Atok sapa la nie ek.. Glamer kejap...
Adoiiii lahaiii...macam2 hal la... dunia dunia...
Tak tahu la nak gelak guling2 atau nak simpati.....
Umur dah tua...tapi masih lagi tahap bimbo...ke buang tebiat....
Tak tahu la aku...
Selalunya aku ni jarang nak komen hal2 dalam sotkabar..tak kisah la sotkabar Metro ke, Utusan ke, Harakah ke..sebab aku tak suka nak rumitkan keadaan blog aku yang aku tulis untuk cerita2 kosong aku je...
Tapi kalini hati tak menahan sungguh....nak gak komen....
Atuk kecewa cinta hampa
REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.
“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.
“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.
“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
**********************************************************************************************************************************
Adoiiii... glemer atok nie... kalau Attokz Dikulgai tu ok gak.. memang glemer la sebab orang kuat RAMIANs... (ahli peminat Ramlee Awang Murshid) :D
Ni atok nie glamer masuk paper Harian Metro sebab kecewa dengan gadis sekolah 16 tahun....Hajat d hati nak kahwin dengan budak sekolah yang baru 16 tahun tak kesampaian...kesian atok umur dah 60 tahun pun kena harungi suka duka alam percintaan lagi.... nak gelak rasa kesian plak kan..sakit ooo putus cinta.. tambah lagi sakit bila duit dah habis tanggung orang tu kan...
Betul la cinta tu buta tak mengenal pangkat darjat mahu pun usia kan... dari perasaan simpati melihat keluarga gadis 16 tahun nie susah manakalah budak sekolah nie terpaksa kerja..atok nie dengan sukarela (ke ada unsur paksaan) nak tanggung la budak ni bersekolah. Di suruhnya budak sekolah ni berenti kerja dan menumpukan perhatian kat sekolah je.. sebab atok ni boleh tanggungkan...
Mula2 katanya hubungan sekadar atok dan cucu je tapi lepas SEBULAN berkawan, tup2 atok ni jatuh chenta dan ajak la BUDAK SEKOLAH ni berkahwin bila dah habis sekolah...adoi la atok....agak2 la kan...budak 16 tahun yang baru nak lihat dunia ko dah ajak kawin...tolong ikhlas dah la..takyah la merembat budak sekolah tu..pastu bila dah kecewa tak tahu la kecewa sebab duit dah habis atau kecewa tak dapat pucuk muda..buat laporan polis, masuk paper plak tu... ayakkkk....aku tepuk dahi....
Lagi satu...parents budak sekolah tu..nak panggil apa kat atok nie...maknya muda lagi... baru 38 tahun... adoiiii.. mak lagi muda dari atok....
Tak salah nak kawin..apatah lagi dah 29 tahun menduda kan..tapi carilah yang lebih kurang..ramai Ibu Tunggal atau gadis2 yang lebih kurang umur ngn atok kan..beza 5-10 tahun pun ok lagi...
Tapi kisah nie jadi mungkin sebab atok kan.. kalau Dato or Dato Sri mungkin lain plak ceritanya kan.. :P
Apa pun jodoh semua d tangan Allah,rahsia Allah tak siapa pun yang boleh pertikaikan..tapi diam2 dah la.. takyah la masuk paper... malu la atok...
1 comment:
satu lagi berita pelik tp benar ;)
Post a Comment