Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, May 10, 2012

Laksamana Sunan - Sunan Musafir


Berat rasa hati nak menamatkan kisah pengembaraan laksamana sunan nie..dari Bagaikan Puteri aku ikuti, aku selami pengembaraannya, tanpa d sangka aku jatuh hati dengan Laksamana Sunan aka Saifudin dari Tanah Melayu merajuk membawa hati ke acheh..berguru dengan Wali Sufi..
Aku fikirkan kisahnya tamat d situ sahaja walaupun ada terbit rasa tidak puas hati..tapi rupanya kesinambungan masih ada - Cinta Sang Ratu menjengah d pasaran...
Mengikut kisah cinta Laksamana Sunan pada Sang Ratu - Ratna, membuatkan air mata aku menitis menyaksikan betapa tabahnya Sunan menghadapi kematian Ratna isteri yang tercinta yang d nikahi hanya kerana mahu selamatkan akidah Ratna dan juga utk mengelakkan fitnah...
Betapa kalini aku merasakan..siksanya menjadi Sunan..tapi tabahnya Sunan menghadapi segala dugaan dengan cinta pada Allah d dahulukan..redha atas segalanya..walaupun kematian Wali Sufi ibarat meragut sebahagian dari dirinya...aku pun sedih sangat masa nie... :((
Malah sanggup merawati ibu mertuanya, Maharani,yakni ibu angkat Ratna yang membunuh Ratna dengan tangannya sendiri walaupun itu bukan niat d hati....
Dan pengembaraan Laksamana Sunan seterusnya dalam Hijab Sang Pencinta membawa sebak rindu d dada merindui Sang Ratu...mengubati rasa rindu itu, kaki melangkah pulang ke kampung yang d tinggalkan sebegitu lama...namun kejahatan masih mengekori,bertarung dengan Hang Tuah, gara2 Sultan berdendam tidak dapat menikahi Haryani d Bagaikan Puteri dan kejahatan sentiasa ada d mana jua walaupun diri merentasi masa seperti kisah Al Hasbul Kahfi... terlontar ke abad 21..bertemu kembali dengan Haryani yang d jumpai d dalam Bagaikan Puteri... hati terbuka untuk bernikah sementelaah Sang Ratu telah bersemadi beratus tahun kebelakang...Malangnya d hari pernikahan Sunan d tembak mati si penjenayah yang berdendam kerana Sunan menghancurkan ajaran sesatnya.. dan sekali lagi air mata aku berjurai mengalir..." ahhh kesiannya Haryani, begitu mencintai Sunan dan tatkala kebahagiaan menghampiri, maut pula yang menjengah..Jasad Sunan berkecai d abad 21..roh kembali ke zamannya.. Usah d pertikaikan segala ketidaklojikan kerana kisah Al Hasbul Kahfi telah menceritakan segalanya...
Dan kisah ini berlanjutan tatkala Melaka d jajah Portugis tahun 1511...dalam Cinta Sufi... lemah akibat balikkan masa Al Hasbul Kahfi, Laksamana Sunan mudah d tawan Portugis d kala d temui lemah d persisiran pantai d Melaka...Catalina balu Portugis yang kematian suami seringkali bermimpi bertemu Maryam yang mengalunkan ayat2 suci yang indah d pendengarannya...takjub dengan mimpinya,Catalina belayar ke melaka dan d situlah pertemuannya dengan Laksamana Sunan merungkai segala mimpi misterinya selama ini. kagum dengan taatnya Sunan pada Allah..luhur dan tawaduknya Sunan sebagai hamba Allah membuka hati Catalina mengenali Islam. Bersangka baik pada Allah..menyerah segalanya pada Allah, Perjuangan yang d lalui oleh Catalina bersama Sunan untuk mencari Maryam membuatkan Catalina jatuh hati pada Sunan..
2 jiwa 2 hati ,Catalina n Luna dari bangsa Polip saling berebut - rebutan secara terhormat, menghormati pegangan Sunan sebagai muslim yang mencontohi akhlak Rasullah saw  utk memiliki Sunan sedangkan d hati Sunan hanyalah ada nama Ratna isteri yang tercinta walaupun sudah mangkat...telah d ikrarkan d hati tiada lagi cinta selepas Ratna..hanya cinta pada Allah melebihi segalanya..dan 2 hati itu d tolak secara baik tanpa ada niat ingin melukakan....mengikuti perjalanan Sunan kala ini..kerinduan, perjuangan menentang kesesatan atas nama Allah..sakitnya d dada aku rasakan.. rasanya aku lebih ingat sejarah Sunan dari sejarah melaka itu sendiri... :P teruk tul aku nie.. :D
D akhir cerita Sunan d bawa ke bawah tasik oleh haiwan peliharaan Hang Tuah - untuk mengubati luka Sunan...emmm bertemu lagi dua pendekar ini..sedangkan aku cukup tak suka dengan Hang Tuah,taat membabi buta membunuh sahabat setia konon demi Sultan terchenta...pirahhhh...phbbbbt tapi dalam hikayat Laksamana Sunan ni sedikit sebanyak aku tak dapat menafikan jasa Hang Tuah menolong Laksamana Sunan...dan aku terpaksa suka...Sungguh aku terkesan kan... don't tell anyone
Emmmm pengembaraan Sunan dalam Cinta Sufi terhenti lagi tapi masih belum tamat...bersua kembali d dalam Sutera Bidadari...
di sini pergolakan berlaku dalam diri sunan..."benarkah Ratna si isteri masih hidup kembali..jika tidak..suara siapakah yang memanggil2nya d alam tidak berdinding?"
Bersyair yang selalu d syairkan untuk si isteri semasa bersama
CINTA SANG RATU
LAKSANA LANGIT MENCENGKAM PURNAMA
IBARAT MUTIARA DILAUTAN BIRU
SAUJANA MATA MEMANDANG
SELUAS LANGIT TERBENTANG
TATKALA CINTA BERBISIK
SUARANYA MEMUJI TUHAN
APABILA RINDU TERUSIK
RASUL-NYA MENJADI PILIHAN
SAMPAI MASANYA CINTA JADI TARUHAN
SANG RATU MENJADI IMPIAN...
Masih lagi menentang kejahatan..masih lagi dengan usaha2 murni mencontohi akhlak sifat Rasulullah dalam peperangan menentang kejahatan..memaafkan Taghut yang dari zaman berzaman menipu dan menyesatkan ramai manusia.. sehinggakan puak Polips yang selama ini membantu Laksamana Sunan dalam mengharungi peperangan berasa kecil hati kerana taghut ini membunuh ramai kaum polips ni...
Walaupun begitu Laksamana Sunan tetap ingin mencontohi akhlak Rasullullah SAW memaafkan orang yang telah sedar dari kesilapannya..maka Taghut dengan izin Allah d saat akhirnya cuba menjadi manusia yang bertaubat...
Dan setelah setelah 5 novel berlalu..kini tibalah masanya RAM - penulis karya Laksamana Sunan ni menutup kisah ini...walaupun berat hati, seolah2 Laksamana Sunan dan RAM telah sebati..namun bak kata RAM "Perpisahan selepas pertemuan adalah pasti tetapi pertemuan selepas perpisahan..insyallah..."
So aku dah bertemu Laksamana Sunan..sudah ikuti perjuangan, sudah menangis kerana Sunan..maka tibalah saat perpisahan dengan salam Sunan Musafir...
Perlukah aku ulas novel ini sebabkan novel ini belum ada d pasaran lagi..hanya 1000 naskah sahaja d cetak dan d jual d Pesta buku antarabangsa yang lepas..maka hanya 1000 orang yang bertuah sahaja  mendapatnya... termasuk aku..kira bertuah la kan.. :)) dan rasa macam tak adil bagi yang belum mebacanya..tapi kalau aku ulas sekali pun..kiranya anda mengikuti kisah Laksamana Sunan ini dari mula..tentu akan d terjah jua novel tatkala berada d pasaran..:D
Sunan Musafir berkisarkan pengisahaan Kiai Kelana kepada Andika mengenai pengembaraan Laksamana Sunan..yang terhenti d Sutera Bidadari..bagaimana Sunan berjumpa kembali dengan Sang Ratu..benarkah Sang Ratu hidup kembali.. apakah yang membuatkan Sang Ratu menjelma kembali..Terselamatkah Losai dan Jingga dalam tahanan Penghulu..siapa Penghulu? Bagaimana Penghulu memiliki patung Sang Dewi? Bagaimana pula perjalanan Sunan dalam mengiringi Catalina pulang ke Portugal setelah memeluk Islam..berjumpakah Catalina dengan Maryam..siapakah Maryam? Bagaimana dengan Haryani..berjumpakah Haryani dengan Sunan? Apakah Haryani masih mengharapkan lagi Sunan?
Bagaimana pula dengan Saifullah?Masih wujudkah kaum Polip lagi?
Siapakah Kiai Kelana?Andika? Kaitan mereka dengan Laksamana Sunan?
Semua itu akan terjawab dalam Sunan terakhir - Sunan Musafir...tiada lagi Sunan selepas ini tapi aku mendoakan agar Allah membukakan pintu hati RAM untuk menulis kembali kisah Sunan..mana tahu kan.. hehehehe....
Dan mengikut kata penulis itu sendiri ending untuk Sunan Musafir ini d rombak sebanyak 5 6 7 kali.. aku ingat2 lupa.. :D  sebab tatkala beliau cuba mematikan watak Sunan..terasa sakit d jiwa... bukankah kematian itu d benci walaupun kehadirannya amat pasti...gile sehhh kalau Sunan mati..mau aku moody gile dan takkan ada ulangan pembacaan novel nie walaupun bak kata Sunan "mati tu pasti hidup tu insyallah...."
Demi menghormati pihak Admin kelab RAMFC, aku takkan review Sunan Musafir ni d sini... taknak bagi spoiler pada novel yang d nanti sekian lama...tunggu sehingga novel ni menjengah d pasaran...baru aku menulisnya --> kalau rajin le.. :P
Cuma kalau ikut pendapat peribadi aku yang mengikuti kisah pengembaraan Sunan nie..percayalah walaupun sehingga 6 siri..anda tidak akan kecewa...dan untuk anda yang baru berjinak2 dengan Laksamana Sunan nie.. anda bertuah sebab tak perlu menunggu2 kesinambungannya dari tahun 2005 tau...seperti aku..siksa zahir batin u....
Dan walaupun kisah ini sekiranya anda membaca review ini seolah kisah cinta epik..percayalah.. anda salah.. bukan kisah cinta sesama manusia yang d paparkan..kisah cinta yang lebih agung, kepada Allah jua yang lebih abadi.Dan perjuangan yang d tempuhi oleh Laksamana Sunan membuatkan aku percaya bahawa Sunan memang wujud dalam sejarah tamadun Melayu..sampai macam tu sekali dekatnya aku dengan Laksamana Sunan..tabik spring la untuk penulisnya Ramlee Awang Murshid.. :)

" Apabila hujan turun melimpahlah air di perbukitan. Aliran menerjah ke batu. Melekuk tanda waktu beralih. Seiring nyawa menghanyut usia. Sejalan nafas melangkah ke hujung. Awan kalau dapat dicapai maka saktilah hamba. Kau bagaikan puteri . " 
&
Sebagai manusia, kita sayang padamu
Laksamana Sunan

Terima kasih Ramlee Awang Murshid atas khazanah yang tak ternilai harganya untuk aku simpan sebagai koleksi paling berharga....
Terima kasih jua kerana memperkenalkan aku dengan Laksamana Sunan..Laksamana yang hebat kurniaan Allah swt..
Sedey akhirnya d mana aku telah tamatkan Laksamana Sunan dan tamatkan N3 aku kali ini..

15 comments:

Fazlinil Irma said...

lpas baca entry ni, sy terdetik,
'nak tunggu sunan musafir keluar di pasaran pastu beli semua.'

mana tau kalau RAM buat edisi khas 6 buku dlm satu set pastu buat kotak khas. mcm LOTR dan Harry Potter. :)

hahhh.. verangan. ;)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

seronok baca kisah laksamana

Eera Shera said...

bestnye review akak ni. buat sy sedih tau. x best la sunan xde. ni la satu2nye novel melayu bersiri palng pnjg dan x bosan walopon dah smpi episod akhir. moga Allah bg kekuatan RAM utk menulis. RAM sgt best kan!

ps: jeles tau akk dpt beli hard cover..sob3 :(

eyrajabar said...

bila Sunan Musafir nak keluar di pasaran yer...tak sabarrrrr

An said...

As salam lyza..touching sungguh kita baca review dwi trologi nie.

Kita juga dh ketemu "Sunan Musafir" & mmg sedih kita terpaksa berpisah dgn Sunan..huhu(T_T)

lyza said...

Irma..
Anda sangat bertuah takyah tunggu lama2..sangat tersiksa zahir batin tau.. hehehehe

Atuk..
Ramlee Awang Murshid nie memang terkenal dgn cerita thriller dan keislaman..lain dari novel2 chenta chentun yang berlambak d pasaran..

lyza said...

Eera..
Doa je la hope abg RAM nak buat lagi d masa akan datang..:)
memang seronok dapat hard kaver.. hehehe...

An
kan..sedey kan...tapi apa pun selagi endingnya hepi..kira ok la.. sb boleh mengulang novel tu.. :D

masyedgirl305 said...

saya pn minat baca novel...da byk koleksi saya ada,lbh kurg 100 lbh..novel t'baru siti rosmizah saya da bli tp bl0m bca lg...sronok klu dpt jd follower yg ada mnt sma..slain tu saya jgk mnt kumpul magnet peti sejuk. :)

Apple said...

bg la spoiler.. bole x?? emel kn...

Anonymous said...

sayapun baru terjebak dgn laksamana sunan..and yes! i fall in love with him ...*jiwang sehh...terus terpikir,mcmmana nak jadi sabar mcm saifuddin :)

izzwan shah said...

saye lagi suke sunan bersama haryani ! T^T

izzwan shah said...

huhuk . sedey nye baru bace kau bagaikan puteri . korang dah bce smpai sunan musafir . kau bagaikn puteri pon tk bce hbez . bnci nk bce bub dorang dah terpisah . :'( huhuk ..

Anonymous said...

saya asal nya mmg x minat nk baca novel yg penulisnya lelaki, tapi sejak terbaca novel cinta sang ratu, trus saya jadi peminat setia RAM... mmg x bosan.. bahkan mendidik jiwa.

Anonymous said...

As salam....

My friend telah bercerita pasal penulis kesayangannya RAM but I just ignore...ok....am not a big fan of thriller novel ok...

So it happen I beli "Bagaikan Puteri" masa pesta buku k kraf and just keep it for a few months, mmg x de hati lagi nak baca....but don't know y last 2 days tergerak nak baca and u guys know what...I really in love with Bagaikan Puteri and d most is Laksamana Sunan aka Saifudin Jalis...I love his character....tampan, beriman dan berakhlak....rasa semasa baca hati berzikir sebagaimana Sunan membasahkan bibir dan hati dgn zikrullah....so touching..of course the best idol is Rasulullah s.a.w.

This is my personal view after I have read "Bagaikan Puteri".....

Bravo Ramli Awang Murshid!!!!

Anonymous said...

suka sangat kat Laksamana Sunan!! >_< Terpikat dengan keperibadiannya.. ♥♡♥♡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels