2 pekerja CITYLINK yang berjanji hendak menghubungi saya semula selepas waktu lunch, dan memastikan barang saya sampai pada hari ini (23 /12/2012) tidak langsung hubungi saya walaupun barang saya MASIH BELUM SAMPAI.

Pada 24 Nov 2012, Sabtu, - saya masih belum dapat bungkusan tersebut, dan untuk kesekian kalinya saya hubungi lagi CSSV Citylink, minta bercakap dengan Mrs Said, malangnya Mrs Said tidak ada di tempatnya dan CSSV (lelaki) mengambil pesanan saya, akan memohon Mrs Said hubungi saya, tetapi di waktu ini,sehingga sekarang nie 26/12/2012  10.15am, tiada panggilan dari CITYLINK untuk saya tahu status bungkusan saya.

Pada 26 Nov 2012, ISNIN - di saat email ini di hantar, saya masih lagi belum dihubungi oleh CITYLINK dan barang saya juga masih belum saya dapat.

Untuk Pengetahuan Pihak Tuan Biro Pengaduan Rakyat, Tribunal Pengguna, Aduan Rakyat

Tujuan email ini di hantar, saya memerlukan bantuan dari pihak tuan, supaya pihak CITYLINK tidak memperlakukan customer seperti SAMPAH. Saya, pembeli, membayar untuk perkhidmatan CITYLINK, tetapi service yang diberi, sangat tidak memuaskan hati.Pabila aduan di buat, pihak CITYLINK hanya memberikan janji kosong :

1 - berjanji untuk memastikan barang sampai pada 23 Nov 2012 
2 - berjanji menghubungi saya semula pada 23 Nov 2012 untuk mengetahui status barang saya

Saya, selaku pembeli dan juga pembayar, tujuan menggunakan courier service, untuk barang sampai cepat. Tak kisahlah sama ada barang itu personal atau pun keperluan office.

Barang yang saya beli itu, barang kaca, sekiranya barang itu pecah,atau berlaku kerosakkan saya ingin menuntut ganti rugi berganda dari pihak CITYLINK kerana menyimpan terlalu lama barang saya.

Saya mohon sangat pihak Biro Pengaduan Awam dapat membuat sesuatu supaya pihak CityLink SERIOUS membuat kerja dan saya mahu barang saya sampai dalam keadaan BAIK.

Ini perjalanan bungkusan saya dari Johor. Saya hairan kenapa terhenti di shah alam?

Consignment No.: 060307080200247Select Time Format:
Shipment Details
Consignment No:060307080200247Destination:  
Reference No:  Origin: Muar
Shipment Type: ParcelDelivery Station:  
Shipment Date: 16 Nov, 2012Recipient: 
 
 Current Status
 
 
Important Dates
Destination
Additional Remark
 
 
Ship date:
Delivery date:
 Nov 16, 2012
 

 


 
 
 
All shipment travel activity is displayed in local time for the location
 
 Friday, November 16, 2012 Time Location 
 
Shipment Collected04:52 PMMUAR, MALAYSIA
Shipment Bound for SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 17, 2012 Time Location 
 
Received by01:39 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Monday, November 19, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA02:08 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:38 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Received by08:19 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Tuesday, November 20, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA01:11 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Wednesday, November 21, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA05:23 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:20 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Thursday, November 22, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA03:37 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
FUTURE DELIVERY REQUEST12:07 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Friday, November 23, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:07 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 24, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:09 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA10:31 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 

Friday, September 14, 2012

Minggu Yang Busy, Hidup Yang Kelam Kabut

Hamboiii tajuk N3 tak bleh blah..macam hakak sorang je yang busy kan.. :P
Mungkin sebab ini pertama kali sejak aku kawin, anak dah 3, hasben admitted hospital then segala urusan anak2 dari A-Z aku yang handle..tu yang aku rasa aku manusia yang paling busy tak henggat...
Dan mungkin juga sejak aku mengenali apa itu FaceBook, ini pertama kalinya hampir seminggu aku dapat berlama2an berdating lepak seharian depan FB.. kawan2 pun hairan, pm tak ber reply, comment tak berjawab.. 
:D
Amboiiii glemer sungguh ai nie kan... perasan plak.. :P 
Takda la glemer mana pun..hot ke..popular ke..jauh sekali..tapi kurang2nya ada gak la orang yang sayang and ambil berat kat kita bila lama menyepi kan... :) dan kurang2nya FB aku tu ada dapat gak banyak notify serta pm serta like kan..dari diri sendiri yang buat semua tu kan.. :P

Apa pun, inchik suami dah discharge dah..alhamdulillah..lega aku sebab tak perlu berulang alik ke hospital lagi.. tapi tetap gak kena jengah ke sana untuk pemeriksaan luka d kakinya yang buat surgery tu..Seminggu 3 kali..
Dan buat pertama kalinya aku rasa sungguh berguna lesen kereta aku nie walaupun duduk dalam frame gambar (hiasan)hampir 6 tahun..dan tak sia2 gak dia paksa aku drive ambil hantar anak sekolah setahun yang lalu.. 
Sebab aku dapat bayangkan betapa sukarnya hidup aku sekiranya aku masih belum lagi belajar driving tika suami terlantar begini..
Untuk 2 minggu ni yang memerlukan aku jadi driver sepenuh masa - sebab inchik suami masih lagi tak boleh drive walaupun kereta auto(surgery kaki kanan kat ankle - betul2 sebelah buku lali) - sekurang2nya aku dah confident sikit untuk memandu keluar dari zon selesa aku - Puchong, Subang, Subang Puchong :D
Tiasa masalah untuk isi minyak kereta sendiri, tiada lagi takut2 untuk parking  walaupun senget2 kan.. janji tak kacau kereta kiri kanan...
Tapi tak tahu la berapa lama sikap aku nie boleh bertahan..hope selamanya la.. :D  sebab sehari dua ni plak, hasben dah boleh drive sendiri, kerja aku dah makin mudah..aku dah bleh lepak lama2 depan FB.. :))
Azam aku..moga blog ini tidak lagi berhabuk... :P

Untuk kawan2 yang takut2 seperti aku dahulu..jom beranikan diri anda memegang stering kereta.. Aku, mungkin terpaksa kan, tapi yang pasti aku ada satu petua..ni yang aku guna untuk diri sendiri.. Aku drive sambil dengar lagu hindustand...and it's worth it...
Betul...tak tipu..tipu masuk api neraka - bak kata Mimin.. :D Masa untuk pertama kalinya aku drive keluar dari jalan kebiasaan aku, terpaksa masuk LDP untuk ke Colombia, before tu, aku download lagu2 hindi yang aku suka, seperti lagu Zuuby Dooby, Bole Chudiyan then pasang lagu masa dalam kereta...hasilnya.. aku chill gile bawa kereta.. :D
Cer try.. ;)

Apa pun, segalanya dah kembali seperti sedia kala.. perjalanan dah kembali ke normal..

Ohh ya..lupa plak..
Untuk my lovely SIL...Selamat Pengantin Baru...

Moga berbahagia,kekal selamanya....mujur inchik suami dapat discharge sehari b4 wedding adik dia..
Dapat le sama2 meraikan walaupun jalan terhencot2.... :)

Nota KaKi : Buang kawan2 sebloggers..mohon ampun beribu ampun..tak sempat mereply komen, tak sempat menjengah,melawat ke rumah anda semua..nanti saya datang ya.. tunggu tau :D

Thursday, September 6, 2012

Sweet 17 ^_^

Perasan and gila poyosss ok kononnya masih sweet 17... :))
Today my birthday... motif plak update blog bagitau my birthday...nak minta hadiah ke.. :P

Entah la.. sejak 2 3 menjak nie mood nak menulis sekosong kosongnya... hilang d bawa angin lalu..
Tunggu la kalau angin tu menyonsang arah patah balik ke aku..then mungkin time tu aku dapat mood untuk update selalu blog nie...

Actually (ngan gaya slang mengada2..) memang la harini birthday aku..tapi tak la sweet 17.. 
Sweet tu tetap ada..cuma 17 tu ada penambahan sikit la.. :D
Cuma kalini tempat celebrate birthday tu sangat istimewa and lain dari yang lain.. belum pernah lagi d buat dek aku seumur hidup aku...just celebrate bersama keluarga tersayang..
Kat sini..giler cool kan.. :P
Puchong
Sebab hasben sayang kena minor surgery kt bahagian kaki...anak2 busy body menempek kt katil.. mujur bilik single..takda la jiran sebelah nyebelah penin...
 Konon2 jadi Doc la tu.. ;)

 My Birthday Cake.. present by SIL - Nurul.. TQ.. sedap gile.. memang menambah kalori la.. :))
Hadiah plak..tunggu che hasben dah ok seperti sedia kala..baru nak request.. hajat d hati nak hat nie..
Sweet n gojes sangat..tapi bila tanya pada yang pakar pasal handbag2 nie..terus aku kensel la nak merembat this item...sebab c pakar nie..dah tengok live, dah puas belek, dan paling penting, this person boleh d percayai.. ;)

Ok la abang, nanti ai gugel hat lain plak ya... :))

Nota KaKi : Bila hasben d hospital, tak terdaya membawa kereta, anak2 mengharapkan aku menghantar dorang ke sekolah, berulang alik dari sekolah anak, office dan hospital dan rumah...baru aku terasa betapa untungnya dia bertegas dengan aku supaya membawa kereta (hampir 6 tahun menframekan lesen)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels