Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, February 27, 2012

Janda Baik + Gajah + Deer 2

Rasa macam dah basi plak N3 cuti2 Maulidur Rasul n Thaipusam nie..tapi apa nak buat..aku busy tak henggat, --> ada org kesah ke?? :P kehkehkeh...

Dan terima kasih tak terhingga pada yang mendoakan kesejahteraan my dotter, My MIL and my brother yang admitted...terima kasih sangat2..ai terharu...

Ok la..aku sambung balik N3 yang sekian lama tertangguh... ;)

Semalaman check in kat Janda Baik..tiba le masa untuk check out plak walaupun rasa sayang gila kat tempat tu.. Dengan pagi yang nyaman, unggas berkicauan, deruan sungai, udara yang sejuk yang tak pernah rasa d Subang nie...ishh memang indah la pagi d Teratak Malaya tu.. Tapi mengenangkan anak2 nak beramah mesra dengan gajah dan rusa, kami pun bersiap2 le nak check out menuju ke Kuala Gandah..
Ingat nak check out dalam pukul 12, tapi mengenangkan sticker untuk menunggang gajah belum d ambil, so pukul 10 pagi kami check out..Hajat d hati nak booked dalam telefon sticker menunggah gajah tu.. tapi limit untuk telefon dah habis..dorang sediakan sebanyak 50 pcs je..nak tak nak kena walk in la.. itu pun tak banyak yang staff d Kuala Gandah tu sediakan..

Ni sticker kaler kunin yang boleh buat segala aktiviti bagi makan,mandi bersama..berendam d sungai la dan juga menunggang gajah..
Sticker kaler merah plak hanya boleh bagi makan je..so terhad la aktiviti nie..dan sticker inilah yang kami dapat... T_T 
Arissa, anak sulung, dah tarik muka masam sebab tak dapat mandi dan menunggang gajah.. alahaii anak.. apa nak buat..kalau mama n papa ada share kat situ..boleh la suka suki je mintak kan.. :P Ni dah habis limit untuk haritu..apa nak buat..buat je la apa yang boleh....
Aktiviti bersama gajah nie start pukul 2 petang..kami sampai awal..dalam pukul 12 lebih macam tu.. lepas dah daftar kat kaunter pendaftaran untuk mendapatkan sticker, kita orang pergi makan dulu.. kat tempat makan nie, ada rasa sakit hati gak la..bapak tokei kedai tu...sombong gile..tanya dia pasal makanan, dia boleh angkat bahu kata tak tahu and blah macam tu dengan muka macam apa..tapi bila Pelancung datang..perghhh tak reti speaking pun, layan tak henggat..Dengan sengih2 siap sendukkan nasik dan bagitahu pasal ni masak apa tu masak apa..Jangan le macam tu pakcik..kami pun makan berbayar..bukannya free..mujur le anak pakcik tu ok..
Settle makan, masa banyak lagi sementara nak pukul 2...kita orang ke Deerland..lebih kurang 2KM dari tempat gajah tu..
Kat sini masuk kena bayar..harga tiket dalam RM5 then kita akan d beri tiket untuk d lilitkan d pergelangan tangan..biru untuk dewasa, pink untuk kanak2..
Antara Xtvt dalam Deerland tu tak lain tak bukan bagi makan pada haiwan d situ..anak2 enjoy habis... Oh ya.. makanan hanya d beri sorang satu secara percuma dan untuk kanak2 sahaja..kiranya duit tiket yang kita bayar tu, duit makanan utk haiwan yang ada d situ la..
 
 
Settle kasik makanan kat situ (seorang sebekas je makanan d beri) boleh la masuk n beramas mesra dengan rusa2 yang ada kat dalam tu...
Arissa n Natasha sangat penakut hokkay...:P cuma yang kecik je Yasmin, sangat enjoy..
 
Arissa memegang dengan muka yang cuak lg saspen
Ohhh lupa..bukan anak2 je teruja..pak budak pun teruja gak.. :D
Settle kat rusa, kami ronda2 lagi tengok apa yang ada kat situ...antaranya Iguana, Merak, Ayam Kapas.. 
Ohh ayam nie memang macam kapas..aku yang tengok pun geram walaupun aku takut ayam  :)) Asal usulnya tak salah aku dari Manila rasanya kut..sori ya kalau salah info..dah lama..aku dah lupa..
 
Then ada Ular sawa albino..kat sini, anak yang sulung,Arissa sangat suka cuma tak larat nak pegang sebab berat..tapi Yasmin plak takut.. takut kena makan katanya.. :P
Then b4 keluar dari situ, sempat le juga beramas mesra, memberi makan dengan arnab2 yang ada d situ.. Anak2 memang le suka sebab kat rumah dah takda arnab..konon2nya melepas rindu le..
 
 
Arnab2 d sini sangat suka dengan Yasmin..tak tahu napa..padahal makanan dah habis dah pun..ada bau arnab kut..hehehe

Okeh..settle kat DeerLand..tiba masa ke tempah Gajah again..sebab time dah hampir ke pukul 2petang dan Xtvt akan d mulakan tak lama lagi..
Bangunan Pendaftaran untuk ambil stiker gajah
Welcome :)
B4 tu kan..meh nak kasik petua sikit before datang sini..pertama sekali..sediakanlah payung..sebab tempatnya amat lapang dan pokok tak banyak utk berteduh..terbakar le kulit lama2 berjemur..tapi masa orang ramai2 (masa xtvt dengan gajah) tutup le payung tu ya..karang tercucuk plak mata orang..
Sementara nak tunggu gajah tu ready membuat persembahan..jom bagi gajah tu makan kenyang2.. ada d jual kacang kat situ..sepeket RM3..mahal sikit la..tapi memandangkan masuk pun free and kira kasik sedekah je kat gajah2 tu ..kira halal la..yang penting anak2 pun happy.. :)
 
 
Yang paling enjoy gile bagi makan gajah kat sini --> Arissa, aku rasa mau 10 peket kacang dia beli and bagi gajah2 tu makan
 
,Natasha taknak..takut katanya, Yasmin plak geli sebab belalai gajah tu berair.. hehehe..
Dan ada gak gajah2 d sini BERLAGAK tak henggat..DEMAND taknak kacang..nak buah2an ja..
:)) :)) :))
gajah pun ada bermacam ragam... mujur yang ini setia menghulur belalai dok makan kacang.. :P

Yang ni plak masa pertunjukan kepandaian gajah..haa..masa ni payung sangat d perlukan jika anda taknak basah..;)  Dan ada yang menunjukkan kepandaian masing2..d suruh duduk, duduk, d suruh baring, baring..
Lepas habis persembahan dari gajah2 nie..masa yang d tunggu2 oleh sticker kunin, iaitu menunggang gajah..
Ni pelantarnya..
Memandangkan aku sekeluarga tarak sticker kunin..so amik kesempatan nak rehat and cari tempat redup nak duduk..penat siot lama berdiri...
Masa ni budak2 buat hal sendiri..paling best, Arissa g interview staff kat situ..antara dialognya
" abang, sini tempat gajah berlindungkan?"
"Ya" - jawab staff
"kalau tempat gajah berlindung, kenapa dia kena bawa orang banyak kali..kesian dia..tersiksa gajah tu.. kena pusing2 bawa orang..penat la gajah tu"
Staff speechless..aku dah nak gelak dah dengar cerita Arissa (masa kejadian aku takda kat situ, Arissa yang cerita kat aku)  then aku tanya Arissa abang tu jawab apa...
"Abang tu diam je..tapi lama pastu dia jawab takpa..kat sini gajah2 ni sume dapat makan"
Boleh gitu..takda kena mengena soklan n jawapan kan.. hahahahaha...
Dan Arissa memasang tekad --cita2 dia selalu berubah, b4 doktor, pastu ustazah plak, pastu saintis.. sekarang nie nak buka pusat perlindungan haiwan yang besar tapi taknak siksa haiwan2 tu dengan menyuruhnya bawa orang..boleh gitu... :D

Ok habis situ..dah tunggu beberapa lama..akhirnya..tak sangka gak impian anak2 mandi bersama gajah, terlaksana...alhamdulillah..takda la yang balik dengan tak puas hati... :)
 
 
Kat sini berbikini tak d benarkan ya..utk menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling..mat minah saleh pun pakai t'shirt n short pant je...
Seelok je habis berendam kat sungai teh susu nie..hujan pun turun n kita orang bergegas ke kereta.. tak sempat nak snap gambar satu family dengan anak gajah nie yang sangat mesra.. ;)
Tukar baju and balik..dalam perjalanan tu sempat singgah kat gerai buah tepi tu.. kampung d situ gak.. sempat rembat buah rambai...adusss suka betul aku..kat KL,Subang nie susah nak cari buah rambai..dan sempat gak mengisi perut dengan buah durian d area situ gak...

Bye2 gajah, bye rusa nanti mimin datang lagi --> Penutup kata dari Yasmin.. :D

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Wah... happening sungguh. yasmien nampak seronok betul dari pegang deer sampai rabbit semua dia tak takut...

Ayam tu cantiklah. Bulu dia macam campur bulu arnab soft...

MulutPayau said...

enjoy betul anak2 dapat main dgn binatang2 tu....suka tgk gelagat Yasmin ngn arnab....

dhiera zainudin said...

baru tahu yang kuala gandah ni dekat janda baik. ingat kan dia ke arah temerloh sana~

sekadar satu coretan said...

waahh..seronoknya ada gajah...boleh pegang2 lagi tu...sure budak2 sukakan...

Pondok Usang said...

wahhh.. jinaknya binatang2 kat situ..

Cikgu Ma said...

seronoknya....

Botak said...

ayam kapas? first time dengar., kalau buat goreng mesti sedap., hehehehe..

Mijoe said...

lepas ni, cuba bawak your kids to Paya Indah Wetland @ Dengkil/Sepang.

masuk percuma...ada beskal boleh sewa utk budak2 dan jugak parent sekali...dan ada binatang..badak, buaya dan selected species burung...

nak bermalam kat situ pun boleh gak... :)

Eera Shera said...

best kan...sy baru je pegi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels