Tuan punya blog ada masanya kebuntuan idea..selalu jadi camnie...
So jenuh dok pk..apa yang perlu aku lakukan supaya blog aku ni tak bersawang dan terus bernyawa..
Takkan nak tulis jiwang2 cintan cintun plak..tak sesuweii u..
lain ler klau aku ni berchenta dengan Cristiano Ronaldo..ok gak kan..bleh gak dapat follower juta2..
Jenuh aku fikir2kan...klau kat blog lain..ada masakan or resipi..tapi aku ni, nama je wanita aka wife aka mak pada 3 orang anak, tapi pemalas ya rabbi nak memasak...apatah lagi nak snap gambar tempek kt sini.. memang itu bukan aku..
Hobi FM aku plak..rasa cam dah sampai ke penghujung..dah kurang trade,kurang beli compare masa zaman blog ni d tubuhkan...cam company plak..:P
Jenuh dok pk..tetiba...yeayyyy idea mari...
Aku nak review story book aka novel la plak pasni..yang pastinya..novel melayu la..aku kan pechenta novel2 melayu....
Harini..untuk permulaan..aku nak kasik review untuk Novel Anarkis - Khairul Nizam Khairani terbitan PTS.. tahun terbitan June 2010 - aku baru je baca..:P
Sinopsis :
Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.
Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.
Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!
Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...
ANARKIS!

*******************************************************************************************************
Pendapat aku plak, novel nie sangat best..lain dari novel cintan cintun yang kekdang tu membosankan..
Gaya penceritaan dari penulis sangat hidup, dialog yang bersahaja dan memudahkan pembaca menghayati watak. Plot yang tidak meleret.
Membaca bab yang pertama je sudah cukup menyaspenkan hati aku. Melangkah ke bab ke2 dan ke3 membuatkan aku tak sabar nak tahu kesudahannya. Banyak adegan tegang yang meyakitkan hati aku, meggeramkan dan menganggu emosi aku..bukan apa..sebab terlampau simpati dengan watak utama..Sarjan Awai.
Paling menyentuh perasaan aku tatkala Sarjan Awai d rawat d hospital.Dr Jason ingin membalas budi kerana Sarjan Awai menyelamatkan anaknya dari tangan penculik tetapi Sarjan Awai meronta tidak rela. Datang Arman memberi sebab musabab Sarjan Awai menolak jasa Dr Jason - MARUAH -
Antara dialog yang sangat menyentuh hati aku
"Doktor..." Arman memandang tepat ke wajah Doktor Jason. " Doktor,Sjn Awai merasakan yang doktor telah mengambil semuanya benda berharga dalam hidupnya.Isteri,anaknya,keluarganya,kebahagiaan yang dirindu dan didambakannya sewaktu dia masih di Crotia.Dia telah kehilangan segala-galanya di tangan doktor. Apa yang tinggal hanyalah maruah dirinya namun jika doktor menjadi orang yang menyelamatkan nyawanya,maka maruahnya juga telah diambil oleh kamu. Sjn Awai lebih rela mati daripada terhutang nyawa dengan orang yang telah mengambil segala kebahagiaannya termasuklah maruah dirinya.Jadi doktor, tolonglah. Benarkan Sarjan Awai menggenggam maruah dirinya!" pinta arman
Nak tahu kesudahan novel nie..sila la terjah ke MPH,Popular atau kedai buku yang seangkatan dengannya...

2 comments:
Dah lama tak baca novel.
Kena baca balik nie...^_^
Post a Comment