Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Jejak Kasih. Show all posts
Showing posts with label Jejak Kasih. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Perkara paling senang dalam dunia ber blog ni ialah :
 MEMILIKI BLOG, MEMBUAT BLOG
Dan
Perkara paling susah dalam dunia ber blog ni plak : 
MAINTAIN BLOG, TULIS BLOG,UPDATE BLOG
Itu lah yang aku rasa.. 
Orang lain,blogger lain mungkin takda masalah macam aku nie sebab dorang rajin...
aku ni plak..terlebih RAJIN.. hehehe
Dan harini aku rasa aku macam rajin nak menaip setelah berbulan berlalu..boleh gitu... :P

Berbulan aku tak menulis, berbulan juga blog ni aku tak jengah.. dah bila harini tergerak hati nak menjengah dan membelek komen..aku nampak beberapa komen yang menyebabkan aku menyesal sebab tak pedulikan blog nie...

Aku dah lama mencari kawan2 dari SEK KEB SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DI RAJA TAIPING..
Dan dari entry yang aku tulis mengenai sekolah nie, aku dapat beberapa feedback yang membuatkan aku teruja ya amat..tapi malangnya tiada email mahupun nama dan sebagainya untuk aku hubungi mereka kembali.



Pada yang komen d sini..harap dapat hubungi saya  LIZA AMRAN di lyzadgk@yahoo.com
Saya setia menanti anda..sekira anda 1 batch dengan saya.. moga pertemuan ini memberi makna buat kita semua..

Monday, November 9, 2009

Syukur alhamdulillah

Ya Allah, syukur padaMu ya Allah..
Setelah sekian lama ku pohon padaMu agar d temukan aku dengan kawan2 Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf Askar Melayu Di Raja Taiping,akhirnya hari ni doa aku d makbulkan.
Walaupun baru seorang aku berjaya jejak kasih..syukur sangat, dan aku harap ini permulaan yang baik untuk aku lipat gandakan usaha aku lagi.
Nani,
Lama betul kita terpisahkan..dari darjah 5 sehingga la harini baru terdengar suara.tak sabar plak rasanya nak bersua muka :))
Cuma sayangnya kau jua seperti aku,tiada berhubung dengan kawan2 yang lain.Alangkah baiknya semasa kau mendapat khabar mengenai hasni,terus kau hubungi dia.Boleh la kita 2geder2 semula kan :))
tapi apa pun aku bersyukur sebab dapat jejak kasih dengan kau,nani..bahagia dan seronok tak terkata.happy sangat :))

Berbual seketika tadi cukup untuk aku mengimbas kembali nostalgia lama,dimana kita selalu bawa bekal bersama dan makan berkongsi bekalan di bawah pokok di tepi kantin sekolah..best kan..selepas makan,kita berlari2 bermain di bawah pokok buluh yang kononnya berhantu tika itu.. :))

Nani,moga Allah mempermudahkan kita untuk bertemu.akan ku tunggu detik itu..

Wednesday, September 30, 2009

Memori D Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua..
terlewat seminggu nak wish..hehehe..raya sakan..sesekali balik kampung..
Cam biasa tahun ni aku raya dengan my mum in law dulu..pastu raya ke2 baru balik taiping..rumah my mum lak..
Wahhh sakan berjalan tak ingat..tapi tahun ni tak berapa best berjalan sangat sb my darling hasben sakit gigi..sampai 3 batang gg dia kena cabut..sian kat dia..nak makan,nak jalan2 semua takde mood..tidak mengapa..nanti raya tahun depan..aku lepas geram..hehe..

Berjalan2 d taiping,berjumpa kawan2 lama..mengingatkan aku memori lama yang tersangat lamanya..kawan2 sekolah rendah aku..di mana ya dorang sekarang nie..apa kabar dorang sekarang nie..
Dari kamunting ke taman tasik taiping,aku melalui jalan sekolah lama aku,SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DIRAJA TAIPING,mengimbau kembali kenangan lama aku bersama ROZIANA,HASNI,AZLIANA,NANI,ASRI,AZIZI dan ramai lagi yang hampir luput namanya d memori aku..

Melihat SK Sultan Yusuf AMD Taiping,kagum lak aku..dari sebuah sahaja bangunan ketika aku menuntut d sana,kini dah banyak bangunan,dah maju dah sekolah lama aku.. hehe..dulu yang ada hanyalah satu bangunan warna putih yang menempat semua pelajar tahun 1-6 dan di situ jua lah perpustaan,bilik guru,pejabat dan satu lagi bangunan tak salah aku,warna biru..kantin sekolah..dan d sebelah kantin tu ada satu pokok besar yang selalunya menjadi pot aku dengan kawan2 tadi melepak makan masa rehat, kemudian habis jerk makan,kita orang lari bermain d bawah pokok buluh berhampiran sempadan sekolah KLIAN PAUH..seronoknya mengimbau kenangan lama..tapi pabila berdepan realiti hari ni,aku sedih dan pilu sebab aku tak tahu di mana semua kawan2 sekarang ni..
Aku selalu gak bertanya pada diri sendiri "masihkah dorang mengingati diri aku lagi"
"masihkah ada sisa2 kenangan d memori dorang mengenai aku atau arwah abah aku yang merupakan guru(cikgu AMRAN)kelas dorang semasa darjah 5?"
"pernah tak dorang rindukan aku sebagaimana aku rindukan dorang"

Terpisah kerana arwah abah d tukarkan mengajar d batu kurau pada tahun 1988,membuatkan aku terputus hubungan dengan kawan2 yang aku sayangi,hatta sekeping gambar pun tidak ku milik yang ada hanyalah kenangan dan membuatkan rindu sentiasa berimbun di hati..tak tahu lagi d mana harus ku cari kawan2 yang ku sayangi ni..walaupun batu kurau dan Bandar taiping tidak la sejauh KL Taiping,tapi apa laa yang dapat ku lakukan pada usia ku yang baru 12tahun ketika itu..
Alangkah baiknya kalau masa dapat di putarkan kembali,pasti aku akan jaga persahabatan aku dengan mereka yang kurindui sehingga sekarang nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels