Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, September 12, 2011

Reunion SMDB - Malam

EPL liga perdana yang di minati
LA Liga d ikuti kerana Cristiano
Bersambung lagi kita d sini lagi
Untuk part malam menjengah pulo..

Moga MANU Juara EPL lagi
D tahun 2011/2012 aku menanti..
Bergurau senda sesama sendiri
Andai terluka harap d maafi
hehehehe..tau la dulu sastera sentiasa score kan...tapi kalau cikgu Mazalan..(cikgu sastera klas aku 5A3.. mana dia skg nie) baca pantun ni..mau dia pitam...takda keindahan langsung... :D
Preparation untuk malam plak...kalini chef Helmi plak amik bahagian..chef siang dah boleh hi hi bye bye..
tekun nampak kamal..bbq ayam
Ni la chef...Helmi..ada restaurant kt Taiping..maveles...BBQ kambing..sayang sangat sebab aku tak puas makan kambing malam tu..dapat amik 2 ketul je..sebab mulut aku lebih banyak bersembang dari makan.. rugi rugi rugi...helmi...jom..bbq kambing skali lg...hehehe...
kehadiran d waktu malam...
belum penuh lagi..cikgu pun belum sampai
Idris aka Deejay Dee aka Deris...DJ yang memeriahkan suasana..selaku DJ part time..takda masalah la nak handle majlis reunion nie kan Derih..
Antara xtvt yang d jalankan...
Bunga api untuk anak-anak
 
 
Menyanyikan semula lagu sekolah..tak sangka aku boleh ingat lagi...hehehe
Acara potong kek oleh cikgu2 yang hadir...
 
Alhamdulillah...ramai cikgu2 yang hadir walaupun cikgu klas aku,Cikgu Rosmawati (antara cikgu yang aku sayang) dan cikgu Mazalan(cikgu sastera) tidak dapat d kesan...terima kasih cikgu2 yang hadir...
 
 
acara makan..tu semestinya..ada kambing..tapi sayang aku hanya makan 2x je sebab mulut aku sibuk dok bercakap..sampai tak sempat nak makan..:P
Dan akhirnya lucky draw..sungguh aku pernah lucky dalam hal nie...sangat jarang nombor aku naik..sian aku kan..len kali aku handle bahagian ni,aku nak letak no aku banyak2 la.. :)) :))
Antara bekas pelajar yang datang dari jauh - Jaya - JB
Dan hat ni paling jauh,meredah lautan utk ke sini...Brussels..Thanks Mala...
Dan acara kemuncak.....bergambar beramai2....
Sayang tak semua yang hadir ada d sini..sebab ada yang dah balik awal..ada yang nak balik ke kl lagi dan merata2 setelah cuti raya...Apa pun terima kasih pada yang sudi hadir..moga d lain kali lebih ramai yang sudi hadir...:)

Friday, September 9, 2011

Reunion SMDB - Siang

MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Syawal d nanti telah tiba,
Tanda reunion SMDB hampir tiba

Rooney hatrick Young dua,
Satu Welbeck,Park dan Nani
Puas raya d rumah saudara mara
Di Homestay Husnita AJK Reunion SMDB menanti..

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat De Gea save penalti,
Sabtu 3 September 2011 tarikh d nanti
Jom kawan-kawan apa tunggu lagi...

ManU tetap pilihan hati,
Walaupun CR telah pergi...
Sila la skroll d bawah ini
Untuk melihat gambar2 reunion terkini...

Cewahhhhhhhhhhhh...tetiba plak pandai berpantun lepas jumpa kawan2 lama... :)) :)) tapi pantun yang d ubah suai sikit..:D
Jom..cerita banyak pun tak guna...kita layannnnn je.....;)
Bermula kisah gathering ni telah lama d anjurkan..hanya dapat d laksanakan pada 3 September 2011
Alhamdulillah...selamat semuanya...bermula dari bulan puasa lagi geng2 Taiping bergotong royong membersihkan kawasan d Semanggol Perak..
Menggantung lampu2 untuk xtvt malam..
Thanks utk KOjie n Gang...
 
 
Untuk RELA plak..jaga traffic...like it
Dan ini lah kawasan yang melakar sejarah setelah hampir 18 tahun tidak bertemu..
Tuan rumah dan juga merangkap chef untuk masakan siang setelah ada problem dengan Caterer..
Husnita and her mom...
Masak untuk acara siang..malam Helmi"s Restaurant plak amik bahagian..
Jeng jeng jeng...masa yang d nanti telah tiba..kawan2 dah ada yang tiba..tapi aku waktu cabut balik dulu, nak salin baju n rehat jap sebab aku nak datang malam..ada lucky draw yang tak pernah aku ber lucky ok.. :P
Antara geng2 yang datang pada waktu siang..sori ya mana kawan2 yang kol aku ajak aku join n nak jumpa aku waktu siang..aku tak dapat hadirkan diri..insyallah lain kali kita jumpa lagi..:)
Khemah...kaler tema SMDB ya..bukan Selangor hokkayy..:P
Lucky draw and door gift..bersengkang mata Medi and Nita balutkan...
Salute gak yang hadir dari siang hingga ke upacara tamat...
 
Ini xtvt memancing..d sebabkan aku takda..so aku tak tahu sapa yang menang...
Kaum perempuan bagi sokongan kt pasangan masing.. 
Settle untuk upacara siang..sori buat kawan2 if aku ada missing part or mistake kat mana2..:)
Continue part malam d lain N3

Wednesday, September 7, 2011

Raya D Taiping..

Patutnya N3 ni aku buat semalam..tapi d sebabkan bengang teramat sangat kat Petknode.. maka cerita raya kat Taiping pun tertangguh...ishhh kalau ingat kisah kucen2 teranaya tu..aku rasa nak kencing n berak je kt muka tokei2 Petknode yang gemuk2 alaaa vavi tu...huh...angry
Pastu ada plak yang buat statement ala2 kurang ajar..kes ni kecoh sebab jadi kat kucing..cuba kalau anjing.. mesti tak se kecoh nie...aloooooo...ni bukan soal anjin kucing ya...ini soal PET..tak kisah apa apun... dan soal kematian yang terlampau hokkayyy...jadi janganlah sempitkan pemikiran anda yang dah sedia sempit tu...
See....aku emo lagi...gile emo la kalau tengok kisah2 pet yang teraniaya...sedih...
Ok la..back to kisah asal...
Raya ke 2 raya d Taiping..ingatkan balik raya ke2 highway takda lah jem...tapi..kita hanya mampu merancang.. Allah jua yang menentukan...selepas je terowong Ipoh menuju ke utara...jalan jammed...ingatkan ada xciden.. tapi rupanya kereta terlampau banyak...jammed sampai ke R&R Sungai Perak..then klear sekejap..selepas Jambatan Sultan Azlan Shah Sungai Perak..jammed balik..hanya klear selepas exit Kuala Kangsar...wahhhh ingatkan dah lepas bala...tapi sangkut balik kat Exit Changkat Jering..beratur untuk bayar tol sahaja hampir 45minit...giloossss...guna smart tag pun tak guna...tetap jammed gak..huh...
Pukul 10pagi dari Subang..singgah Bidor dalam sejam..dari Bidor dalam 12.30..hampir pukul 4 baru sampai Taiping..gileee....
tapi tak le se jammed sebegini..:P masih ada ampun lagi..;)
Tapi apa pun...raya tetap raya...
Insyallah raya tahun depan 2012..akan ada 2 orang baru...wahhhh tahun ni raya pun tak habis lagi.. dah ingat raya tahun depan...ish ish ish ish..anak sapa la tu...:D
Sorang anak buah (tak tahu la kut2 akan tambah lagi kan..tapi yang dah confirm ada..sorang :D ) dan sorang lagi ahli ipar baru yang bakal d buli.. :))
Raya ke3 ke rumah aweks Pipi..adik aku no5..Asmidar or As
Majlis yang asalnya hanya untuk merisik..terus jadi bertunang..cowboy gile..dengan takda hantaran bagai.. sebab pihak perempuan taknak bertunang2...insyallah bulan 3 bertunang and terus nikah sanding semua sekali..
C Darah manis ni pun dok bz kat dapur..bukan dok dalam bilik bersiap sebab tak plan nak bertunang kan.. tapi tak kisah..asalkan semua setuju...:D
Teka..untuk yang mana..:D
Yang pegang budak kecik tu..:P 2 lagi tu single but not available...tunggu masa je...
Family perempuan atok n nenek,mak dan ayah,tunang dan insyallah bakal mak mertua..
Settle majlis merisik @ bertunang...serang rumah plak kat rumah awek Muhammad Abdullah.. gambar atas paling kanan...hat tengah tu..aweknya jauh..kat Pahang..so tak dapat le g beraya...
Changkat Ibol makan laksa..gile sedap....mujur dah tapau kat rumah As..takyah la tapau kat rumah Acu plak.. :D
Semua not available ya...skull
Laksa..my favorite...best raya kat Taiping..kebanyakkan rumah memang buat laksa je...puas makan..
if bukan peminat laksa..nasib la....devil
Budak2 layan diri..mak budak ngn pak budak nak makan laksa...:D
Then terus merayau dan merayau dan merayau sampai la tak larat..balik rumah tido...malam sambung plak ke Kampung Pinang Sebatang..rumah makcik pakcik..gambar takda..pakcik makcik i shy shy cat gitu...
Lepas ni sambung untuk RAYA REUNION SMDB...dancing

Tuesday, September 6, 2011

What???Serioussss???OMG!!!

Dalam kita bergembira menyambut hari raya...tidak ku sangka ada yang tersiksa...kalau manusia boleh bercakap,memberitahu,merintih,meminta d kasihani..tapi yang ni??????
Hanya pasrah d lakukan sebegini.....
Aku speechless...
Aku selaku pencinta kucing/pet dan mempunyai kucing d rumah..takleh bayangkan sekiranya kucing aku d perlakukan sebegini...
**ini DD kucing kesayangan kami sekeluarga**
Dengan tak d beri makan,minum, d campur dengan kucing2 yang lain..adusssss..betapa stressnya kucing2 ni d sini...
Sedey sangat..walaupun kucing-kucing tu haiwan tapi janganlah d perlaku sebegini...cuba la kalau korang plak yang aku kurung bersempit2 dan tak bagi makan n minum...suka ke?????
Bodoh bangang punya manusia...
Dah ko amik amanah orang..ko buat plak cenggini...cukup tak amanah dan tak bertanggungjawab...kat dunia ko bleh la lari..kat akhirat sok..mejawab la...buat malu orang Islam je.. huh..
Tahu la ko nak raya kan...tapi kalau dah rasa2 nak raya gak.. tutup je kedai tu..takyah buka...duit nak...tapi cam sial je ko buat....
Kalau tengok pakej yang PETKNODE tawarkan rasa macam best sangat...siap compare dengan tempat jagaan lain lagi...
*********************************************************************
Setiap nilai ringgit yang dikenakan ke atas anda adalah untuk:-
  • Ruang yang selesa dan keselamatan yang dijamin. Ini adalah kerana nilai yang anda bayar adalah untuk keselamatan kucing anda 24/7 di samping tidak mengabaikan keselesaan mereka.
  • Menjamin privasi kucing anda. Setiap unit dilengkapi dengan sneeze-barrier yang menghalang pandangan kucing anda dengan unit bersebelahan. Ini sekaligus dapat mengurangkan tahap stress kucing anda.
  • Memastikan kucing anda tidak hilang semasa di dalam jagaan kami. Ini dapat dilakukan dengan kawalan keselamatan yang ketat. Pengunjung termasuk pemilik kucing sendiri tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki kemudahan cat boarding. Hanya staf yang bertugas dan pemilik perniagaan sahaja yang dibenarkan masuk.
  • Menghalang sebarang kecederaan fizikal ke atas kucing anda. Ini dilakukan dengan memastikan setiap kucing mendapat perhatian yang menyeluruh. Pemilik yang memilih agar kucing mereka dilepaskan seketika untuk bermain akan dipantau melalui servis “Supervised Playpen Hour” kami. Pergaduhan adalah mustahil kerana kami tidak mengamalkan konsep “free-roaming”.
  • Kos tambahan seperti pasir dan minuman, air-cond dan sebagainya adalah tanggungjawab kami. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan.
Sekiranya anda memilih untuk menggunakan seleksi makanan yang kami sediakan, kadar yang dikenakan adalah serendah 89 sen sehari.
Perkhidmatan jagaan kucing kami didatangkan dengan servis grooming pada kadar yang istimewa. Anda bolehlah membawa pulang kucing anda dalam keadaan segar dan wangi dengan kadar serendah RM9.90 sahaja.
***************************************************************
Sayang sekali ini hanya sekadar iklan...iklan yang tak serupa bikin....kesian sangat kat kucing2 yang teraniaya tu...
Ni tuan punya pet shop tu..eeeeeeeee...geramnyaaa aku....
Lagi gambar..sebak aku..sedey sangat....
Mati berpelukkan antara ibu dan anak...sakit dada aku menahan sebak dan sayu
 
Takziah pada tuan punya kucing..aku sangat2 simpati..moga ini semua menjadi pengajaran untuk kita, agar berhati-hati d lain kali..murah atau mahal bukan ukurannya..tapi sikap dan sifat tanggungjawab dan penyayang terhadap binatang perlu d ambil kisah sebelum menghantar pet kita pada Cat Boarding...

**gambar2 rujukan pelbagai blog dan gugel search**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels