Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, February 2, 2012

JANGAN GANNGU LENAKU

Perghhhhh...permaisuri sangat la ya..sampai takleh kacau tido ek...Ko ingat ko ada pembantu rumah yang boleh uruskan segala kerja d rumah...Ko ingat ko punya Personal Assistant yang boleh siapkan kerja2 ko d opis???? Bangun le liza oii...
Cesss...mimpi d siang hari la....
Tak laa..ni takda kena mengena dengan aku..cuma nie tajuk novelis kesayangan aku HAIZA NAJWA hehehe...

Salah sorang novelis yang sangat aku suka..karyanya tak pernah menghampakan setakat ini. Bahasa yang membuai rasa,dialog2 yang segar dan dekat d hati aku...
Mengenali beliau dengan Novel KALIMAH JIWA (walaupun aku terlebih dahulu membaca Novel Sentuhan Cinta)
Nanti free aku review novel nie...sangat best 5* dari 5* aku kasik..markah penuh le.. :P

Ok..back to main subject...Novel Jangan Ganggu Lenaku
Sinopsis :
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?
***********************************************************************************************************

Kata aku

Well..seperti novel2 sebelum nie..karya HZ tak pernah menghampakan... membuai rasa dan membuatkan aku tak sabar nak tahu penamatnya.
Tabahnya Aty melihat suaminya berkahwin lain dan sabarnya Aty menempuh karenah madunya yang serumah dengannya dan yang tak pernah berpuas hati.
Aty - watak yang agak keanak2an kerana satu peristiwa menyayat hati berlaku dalam hidupnya dan umur seolah2 terhenti disitu sahaja, hanya fizikal sahaja grow up..tidak pada fikirannya.
Hadirnya Asfahul sebagai suami kerana amanah dari ayahnya membuatkan pasangan ini keliru dengan perasaan masing2.
Sunyinya hidup aty walaupun telah bersuami menghadirkan sang bunian dalam hidupnya. Apakah ini hanya mainan perasaan atau sememangnya wujud dalam hidupnya?
Emalin madu yang tidak pernah berpuas hati dengan aty dan terlalu inginkan kediaman Teratak Asfalin walaupun telah d maklumkan banglo itu hanya untuk dia - dia yang bernama Aty..
Kenapa? Ada apa pula dengan Teratak Maya? Siapa pula keturunan Megat dalam cerita ini. Bagaimana pun dengan kewujudan bunian dalam hidup aty..
Hohohoho..sangat gila pabila start membaca novel ini..sangat tidak boleh d hentikan..sangat tidak sabar nak tahu penamatnya..apatah lagi kejutan demi kejutan yang d hidangkan...
Pada peminat novel..cubalah baca novel ini..dapatkan ia d pasaran..insyallah anda tidak akan kecewa.. 

11 comments:

yana-feehily said...

dah lama tak baca novel alaf 21..skrg ni gila beli novel jemari seni :)

dhiera zainudin said...

review2 novel ni. kalau rasa best, boleh beli. kehkeh

atuk said...

Assalamualaikum Lyza

jarang baca2 novel ni...he he

emarieys said...

kejap lagi ada yg buat drama...

Anonymous said...

wah best layan novel..sy baru sudah baca novel beli baru nie...nanti bleh cari novel nie plak..ekeke

Novelist Haiza Najwa said...

Thanxxx..sgt menarik sinopsis yg Liyza sediakan..I like..like..like...

Novelist Haiza Najwa said...

Thanxxx..sgt menarik sinopsis yg Liyza sediakan..I like..like..like...

i amsterdam said...

Assalamualaikum.

TQ for visiting our blog :D

Dah lama sy tak baca novel, sekarang seronok blog hopping pulak.

lyzaCR7 said...

Yana
Saya pun selected novel je.. penulis lama yang melekat d hati..:)

Dhiera
Beli jangan tak beli..hehe..

Wsalam atok
Saya dah jadi sebati dalam diri, sb dari kecil lagi dah suka membaca :)

lyzaCR7 said...

Ema
Ohhh tidakkk..saya tak suka novel d drama or d filmkan..setakat ni, takda yang menepati citarasa saya.. macam la sapa sangat saya ni kan.. kehkehkeh...

Tiramisu
Haiza Najwa sangat d rekemenkan karyanya..eh eh..saya takda komisen tau..:P

I amsterdam
thanks singgah sini :D

lyzaCR7 said...

KakHaiza..
Terima kasih sudi singgah sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels