Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Haiza Najwa. Show all posts
Showing posts with label Haiza Najwa. Show all posts

Monday, May 6, 2013

KuIngin Cintamu

Ada sesiapa nak bagi cintanya pada aku tak?
Ewahhhh..macam kurang kasih sayang plak sampai nak mintak cinta orang lain kan..
:P

2 Novel dah khatam
Jom aku nak review jap... Apa pun ini hanyalah pandangan aku sahaja dan tak semestinya sesiapa yang membaca ni setuju dengan aku ya..
Politik bergaduh, kang aku review novel ni pun boleh mendatangkan pergaduhan gak.. 
Penin mak nyah...
d'oh

1st novel yang aku tak sabar nak baca, novel dari Kak Haiza Najwa
Sinopsis Belakang Novel
Humaira mula menulis novel setelah membaca novel seorang penulis tersohor. Ideanya mampu menzahirkan karya yang hebat. Namun garapan ceritanya yang kaku perlukan X-factor. Lalu dia memutuskan untuk ‘ber–cinta’, sesuatu yang ber–lawanan dengan fitrahnya yang anti lelaki selama ini. 

Demi menghidupkan roh cinta dalam novel pertamannya, nun di Tembok Besar Badailing, dia bertemu Dr. Damyral. Namun cinta kilat itu putus. Seterusnya, bila memulakan manuskrip terbaru, Humaira akan memikat seorang lelaki sebagai pa–sangannya bercinta. Perasaan cinta ini akan ‘ditumpahkan’ ke dalam manuskrip yang sedang ditulis. 

Dia kemudian terjebak cinta dengan Azril iaitu hero novelnya yang ketujuh. Dia bertindak melarikan kerana tidak tahan de–ngan buruan Azril yang penasaran terhadapnya. Sebenarnya, Humaira fobia dengan perkahwinan kerana takut semua lelaki bersikap tidak adil seperti ayahnya. 

Di daerah asing itu dia bertemu semula dengan Dr. Damyral, cinta per–tamanya. Barulah dia sedar yang dia mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu yang menghalangnya iaitu Huwaida yang juga tergila-gilakan lelaki yang sama. Malah Huwaida sanggup bertindak sadis! Apakah itu ba–lasan dosa untuknya kerana mengecewakan cinta tujuh lelaki?

***************************************************************************

Bagi aku pula, novel kak Haiza kalini kurang umphhhh... Mungkin sebab nama kembar and adik beradik yang seakan2 sama membuatkan pembacaan aku macam konpius sekejap. Lagipun nama2 tu tak mesra dalam hati aku, pemikiran aku, jadi aku macam susah nak hadam nama2 tu.
Humaira,Huwaida dan Huwaifa
Bila watak2 ini mempunyai nama seakan2 sama, kekdang aku terlepas pandang dan tertanya balik, eh eh.. watak siapa ya tadi dan kena balik review ayat yang lepas.. ni membuatkan pembacaan aku terganggu dan penghayatan dah terputus.
Sikap aku membaca novel, seolah2 aku ada dalam setiap peristiwa yang berlaku pada watak2 tersebut. Bila mana aku tak berjaya menembusi novel tu, aku jadi kurang bersemangat untuk membacanya.
Ini yang terjadi pada aku d sebabkan nama watak2 tu hampir sama.. kecuali pabila penulis memberi singkatan pada nama panggilan dorang, Aira, Aida dan Aifa..
Dan kekeliruan itu bukan aja terjadi pada aku sendiri, pembaca, penulis juga rupanya.. hehe.. sori ya kak Haiza, sebab ada pada beberapa muka surat, watak yang sepatutnya, mengikut pemahaman aku d mainkan oleh Humaira, penulis meletakan nama Huwaida.. yang ini aku pasti sebab aku sendiri terhenti bacaan dan terdetik d hati, eh eh.. tadikan Damyral bercakap dengan Humaira, kenapa plak Huwaida d sini.. So aku anggapkan penulis salah letak wataknya.
(Aku plak terlupa nak tandakan muka surat berapa..nak ulang balik baca, mungkin tidak buat masa sekarang nie sebab ada 30++ novel lagi masih menunggu untuk aku baca )
kalau penulis sendiri confuse meletakkan wataknya.. apatah lagi aku sebagai pembaca kan..
Itu untuk wataknya..
Untuk jalan cerita tu plak.. untuk muka surat 100 yang pertama.. ada sikit rasa boring.. asyik berkisar pada kisah Huwaida dan Humaira ja.. boring dan agak slow.
Dan debaran bermula tatkala watak Syahirah dan Tok Adam muncul. Tersingkap serba sedikit rahsia demi rahsia.. 
Dan aku sebenarnya sangat sakit hati dengan watak Fakhrul Rradzi, bapa kepada watak utama, yang tidak mengenali isteri sendiri, d sebabkan isterinya kembar dan ada peristiwa yang berlaku pada tika itu. Bermula dari saat itu Fakhrul Radzi sangat benci pada Syahirah isterinya sendiri tapi d sangkakan kembar isterinya Munirah.
Masa ni aku sangat sakit hati sebab bagi aku kembar seiras macam mana sekali pun tetap akan ada perbezaan. Tak banyak, sikit mesti ada dan sebagai orang yang terdekat dengan isteri, dah tentulah suami kan.. masakan tak boleh kenal kan. Masakan Syahirah tak boleh ulangkan peristiwa atau dialog antara dia dan suami yang mana Munirah kembarnya takkan tahu.
Tapi Kak Haiza pandai, d hujung2 cerita (taklah hujung sangat) baru d bukakan rahsia kenapa Fakrul Radzi tak kenal isterinya sendiri.  Yang ini aku respect sangat dengan Kak Haiza.
Jalan cerita selepas 100 muka surat pertama tu memang dah sempoi and best.. cuma aku sangat2 terganggu nama watak2 utama tu.. jadi keseluruhan novel nie gagal aku tembusi.

Kak Haiza.. sori tau.. Khalimah Jiwa tetap yang terbaik..thumbs up

Thursday, February 2, 2012

JANGAN GANNGU LENAKU

Perghhhhh...permaisuri sangat la ya..sampai takleh kacau tido ek...Ko ingat ko ada pembantu rumah yang boleh uruskan segala kerja d rumah...Ko ingat ko punya Personal Assistant yang boleh siapkan kerja2 ko d opis???? Bangun le liza oii...
Cesss...mimpi d siang hari la....
Tak laa..ni takda kena mengena dengan aku..cuma nie tajuk novelis kesayangan aku HAIZA NAJWA hehehe...

Salah sorang novelis yang sangat aku suka..karyanya tak pernah menghampakan setakat ini. Bahasa yang membuai rasa,dialog2 yang segar dan dekat d hati aku...
Mengenali beliau dengan Novel KALIMAH JIWA (walaupun aku terlebih dahulu membaca Novel Sentuhan Cinta)
Nanti free aku review novel nie...sangat best 5* dari 5* aku kasik..markah penuh le.. :P

Ok..back to main subject...Novel Jangan Ganggu Lenaku
Sinopsis :
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?
***********************************************************************************************************

Kata aku

Well..seperti novel2 sebelum nie..karya HZ tak pernah menghampakan... membuai rasa dan membuatkan aku tak sabar nak tahu penamatnya.
Tabahnya Aty melihat suaminya berkahwin lain dan sabarnya Aty menempuh karenah madunya yang serumah dengannya dan yang tak pernah berpuas hati.
Aty - watak yang agak keanak2an kerana satu peristiwa menyayat hati berlaku dalam hidupnya dan umur seolah2 terhenti disitu sahaja, hanya fizikal sahaja grow up..tidak pada fikirannya.
Hadirnya Asfahul sebagai suami kerana amanah dari ayahnya membuatkan pasangan ini keliru dengan perasaan masing2.
Sunyinya hidup aty walaupun telah bersuami menghadirkan sang bunian dalam hidupnya. Apakah ini hanya mainan perasaan atau sememangnya wujud dalam hidupnya?
Emalin madu yang tidak pernah berpuas hati dengan aty dan terlalu inginkan kediaman Teratak Asfalin walaupun telah d maklumkan banglo itu hanya untuk dia - dia yang bernama Aty..
Kenapa? Ada apa pula dengan Teratak Maya? Siapa pula keturunan Megat dalam cerita ini. Bagaimana pun dengan kewujudan bunian dalam hidup aty..
Hohohoho..sangat gila pabila start membaca novel ini..sangat tidak boleh d hentikan..sangat tidak sabar nak tahu penamatnya..apatah lagi kejutan demi kejutan yang d hidangkan...
Pada peminat novel..cubalah baca novel ini..dapatkan ia d pasaran..insyallah anda tidak akan kecewa.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels