Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Iklan Sebentar.... Show all posts
Showing posts with label Iklan Sebentar.... Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Messi tukar team ke Spain

Tak tau la nak gelak ke tak...kalau gelak rasa macam diri nie teror sangat n macam tak buat salah la plak kan..:P
Tapi kalau tak gelak..adoiii kelakar plak stetmen adik manis nie...
rolling on the floorrolling on the floor
Shhh jangan gelak jangan gelak..tak baek ooo...tapi tak bleh tahan la.. kat wall dia penuh dengan lawak2 Messi ke Spain nie...adoiii lahaiii...hilang ngantuk aku pepagi nie..Antaranya..

‎"hello **** abg messi nk bagi tao **** neh yg abg messi xjd main ngan spain la... coz abg messi nak g genting highland jakgi bwk family bersiar2....sorry ye ****coz abg xbagi tao **** awal2..tak psal2 **** jd HOTSTUFF mlm neh"........~lalalalalala
Messi ; mintak maaf semua kerana x dapat main hari ini...

Buat adik manis..sori ya tergelak....tapi terima kasih sebab menceriakan hari akak yang mengantuk d pagi ini.
:)) :))

Thursday, June 21, 2012

Nak Gelak ke Nak Tepuk Dahi

Atok sapa la nie ek.. Glamer kejap... 
Adoiiii lahaiii...macam2 hal la... dunia dunia...straight face
Tak tahu la nak gelak guling2 rolling on the floor atau nak simpati.....
Umur dah tua...tapi masih lagi tahap bimbo...ke buang tebiat....
Tak tahu la aku...confused
Selalunya aku ni jarang nak komen hal2 dalam sotkabar..tak kisah la sotkabar Metro ke, Utusan ke, Harakah ke..sebab aku tak suka nak rumitkan keadaan blog aku yang aku tulis untuk cerita2 kosong aku je...
Tapi kalini hati tak menahan sungguh....nak gak komen....
BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.

                                  Atuk kecewa cinta hampa

REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
**********************************************************************************************************************************
Adoiiii... glemer atok nie... kalau Attokz Dikulgai tu ok gak.. memang glemer la sebab orang kuat RAMIANs... (ahli peminat Ramlee Awang Murshid) :D
Ni atok nie glamer masuk paper Harian Metro sebab kecewa dengan gadis sekolah 16 tahun....Hajat d hati nak kahwin dengan budak sekolah yang baru 16 tahun tak kesampaian...kesian atok umur dah 60 tahun pun kena harungi suka duka alam percintaan lagi.... nak gelak rasa kesian plak kan..sakit ooo putus cinta.. tambah lagi sakit bila duit dah habis tanggung orang tu kan...
Betul la cinta tu buta tak mengenal pangkat darjat mahu pun usia kan... dari perasaan simpati melihat keluarga gadis 16 tahun nie susah manakalah budak sekolah nie terpaksa kerja..atok nie dengan sukarela (ke ada unsur paksaan)  nak tanggung la budak ni bersekolah. Di suruhnya budak sekolah ni berenti kerja dan menumpukan perhatian kat sekolah je.. sebab atok ni boleh tanggungkan...
Mula2 katanya hubungan sekadar atok dan cucu je tapi lepas SEBULAN berkawan, tup2 atok ni jatuh chenta dan ajak la BUDAK SEKOLAH ni berkahwin bila dah habis sekolah...adoi la atok....agak2 la kan...budak 16 tahun yang baru nak lihat dunia ko dah ajak kawin...tolong ikhlas dah la..takyah la merembat budak sekolah tu..pastu bila dah kecewa tak tahu la kecewa sebab duit dah habis atau kecewa tak dapat pucuk muda..buat laporan polis, masuk paper plak tu... ayakkkk....aku tepuk dahi....
Lagi satu...parents budak sekolah tu..nak panggil apa kat atok nie...maknya muda lagi... baru 38 tahun... adoiiii.. mak lagi muda dari atok....
Tak salah nak kawin..apatah lagi dah 29 tahun menduda kan..tapi carilah yang lebih kurang..ramai Ibu Tunggal atau gadis2 yang lebih kurang umur ngn atok kan..beza 5-10 tahun pun ok lagi...
Tapi kisah nie jadi mungkin sebab atok kan.. kalau Dato or Dato Sri mungkin lain plak ceritanya kan.. :P

Apa pun jodoh semua d tangan Allah,rahsia Allah tak siapa pun yang boleh pertikaikan..tapi diam2 dah la.. takyah la masuk paper... malu la atok...

Thursday, February 9, 2012

Dang Suria Kurang Ajar??

Semalam layan On Air..last week masa Judge Jemputan Datin Seri Normala datang..takda la kecoh sangat komen2 beliau...cantik Datin Seri nie...luv u la Datin love struck
Tapi semalam......kecoh la plak sebab komen kurang ajar Dang Suria
Kurang ajar ke kalau komen
 " nak buat macam mana..dah memang dia tak handsome"
atau
"Saya rasa kalau dia jadi pengacara, dia akan jadi pengacara yang d benci penonton, mungkin penonton sendiri akan tukar channel lain bila tengok wajahnya"
atau
Mengkritik orang tu gemuk dan tak layak berada d rancangan On Air untuk menjadi pengacara.
Kena bagi pinggang tu kecil dulu then baru datang semula...
Kurang ajar ke? Tepuk dada tanya la selera anda bagaimana kan
 Cuma bagi aku ...Handsome atau tak handsome rupa paras seseorang itu kurniaan Allah swt..napa perlu d pertikaikan..
Lagi pun kacak,cantik perkara subjektif..bagi kita dia tak lawa tapi bagi orang lain berpendapat sebaliknya. 
Agaknya macam mana perasaan Dang Suria kalau orang kutuk dia secara personal atau dia memang kalis kutukan? Lagi satu..dia tu perasaan lawa la kut sebab layak jadi pengacara kan..katanya lagi semalam
" Dunia ni memang kejam..sebab orang nak tengok yang lawa2 je" lebih kurang camtu la..

Tapi peserta pun sama..yang nak g audition tu please la..tengok la anda layak ke tak..ini tergagap2.. dok aa uuu aaa pastu cakap plak macam orang malas dan berbisik2 macam sorang peserta ntah apa nama dia.. cakap langsung tak buka mulut...camno nak jadi pengacara...kalau rupa kurang, patutnya ada beauty brain..ada knowledge..baru le betul....Judge pun mesti la amik port n tertarik gak..rupa boleh d adjust.. Dang Suria dulu pun tak lawo gak..bila dah d make up bagai berubah juga..Erra Fazira, Ziana Zain, ramai la lagi artis.. cuba tengok d awal kemunculan dorang..takda la lawo mana pun..tapi bila dah d ubah suai sana sini... malatoppp...so macam tu gak para peserta On Air..if anda ada beauty brain, bakat  dan berkelayakan, Insyallah peluang tu ada...
---> amboiii liza..ko plak dah pandai komen...:P

Apa pun aku rasa ni mungkin satu gimik gak kut nak kasik rating On Air ni meletup and orang akan saksikan nanti dan paling penting akan ada Undian SMS....so kalau rating rendah..sapa nak tengokkan.. kalau takda sapa nak tengok..camne orang nak undikan.kalau orang tak undi..macam mana pihak telekomunikasi and Asto nak untung kan.. :)) :))

Lu pikir la sendiri..Sekian laporan tak rasmi dari aku yang suka sangat dengan Aznil Hj Nawawi.. ;)

Wednesday, December 21, 2011

Speechless..

Dah tak tahu nak letak title apa..sangat speechless.....
Bangga sangatkah buat tabiat luar tabii...agaknya la kan..
If tidak, takkan lah mat2 rempit bangga merempit sebab penunggang motor biasa tak seberani mat rempit merempit sambil buat aksi Superman
Macam kisah Ariff Alfian..alaa..c gay yang kawin dengan mat salih kat gereja..
Ariff Alfian Rosli in traditional Malaysian dress exchanges rings with an Irishman during a ceremony in Dublin, Ireland..
Ariff Alfian Rosli in traditional Malaysian dress exchanges rings with an Irishman during a ceremony in Dublin, Ireland..
Seronok ek jadi d luar tabii..bangga ya lain dari yang lain..best sangat ke lubang bontot tu..kesian sperm2 tu nanti jumpa najis je....huhuhu...
Aku tak niat menghina..tapi aku konpius....sebab orang2 cenggini bangga sangat dengan segala macam yang terkeluar dari landasan Islam..tapi masih mengaku Islam...masih kata beriman lagi...baca stetment mamat gay ni kat bawah..sumber

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian

 KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Wowwww..klass statement mamat gay nie...Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya 
kecuali mat salih as a hasben or wife tu la kan..tergugat imannya....kat mana agaknya selera dia kat mat salih tu? kalau minah salih ok la kan...lelaki pasangannya perempuan..tak kisah la bangsa apa pun sekali pun..
Ini?????
Terkedu aku....agaknya dia faham tak maksud Iman tu apa?Muslim tu apa? Islam tu apa?
Tahukah mamat bodoh nie, kisah Nabi Lut..kalau dulu Allah,Islam mengharamkan hubungan sejenis, masakan sekarang ni d halalkan pulak...
Allahhuakhbar...Moga Allah memberi hidayah pada dia....
Aku pun bukannya alim, apatah lagi berilmu agama yang tinggi..tapi janganlah kerana arus kemodenan agama d tolak ke tepi..

Friday, December 16, 2011

Iklan Percuma

Ku ucapkan selamat tinggal..Padamu yang ku guna sebelum ini...
Tiada lagi tempat anda semua d rumah aku apatah lagi dalam washing machine aku...
Apa pun, terima kasih pada khidmat anda sebelum ini..
 
 
And welcome to Comfort Ultra Pink, warna biru later aku try.. :D
Harini aku nak buat iklan percuma jap..Comfort Ultra kena ucap terima kasih kat aku.. :P
Iklan ini tidak d taja atau d bayar dan aku pun bukan lah agen..aku hanya pengguna seperti d luar sana..
Penah tengok iklan nie kat TV kan..."Baju berbau segar walaupun selepas 7 hari..."
Yeapppp...aku telah membuktikannyaa..(N3 ni d buat kala 10 hari xperimen baju n bedsheet aku d simpan dalam almari)
Pakaian tetap berbau wangi walaupun seharian d pakai d badan...nak pakai esok harinya pun takda masalah.. tapi kalau jumpa dengan orang berlainan la..kalau satu opis..sendiri mau ingat le.. :))
Statement ni khas untuk orang yang bekerja d opis seperti aku ya dan Untuk yang keluar2 opis buat sale,jumpa orang sana sini,runner ke pos opis hantar surat.. --> Tikus putih  Xperimen, my hasben..
Buruh am or yang sewaktu dengannya, aku belum buat Xperimen lagi
Tak percaya??? Cuba lah sendiri..
Nota Kaki - Dah tak merajuk lagi, sini...sebab harini nak Cuti Cuti Malaysia... dancing

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu

Demam ombak rindu dah bermula..
Panggung penuh sokmo...tiket sold out semedang...
Congrats untuk novelis Fauziah Ashari yang novelnya d adaptasikan menjadi filem..
Walaupun muncul konterversi penulis novel ni membuat kenyataan PAYMENT CUKUP2 JE TAMBANG G BALIK JOHOR N KL setelah filem ni malatopppp kat pawagam..

Aku??Entah la..tak minat nak g tengok novel d jadikan filem..takut tragedi LAGENDA BUDAK SETAN berulang kembali...gile tak best..lari gile dari novel asal...
Lagi pun, aku taknak kacau bilau kan imaginasi aku sendiri dengan imaginasi orang filem...tak beshhh...
Kalau nak tengok gak.. aku tunggu je la CD  cetak rompak..:P 
Tak mau langgan ASTRO FIRST..mahal dari CD cetak rompak..

Semalam membaca plak MINGGUAN MALAYSIA...terjumpa satu artikel yang lain dari yang lain dan aku sangat terbuka minda pabila membacanya...
Dalam ramai yang memuji filem ini..beliau (penulis artikel ini) mempunyai pandangan lain..Jom sama2 baca dan berfikir..

Ombak Rindu tragedi murahan - Ali Atan

DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.


Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.
Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”
Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”
Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.
Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).
Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”
Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”
Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.
Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.
Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.
Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.
Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.


Apa yang boleh aku katakan..NOVEL OMBAK RINDU memang best..dan aku sangat terkesan membacanya.. dan d sebabkan terkesan dengan Novel Ombak RIndu nie aku beli plak sambunganya 
picture - thks gugel 
Tapi sayangnya 2 kesinambungan novel nie tak se kick novel yang pertama..bagi aku cerita yang sama, permasalahan yang sama tapi d drag menjadi 3 novel..so sangat le bosannya...
Walaupun d katakan Izzah hilang ingatan,muncul plak Suri sebagai kembarnya..tapi sememanganya sangat2 la tak best dan membosan..
Ni bagi aku..bagi orang lain..no komen... 

Wednesday, October 19, 2011

Chinese child got hit by car twice in China. 18 people ignoring it!

Chinese Kid was hit by a car. Driver recognise that the kid was insured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back wheel.18 people pass the kid and do not care what happen. A further car is coming on the road and hit the kid once more. After 10 minutes someone carry the kid out of the road and the mother of it is coming.This happend in a busy street in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. Shop owner and passing people did not care at all) The father who talks explains what the driver of the car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he want. Incredible how heartless people can be here in China.
******************************************************************************************************************************

Ini ada lah kes yang heboh d FB, emel, internet baru2 ni..

Aku...speechless...tak tau nak komen...terkedu..geram...sakit hati...dan pelbagai lagi perasaan yang melanda bila tengok video nie..rasa nak jerit je dengan org2 yang boleh tengok je budak tu terkedang kesakitan kat jalan tu tanpa usaha apa2 pun..macam takda apa2 yang berlaku...

Dan bila aku baca N3 nie d blog http://anneraini.blogspot.com/ baru la aku tau kenapa orang2 sekeliling ni TIDAK MENOLONG dan BUAT TAK TAHU je kat budak nie...
Dan masa ini lah aku rasa bersyukur ya amat (selama ni pun bersyukur gak) d lahirkan dan bernaung d Malaysia d mana rakyatnya masih ada hati perut dan peri kemanusiaan...
Sila la baca N3 ni ya..
***************************************************************************
Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia. Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.. Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni... JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Saturday, August 6, 2011

Dah kena dah....

Aisehhh...puasa tak sampai seminggu...
Tapi dah ada yang jadi mangsa korban mercun...
Nak kesian ke?nak padan muka ke? Ntah la..kesian ada..geram pun ada..
Tiap2 tahun ada je yang hilang jari,hilang tangan,buta, akibat bermain mercun..tapi kenapa la tak d jadikan iktibar sume tu...
Kalau anak2 kecil yang tak paham erti bahaya mercun tu..ok gak..bleh kesian..
Or kebetulan dia lalu kat situ dan poommm mercun meletup n dia jadi mangsa keadaan..wrong time wrong place...wajar d kasihani...
Tapi kali ini...alahaii..sudah besar..dah boleh pikir sendiri bahaya mercun tu...
Sorang 20 tahun,(cedera ringan on 1 August 2011 - hari pertama berpuasa dah main mercun..emm)
sorang lagi 19 tahun...kalau time zaman dedulu dah boleh kawin dah....
Dah besar2 camni..takkan nak salah mak pak lagi yang tak pandai jaga anak kan....
Ke nak salah kan polis?? alooo kawan...polis banyak keje lain nak buat la...
Penyeludup?? selagi ada orang2 cenggini..maknanya memang akan ada permintaan..so selagi ada permintaan..selagi tu la ada penyeludup2 nie bw masuk mercun ke Malaysia...
Bila dah hilang jari..baru nak insaf n serik..tapi apa la maknanya...
Lu pikir la sendiri...
***************************************************************************

Mangsa pertama mercun hilang tiga jari kiri


2011/08/05

  NASRUDIN   putus tiga jari tangan kiri dan cedera di   muka akibat bermain mercun bola  menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.
NASRUDIN putus tiga jari tangan kiri dan cedera di muka akibat bermain mercun bola menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki hilang tiga jari dipercayai mangsa pertama mercun tahun ini dalam kejadian di Dewan Beta, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang membonceng motosikal bersama rakan dikatakan tidak sempat melempar mercun bola yang dibakar, dan akibatnya tiga jari kirinya hancur.“Niat untuk bermain mercun bersama kawan sekampung bertukar tragedi apabila mercun meletup di tangan sehingga kehilangan ibu jari, jari tengah dan telunjuk.
“Dalam keadaan berlumuran darah, rakan membawa saya ke Klinik Kesihatan Lundang Paku sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, semalam. 
Nasrudin berkata, dia membeli mercun bola di Rantau Panjang beberapa hari lalu dan merancang bermain bersama rakan pada waktu malam. 
“Saya serik untuk bermain mercun dan akibat kejadian ini, hidup saya tidak lagi sempurna seperti orang lain,” katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan. 
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berkenaan mengenai kejadian itu. 
“Mangsa mungkin berasa takut untuk tampil membuat laporan memandangkan dia melakukan kesalahan bermain mercun hingga menyebabkan kecederaan,” katanya. 

Thursday, August 4, 2011

iKLan Gangster

=)) =)) 
Habis la Aaron Aziz & Adi Putra dalam KL Gangster arahan Syamsul Yusuf...
Meh tengok video nie... kelakar siot...keropok Tam Tam dulu time aku 10sen sebungkus boleh jadikan senjata..Vitagen n Nivea pun boleh jadi bahan... :)) :))
Memang kreatif and thumbs up utk AmanWan
Layannnn...

Saturday, July 9, 2011

Bersih Politik?Bersih Aku?

Aku tak tau BERSIH yang orang POLITIK tu maksudkan apa..
Yang aku tau maksud BERSIH tu dalam maksud Dewan Bahasa dan Pustaka ialah :
Dalam konteks cuci
bersinonim dengan berbasuh,bercucibersentalberlap,berberusbergilapbersapu,bervakum
2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan segarmurni,tulennyaman
3. Dalam konteks hati
bersinonim dengan jujurikhlas,tulus ikhlassucikudusmurni,
 
 
Tapi kalau tengok gambar2 nie kan...kat mana BERSIHnya ek? silap2 hura hara,kecoh,kucar kacir dan mengotorkan kawasan je...
Mengikut sumber rujukan  lebih kurang 10k orang yang datangkan...dan aku dapat bayangkan betapa BERSIHnya kawansan KL dan sekitarnya andai kata 10ribu orang nie..bergotong royong memBERSIHkan kawasan KL tu...
Barulah ada udara yang BERSIH dan kawansan yang BERSIH...
Baru lah benar - benar BERSIH

**BODOH + BANGANG LA DORANG NI...aku tkleh makan steamboat harini..uwaaaaaaaaaa.....kena kensel sb bangsat2 ni menyusahkan orang ramai yang nak hidup dalam aman damai tanpa demo2 nie...**
haishhh bila la orang Islam nak bersatu padu..bila la pemimpin negara nak ikut betul2 cara kepimpinan Nabi Muhamad Rasullah saw...:( :(

Tuesday, January 11, 2011

Patut ke???

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam. 
Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu. 


“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.

Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.

“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sheilamenangis/Article/index_html
*******************************************************************
Aku rasa ni 1st time aku ulas pasal cerita dunia artis,film n drama kt sini kan..if ada pun sambil lalu je.. bagai angin sepoi2 bahasa je kan..;) kali ni aku nak ulas panjang skit..
Apa pendapat korang?? LPF bertindak betul ke?
Bagi aku plak...LPF sangat2 hipokrit...mau kena saman plak blog aku ni karang....yealaaa..punya la banyak cerita yang lain..yang tv3 dok tayangkan..penuh dengan tahyul..penuh dgn merepek2..d tujukan khas untuk CERITA SAMPAH  made from Indonesia la..dulu top cerita indon bawang merah bawang putih..siap keluarkan cd lagi..kan ke tahyul tu..siap ada pari2 lagi..tak merepek ke pari2 tu wahai LPF?
Pastu tiap2 hari ahad pukul 3 petang...meriah dengan cerita indon yang merepek penuh tahyul..dengan gergasinya la dengan ikan boleh bercakap la dengan ntah apa2 la lagi..aku tak pasti sb tak lalu nak layan.. kalau LPF tak percaya..sila la melekat d depan tv anda setiap hari Ahad pukul 3pm..tak tahu la kut2 minggu depan takda dah..:P
Itu baru d TV3..belum lagi d Astro..pun banyak cerita Indon yang merepek dan penuh tahyul..yang terbaru ni BUKAN DIRIKU..yang if tak salah aku..org tu kena langgar n hidup semula dalam badan orang lain..**aku tengok iklan je**
tu tak merepek and tahyul ke LPF??kenapa tiada tindakan d ambil?
nak lagi??? uiksss banyak sangat hingga kepala otak aku ni tkleh nk proses dah...apa kata LPF dok je depan TV and tengok mana cerita2 yang tahyul..kol stesen tv berkenaan dan terus suruh dorang hentikan penyiaran serta merta seperti mana d lakukan pada cerita sheila rusly nie...
Barulah adil dan saksama..
Bukan aku sorang je yang nyampah dengan cerita2 sampah nie..tapi ramai dah komplen..tapi kena pihak LPF buat donno je ek?
Sori..aku bukan peminat sheila rusly..tapi aku just ter pk kenapa,mengapa dan bagaimana.....

Monday, November 29, 2010

Tipah tertipu....

hohohoho..nak gelak atau nak nangis??????
tipah tertipu...tipah tertipu lagi....betul la kata my hasben...aku ni mudah sangat kena tipu..senang sangat d gula2kan dgn segala jenis berkaitan dgn hal2 kurus nie...al maklum laa..sejak anak 3 ni..badan makin comey kan..so pantang gile tengok menatang2 yang bleh kasik kurus nie...
Dan salah satu yang aku pernah membeli..Detox Foot Patch..tapi tak la banyak..untuk pakai sebulan je.. perubahan????takyah la tanya kan...sebab tak rasa apa pun...ntah la..agaknya toksin terlalu banyak kut.. so pakai sebulan tk nampak kesan..tu yang aku pk kan masa tu..n aku ada plan la nak beli lagi..huhuhuhu..cuma sejak terbabit dgn hobi baru - FRIDGE MAGNET - kewangan aku ketat gile...so terbantut la hasrat utk meneruskan kegiatan detox foot patch nie...dan..dan...dan...dan....aku baru plan..memang nak beli dah pun, tinggal lagi nak order je....tetiba2 harini...aku terbaca satu artikel kt blog yang hot tika ini...blog Aidid...(blog ni kan hot pasal pembongkaran gelang magnet AC tu...sejak dari haritu..aku jadi pengikut setia kt blog nie..hehe)
Aidid..terima kasih sangat2 sebab menyelamatkan duit aku...aku tabik spring kt ko..tima kasih bro...
Jom baca apa yang Aidid tulis pasal Detox Foot Patch tu d sini...
Untuk yang malas klik..ni aku copy paste...
********************************************************************************


Assalamu'alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama "curious" pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking 'ell! It's just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri - tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK... cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal - jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb... bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.

Ini produknya - tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu! 

Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo! 

Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ. 

Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam - hangat-hangat macam badan manusia gitu).

So I put the dang thing on top.... like so. 

5 minit lepas tu... Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!


Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu - ada mala'un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari... demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak - udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.

seterusnya...sila baca d blog Aidid
***********************************************************************************************************

Sooooo....kesimpulannya...aku memang kena tipu la kan dgn mende nie..takda maknanya la toksin tu leh keluar dari badan dgn hanya menempek mende ni kat kaki kita kan.....patut la aku tak kurus2...(hahahaha.. ayat yang sengal sungguh...salahkan menatang ni sb aku tk kurus..hehehe..)

Monday, November 8, 2010

AC Penipu?????

Kalau betul la kan...ishhh malu la kan...dah ler artis terkenal..(terkenal ke??hahaha),ada title Dato lagi...wahh dasyat artis skg ni..jadi artis pun bleh jadi Dato..banyak agaknya sumbangan yang AC buat kat negara aku yang tercinta ni kut sampai leh dapat pangkat Dato...pastu kaya...tapi kaya2 pun..kedekut nafkah anak..kena naik makamah utk bayar nafkah anak...ish ish ish...dgn darah daging sendiri pun kedekut..tak paham la manusia nie..dah kaya dapat kesenangan pun kedekut..huh..tapi kan..kaya memang la kaya kan..udah menipu duit orang kan.. tapi betul ke AC Mizal ni penipu...emmmmm...ntah la..aku ni sejujurnya mengakui tak pandai yang bongkar sana sini pasal apa jua jenis penipuan..tu sb aku senang kena tipu..huhuhu...
Pasal gelang ni pun dulu aku nyaris kena tipu..cuma cam aku bgtau semalam la..aku takda duit lebey nk beli gelang nie..so takda le kena tipu..selamat duit aku...hehe..
Cuma...aku respek gile kt blog Aidid nie...segala hujahnya pasal gelang c AC Mizal ni d sertai dgn bukti.. Bro.. wa respek sama lu...(*_*)
Ni aku copy paste sikit...Nak tau lebih2...Jom kita baca kat sini..

Gelang AC Mizal - Ini Yang Aku Bengang Ni!

Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, Okt 14, 2010 - 
Point of view: Aku tak kesian sgt orang yg join MLM/skim piramid, lepas tu tertipu, 
rugi duit, dan dah serik tak nak buat lagi. Mungkin dia dulu dipujuk-rayu, 
dikelentong atau tak faham ttg MLM/skim piramid. Yang aku betul2 kesian adalah 
org yg mengajak org lain buat MLM & skim piramid, dia faham bendanya, 
dan tak taubat2 jugak lagi tu. Sebijik macam mala'un yg mengajak org lain 
menyamun setiap hari, mengajak org buat mungkar setiap hari. Dah sesat sungguh 
drpd landasan org Islam, drpd landasan kemanusiaan, 
dan dah start betul2 jadi anak angkat dajjal... 
yg jenis itu yg aku paling kesian. They're lost...


Aku cukup bengang betul bila dapat tahu yang AC Mizal dan tali-barutnya
tak abis-abis cakap merapu pasal aku dan apa yang aku bentangkan di sini. 
Aku ni bengang gila babat ni... bengang tahap gaban! Tahap cipan 
pun bole gak. Ada ka cakap anak Muhd Addib ni pemfitnah dan 
pendengki? Wadefish? Tak cukup lagi ke kena belasah dey? Tak puas-puas 
lagi ke? Memang invite trouble betul... ko ingat aku borak kosong gitu? 
Jangan sebarangan cakap Aidid Mu'addib seorang pemfitnah, sedangkan 
fakta-fakta aku takde sapa yang sangkal lagi 
(kalau ada... aku akan correct - science is everything to me!).

ITU NAMANYA KO TU YANG MANGKOK HAYON MEMFITNAH AKU! ADA FAHAM MACHA?
nota kaki : Pernah minat gile dgn AC Mizal nie..tapi sekarang dah berpaling tadah ke AC Milan...wakahkah.. bleh gitu? hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels