Amboii tuan tanah..canteknya bahasa...
T_T
Maaf tapi memang aku rasa d perbodohkan oleh penulis novel nie..
Aku sendiri tak tahu nak kategori kan novel nie novel apa.. hantu ke? makhluk alien ke? tapi kalau dah mati berpuluh tahun dulu, d kerat2, dan d tanam..dah sah2 la bila berkeliaran d panggil hantu kan...
Tu yang aku paham la walaupun penulis menggelarkan hantu tu makhluk hodoh...
Kebodohan lain yang aku rasa bila baca novel nie, bila penulis menulis begini
"Mahluk hodoh Amira Syakila terus menyeringai nyaring.Huzairi menelan air liurnya beberapa kali. Seketika kemudian, makhluk hodoh Amira Syakila mengeluarkan sesuatu yang berbentuk penyuntik daripada laci yang terkandung paku karat di dalamnya lalu menyuntik lengan Huzairi dengan kejam tanpa belas kasihan."
Lepas tu ada dialog antara Huzairi dan makhluk tu..huzairi tanya apa yang makhluk tu suntik dalam badannya.. makhluk tu menjawab "suntikan pelumpuh"
Ayakkkk...hantu pandai suntik ek? pandai plak cari cecair pelumpuh? kat mana dia cari? kat farmasi ke guardian ke? ke g hospital?? Aku rasa lagi senang hantu tu cekik Huzairi tu.. lagi satu.. hantukan satu jisim tanpa fizikal boleh ke dia pegang segala menda2 yang wujud? ke aku yang tak faham maksud hantu..
Ke sebab makhluk hodoh tu merasuk Farah Amilin (tunggak utama novel nie) then tu yang boleh pegang segala menda yang ada sekaligus menjawab persoalan kes suntik menyuntik tu...
Ada lagi satu scene...makhluk hodoh aka hantu pegang kapak untuk penggal kepala Pak Dani..pastu d potong2kan lagi anggota badan Pak Dani nie..tak tahu kala ini c hantu ni tengah merasuk Farah Amilin ke apa.. tapi memang terasa aku d perbodohkan dengan novel nie..
Tapi.. hat tu time makhluk hodoh (ikut kata penulis..ikut paham aku..makhluk hodoh tu hantu) merasuk badan Farah Amilin..bagaimana pula time Farah Amilin (FA) dan Amira Syakila (AS) ni berdepan satu dengan lain, bertengkar dengan dialong berjela2.. pastu dialog tu plak d ulang2 banyak kali...d lain lain muka surat.. haii laa..bosan ya amat...
Sedang bertengkar..boleh plak hantu tu meradang dan berada d luar kawalan lalu mencampak Farah Amilin ke kiri, kekanan, ketepi, kebelakang sampai FA tu pengsan..pastu AS boleh plak mengangkat FA yang dah pengsan tu, d bawa masuk kebilik tidur dan d baringkan atas katil.. pandai ek hantu tu mengangkat orang.. dia kenal plak bilik tidur n tahu plak fungsi katil...hantu memang boleh pegang menda2 yang wujud ke? ke dia ada kuasa sakti yang membolehkan dia mengangkat sesuatu...
Lagi yang buat aku terasa bangang..pabila hantu ni menangis mengeluarkan air mata darah.. aduss penulis ni banyak tengok filem Pontianak Harum Sundal Malam kut...
Lepas tu ada plak scene kembali ke zaman silam...FA bersetuju membantu hantu Amira Syakila mencari anaknya yang telah hilang ketika AS mati d bunuh..aku boleh terima kisah2 kembali ke zaman silam nie seperti kisah Ashabul Kahfi..TAPI kalau hantu tu sendiri yang menghantar FA ke zaman silam dengan membentuk satu bulatan cahaya berwarna kuning putih...lagi sekali aku terasa d bodoh2kan..
Dan ada lagi...scene setelah FA kembali ke dunianya sekarang.. setelah pergi ke zaman silam untuk mencari anak hantu AS tu, dia membuat permintaan..tak tahu la aku nak kata apa.. iaitu dia inginkan hantu tersebut tak tinggalkannya dan bermalam bersama dengannya untuk malam itu. Aduh lahai.. boleh pula dia peluk hantu tersebut walaupun hantu tu berlumuran darah..
Meh aku taip sikit scene dlm novel nie
" FA semakin mengeratkan pelukannya di tubuh makhluk hodoh AS.Walaupun badan makhluk itu berbau hanyir dengan darah, namun FA sudah tidak terasa meloya lagi, malah dia semakin menyayangi makhluk yang hendak mengenakan dia suatu ketika dahulu.
Perlakuan FA tiba2 sahaja mengundang rasa kasihnya pada gadis itu. Pelukan FA kini berbalas dengan linangan air mata darahnya mengalir sehingga membasahkan rambut FA.
FA tidak menyapu darah yang tumpah di atas kepalanya ketika pelukan itu terlerai, malah gadis itu melemparkan senyuman buat makhluk hodoh itu"
Aku... erkkk..tak tahu nak cakap apa....
Ini lagi adegan yang terusan membuatkan aku jadi bodoh...
" FA mengajak makhluk hodoh AS ke biliknya dan FA mengarahkan makhluk hodoh itu duduk di sampingnya kerana dia ingin menyelesaikan bab2 terakhir sebelum semuanya terdedah keesokan harinya. Dia harus menghabiskan karangannya malam ini juga kerana esok sudah pasti dia tidak mempunyai masa lagi untuk melengkapkan karyanya.
" kita karang bersama2 ya.Lagipun karya ni dah jadi karya kita berdua..boleh kan? "
Kedua2 mereka saling berbincang sesama sendiri dan mengeluakan idea2 yang hebat untuk menyelesaikan sebuah karangan novel seram yang memang menyeramkan untuk semua para pengemar novelnya kali ini.
Sesudah selesai karangan mereka berdua, FA mengajak makhluk hodoh itu tidur bersama2nya d sebuah katil. FA ingin menjalinkan kemesraan dengan makhluk hodoh itu......"
Ermmm banyak idea si hantu nie...
Ermmm banyak idea si hantu nie...
Pastu ada lagi la aksi kemesraan antara mereka berdua atas katil tu... aksi menangis air mata berdarah...
Dan yang paling2 aku tak tahu nak ketawa atau menangis baca part hat nie..
" Sesudah menunaikan solat subuh, FA mula menyeru makhluk hodoh AS untuk menenamaniny bersarapan.
"mama ooo mama.. jom kita bersarapan bersama2"
(pandai ek hantu breakfast? )
Suasana pagi yang terang benderang kembali suram dan hampir gelap ketika munculnya makhluk hodoh itu, nmaun ia tidak lagi menggentarkan hati FA malah gadis itu menyambut kedatangan makhluk hodoh AS dengan sebuah senyuman.
"kenapa panggil?" tanya makhluk hodoh AS dengan merenung tepat ke wajahnya.
"Nak ajak mama bersarapan.Mama tak pernah rasa lagi masakan saya kan? Saya nak menjamu mama sebelum mama mendapatkan anak mama semula"
FA mula memberi pinggan nasi lemak berlaukkan sambal sotong kepada makhluk hodoh AS.
Makhluk hodod AS itu menyambutkan dan mula memakan bersama2 dengan FA.Walaupun suapan demi suapan dot dot dot...aku malas menaip..hehehe
Sambung sini plak
"kenapa mama pandang saya macam tu? Tak sedapkah masakan saya? Atau mama ingin makan daging mentah?
Aduh lahaiiii penulis oiii... hantu boleh makan nasik lemak ke?? kelakarnya... bengang pun ada.. macam apa je kan...agak2 la kalau nak buat menda tahyol skali pun..takkan la hantu makan nasi lemak.. Walaupun penulis menggelarkan hantu tu sebagai makhluk hodoh - tapi kalau dah berpuluh tahun mati d kerat2 d tanam pastu hidup kembali...apakah ia?? hantu syaitan la kan... bukanlah sekadar makhluk hodoh lagi...
Pastu ada lagi scene FA tidur atas pangku AS...
Dan masa nak ending.. tatkala FA ingin memberitahu AS siapa anaknya yang sebenar, FA kol parents angkatnya suruh datang ke Vila tempat dia sewa (untuk mendapatkan feel menulis novel baru,.FA ni kan penulis) Masa parents angkatnya sampai bersama tunang, FA keluar ke ruang tamu bersama makhluk hodoh AS... pastu FA memberitahu kebenaran anak SA.. rupanya FA adalah anak SA yang hilang itu.. macam sayu sebak n sedey la kan..tapi aku rasa nak penampar je penulis nie.. cess garang gitu kekdahnya.. kang kena saman baru tau... :P
Yea la.. ada ke patut bila AS bagitahu semua orang yang dia adalah makhluk hodoh tu..pastu... emmm korang baca la dialog yang kat bawah..
"ibu ayah (kat parents angkatnya) Emmelyn (nama pendek FA) harus melakukan pengorbanan ini dengan mengambil keputusan untuk kembali kepangkuan AS ibu kandung Emmelyn.Emmelyn berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana telah menjaga Emmelyn seperti anak sendiri sejak Emmelyn di lahirkan.Maafkan Emmelyn jika terpaksa mengecewakan hati ibu dan juga ayah"
Pastu ada lagi dialog..
Ibu, ayah Emmelyn terpaksa melakukan pengorbanan ini demi ketenteraman dan kesejahteraan penduduk kampung ini.Roh mama tidak akan tenteram selagi anaknya tidak kembali dalam pangkuannya. Emmelyn taknak rohnya merayau2 menganggu penduduk kampung lagi... bla bla bla dan bla bla bla...
Penulis pun mengaku makhluk hodoh tu ROH.. kalau ROH.. kat mana FA nak tinggal nanti bila dia ingin tinggal bersama dengan AS? dalam kubur bersama2 dengan AS yang dah lama mati tu? aduh lahaiii.....
Lepas tu kan..ada plak dialog antara Roh AS dan ibu bapa angkat FA
" Siti Hairani (ibu) Imran Haneef (bapa) terima kasih kerana menjaga harta aku yang tidak ternilai ini. Sebagaimana kamu semua telah mengembalikan kehidupan aku yang telah d rampas, aku juga akan mengembalikan kehidupan kamu... bla bla bla bla.....
Then
Siti Hairani, FA adalah darah daging aku dan dia hanyalah kepunyaan aku. Sementara kau pulak akan mengandung selepas pemergian kami... --> alamakkk...hantu boleh tahu ek Siti Hairani boleh mengandung lepas nie... tilikan yang bagus tu..agaknya tu sebab orang dok memuja hantu untuk dapatkan nombor ekor kan...
Pastu
" satu lagi pertolongan yang aku pinta daripada seluruh penduduk kampung agar mengebumikan mayat aku dan Fahrul di sebalik pokok besar bersama buaian yang tergantung di dahanya di tahah perkuburan orang2 islam agar roh kami tenteram. Izinkan kami pergi:
Makhluk hodoh AS mula memeluk pinggang FA untuk membawanya pergi. FA akan pergi ke suatu tempat untuk melupakan kisah yang penuh tragis ni..."
Kalau jasad dah mati, dah hancur d mamah tanah... macam mana FA nak hidup bersama SA lagi? kat mana dorang nak hidup? Pergi kesuatu tempat? alahaiii macam apa je la novel nie... aku rasa teramat2 bodoh membacanya.. apatah lagi terpaksa membacanya sebab nak tulis review kan sini supaya kekal d ingatan aku jangan beli or terbeli lagi sekali novel nie... huh...
Tu belum lagi lawak2 yang ada dalam novel nie... selain dari lawak d atas tu...
Lawak antarabangsa dalam scene Pak Dani dan FA - iaitu FA mendengar bunyi tembakan d luar vila, lalu d jengah keluar dan dia melihat bola bola api menyerang Pak Dani.. aku ingat lagu Arwah Achik Spin dan Nana je ada bola2 api..dalam kisah ni pun ada gak ek..pastu bola2 api tu terkena Pak Dani.. tapi Pak Dani masih mampu bertahan lagi.. huii kita kena api sikit pun menjerit..ni plak kena bola api yang makin lama makin besar...sah lagi sahih la sakit dan silap2 terbakar kulit.. tapi Pak Dani ni gile terror.. kebal kut.. boleh plak dok elak bola2 api yang makin besar tu sambil menjerit memarahi FA dan suruh FA tu turun dari Vila tersebut...
Dan yang aku paham.. dan penulis yang menulis Pak Dani tak berjaya mendekati Vila tersebut sebab ada bola2 api dok serang dia...so kalau tak berjaya dekat.. tentulah jauh kan.. kalau dah jauh.. Vila plak dua tingkat, FA dok plak kat tingkat atas..boleh plak dorang menjerit2 bertengkar.. dengar ke? Pak Dani tu.. dah la menjerit2.. kena elak lagi bola2 api tu.. rasa macam lawak sesangat.. tak letih ke Pak Dani tu? kan ke dah tua? alahaiii....
Ayat pengulangan..nama yang panjang2 yang d ulang2.. scene yang d ulang2 cuma watak plak watak yang lain...
Masa menggoda orang A, dialongnya sama seperti d godanya orang B..memang bosan gile.. tak habis2 dengan frasa jelingan menggoda..tapi penyampaian menggoda tu tak sampai ke aku..takda la aku suruh tulis ayat lucah untuk sampai maksud menggoda tu kan..
Tapi rata2 ayat dalam novel nie kaku n penyampaian tak feel..
Jangan komplen plak, suruh aku buat novel sendiri..sebab aku hanya tegar membaca novel, bukan penulis ya..
Masa menggoda orang A, dialongnya sama seperti d godanya orang B..memang bosan gile.. tak habis2 dengan frasa jelingan menggoda..tapi penyampaian menggoda tu tak sampai ke aku..takda la aku suruh tulis ayat lucah untuk sampai maksud menggoda tu kan..
Tapi rata2 ayat dalam novel nie kaku n penyampaian tak feel..
Jangan komplen plak, suruh aku buat novel sendiri..sebab aku hanya tegar membaca novel, bukan penulis ya..
Sesungguhnya ni antara novel paling tahap lawak bodoh antarabangsa yang aku baca...
Ada yang kata, anggap satu hiburan..seperti kita menonton film..jangan d cari mana lojiknya.. banyak yang tak lojik dari yang lojik..
Lain orang lain citarasanya..dan ini hanya pendapat aku dan citarasa aku...
Ada yang kata, anggap satu hiburan..seperti kita menonton film..jangan d cari mana lojiknya.. banyak yang tak lojik dari yang lojik..
Lain orang lain citarasanya..dan ini hanya pendapat aku dan citarasa aku...
2 comments:
kwang2.. aku mmg lama dah caras penulis ni, ada 2 buku dia aku terbeli sbb baca sinopsis kat belakang cam gempak.. sekali rasa nak buang tong sampah jah...baik ku beli majalah lawak ujang ada gak pekdahnye..
Qies
Kan.. macam bangang je.. agak2 la pun kalau nak ber fantasi.. ada ke bleh bekpes nasik lemak sambal sotong.. tkleh blah betul..
kata penulis, utk menghayatinya, memerlukan penghayatan n fantasi yang tinggi.. tapi macam mana nak hayatinya, baru bab pertama tkleh nak hadam novel nie..
Post a Comment