Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, July 12, 2011

Jealous hokkayyyy

Sangat jeles + cemburu buta [-( 
Tapi takpa...masa aku akan tiba this Thursday...yeayyyyyyyyy.... \:D/
Tapi kan...confuse jap.. :-/
Boleh ke pergi sedekat camni nanti ek???
:-? :-?

Monday, July 11, 2011

Diamond or Roses Are Forever?

OMG....mesti la realistik kan...and materialistik kan...:P
Dah tentu la aku akan pilih diamond...walaupun roses very de wangi and cantik..tapi tak kekal lama..
Diamond plak walaupun takleh masuk ke pajak..tapi boleh mengangkat status aku ala2 kaya raya kan..:D
Yang sebenarnya last Sunday aku ke Putrajaya..
Memandangkan Floria Putrajaya sudah bermula..maka sebagai pencinta bunga yang sentiasa berkembang dalam hati..maka aku dengan terujanya pergilah melawat kesana...
Apatah lagi dengan temanya yang gah..
ROSES ARE FOREVER
Dah tentu2 dalam pkran aku terbayang2 taman bunga yang mewah dengan bunga rose kan..
Yo la...dah tema pun Mawar/Rose selamanya...mesti banyak bunga ros kan...
Tapi kan..ada sedikit kecewa la...
Tak banyak pun bungan ros..:(
Yang banyak bunga2 biasa sahaja..bunga2 seperti d tahun2 lepas....
Bunga paling banyak..sama seperti yang lalu..
 
 
Bunga seri pagi kan..kalau tak salah aku..banyak gile kt kampung aku Taiping.. :D 
 
Ohhh i love this flower..bunga lily or Lilium
 
 Bunga lebih kurang cam yang lepas2..cuma decoration je lain..
Bunga orkid pun ada..tapi tak banyak seperti lalu
 
 
Tahun nie aku bersakan berdua je..dengan my youngest dotter..Yasmin Qashrina yang sangat2 suka berjalan and tak reti penat..
Hasben and anak2 yang lain membawa diri ke Dataran Putrajaya bermain d sana...
Berjimba sakan kita orang..i like it..;)
 
Masa ni ada tarik muka skit..ala2 merajuk skit sebab tak dapat petik bunga...dah la bunga tu kaler purple.. kaler pebret dia..tak dapat plak amik..ada sikit masam le..tp possing tetap possing..:))
Last2 aku kasik la..tapi cakap dengan dia..nak ambil..ambil pelan2 jangan bising2..
So perlahan2 dia g amik..tapi bila dah dapat..terus dia suara gahnya cam nyanyi lagu NegaraKu cakap
"Mama..mimin dah amik bunga kaler purple..:P "
Terus happy..dengan bunga d tangan dan d kepala..:P
Masa jalan2 d sini d Angsa Love nie..
Aku tengok ramai gile orang dok kerumun belah sana...teruja gak hati nak tahu..apa la yang kecoh or menarik sangat kat situ kan..berpusu2 gak orang amik gambar..best nie..
aku pun terjah sama...
Rupanyaaaaaaaaaaaaaaa....
Angsa realiti... :)) :)) :))
Glemer kau wahai angsa..ramai yang terjah menangkap gambar...kalah artis u... :))
Jalan jalan cari pasal bunga lagi...emmm banyaknyaaaa..bunga..tapi roses sangat kurang...
cam tak sesuai je dengan tema :P
Antara yang ada..
 
 
 
 
 
Ni hanya sebahagian...ada lagi akan menyusul..sambung new N3 la esok..;)
At least ber update gak my blog ni sementara nak tunggu cerita pasal Andy Carroll n Liv pun kan.. 
This Thursday..
:D :D

Saturday, July 9, 2011

Bersih Politik?Bersih Aku?

Aku tak tau BERSIH yang orang POLITIK tu maksudkan apa..
Yang aku tau maksud BERSIH tu dalam maksud Dewan Bahasa dan Pustaka ialah :
Dalam konteks cuci
bersinonim dengan berbasuh,bercuci, bersental, berlap,berberus, bergilap, bersapu,bervakum, 
2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan segar, murni,tulen, nyaman, 
3. Dalam konteks hati
bersinonim dengan jujur, ikhlas,tulus ikhlas, suci, kudus, murni,
 
 
Tapi kalau tengok gambar2 nie kan...kat mana BERSIHnya ek? silap2 hura hara,kecoh,kucar kacir dan mengotorkan kawasan je...
Mengikut sumber rujukan  lebih kurang 10k orang yang datangkan...dan aku dapat bayangkan betapa BERSIHnya kawansan KL dan sekitarnya andai kata 10ribu orang nie..bergotong royong memBERSIHkan kawasan KL tu...
Barulah ada udara yang BERSIH dan kawansan yang BERSIH...
Baru lah benar - benar BERSIH

**BODOH + BANGANG LA DORANG NI...aku tkleh makan steamboat harini..uwaaaaaaaaaa.....kena kensel sb bangsat2 ni menyusahkan orang ramai yang nak hidup dalam aman damai tanpa demo2 nie...**
haishhh bila la orang Islam nak bersatu padu..bila la pemimpin negara nak ikut betul2 cara kepimpinan Nabi Muhamad Rasullah saw...:( :(

FM Wording

Sementara nak tunggu cerita / N3 pasal tuan punya blog g usha jejaka handsome Andy Carroll :D dan Liverpool training this Thursday ..kita layan dulu N3 Fridge Magnet je la...
Sume Fms ni aku dapat dah lama..cuma bila malas amik gambar n biar je berlonggok2 dalam drawer kat opis nie..sudahnya sumenya belum d post ke sini...
Cam biasa la..ni hasil trade dgn kawan2 FB,ada gak yang d kirim dekat kawan2 FB...
Layannn....
 
 
 

Hari Ini

Hari ini mood ada untuk menulis N3 baru..
tapi sayang..idea plak takda nak tulis pasal apa..
So pagi2 la dah settle hal2 opis dan anak2...aku wat blogwalking..yealaaa..kenal2 blogger yang lain.. mana yang dah kenal..nak rapat2kan lagi..mana yang dah rapat,nak mesra2 kan lagi...:D
Lagi satu..nak up traffik pun sama... ;;) masihkah ada yang sudi melawat ke sini? :">
Bila dah ber blogwalking..tinggal mesej kat shout box say hi hello salam dsbnya...
Pastu tetiba je menggebu2 semangat nak wat N3 baru nieh...
Tengok blog novel..nak wat N3 pasal novel
Baca blog FM..nak wat N3 pasal Fridge Magnet..
Cuci mata kt blog snow globe..rasa nak cerita pasal SNow globe plak..
Bila tengok blogger cerita pasal anak2 dan family..rasa nak cerita menda yang sama gak..tapi tak la kut.. sebab takda yang istimewa..semua biasa2 je..
Tetiba rasa nak cerita pasal g jalan2..ke Portugal ke..Spain ke..Manchester ke, tapi eh eh.. passport pun tarak..camne nak g ke tempat2 sume tu..:))
haishhhh dalam dok takda2 idea tu...rasa cam banyak plak idea sampai tak tahu nak cerita apa..
Ok la..setelah d timbang2..d pk2 sedalam2nya..harini nak wat N3 FM je la..
Jom tengok koleksi terbaru tapi dah lama dapat...
Juga hasil swap/trade dengan kawan2 FB

Monday, July 4, 2011

Saya dah dapat...ANDA????

Anda dah semak??
Setahun sekali aje....ini iklan KWSP....
Tapi ini iklan aku....
Saya dah dapat...anda bila lagi...setahun sekali aje.... :D
:)) takde kena mengena langsung kan..:P
Dah dapat...dapat apa????
Dapat nie la.......
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Akhirnya impian bakal jadi kenyataan..terima kasih untuk Fahmy yang juga adik ipar aku..sebab merealisasikan impian aku untuk menyaksikan team antara Liv,Arsenal n Chelsea training...
Tak dapat tengok semua team..dapat tengok Liv pun jadi la.. :D
walaupun aku kipas susah mati MANU...dan juga CR
tapi Andy Carroll tetap ku sukai...:))
Andy Carroll...wait for meeeeeeeeeeee.....kehkehkeh...gedikss...

Wednesday, June 29, 2011

Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj

Salam  buat semua umat Islam..
Moga keimanan dan ketaqwaan menjadi jati diri dalam diri kita..
Moga kerendahan hati menjadi menghiasi hidup kita...
Jom kita sama2 menghayati peristiwa yang terjadi d hari Israk Mikraj..pada yang hilang ingatan (teguran utk diri sendiri gak)  kisah2 d sebalik hari agung ni..jom kita imbas kembali...

Firman Allah SWT,   Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” 
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘subhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.

Monday, June 27, 2011

Anak-Anak...

Last friday g amik keputusan periksa anak..Sofea Arissa..
Dia sorang je baru sekolah betul kebangsaan..
Yang 2 lagi..skolah tipu tadika....
Tahun ni..3 Amanah..guru kelas Puan Faizah..
Macam biasa la..ala2 ibu mithali kan..bagi salam..salam cikgu...cikgu tanya la nama anak...
Sebut je nama Sofea Arissa...
terus cikgu cakap..."Oooo..sofea yang banyak cakap tu.." :P
emmmm masalah yang sama tiap2 tahun..Dari Cikgu Wong,Cikgu Lisa dan Cikgu Faizah..perkara pertama yang spontan cikgu komen...Sofea Arissa yang banyak cakap....
camne ek nak kasik dia kurang cakap?? Aku penin...:-?
Tapi bak kata Pak Nil dalam Astro Ceria pesanan dari Susu Anmum..jangan sekat anak2 nak bercakap.. sebab bila anak2 bercakap..sel2 otak akan berkembang...
tapi kalau dah memanjang je bercakap.. terlebey kembang ke otak anak aku nie.. :))
Memang la A kecuali English oral..tapi markah sume atas pagar...:( kena usaha lagi nie...
Niway kena thanks a million tu my biras - Abg Saiful@ijan.. banyak menolong Arissa terutama sekali subject Math...dari B since last year..periksa akhir tahun, alhamdulillah tahun ni..naik semula ke A.. walaupun target cikgu tuisyen amat tinggi...nak 90 ke atas..belum tercapai lagi... 
Aku heran..gile punya heran...cakap punya la banyak...tapi oral dapat B..nampak sangat cakap2 kosong kan...:P komen cikgu..."rajinlah membaca buku cerita" perghhhh...maknya punya la banyak novel.. boleh buka ala2 mini library..tapi anak??? 
English plak - pun B..cikgu komen - Practice answering questions in complete sentences - ni tak..main shortcut je...
macam mana la nak ikut ateh dok US nie.... **==
Sekolah agama lak...takleh bawa balik report card..kena sign depan cikgu and pulangkan balik.. 
Tapi...wahhh gile banyak subject menurun...camne la tahun depan nak kekal kelas yang terbaik... T_T
Cuma Bahasa Arab,Jawi,Sirah dan Akhlak yang tip top...
hat lain?? Ada yang A tapi markah down..dan ada gak yang menjunam ke B...
Kesimpulannya...
Mak takleh leka hadap FB n Berblog je....hokkayyy.. [-X
Anak2 terabai kurang perhatian....pelajaran pun down... :(

Friday, June 24, 2011

Nak mencarut + maki hamun + sumpah seranah...

Rasanya ni N3 paling ganas kut aku buat...
eeeeeeeee....tak tahu la....memang aku geram teramat sangat...
Memang setan..babi..sial..anak haram...dan lain lain yang seangkatan dengannya...
eeeeeeeeee...geram ni...geram sesangat....
aku tak tahu la apa dosa kereta aku ni.sampai ada tangan..mata...hati... yang sakit sangat nak buat corak awan larat kt Saga kesayangan aku nie....dah tak cukup kertas kt rumah ko sampai kereta aku jadi mangsa????????
Sepanjang kereta..ada garisan panjang...dari depan sampai le ke belakang kereta..
Habis sebelah body kereta aku..huh....
Seolah2 tangan tu memegang samting yang tajam or besi or apa2 je la..then sambil jalan..tangan tu macam anak haram dok buat garisan kat body sebelah tempat duduk penumpang kereta saga aku tuh...
Yang aku geram sangat..aku tahu lokasi kejadian kat mana..cuma tak tahu anak haram mana yang buat...
Ya ya aku tahu...tak elok kata anak haram maki hamun bagai..sebab ada gak anak haram yang menjadi dan elok budi pekerti..tapi arghhh aku tak kira la...ko anak halal ke anak haram ke..
Ko memang bangsat..memang gampang..memang celaka!!
Pagi tadi ok..cantik je tanpa anasir dengki..
Harini aku hanya parking kereta d kawasan sekolah anak aku,sebab amik report kad..
Pun dalam keadaan ok...masa balik dari sekolah..then terus ke opis..
Cuma dalam pukul 3 camtu..my hasben bawa balik kereta..(masih lg dalam keadaan cantik tanpa cacat body nya).. parking kat rumah..balik rumah dalam sejam 2 cenggitu...
Selepas parking d situ...masa nak balik ke opis..tup tup nampak garisan baru..kesan calar panjang tu....
hohohoho..memang bangsat la sapa yang dok garis kereta aku tu...tak kira la..ko budak ke..ko besar ke.. memang ko sangat sangat sangat bangsat....
Aku sumpah ko..(macam la aku ni keramat tok bidan wali kan..)
Moga dari hari pertama ko dapat kereta...kereta ko takkan sunyi dari kesan calar....
Sakit hati aku...!!Maaf..hari ni hari yang aku sangat tak berbudi bahasa....
Depan
Pintu depan
Pintu belakang...
Garisan yang amat panjang....sepanjang2nya...perlukah aku bergumbira berketawa bersukaria???
Kalau aku tau sapa yang buat nie..aku suruh dia belikan aku kereta baru..tak main la repair2..huh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels