Meh jadi kawan saya.. ^_^

Friday, February 3, 2012

Aku Mahu Kamu

Mahu siapa tu...ewahhh lyza amran..tak cukup ke dengan che hasben yang baik hati lagi hensem (d mata aku la) lagi lagi baru je kasik samsung tab semalam...:P 
Tak cukup lagi ke..tamak ke nak "kamu" lain plak ek...

Well queen drama jap kat atas tu.. :D
Yang sebenarnya harini nak buat review pasal Novel Karya Aleya Aneesa - AKU MAHU KAMU
Novel nie dah lama dah...cetakkan tahun 2010 tapi entah kenapa aku terlepas pandang..padahal tulisan Aleya Aneesa ni cukup aku gemari..
Aku baru jer merembat novel nie d karnival Karangkraf yang lepas, dan baru je settle membacanya.. dan dengan tangan yang gatal nak menaip d Samsung Tab baru aku nie..maka moh le kita ber review kan novel nie..
************************************************************
Sinopsis :
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati? Pemergian Faiq adalah dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkan itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpidah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu....

*****************************************************************
Kata aku :
Novel ni bermula dengan gerak yang perlahan.Macam bosan sikit untuk bab2 yang pertama.. bertemu, bertengkar pastu jatuh cinta..Memang la jemu untuk aku yang sudah beranak 3 nie.. kalau tengah remaja riang ria..mesti aku suka la kan...Then ada plak kesilapan yang aku silap kata kesilapan atau aku yang kurang memahami atau pun mungkin penulis tidak sengaja
1 - Semasa menyambut birthday Faiq - memula d katakan Ulangtahun ke2 (pages 146) tapi bila baca seterusnya.. eh eh.. yang pertama plak..(pages 148/149) emmmm...
2 - Justin (kasen Ziyad) bertemu dan berbual bersama Ziyad mengenai seorang perempuan yang meninggalkan anaknya d rumah Ziyad dan antaranya dialognya Justin nampak perempuan tersebut dan tatkala ingin bertemu muka dengan perempuan tersebut, ibu Justin call memberitahu adiknya kemalangan tapi dialong seterusnya Justin mengatakan dia tak sempat meneruskan niatnya bertemu perempuan tersebut kerana risaukan keadaan papanya.. - Tadikan adiknya yang kemalangan dan ibu yang kol.. watak papa tu mana datang daa... :P

Apa pun itu hanyalah kesilapan kecil (ikut pemahaman aku la) jika nak d bandingkan dengan cerita yang seterusnya..sebab kalau sudah namanya Aleya Aneesa yang telah aku kenali dengan karya2nya yang lain (aku akan masukkan nanti..insyallah) pasti tidak mengecewakan. Permulaan yang perlahan tetapi lama kelamaan menjadi air mata dan tangisan.Sangat menyentuh hati. Qisya yang penuh dengan air mata dan kesedihan.Ziyad yang penuh luka didada. Syakir yang datang semula menuntut kasih.Fazlen yang hadir merawat luka namun tidak d pedulikan. Firyal yang comel dan keletah.Kamila yang dahagakan sentuhan seorang ibu. arghhh semua adunan ini menambahkan perisa kelazatan novel ini.
Air mata Qisya,kesedihan Ziyad semua tu dapat kita rasa dengan sentuhan Aleya Aneesa..
Yeaaa..ceritanya agak seterotaip dengan novel2 yang ada di pasaran, tapi percayalah dengan adunan gaya bahasa,dialog2, plot semuanya menjadikan novel ini seterotaip yang tidak  menghampakan saya sebagai pembaca.
****************************************************************
Di akhir cerita ini, d ruangan Tinta Penulis, penulis ada bertanya siapa yang lebih menderita dan tersiksa andainya kehilangan anak. Ibu atau Bapa? Mungkin Ibu, sebab ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan..atau mungkin sama selagi parents itu ada perasaan sifat kasih sayangkan.. tapi bagi aku la kan.. aku la sangat tersiksa kan menghadapi kehilangan ini..sebab apa..sebab aku terpaksa dan dipaksa menyelami, memahami karektor dua insan ini..Siksa betul, menghayati watak Qisya buatkan aku menangis, menyelami plak watak Ziyad buat aku sedih sangat2 ...Yea la..dah aku membacanya kan..hehehe... Apa pun tak rugi novel ini d jadikan koleksi anda yang meminati novel... :)

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baca novel macam ni menagih airmata. Tapi kepuasan bila dah habis baca..

intan morsalin said...

btul ckp kak zakie...mmm..ni kna masuk waiting list utk dibeli..hihihi...

Unknown said...

tak pernah baco novel...;)

dhiera zainudin said...

macam pernah baca je novel ni~ ermmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels