Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, November 27, 2012

Sekiranya Anda Ter Aniaya

 Hantarlah email anda ke Biro Pengaduan Awam / Tribunal Pengguna. Insyallah masalah anda dan pihak terbabit dengan segera akan selesai.
Ini yang aku lakukan pabila barang yang aku beli dari Johor yang telah d hantar oleh seller pada 13/11/2012 dan masih tidak sampai ke tangan aku walaupun dah berhari2.
Bila aku call, asyik bagi jawapan yang sama, driver dah bawa keluar,driver dah bawa keluar.. tapi barangnya mana? Paling best sekali, dorang akan kasik alasan dorang datang tapi office d tutup. Aku tanya, kalau betul driver datang, mana notis kad? Dan aku tanya, apa yang ada di office aku? Rupa bentuk office aku? Tak boleh pun jawab....
Dan percaya tak.. bila aku send emel ni ke ( pihak yang bertanggungjawab untuk kita buat aduan)

Noor Idayu Yeop Husin
 Md. Nasir bin Ecsoff  
 Azlan Bin Man ; Hee Hon Ming ; Unit Komunikasi Korporat (PRO)

Pihak Citylink call aku pada hari yang sama Isnin 26/11/2012 pada pukul 10.45 pagi macam tu la.. dan pada pukul 11.50 pagi, hari yang sama, barang pun sampai. SANGAT HAIRAN DAN AJAIB.  Boleh pun hantar cepat kan.. 

Kalau tak..asyik dok hantar email kasik alasan macam nie je.. (email dari Citylink)

Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang telah puan hadapi disebabkan oleh pihak kami, pada masa yang sama kami sedang menjalankan sisatan secara terperinci di atas kes ini dan kami akan memastikan untuk memberikan penjelasan yang sepenuhnya bagi kejadian ini. Pihak kami juga akan memastikan untuk membuat penghantaran pada hari ini juga dengan secepat mungkin.

***************************************************
 Walaupun kes nie dah settle and pihak Citylink dah pun call aku mohon maaf, aku nak gak tulis kt sini berkongsi pengalaman sekurang2nya anda tahu kat mana dan apa yang boleh di lakukan sekiranya anda rasa anda di permainkan..

Ni email aku kepada pihak terbabit - aku hantar ke BIRO PENGADUAN AWAM, TRIBUNAL PENGGUNA, ADUAN RAKYAT, FOMCA, dan aku cc ke citylink cssv.

***************************************************

Untuk maklum pihak terbabit :

Biro Pengaduan Awam dan Juga Tribunal Pengguna Serta semua yang di emailkan.

Saya, LIZA AMRAN, HP NOMBOR ***** INGIN MEMBUAT ADUAN. Dan aduan saya berbunyi sebegini :

Pada 13 Nov 2012,SELASA -  saya telah membuat bayaran untuk pembelian di Internet.Pembelian dari Johor

Pada 16 Nov 2012, JUMAAT - penjual telah menghantar barang tersebut melalu COURIER CITYLINK - CONSIGNMENT NOTE BERNOMBOR 060307080200247.

Pada 19 Nov 2012, ISNIN - saya masih belum menerima bungkusan tersebut. Penjual menghubungi CITYLINK CUSTOMER SERVICE 03- 5033 3800 dan di maklumkan bungkusan saya telah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 20 Nov 2012, SELASA - saya masih belum menerima bungkusan tersebut dan saya pula menghubungi CITYLINK untuk status terkini bungkusan saya. Masih lagi di beritahu bungkusan saya sudah di bawa keluar oleh driver untuk di hantar kepada saya.

Pada 21 Nov 2012, RABU - Saya dan penjual,masing2 menghubungi SEKALI LAGI CITYLINK - saya tidak pasti bagaimana CITYLINK menjawab kepada penjual, TETAPI pada saya, CITYLINK tetap bagi alasan yang sama iaitu driver bawa keluar untuk di hantar kepada saya. Saya hantar aduan ketidakpuashatian saya ke emel CITYLINK.. (boleh scroll di bawah sekali)

Pada 22 Nov 2012, KHAMIS - Saya masih lagi menghubungi CSSV CITYLINK bertanyakan status bungkusan saya. Jawapan yang sama masih saya diterima. Di sini berlaku sedikit pertengkaran di mana saya tidak boleh lagi menerima alasan yang sama. 
Sudah 3 hari di bawa keluar, tetapi masih lagi belum sampai ke tangan saya????

Dan bila saya minta contact number driver tersebut, customer service citylink, memberi nombor bahagian logistic 0355188502/8504 untuk di hubungi. Saya call dan bercakap dengan LINI. Janjinya pada saya akan menghubungi saya semula selepas lunch pada hari yang sama. Saya tunggu sehingga 3PM tapi janji tidak di tepati. Saya call LINI semula dan dia tiada di tempatnya. Saya meninggalkan pesan (perempuan) minta LINI hubungi saya semula untuk saya tahu status bungkusan saya dan juga contact number driver tersebut. Malangnya sehingga email ini di hantar, Lini tidak menghubungi saya semula.

Selepas tidak dapat bercakap dengan Lini, saya call semula Customer Service Citylink dan minta bercakap dengan Manager. Malangnya Manager tersebut busy dan minta saya tinggalkan message saya pada Customer Service tersebut, iaitu Ibrahim.Pesanan di tinggalkan seperti kronologi di atas.

Pada hari yang sama juga, 22/12/2012 Manager tersebut , Mrs Said (not sure ejaan) call saya dan memberitahu ada kesilapan teknikal di Warehouse dan berjanji akan PASTIKAN barang saya sampai keesokannya (23/12/2012) harinya dan akan call saya semula pada hari tersebut (23/12/2012) untuk memastikan barang tersebut sampai pada saya.Mrs Said akan handle kes saya sehingga barang saya di terima.

Thinesh - CSSV (mungkin supervisor) dari HQ juga menghubungi saya. Seperti Said, dia juga berjanji akan menghubungi saya semula pada hari berikutnya (23/12/2012) untuk memastikan bungkusan saya telah di terima. Malangnya seperti Said, dia juga tidak menghubungi saya.

Pada 23 Nov 2012, JUMAAT - saya menunggu dari pagi sehinggalah habis waktu kerja 4.30 petang, barang saya, tidak juga sampai. Dan 2 pekerja CITYLINK yang berjanji hendak menghubungi saya semula selepas waktu lunch, dan memastikan barang saya sampai pada hari ini (23 /12/2012) tidak langsung hubungi saya walaupun barang saya MASIH BELUM SAMPAI.

Pada 24 Nov 2012, Sabtu, - saya masih belum dapat bungkusan tersebut, dan untuk kesekian kalinya saya hubungi lagi CSSV Citylink, minta bercakap dengan Mrs Said, malangnya Mrs Said tidak ada di tempatnya dan CSSV (lelaki) mengambil pesanan saya, akan memohon Mrs Said hubungi saya, tetapi di waktu ini,sehingga sekarang nie 26/12/2012  10.15am, tiada panggilan dari CITYLINK untuk saya tahu status bungkusan saya.

Pada 26 Nov 2012, ISNIN - di saat email ini di hantar, saya masih lagi belum dihubungi oleh CITYLINK dan barang saya juga masih belum saya dapat.

Untuk Pengetahuan Pihak Tuan Biro Pengaduan Rakyat, Tribunal Pengguna, Aduan Rakyat

Tujuan email ini di hantar, saya memerlukan bantuan dari pihak tuan, supaya pihak CITYLINK tidak memperlakukan customer seperti SAMPAH. Saya, pembeli, membayar untuk perkhidmatan CITYLINK, tetapi service yang diberi, sangat tidak memuaskan hati.Pabila aduan di buat, pihak CITYLINK hanya memberikan janji kosong :

1 - berjanji untuk memastikan barang sampai pada 23 Nov 2012 
2 - berjanji menghubungi saya semula pada 23 Nov 2012 untuk mengetahui status barang saya

Saya, selaku pembeli dan juga pembayar, tujuan menggunakan courier service, untuk barang sampai cepat. Tak kisahlah sama ada barang itu personal atau pun keperluan office.

Barang yang saya beli itu, barang kaca, sekiranya barang itu pecah,atau berlaku kerosakkan saya ingin menuntut ganti rugi berganda dari pihak CITYLINK kerana menyimpan terlalu lama barang saya.

Saya mohon sangat pihak Biro Pengaduan Awam dapat membuat sesuatu supaya pihak CityLink SERIOUS membuat kerja dan saya mahu barang saya sampai dalam keadaan BAIK.

Ini perjalanan bungkusan saya dari Johor. Saya hairan kenapa terhenti di shah alam?

Consignment No.: 060307080200247Select Time Format:
Shipment Details
Consignment No:060307080200247Destination:  
Reference No:  Origin: Muar
Shipment Type: ParcelDelivery Station:  
Shipment Date: 16 Nov, 2012Recipient: 
 
 Current Status
 
 
Important Dates
Destination
Additional Remark
 
 
Ship date:
Delivery date:
 Nov 16, 2012
 

 


 
 
 
All shipment travel activity is displayed in local time for the location
 
 Friday, November 16, 2012 Time Location 
 
Shipment Collected04:52 PMMUAR, MALAYSIA
Shipment Bound for SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA04:57 PMMUAR, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 17, 2012 Time Location 
 
Received by01:39 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Monday, November 19, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA02:08 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:38 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Received by08:19 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Tuesday, November 20, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA01:11 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Wednesday, November 21, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA05:23 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA09:20 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Thursday, November 22, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA03:37 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
FUTURE DELIVERY REQUEST12:07 PMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Friday, November 23, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:07 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 
 
 Saturday, November 24, 2012 Time Location 
 
With Courier: LOGC0160/SHAH ALAM, MALAYSIA04:09 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
Depart to SHAH ALAM, MALAYSIA10:31 AMSHAH ALAM, MALAYSIA
 

32 comments:

Irfa said...

kita ada hak tp ramai x tau
kalau nak komplen pasal majikan aniaya kat mana ye?

atuk said...

Assalamualaikum Lyza

Alhamdulillah
dah dapat barang yang dipesan

tahniah juga buat Biro Pengaduan Awam..kerana menjalankan tugas dengan cekap

Unknown said...

saya dah beberapa kali buat aduan kat tribunal pengguna ni.. peniaga ni tak takut unless kita ugut dia camni..dulu kena kes gores dan menang pun saya dapat balik duit saya..

lyzaCR7 said...

Irfa

ermm betul tu.. saya pun tak tahu sebelum nie.. nasib baik ada kawan pernah kena (tapi bkn kes kurier la) dan dia la ajar saya buat cenggini.. :)

kalau pasal majikan, boleh buat lapuran kt pejabat buruh

lyzaCR7 said...

Wsalam Atuk..

Alhamdulillah walaupun makan masa sampai 10 hari, kes settle gak walaupun terpaksa buat cara kasar sikit kan.. :)

Biro Pengaduan Awam.. memang tip top, alhamdulillah

lyzaCR7 said...

Rai,
saya terpaksa sebab rasa sakit hati d beri alasan yang sama je kan..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

pelik jugak tgk yg shipment activity tu. berapa byk kali dia nak with courier. ke dia salah alamat.

Anonymous said...

Ape email utk aduan 2 yea?kes sy skg pon sebijik cm kes awk.. Dh nk dkt smggu brg x smpai lg..

siti said...

Tuan.. mcm mane jika status barang dah sampi sedangkn penerima x terima barang pun.. satel pulak siap letak name customer.. walhal call ape pun tidak.. customer tinggal di rumah flat..

Anonymous said...

Macam mana? Dah settle ke? Sy pun masalah yg sama. Nama sy sebagai penerima. Tapi sy tak dpt brg pun. Esok sy akan ke logistic mintak resit yg menandakan brg dh DITERIMA. Nak buat report ke tribunal.

Anonymous said...

sya terpanggil nk komen kat sini, baru jer trkena dgn citylink, brang dah hantar cuma baki brng yg diikat sekali tu hilang.. call customer service diorng alasan mcm cerita kat atas neh, ape2 pun terima kasih info ni, sya akan buat aduan dkt SKMM

Anonymous said...

Macam mana ya nk dapatkan barang saya. Dalam tracking , dah sampai tanjung malim. Tapi .. saya hubungi cawangan city link, semua x berjawab.

Unknown said...

Sampai sekarang barang saya belum dikirim .sudah 2 minggu belum sampai
.tolong bagi tau macam mana membuat pengaduan kes ini

Unknown said...

City link memang susah nak jawab call custemor ke ....teruk betul servis

Anonymous said...

Nanti kalau barang tak sampai pergi terus ke office, tunggu depan dan tanya baru tau macam tu

eary elvina said...

Saya pon ada kes yg sama... postmen dia call saya, kata tersalah hantar pergi kat alamat lain and dia kata nak post semula brg hari yg sama waktu ptg.. tapi still x sampai 😑

Cute Nyer said...

Sya pun berdepan kes dgan citylink gak.. Brang sya smpai tapi tak complete.. Shud be 2parcels+1consingment..tpi bila smpai kat tgan juz 1 parcel..supplier & citylink tak nak responsible.. Duit da bayar tpi brg tak tau kat mna.. 😭😭

Unknown said...

Parcel saya masih belum terima dari 1/8/2019 smpai sekarang..bile call cs city link jawapan masih sama...dan saya xtau pown parcel saya ad dimana...

korok 54 said...

Mcm haram city link ni

korok 54 said...

Macam haram jadah city link lembab mcm siput bodoh punya kurier

Unknown said...

Sama jugak xpi courier service j&t
Status no contact invalid and address no found..saya call cs tanya kenapa x anta sedangkan semua btl..janji mcm bangkai bangsat.xoi brng xdpt lg.

Unknown said...

Saya ada yrima barang dari halid ahmad aziz dri london..tpi saya kna byar rm2800..sb terlebih muatan btul ke

Anonymous said...

Same tuan barang sy pos.. setelah 4 hari kstme call sruh check no tracking..bile check.. no found.. bile pegi jnt btanye mcm2 alasan pusing sane pusiang sini.. sekarang dh nk dkt 2 bulan... Siasat2 jwpan dye org... Mntak jasa baik sahabat2 ke mane harus sy.. lapor kan ye.. ������.. jnt akur dngn kesilapan die org.. dan ingin gnti rugi.sbnyak rm 100.... Sedangkan resit pmbayaran 1540�� adil ke mcm ni???

Anonymous said...

Minta jasa baik shabat2 ke mane sy bolih ajukan masaalah sy ni

Anonymous said...

Scammer tu..jgn jadi bodoh sgt mudah sgt nk percaya org x dikenali. Awk dh byr tu comfirm dia terus senyap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels