Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, February 9, 2012

Dang Suria Kurang Ajar??

Semalam layan On Air..last week masa Judge Jemputan Datin Seri Normala datang..takda la kecoh sangat komen2 beliau...cantik Datin Seri nie...luv u la Datin love struck
Tapi semalam......kecoh la plak sebab komen kurang ajar Dang Suria
Kurang ajar ke kalau komen
 " nak buat macam mana..dah memang dia tak handsome"
atau
"Saya rasa kalau dia jadi pengacara, dia akan jadi pengacara yang d benci penonton, mungkin penonton sendiri akan tukar channel lain bila tengok wajahnya"
atau
Mengkritik orang tu gemuk dan tak layak berada d rancangan On Air untuk menjadi pengacara.
Kena bagi pinggang tu kecil dulu then baru datang semula...
Kurang ajar ke? Tepuk dada tanya la selera anda bagaimana kan
 Cuma bagi aku ...Handsome atau tak handsome rupa paras seseorang itu kurniaan Allah swt..napa perlu d pertikaikan..
Lagi pun kacak,cantik perkara subjektif..bagi kita dia tak lawa tapi bagi orang lain berpendapat sebaliknya. 
Agaknya macam mana perasaan Dang Suria kalau orang kutuk dia secara personal atau dia memang kalis kutukan? Lagi satu..dia tu perasaan lawa la kut sebab layak jadi pengacara kan..katanya lagi semalam
" Dunia ni memang kejam..sebab orang nak tengok yang lawa2 je" lebih kurang camtu la..

Tapi peserta pun sama..yang nak g audition tu please la..tengok la anda layak ke tak..ini tergagap2.. dok aa uuu aaa pastu cakap plak macam orang malas dan berbisik2 macam sorang peserta ntah apa nama dia.. cakap langsung tak buka mulut...camno nak jadi pengacara...kalau rupa kurang, patutnya ada beauty brain..ada knowledge..baru le betul....Judge pun mesti la amik port n tertarik gak..rupa boleh d adjust.. Dang Suria dulu pun tak lawo gak..bila dah d make up bagai berubah juga..Erra Fazira, Ziana Zain, ramai la lagi artis.. cuba tengok d awal kemunculan dorang..takda la lawo mana pun..tapi bila dah d ubah suai sana sini... malatoppp...so macam tu gak para peserta On Air..if anda ada beauty brain, bakat  dan berkelayakan, Insyallah peluang tu ada...
---> amboiii liza..ko plak dah pandai komen...:P

Apa pun aku rasa ni mungkin satu gimik gak kut nak kasik rating On Air ni meletup and orang akan saksikan nanti dan paling penting akan ada Undian SMS....so kalau rating rendah..sapa nak tengokkan.. kalau takda sapa nak tengok..camne orang nak undikan.kalau orang tak undi..macam mana pihak telekomunikasi and Asto nak untung kan.. :)) :))

Lu pikir la sendiri..Sekian laporan tak rasmi dari aku yang suka sangat dengan Aznil Hj Nawawi.. ;)

9 comments:

LydSunshine said...

Bibir dia apsal jadi gitu?

Anonymous said...

Mahathir Lokman,Suhaimi Sulaiman dan Oprah Winfrey tu gemuk dan tak lawa tapi mampu jadi wartawan penyiaran hebat,komen tak ada otak,dia sendiri baca berita kat NTV7 tergagap-gagap ada hati nak komen orang. Komen dia ni menghina ciptaan Allah....

dhiera said...

saya tak tengok on air.. tapi nape muka dia dah buruk ea?

Anonymous said...

bibir dia mcm suntik botox je..lawa sgt la tu...

Botak said...

tak minat langsung rancangan realiti kat m'sia ni., ntah hape²., judgenya pun ntah hape²..

ieja amieja said...

sume org tanye tang bibir dang suria..sy pun pelek jg..hehe..

lyza said...

Umi
kena sengat tebuan kut..kehkehkeh...

Anonymous
Betul tu...dia pun biasa2 je..Datin Sri Normala lagi lawo n vogue pun tak kerek camtu kan..

Dhiera
Saya ingat saya sorang je nampak dia cenggitu

lyza said...

Anonymous
Dia rasa la..

Botak
Sama le kita..ni tengok pun sebab lain sikit dari pencarian menyanyi dan berlakun..

Ieja
Kita tunggu kalau2 tuan punya diri nak jawab..tapi stendet la jawapan retis nie..kesan make up..tak pun bak kata Rohana Jalut kesan amik air wudu'

pena rozie said...

Dah lame tak tengok dang suria bertambah2 cantik die sekarang. ha3.... lu pikir la sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels