Meh jadi kawan saya.. ^_^

Showing posts with label Book Fair 2012. Show all posts
Showing posts with label Book Fair 2012. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Seisi Mentelaah Novel...

Pesta Buku Antarabangsa dah habis...10 hari berlansung, hanya 3 kali dapat ku terjah..
 1 - Dengan anak2 n suami..memang tak boleh lama sebab anak2 n suami tak macam mamanya yang kaki jalan n tak reti penat.. :P
http://cerita2kosong.blogspot.com/2012/05/yukkk-pesta-buku.html

2- Dengan geng2 Novel Addicted...caya laa korang memang best n sangat best..hope tahun depan kita boleh plan macam ni lagi....

Ini hasil terjah aku dengan geng Novel Addicted..hasil rampasan novel separuh hari b4 stop lunch..
Lunch kami pot luck..makanan kat dalam tu macam mahal sikit..sayang kedekut duit..baik beli novel... :))
N kita orang makan bersila kat lantai dalam PWTC..korang mampu? hehehehehe....
After lunch sambung balik shopping.. n hasilnya untuk aku sorang..dan seperti tahun2 lepas, belakang aku like a Unta atau Ninja Turtle gara2 bag penuh novel d galas d belakang...
Walaupun tahun ni aku bertekad taknak beli banyak novel...konon2nya dah muak dengan novel memula benci pastu cinta gile.. tak pun kena kawin paksa n benci tak henggat pastu xciden or sakit d jaga baik dgn pasanganya pastu terus jatuh sayang n happy married...cam bosan plak ngn tulisan setreotaip sebegitu... tapi rupanya "TERBELI" gak dengan muatan lebih nie..cuma kalini banyak cerita ala2 triller or fiksyen la compare dgn novel2 streotaip yang berlambak d pasaran..Tahun depan kena bawa travel bag la walaupun niat d hati nak beli skit je... :D

Close up sikit apa yang d beli.. :P
Antara novel tebal tak henggat yang d beli..tak tahu la bila boleh habiskan... tapi yang aku tahu, Norhayati Brahim n Siti Rosmizah nie, novelnya kalau dah pegang n start baca memang takleh stop.. :D 
Novel yang tak streotaip hokkay... hehehe
 
Memang jualan pesta betul..senaskah paling mahal RM5...
 Novel lama yang baru d beli..novel2 CESB aku rasa macam dah kurang umphh plak.. banyak penulis2 yang aku suka seperti Abdul Rahim Awang, Lamia Aimal emmm sapa lagi ekk..dah tak menulis kat CESB lagi ke memang dah pencen menulis..tak tahu la..rekod tangkapan paling sikit kat CESB...
 Valentine Datang Lagi - Ahadiat Akashah..akhirnya ada gak novel baru karya beliau..hope lepas ni dapat sambung balik cerita Joni Togo..cerita misteri..best sangat...
 Penulis yang hebat - Faisal Tehrani..sedang berjinak2 dengan novel beliau...memang best...
 Walaupun nekad taknak beli lagi novel2 streotaip keluaran KN tapi hat ni memang kena beli.. sebab tak stereotaip...hehehehe...
Kak Suraya - Jemari Seni..bila nak buat novel baru..last sekali Langsir biji Remia..Jaja N Din sangat best..  cepat la tulis lagi...amboiii lyza..ko ingat tulis novel tu macam minum air.. laju je masuk ke mulut.. :P
 KS - hope cerita ni tak streotaip ya... penat dah baca novel2 yang sama je... huhuhu...
2 lagi penulis yang aku kagumi Mimie Afinie dan Aina Emir..sayang masa ke gerai dorang, dorang keluar makan plak...
Adik kat Fixi ni kedekut la..kata beli 2 novel dapat 1 bag..aku beli 4..patut dapat 2 la bag kan.. tapi sampai sudah dia bagi 1 je..kalau aku tau, aku beli asing2...
 
Gapura - recommended by Attokz Dikulgai..terbitan Pekan Ilmu and aku tak nafikan novel2 d sini memang lain dari yang lain..dan berbaloi d miliki...
Apa pun ini hanyalah pendapat aku sendiri tak perlu d ikuti oleh sesiapa pun... :)

Antara penulis yang aku jumpa... 
 Kak Zuraidah Othman..aku ikuti tulisan beliau dari sekolah menengah rendah sampai le sekarang ni dah anak 3.. 
 Kak Norhayati Brahim ni pun sama..dari tingkatan 4 sebab novel pertama beliau yang aku miliki Cinta dan Cita...aku beli masa form 4


3 - Dan yang ni plak masa kali ke3 aku terjah..cuma dapat jumpa Dr Tuah n Abg RAM je...

Pakar Motivasi dan juga penulis Dr Tuah..sangat frenly.. 
Dan yang dapat membuatkan aku meroyan menerjah kali ke3, untuk dapatkan hasil tangannya - RAMLEE AWANG MURSHID...
Apatah lagi novel kisah LAKSAMANA SUNAN..dan fenomena LAKSAMANA SUNAN melanda pesta buku lagi tahun nie...cer tengok peminat2 LS sanggup beratur untuk mendapatkan limited Edition Hard Cover -1000 naskah sahaja d cetak - hari pertama 300 naskah d jual..hari ke2 habis terus..
Dan aku bernasib baik dapat merembatnya...d sebabkan seorang boleh beli 2 je.. so 2 je yang aku dapat rembat.. ;) dapat signature lagi.. :D dan aku plak orang yang pertama beratur untuk dapatkan signature abg RAM.. hehehe... bangga le kejap...
Thanks to AJK RAMFC yang sangat peramah melayan aku sementara menunggu Abg RAM sampai ke meja penulis..walaupun tak mengenali satu sama lain..no hal la nak bersembang..tambah2 plak aku dengan bangganya memakai T'shirt Luv Laksamana Sunan ;)
Bagi yang belum mengenali Laksamana Sunan..meh aku kasik sinopsis Dwi Trilogi Bagaikan Puteri nie

Kredit to RAMFC

  • Dwi Trilogi Bagaikan Puteri adalah cerita epik thriller bermula dengan begitu menarik sekali perhubungan dan kaitan antara tiga watak utamanya iaitu Haryani, Dani dan Laksamana Sunan @ Saifudin. Haryani dan Dani merupakan dua anak muda masa kini sementara Saifudin pula adalah seorang pemuda zaman kurun ke-15. Saifudin dikisahkan sebagai seorang yang alim dan tinggi ilmu agamanya. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Beliau yang berasal dari Tanah Melayu merantau ke Aceh dan berguru dengan Wali Sufi. Saifudin merupakan antara anak murid Wali Sufi yang terbaik. Beliau diamanahkan untuk menentang segala kejahatan dan mempertahankan bumi Aceh daripada sebarang serangan atau malapetaka.

    Kekuatan trilogi ini adalah pada kebijaksanaan penulis menggunakan teknik merentasi sempadan masa. Tiga watak utama yang datang dari dua kurun yang berbeza ditemukan, membuatkan pembaca akan terus teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya.
    Berikut, saya catatkan beberapa elemen yang menarik tentang trilogi ini menurut perspektif saya :

    1. Debaran awal Trilogi Bagaikan Puteri bermula apabila Hasanal, kenalan papa Haryani menghadiahkan sebuah mushaf lama yang dibelinya daripada seorang rakan. Pada bahagian bawah mushaf tersebut tertulis "Kamu bagaikan puteri... Haryani". Keluarga Haryani agak terperanjat dengan tulisan itu dan bertanyakan kepada Haryani kalau dia ada kaitan dengan mushaf tersebut.

    2. Haryani bertemu dengan Saifudin ketika beliau dalam keadaan koma akibat kecederaan ketika terjatuh semasa diragut. Roh Haryani terperangkap dalam kurun ke-15.

    3. Dani pula mengalami satu perasaan yang luar biasa kerana jatuh cinta pandang pertama kepada Haryani walau pun pada masa itu Haryani terlantar koma di hospital.

    4. Haryani sedar daripada koma ketika sudah dikebumikan. Haryani disahkan mati oleh doktor yang merawat beliau kerana sepanjang tempoh koma, Haryani tidak menunjukkan reaksi positif untuk kembali sedar. Suara tangisan Haryani dari dalam kubur didengari oleh Dani.

    5. Dani merupakan keturunan Megat, abang kepada Saifudin. Dani juga memiliki satu kelebihan luar biasa kerana mampu berkomunikasi dengan roh Haryani semasa Haryani koma.

    6. Saifudin berkahwin dengan Ratu Sulaman iaitu Ratna yang merupakan anak asuhan Maharani yang jahat dan memusuhi Saifudin. Saifudin berjaya melembutkan hati Ratna lalu mengahwininya kerana Ratna ingin terus mempelajari Islam. Ratna menemui ajal ketika pertempuran antara Saifudin dan Maharani berlaku.

    7. Dani merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-15. Rohnya terperangkap dalam badan Senggara, raksaksa suruhan Maharani. Dani bertemu dengan Saifudin ketika bertempur dan tewas di tangan Saifudin lantas balik semula ke kurun-21.

    8. Saifudin turut merentasi sempadan masa dan berada dalam kurun ke-21 tanpa beliau sedari setelah beliau tertidur di dalam gua berhampiran kampung beliau di Kampung Punggor, Johor kerana bersembunyi daripada orang-orang suruhan Sultan Melaka.

    9. Ruqyah Syar'iyah yang dibaca oleh Saifudin untuk membongkar kejahatan ketua ajaran sesat, Ibnu Misad yang berupaya mengghaibkan dirinya daripada pandangan mata kasar adalah ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam perubatan Islam terutama yang melibatkan gangguan makhluk halus.

    10. Penulis bijak mengetengahkan nama-nama yang biasa kita dengar sama ada melalui kisah dongeng atau sememangnya benar-benar wujud menjadi watak-watak jahat seperti Beragas, Nyi Burga Kelara, Balan, Ifrit, Manggala dan Ratu Sulaman.

    11. Trilogi ini diakhiri dengan detik-detik pernikahan Saifudin dan Haryani yang mendebarkan dan penuh suspen.

    Sebagai salah seorang peminat karya Ramlee Awang Murshid, saya merasakan Trilogi Bagaikan Puteri adalah "hadiah" beliau paling istimewa buat para peminatnya. Kebijaksanaan beliau menggunakan teknik merentasi sempadan masa memberikan satu dimensi yang lain kepada pembaca.

    Pengakhiran cerita yang di luar jangka sememangnya sudah saya jangkakan kerana Ramlee gemar membuat "pengakhiran" dengan satu "permulaan".

    Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang luar biasa, thriller, suspen, penuh aksi tetapi Islami, Trilogi Bagaikan Puteri adalah pilihan yang terbaik untuk dibaca.
    - kredit to liss Anuar
    Okeh...blog dah update,Status FB dah d tulis, no more marathon film Hindi, EPL pun dah tinggal satu game je lagi, sementara tunggu Final UEFA n bermulanya EUROCup 2012.. so masa untuk mentelaah novel2 yang d beli.....kalau tuan blog rajin..akan d updatekan novel2 yang sudah d baca... kalau rajin le... :D :P

    Sayonara....wave

Tuesday, May 1, 2012

Yukkk Pesta Buku !!

Pada penchenta buku..tentu tahu sekarang ni tengah berlangsungnya....
:D :D
Dah terjah ke belum...batting eyelashes
Aku dah selamat menerjahkan diri last sunday..tapi bukan untuk diri sendiri.. untuk anak2 je..
Walaupun untuk anak2..kalau dah ulat buku..bukan ulat bulu ya.. jauh skali ulat gonggok...hehehehe...aku merembat gak 2 novel karya Zuraidah Othman.. Nak rembat lebih..tak dapat.. hasben dah boleh hidu bau2 ikan akalku yang yang mengapow time nie..pastu nanti time aku pow lagi.. :P
Rancangan tak berjaya..hehehe..takpa laa..dapat 2 ni pun ok la..dah jimat 2 novel..time aku esok (Rabu) leh tambah 2 novel lain plak.. :))
Hat ni plak untuk anak2...
Dan yang ini plak free gift dari Ana Muslim - Bag - lagi satu dari Sasbadi bila kita sign up untuk program I-Learn - lebih kurang macam tuisyen online.. normal price RM250 untuk setahun, tapi sekarang ni harga promosi RM100 untuk setahun
Tetiba plak aku jadi promoter sasbadi... kena mintak komisyen nie..:P

Sekadar gambar sekitar PBAKL 2012



Dan sesungguh aku lega tak bawa anak2 harini (1May - Selasa) terjah ke Pesta buku nie..cer compare pemandangan hari Ahad (gambar atas) dengan lautan manusia harini d Alaf21..giloss..klau orang cenggini.. camne nak cari novel or buku dengan tenang kan...huhuhu..
kredit pic to Alaf21 FB
Untuk itu..aku sanggup amik cuti esok - Rabu - untuk terjah ke sana..
Yukkk kawan2...esok kita ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 d PWTC.


Nota KaKi : Jumpa pemain bola sepak Safee Sali..sempat senyum n lambai je..gambar tak sempat snap..tapi yang best dia lambai n senyum kat aku balik.. sebab masa tu aku sorang je panggil nama dia dengan nada kuat sikit le.. hehehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels