Adik aku yang terchenta...yang nama manja or glemernya PiPi
Apsal la hang p kawin 3/12/2011 :P
Patutnya kawin le minggu lepas ke..minggu depan ke..:D
(suka2 hati aku je kan.. ;P )
Dah kakak hang nie tak dapat terjah book fair karangkraf kat Shah Alam
Sekarang nie tengah meroyan mencari novel penulis kegemaraan aku RAM Fiksyen 302
Ohhh novel FIKSYEN 302...cepat la hadir d pasaran...sesungguhnya aku tak sabar menanti kehadiranmu..
Ku rindui Laksamana Sunan
Yang hadir fiksyen tiga kosong dua
Tidak mengapalah wahai RAM kesayangan
Novel2mu, d hati ni sangat istimewa
Sinopsis
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
Nota kaki : SELAMAT PENGANTIN BARU AMDIFIRDAUS N ASMIDAR
3 comments:
suka jugak Ramlee Awang Murshid punya koleksi novel.. harus beli nih..
Membaca novel nie selagi tak katam mesti hati teringat-ingat kan..
Cikgu..
Saya ada lebey novel nie..siap ada otograph lg..klau berminat..sila le inform ek..:)
KakZakie..
memang pun kak..masak pun cincai2 je sb nk cepat..nak sambung baca novel.. hehehe...
Post a Comment