Sapa dah baca novel nie? Karya Siti Rosmizah? Angkat kibod.. hehehehe...
Novel nie tebal gile..
1055 muka surat..boleh pitam nak baca...tapi aku dah settle baca pun tak pitam2 lagi...
1055 muka surat..boleh pitam nak baca...tapi aku dah settle baca pun tak pitam2 lagi...
:)) :))
SR (Siti Rosmizah) sejak menerbitkan novelnya sendiri...kemain tebal lagi muka suratnya..jenuh nak mengkhatamkannya...tapi record untuk diri aku sendiri novel beliau yang bertajuk 7 HARI MENCINTAIKU setebal 1048 aku khatam seharian je..gile kan...tapi seriously novel ni paling umphhh la bagi aku compare dengan TAKDIR ITU MILIK AKU dan LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU..tu sebab aku tak sabar nak habiskannya..
Jom check sinopsis untuk novel TAKDIR ITU MILIK AKU
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
************************************************************************
Kata aku...
Novel ni memang best...kesian kat Dian..watak yang d gambarkan gadis lurus bendul d peralatkan Zarif,lelaki yang kaya tapi bongkak dengan kelebihan yang ada..tertekan dengan desakan ibunya Datin Munirah yang ingin membolot harta ibu mertuanya - nenek pada Zarif, dengan memaksa Zarif berkahwin dan memiliki anak secepat mungkin..kononnya dengan ada cucu (anak Zarif), Datin Munirah akan dapat lebih banyak harta lagi....
Tertekan dengan desakan ibunya, padahal Zarif belum mempunyai pilihan d hati, akur dengan idea gile Rahman - kawan yang sengal - supaya mengambil Dian yang lurus bendul ni sebagai isteri supaya bila dah dapat anak, boleh bercerai dengan mudah..sebab wife bendul kan.. senang la d perkotak katik kan....
Dan bila sahaja perkahwinan berjaya d laksanakan..mula la hidup Dian umpama "terlepas kandang harimau, masuk plak mulut buaya" siksaan maksunya d ibarat kandang harimau n mulut buaya..tak lain tak bukan c Zarif nie la...
D sini berlakulah konflik rumahtangga Dian dan Zarif d sertai campurtangan Datin Munirah yang sama bersubahat mendera Dian..
Rasailah penderitaan Dian yang sangat tersiksa..sayu hati aku bila Dian mengandung dan mengidam makan ayam..dan bila sisa ayam depan mata, tergamak suaminya, Zarif, mencampak sisa ayam tersebut dalam tong sampah dan menyuruh Dian mengutipnya d situ..
Kejam gile...
Cuma ada satu dua menda yang aku tak puas hati dengan novel kalini..tak tahu la kenapa..
1- tak brapa menyentuh jiwa dialog2 kat dalam novel nie..sukar menyentuh hati sedangkan masa baca novel 7 Hari MencintaiKu..aku menangis terisak2..
2 - Aku cukup tak suka kalau ada orang lain bercerita sama dalam novel nie...contoh :
Dialong Datin Munirah pada Zarif (aku amik sikit je la)
" Lepas tu taulah mama nak uruskan budak tu nanti. Bukan susah sangat, buat-buat aje dia lemas masa mandi.Baby kan mudah je nak tamatkan hidup dia"
Ni la orang lain yang bercerita tu...
Kejam sungguh idea yang d berikan oleh perempuan berhati iblis ni. Ambil idea dari drama tv konon. Mesej yang baik dalam drama tu taknak pulak d ambilnya.Babak jahat itu yang melekat dalam kepala otak dia. memang jahat betul mak datin nie
Lagi contoh
dialog dialog dialog dalam novel...
tup2 ada lagi pencerita dalam nie...
Masih layak ke perempuan ini d gelar manusia? Tiada sekelumit jua riak bersalah di wajahnya itu. begitu bersemangat dia bercerita sampai terbuntang2 biji matanya..
Sekali tengok macam orang di rasuk setan pun ada.tapi dia ni bukannya d rasuk, dia sendiri yang sukarela memberi laluan sebanyak mungkin setan sedunia untuk menghuni dalam dirinya. Hai! apalah nak jadi dengan datin nie
dialog dialong dialog...
Tetiba datang lagi pencerita nie...
Huh sakit hati betul dengan diorang nie. Buatlah Zarif, buatlah datin...teruskan rancangan hebat kalian.kita tengok siapa yang akan tersungkur nanti..
Dian...semoga dirimu lebih tabah dengan dugaan yang bakal mendatang...
Aduhhhhh...aku yang baca sangat tension gile dengan tukang cerita dalam novel nie.. cukuplah dengan penulis yang berkarya...biarlah aku hayati novel karyanya..tak perlu la ada lagi tukang pencerita tu....kalau sesekali takpa gak...tapi ni boleh d katakan setiap muka surat mesti ada...
Dan d sebabkan tukang pencerita dalam novel ni yang buatkan aku rasa kurang umphhhh dengan novel SR kalini...
Rasa macam baca novel Aznil Haji Nawawi yang d tulisnya d zaman remaja riang ria je.. tapi novel Aznil tu ok la nipis...ni tebal gile..n aku rasa kalau buang seisi tukang pencerita dalam novel nie, mau tinggal separuh je kut ketebalan novel nie..takpun lebih sikit la dari separuh.. :D
Dan d sebabkan tukang penceritaan yang selalu mencelah dalam novel nie..yang memotong mood aku untuk menghayati penderitaan Dian dan penyesalan Zarif serta Datin tu..dari 5* aku kasik 2.7* je...
Kak SR jangan marah ya..saya peminat novel akak..memang suka sangat dan semua novel akak saya ada tau...:D tapi novel hat ni terlalu banyak tukang cerita tu..rasa terganggu dalam penghayatan.. pembaca sekarang dah cerdik..rasanya tak perlu lg tukang cerita dalam novel tu...
Peminat fanatik SR pun jangan hentam ya... aku tulis, aku komen apa yang aku rasa... :)
20 comments:
Salam liza...
Best yee liza..nk carik la buku ni...semua novelnya dah baca...
oh kali ni ada pencerita pulak ek? sy penah baca 2 je novel SR. Andai itu takdirnya dgn Cinta Kau & Aku. novel dia ok je tp sy x brape minat sgt. bkn x suka tp x brape. sbb jln cite hampir sama. hero kejam, heroin yg ditindas..
wahh... kalau dah hobi membaca tebal mana pun bukan masalah lagi kan... teruskan membaca...
Banyak kisah novel Melayu yg membuat kita rasa sesak. Walau seronok membaca tapi selalu diulang wanita jadi mangsa lelaki.... kadang geram kan...
gigih membacanya hingga habis..
Assalamualaikum Lyza
kalau Atuk...mahu dua tiga bulan nak habiskan setebal itu...
assalam..
sy suka jg baca buku dia..selain 7 hari mencintaimu, kau dan aku, andai itu takdirnya last baca tu ari lafazkan kalimah cintamu yg jg tebal spt 7 ahri mencintaimu..buku takdir itu milik aku sy x baca lg..
perghh..tebal gila!! kalau saya yang baca tah bila tah agaknya abes tu~
Ainnoraini
Kurang best skit kalini..sb tak suka dgn tukang pencerita tu..potong mood.. :)
Eera Shera
hehehe..betul..tp yang 2 tu ok la lagi.. n 7 hari mencintaiku.. best.. cuma hat ni kurang umpphhh...
kazman/sue
Novel teman setia sepanjang masa.. :)
KakZakie
Kalau dah selalu sangat d sogok cerita2 sebegitu..rasa boring pun ada.. tp kekdang hakikat sebenar tkleh d nafikan... T_T
Mama Ema
Apa nak buat..dah minat sejak pandai membaca lagi..hehehe
Atuk
Atuk bz jaga cucu..tu yang lambat habis tu..hehehe..gurau2 ya atuk.. :D
Ieja
Kegemaran kita sama ek..cuma tu la novel yang ni mcm kurang ummphh la untuk saya
Dhiera
Sb nak habiskan cepat la segala xtvt petang2 saya skip..hehehe..
Lyza... kami dah buatkan tutorial di entri kami hari ini mengenai membuat suap balas ulasan yang lyza tanya dalam email ari tu....
sorry sangat2x sebab lambat....
wah,mmg kamu peminat novel..
saya bkn orangnya..
:)senyum
saya pun peminat SR...tapi novel ni tak beli lagi....kena carik jugak ni..baca sinopsis tu mmng best giler....
saya da bli tp blom smpt nk bca...huhuhu
Rasa ada novel akak SR yg tukang pencerita sibuk mencelah jugak, tak silap novel cinta kau dan aku kot. Tapi tak over la sampai annoying nak bacer.
huhu , baru beli n da bace tgah2 . btul tuh ade pencerita so bosanlah . anis skip je pencerita tuh . pencerita lbh2 .hehehe . semua novel sr da kaut . tbal2 pun umph . hehehe
Dah baca 7hari mencintaimu dan takdir itu milik aku..tapi bagi saya bidadari salju lagi best...bila baca airmata lelaki ini bisa gugur dibuatnya
saye suka sangat novel takdir itu milik aku .memang best arhh . menangis saye bila baca novel ni .bila nk tahan nangis tu x leh ,makin jadi byk air mata keluar . xD :)
Post a Comment