Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Novel Seram. Show all posts
Showing posts with label Novel Seram. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Sepasang Kasut Merah

Merah itu menawan kalbu
Apatah lagi d hiasi d kaki yang putih gebu
Fuhhh pasti terpaku mata aku d situ
Sayangnya kaki ku segelap awan kelabu
:P :P

Harini rajin mood merasuk hati aku..rajin tak tentu pasal. So aku buat beberapa entry untuk Kutub Khanah ku aka library
Jom jenguk kisah Sepasang Kasut Merah 
ehsan gugel

tak tuk tak tuk kasut tumit tinggi merah berbunyi.Bunyinya meragut banyak nyawa....

Ying dan Bront. Sepasang kekasih d kota Bangkok. Ada rahsia yang terpendam, ada kisah yang tersimpan. Bermula dari terpaut d mata, turun ke hati, kasut tumit tinggi berwarna merah menjadi koleksi.

Bront Chatrai(BC)sukarelawan d bumi bangkok,. Bersama Phi Tong(PT) mereka menolong pasukan polis,bomba, hospital membersihkan kawasan kemalangan. Sehinggalah suatu malam.. suatu kemalangan berlaku. Suatu pengkhianatan terjadi. Apabila c pengamanah tidak lagi memegang amanah, yang teraniaya bangkit membalas dendam. Yang bertanggungjawab harus terima pembalasan. Yang d sakiti akan terus menghantui walau dalam mimpi. Tiada lagi mimpi indah. Hanya jeritan terus kedengaran. 

Begitulah yang terjadi pada Bront, Ying, Kong, Tong, dan ramai lagi. Semua ini saling berkait rapat walau hanya dengan sehelai rambut. Apakah kaitan antara mereka? Apakah kesalahan yang mereka lakukan? Ying, keterujaan apakah yang membuatkan dia membeli kasut 2nd hand berwarna merah. masakan kerana kasut merah segala malapetaka terjadi..apakah halnya kerana rambut..hidupnya d penuhi dengan ketakutan. Satu demi satu kematian berlegar dalam hidupnya. Mimpi menjadi realiti hinggakan trauma mahu memejamkan mata. D manakah kaitan rambut dan kasut sehinggakan meragut banyak nyawa
Yai Wan, apakah yang d dendamnya walaupun jasad telah tiada d dunia. Hanya kerana nafsu serakah syaitan bertopengkan manusia, gadis yang naif teraniaya. Bangkit menuntu bela..

Walaweiiii.. kalau anda berani, hayatilah kisah ini d waktu malam hening, d kala keseorangan..nescaya hanya sedikit bunyian membuatkan anda cuak, melingas mata mencari apakah puncanya. Ingin menyiasat, hati berdebar2.. ingin d biarkan, fikiran tidak mengizinkan..sudahnya anda akan tutupkan novel ini tarik selimut dan tidur dalam cahaya yang terang... hahahaha..

Untuk saya novel ni lagi seram dari Vila Puaka. Gaya penulisan pun best dari Vila Puaka walaupun penulis yang sama. Copy paste untuk tebalkan novel pun tak banyak.. hehe... cuma nama dalam watak2 novel ni buatkan keliru sikit..agaknya tak familiar sangat dengan nama2 dari Bangkok tu.. so nama tu seakan2 sama dan perlu teliti bila bab nama tu..takut konpius..

NoTa KaKi : Selepas baca novel ini, masih beranikah anda membeli barang2 bundle or 2nd hand? Tak semestinya kasut ja tau.. pakaian, perabut, dan lain2 ada kisah mereka yang tersendiri... 

Monday, May 13, 2013

Jangan Baca Entry Ini

Di suatu malam, ketika anda memandu seorang diri...
Jalan itu jalan ke kampung anda dan sudah tentu anda menghafalnya kan..
Tetiba malam tersebut, anda seolah2 melalui jalan yang tak pernah anda lalui selama ini.. Padahal itu jalan menuju ke kampung anda dan anda tidak pernah lupa..
Tapi eh eh..selama ni anda lalu, tak pernah plak jumpa kampung. Tapi dek rasa teruja, anda tenung kiri kanan dengan rasa takjub..dan tetiba anda sendiri tak pasti bagaimana, kereta anda berhenti d depan pondok usang.. sebab nak kata rumah macam tak lojik plak dengan keadaannya yang uzur dan semak.
Tiba di situ, anda terlihat seorang budak lelaki yang sangat comot duduk tercongok di tangga pondok tersebut sambil menunduk tidak memandang ke anda langsung.
Dengan rasa cuak, kaki anda bagai d tarik2 mendekati budak lelaki yang comot itu dan bertanya kenapa duduk seorang diri d tengah malam begini.
Dia cakap tunggu neneknya yang pergi ke belakang. Bila anda toleh kebelakang tersebut, hanya hutan yang kelihatan...
Apa yang akan anda lakukan? 
Yaaa.. tunggu bersama budak tersebut sehingga neneknya kembali..
Penantian 1jam 30min berlalu, nenek masih tidak kelihatan..
Seterusnya apa tindakan anda?
Betul... bawa budak itu bersama anda pulang ke kampung anda dan kenalkan dia dengan ibu anda..

Dan d suatu tika d lain hari, d waktu yang berbeza tetapi tempat yang sama... 
Anda ternampak novel ini
Apa yang patut anda lakukan sedang anda peminat gile novel2... hobi anda membaca novel.
Patut atau tidak anda membacanya?
Atau ikuti je kata2 novel tersebut - Jangan Baca !!

Anda degil???
Ingin membacanya juga???
Bacalah...
Segala yang anda hadapi selepas ini.. anda tanggunglah sendiri...
Saya sudah ingatkan anda.. anda tetap berdegil mahu membacanya...
Baca la.. tapi jangan menyesal.. !!




NoTa KaKi : Mohon maaf pada yang nak komen then terpaksa tulis WORD VERIFICATION.. terpaksa letak sebab banyak sangat komen SPAM yang masuk kat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels