Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, June 20, 2011

Arwah Abah dalam kenangan

Al Fatihah untuk abah..Moga roh abah d cucuri rahmat dan d tempatkan d golongan para soleh..
Hari ini genap 6 tahun arwah abah meninggal..sakit,dah lama..hampir 12 tahun abah lumpuh sebelah badan.. sebelah kanan..
Tak boleh bercakap,tak boleh mengingati segala kenangan yang lepas,juga tak tak mengenali anak2,family,keluarga,kawan2,kenalan dan sesiapa sahaja yang pernah menjadi sebahagian dari hidup arwah abah..
Setelah beberapa lama..Alhamdulillah..walaupun arwah abah tetap lumpuh..tapi ingatan semakin baik.. dapat juga mengingati serba sedikit kenangan lama..dan dapat juga mengenali insan2 yang terdekat..
Arwah abah cikgu..cikgu sekolah rendah..dan juga pemain sepak takraw..Pernah ke Manila,Philippine bermain dan juga menjadi jurulatih setelah bersara bermain..
Pernah mengajar d sekolah Sultan Yusuf AMD Taiping..(B4 tu kat Pantai Remis..aku tak ingat nama sekolah.sb aku belum wujud lagi..:P )
Sekolah Sultan Yusuf AMD Taiping sekolah yang paling aku sayang,sekolah yang banyak meninggalkan kenangan manis untuk aku..dan sampai skg ni masih merindui kawan2 lama yang telah hilang tak tahu d mana..dah jumpa sorang..tapi dia macam taknak buat jejak kasih dengan aku je.. :(
Arwah abah mengajar,menjadi guru kelas aku semasa aku d Darjah 5..masih aku ingat lagi soalan pertama yang aku tanya.."Nanti kat sekolah,dalam kelas kaklong (aku ler tu)  nak panggil abah apa?"
Abah jawab "cikgu la"
Ingatkan bila abah jadi guru kelas,ada la keistimewaannya..tapi rupanya sama gak..still kena marah dengan abah gak kalau buat salah..cuma yang best,kalau kerja sekolah tak siap..abah tak marah aku d kelas.. tapi balik rumah kena denda..tapi tak kisah..sebab boleh tiru buku kawan2 yang lain,abah bawa balik untuk check kan..then aku curi2 tiru...abah mengajar subject Math,BM dan Alam dan Manusia..perangai huduh.. jangan tiru okayy...
Masa aku darjah 6..ketika cuti penggal terakhir darjah 5..abah bertukar sekolah mengajar di Sri Kurau,Anak Kurau Batu Kurau Taiping Perak
Tersiksa zahir batin aku masa sekolah d sini(bukan satu sekolah dengan arwah abah - sekolah lain)
Mujur la 2 tahun aje bersekolah d Batu Kurau..alhamdulillah.. :D tu pun rasa bertahun2 aku d sana.. memang tak sabar nak keluar dari sekolah nie..
Semasa pertengahan aku d tingkatan 1 - pertengahan musim sekolah,arwah abah dapat tukar mengajar d Sekolah Changkat Jering Taiping...hohoho..aku la orang paling lega sekali.. 
Arwah abah mengajar d Changkat Jering,aku plak d tukar ke Sek Men Dr Burhanudin Taiping...
Dan inilah sekolah paling best..dengan kawan2 sekepala..dengan cikgu2 yang best dan segala xtvt da boom.. 
Sayangnya,arwah abah tak lama mengajar d Changkat Jering nie..
Masa aku d Tingkatan 5,abah d masukkan d hospital Taiping,rupanya abah dah lama sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis...emmm penyakit 3 serangkai,tapi tiap kali abah rasa sakit d dada, abah just sapu minyak and tidur,,bila bangun tido,sakit dah hilang..begitulah untuk beberapa lama..sehinggalah kesakitan tu tak reda..barulah abah ke hospital dan terus kena tahan..
D hospital abah okay..d beri rawatan sewajarnya..doktor cakap,esok tu abah dah boleh keluar setelah beberapa hari d tahan d wad..
Tapi..kuasa Allah,siapalah kita untuk menahannya..Dugaan datang,abah d serang stroke malam tu, sehingga menyebabkan dia jatuh dari katil..dan mulai dari haritu..kehidupan kami sekeluarga berubah..
Apa pun dugaan,apa pun rintangan..segalanya harus d hadapi dengan tabah dan pasrah..
Hampir 12 tahun abah sakit,akhirnya..Abah d jemput Allah selamanya2...masa tu aku dalam pantang anak ke2,Natasha,ada hikmah  aku d tipu agent pembantu rumah..2k duit aku lesap camtu je..duit bonus plak tu.. walaupun bengang sangat waktu tu..tapi akhirnya aku nampak hikmah d sebalik semua tu.. aku balik berpantang d Taiping..dan abah dapat lihat cucu ke2nya...
Tapi apa pun..duit tu..aku tetap takkan halalkan dunia akhirat...
Arwah semasa hayatnya...sejak sakit..kami tak dapat lagi makan kek gulung n kek oren hasil air tangan abah yang maveles...
Kenangan terindah aku dan abah semasa kecil..comel tak aku? :D
Al Fatihah untuk abah...Moga kita sekeluarga bersatu d sana nanti..
Miss you so much abah...

1 comment:

Anonymous said...

Al Fatihah, cikgu aku di Sekolah Sultan Yusuf AMD Taiping tahun 1982, masa tu darjah 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels