Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri Salam Penuh Kemaafan

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Tahun ni mood raya belum mari..dengan MH370, MH17,GAZA dan last friday (semalam) makcik kesayangan pulang selamanya kepangkuan Ilahi,mood raya memang merundum.. Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Lyza Amran / kaklong liza, d dunia yang nyata ataupun d alam maya, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama ini andai ada kata menyinggung jiwa ada perbuatan menyakiti hati,ada kata2 meracun semuanya..ampun dan maaf ku pohonkan..kosong kosong 

Rindunya dengan didi..Pertama kali beraya tanpa dia d sisi.. semakin lama hidup..semakin banyak kehilangan...arwah abah,arwah nenek (both side) arwah atok (both side gak)..rindu tak terkata berladung d hati..
Rindu pada kenangan yang lalu..apa pun saat yang ku lalui bersama yang tersayang adalah detik paling indah dalam hidup ini.
RIndu pada yang telah pergi bukan bermakna tidak menghargai apa yang ada sekarang ini.. cuma rindu yang mengusik d kalbu bersama dengan kenangan yang tercipta sukar untuk d lupakan begitu sahaja...

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri

Buat semua...

Salam Aidilfitri..mohon maaf zahir batin
Moga ukwah berpanjangan dunia dan akhirat...




Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Selepas Maghrib hari ini, bermulalah tahun baru 1434 hijrah. Saya ucapkan, selamat tahun baru. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Ia satu hari yang pasti berlalu. Samada ia menjadi hari yang signifikan atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Ia hanya sempadan masa. Hakikatnya, ia hari-hari biasa yang pasti beredar.

Usia saya bertambah setahun lagi. Opss… ia hanya tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini nyata tiada perbezaan ketara. Namun jika saya melihat photo setahun yang lepas, nyata ia perubahan yang sangat signifikan. Malah jika saya kenangi diri beberapa tahun yang lampau, lagilah banyak perbezaannya.

Tahun baru akan tiba setiap tahun. Ia tidak akan membawa erti jika kita hanya sekadar membanding hari ini dan hari semalam. Cara mudah, lihat dan kenangilah hari-hari yang tinggal yang semakin susut bilangannya. Ia hari yang tidak dapat dijangka. 

Mungkin esok ianya akan berakhir. 

Salam Maal Hijrah 1434H


Selepas Maghrib hari ini, bermulalah tahun baru 1434 hijrah. Saya ucapkan, selamat tahun baru. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua di dunia dan akhirat.

Ia satu hari yang pasti berlalu. Samada ia menjadi hari yang signifikan atau tidak terpulang kepada diri sendiri. Ia hanya sempadan masa. Hakikatnya, ia hari-hari biasa yang pasti beredar.

Usia saya bertambah setahun lagi. Opss… ia hanya tambahan sehari berbanding semalam. Wajah semalam dan hari ini nyata tiada perbezaan ketara. Namun jika saya melihat photo setahun yang lepas, nyata ia perubahan yang sangat signifikan. Malah jika saya kenangi diri beberapa tahun yang lampau, lagilah banyak perbezaannya.
...


Tahun baru akan tiba setiap tahun. Ia tidak akan membawa erti jika kita hanya sekadar membanding hari ini dan hari semalam. Cara mudah, lihat dan kenangilah hari-hari yang tinggal yang semakin susut bilangannya. Ia hari yang tidak dapat dijangka.
Mungkin esok ianya akan berakhir. 



Salam Maal Hijrah 1434H



Thursday, September 6, 2012

Sweet 17 ^_^

Perasan and gila poyosss ok kononnya masih sweet 17... :))
Today my birthday... motif plak update blog bagitau my birthday...nak minta hadiah ke.. :P

Entah la.. sejak 2 3 menjak nie mood nak menulis sekosong kosongnya... hilang d bawa angin lalu..
Tunggu la kalau angin tu menyonsang arah patah balik ke aku..then mungkin time tu aku dapat mood untuk update selalu blog nie...

Actually (ngan gaya slang mengada2..) memang la harini birthday aku..tapi tak la sweet 17.. 
Sweet tu tetap ada..cuma 17 tu ada penambahan sikit la.. :D
Cuma kalini tempat celebrate birthday tu sangat istimewa and lain dari yang lain.. belum pernah lagi d buat dek aku seumur hidup aku...just celebrate bersama keluarga tersayang..
Kat sini..giler cool kan.. :P
Puchong
Sebab hasben sayang kena minor surgery kt bahagian kaki...anak2 busy body menempek kt katil.. mujur bilik single..takda la jiran sebelah nyebelah penin...
 Konon2 jadi Doc la tu.. ;)

 My Birthday Cake.. present by SIL - Nurul.. TQ.. sedap gile.. memang menambah kalori la.. :))
Hadiah plak..tunggu che hasben dah ok seperti sedia kala..baru nak request.. hajat d hati nak hat nie..
Sweet n gojes sangat..tapi bila tanya pada yang pakar pasal handbag2 nie..terus aku kensel la nak merembat this item...sebab c pakar nie..dah tengok live, dah puas belek, dan paling penting, this person boleh d percayai.. ;)

Ok la abang, nanti ai gugel hat lain plak ya... :))

Nota KaKi : Bila hasben d hospital, tak terdaya membawa kereta, anak2 mengharapkan aku menghantar dorang ke sekolah, berulang alik dari sekolah anak, office dan hospital dan rumah...baru aku terasa betapa untungnya dia bertegas dengan aku supaya membawa kereta (hampir 6 tahun menframekan lesen)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Menjengah Lagi....

Lamanya rasanya tak update blog walaupun ni bukan pertama kali kan... :D
Cuma kalini memang terasa sayu n mood sedey bila tengok blog nie...terimbau kenangan lama dengan arwah kaklong sebab dia la tukang mencantikkan blog nie...tukang mengkomen itu ini, tukang meletakkan gajet itu ini kat sini..iklan je tak letak..sebab aku yang taknak..saja je.. ;)

Untuk kawan2 yang singgah sini...
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..
semoga puasa kita,ibadah kita..d terima Allah swt... :)

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua..Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT dan sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai idola dunia akhirat..
KUTINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA,NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Tuesday, January 3, 2012

2012 - Tahun Naga

Tahun 2012..Tahun aku..Tahun Naga - ikut kalendar Cina...
Dalm budaya Cina, tahun naga adalah tahun yang paling d sukai dan d gemari untuk melahirkan anak... hat ni aku gugel..Wikipedia...tahun lain jangan marah aku plak ya...
Ni antara sifat positif yang ada pada kelahiran tahun naga..bangga je aku...
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Hat ni plak sifat negative...jangan percaya..tipu je nie..hahahaha..
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Apa pun ini bukan lah kepercayaan aku..just suka2 je tempek kat blog...

Macam dah terlambat plak nak wish HAPPY NEW YEAR kan...Tapi nak wish gak la...
Aku takda Tab, BB or hp canggih manggih utk d bawa kehulu hilir pabila bercuti.. hehe...lambat pun lambat la.. janji wish gak kat blog aku nie..;)
Hope tahun ni dapat la tab or seangkatan dengannya nanti kan....
Tu dia...azam baru..nak rembat Tab..bleh gitu? :P Bukan tab mandi ya... :D

Emmmm apa ek senarai azam tahun baru? Azam tiap2 tahun..tapi tercapainya??? Lu pikir la sendiri...
2012 aku ingat nak jadi Perdana Menteri la..boleh tak? :)) tak pun nak jumpa Cristiano Ronaldo :P

2011 azam yang sudah tercapai..membuat lasik mata..not really azam la kan..cuma target...target lasik mata dah tercapai..so sekarang ni dan insyallah d tahun2 akan datang, mata aku sudah tak ber spec atau pun contact lens lagi.. sini sini dan sini 
Mata kena jaga, internet kena kurang, membaca d tempat yang terang2 je..supaya kerabunan tak kembali lagi..

2012..tak tahu la apa target aku...tunggu dah lihat je la nanti..cuma aku harap dapat perbaiki kekurangan diri.. menjadi hamba yang solehah... :)
Ohhh ada lagi satu..hat ni azam aku dari tahun 2003..yang masih belum tercapai lagi..tiap2 tahun azam ni mesti ada dalam list...tapi asyik carry forward je dari tahun ke tahun...tahun ni agak2 boleh tak??
Yeahhhhh...ini lah target paling sukar utk ku capai...
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:

:
:
:
:

:
:
:
:


:
:
:
:
Kurus....
Bila la aku boleh kurus cam zaman2 single mingle nie...ada sapa2 mau lemak or daging lebihan aku ni...?
rolling eyesrolling eyes

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H dan Salam Kemerdekaan Yang ke 54

Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali dan juga yang sudi singgah d blog ini..
Ku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi penulisan,perbuatan dan juga lisan..mohon ampun dan maaf dunia sampai ke akhirat...
Dan tak lupa juga..

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,bukan dengan apa yang kita tiada..

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 2011

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu aku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal aku dendang...bakal aku syairkan
andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku aku sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari....suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir 
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Salam Ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini membuka lembaran baru buat kita..hiasi diri dengan penuh keinsafan...moga kita mendapat keredhaan dunia dan akhirat..maaf atas segala salah dan silap... 

Wednesday, June 29, 2011

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj

Salam  buat semua umat Islam..
Moga keimanan dan ketaqwaan menjadi jati diri dalam diri kita..
Moga kerendahan hati menjadi menghiasi hidup kita...
Jom kita sama2 menghayati peristiwa yang terjadi d hari Israk Mikraj..pada yang hilang ingatan (teguran utk diri sendiri gak)  kisah2 d sebalik hari agung ni..jom kita imbas kembali...

Firman Allah SWT,   Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” 
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘subhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Friday, April 1, 2011

1st April....

1 April or nama glemernya aprilfool..hari pekena kan orang or lebey tepat hari memperbodoh2kan orang.. 
Seronok ke ek???
huiii memang seronok...sapa kata tak seronok.>:)
memperkenakan orang.. >:)
mempersendakan orang >:)
konon2 terror la tu sebab dapat kenakan orang lain kan..:P
Teringat zaman sekolah dulu... 8-> form 2..Sek Men Dr Burhanuddin Taiping Perak..My best fren..gila baik la masa tu..Norlita Yaakub(Dengar cerita dah jadi cikgu sekarang nie)
Aku ingat lagi..tahun tu..1st April jatuh on Sunday..so hari Khamis balik dari sekolah tu,time petang2 la kan, aku cari barang2 yang "semerbak"gile baunya..seperti belimbing besi dah yang  busuk, kentang2 yang dah berair, n beberapa barangan lagi yang aku sendiri tak ingat..tapi yang paling istimewa..sekor ikan metah...:D 
Aku bungkus dalam tupperware malam tu..wrap dengan pembalut hadiah lagi gitu.. So Jumaat tu g sekolah, aku dengan bangganya kasik la kt Norlita best fren aku ni..konon2 tanda penghargaan pada dia yang sudi jadi kawan baik aku...aku pesan ngn dia..buka on Sunday.. 
N korang tau la kan..pabila kotak tu d buka on Sunday setelah berhari2 tertutup..baunya camna punya "wangi" kan....
So Isnin tu kat sekolah...gelak seronok gelak berdekah =))
TAPI....
Kalau la aku tahu....d sebalik maksud 1st April tu....
takkan ku celebrate hari tersebut.. :((
KINI
seperti mananya tiada lagi VALENTINE DAY dalam diari aku....
Aprilfool jua telah ku padam dalam hari2ku...
Jom kita hayati erti d sebalik 1st April nie....


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels