Meh jadi kawan saya.. ^_^

Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri Salam Penuh Kemaafan

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Tahun ni mood raya belum mari..dengan MH370, MH17,GAZA dan last friday (semalam) makcik kesayangan pulang selamanya kepangkuan Ilahi,mood raya memang merundum.. Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Lyza Amran / kaklong liza, d dunia yang nyata ataupun d alam maya, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama ini andai ada kata menyinggung jiwa ada perbuatan menyakiti hati,ada kata2 meracun semuanya..ampun dan maaf ku pohonkan..kosong kosong 

Rindunya dengan didi..Pertama kali beraya tanpa dia d sisi.. semakin lama hidup..semakin banyak kehilangan...arwah abah,arwah nenek (both side) arwah atok (both side gak)..rindu tak terkata berladung d hati..
Rindu pada kenangan yang lalu..apa pun saat yang ku lalui bersama yang tersayang adalah detik paling indah dalam hidup ini.
RIndu pada yang telah pergi bukan bermakna tidak menghargai apa yang ada sekarang ini.. cuma rindu yang mengusik d kalbu bersama dengan kenangan yang tercipta sukar untuk d lupakan begitu sahaja...

Wednesday, July 23, 2014

Pabila Nyamuk Membalas Dendam

Hah amik ko...
Demam tumbang hampir seminggu... dari hari Jumaat tumbang sampai la harini belum berapa sihat sangat lagi.
Dah pergi doc, dah check darah.. doc tak dapat check denggi dalam darah tapi segala tanda2 denggi dah ada kat badan nie.. antara

1 - Badan naik bintik2 merah.. memula d leher dan belakang.. now dah merebak ke kaki, tapak tangan, dan seluruh badan.. gatal kemain..
2 - Biji mata rasa nak tersembul keluar..sakit ya amat.. dari aku tumbang hari Jumaat, last aku membaca novel hari Sabtu.. lepas tu sampai la ke harini aku takleh tekun baca novel. Mata sakit ya amat.. rasa nak terkeluar je biji mata nie
3 - Kepala berdenyut2..agaknya mata aku sakit.. so urat bersambung dengan kepala kut.. setiap kali aku pejam mata, kepala rasa ok je.. kalau mata terkena matahari or cahaya yang terang.. sakit kepala terus menyerang.. macam ada orang ketuk gendang daaa dalam kepala
4 - Loya..udah macam orang pregnant plak asik meloya je.. mulut pahit sangat.. 

Tu antara tanda2 denggi menyerang..tapi entahlah 2x check darah..takda plak cell denggi dalam darah tu.. Patlet darah aku menurun tapi takla banyak.. memula check 168 (normal dalam 200 macam tu), 2nd day check turun lagi 162 plak..walaupun aku dah puas makan ketam, kiwi, air kelapa n 100 plus.. tapi doc cakap ok je sebab turun tak banyak
So esok, Khamis kena pergi lagi amik darah untuk kali ke3.. final test la.. hope takda apa2 sebab aku mau bali Taiping,,,, Raya oooooo....
Ok la.. takleh tulis panjang..mata sakit nak membaca dan tenung pc lama2.. bosan gile hidup takda novel d tangan...
Hai la nyamuk.. kalau ya pun nak balas dendam.. tunggu la lepas Raya.

T__T


NoTa KaKi : Pasni turun kebun kena macam orang Eskimo.. tutup segalanya...

Thursday, July 10, 2014

Pray For Gaza

You don't need to be Muslim to stand up for Gaza,
You just need to be human
And
You dont have to be a Muslim to care about
Gaza. This is not a matter of religion, it’s a
matter of humanity. 

Gaza d serang lagi.. 
T__T 
Pilu hati menatap gambar2 kanak2 kecil yang tak tahu erti kehidupan d bom, berkecai sana sini. Terbayang pada anak2 sendiri. Ya Allah..sedihnya...

D saat kita bergembira Germany menang, kanak2 ini menjadi mangsa bedilan peluru tak bermata..
D kala kita menangis meratapi kekalahan Brazil, d sana saudara kita menangis kehilangan yang tersayang..
D kala kita ejek mengejek pasukan World Cup yang kalah,
kita ketawakan pasukan yang tewas dan meraikan pasukan yang menang, umat Islam d sana menahan debaran d hati d bedil Israel tak berperikemanusiaan..
Kita bersahur dengan tenang,mereka d sana bagaimana keadaannya
Kita berbuka dengan pembaziran d Bazar Ramadhan dan d meja hidangan buffet mereka d sana apakah juadahnya..

*****************************************************************************
Erti RM1.. or kempem RM1
KEMPEN RM1.00...
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....

RM1 jerr....RM1...RM1.00... RM1.00.....
KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
******************************************************************************************************
Sesungguhnya tak tergamak hati aku nak share picture mereka yang tertewas d sini. Kanak2 yang d bom, mayat yang berkecai sana sini..hancur luluh hati ini...sedih tak terkata.. cuma, biarlah gambar ini yang berbicara..n dat y aku respect n salute dengan mamat nie..biarlah dunia memburukkan dia (reporter bangsa depa gak la..), biarlah dia d gelar bongkak angkuh sombong, tapi sekurang2nya dia buat apa yang patut dia buat. Malah golden boot yang dia menang pun dia lelong n hasil jualan lelong tu d salurkan ke Palestine...

NoTa KaKi : Tak menulis pasal Gaza tak semestinya tak amik peduli, keterujaan terhadap World Cup tak semestinya tak kisah hal lain. Masakan semua harus d tulis d status FB kan.. Solat, sedekah, mop rumah,kemas rumah, kencing,berak, tak update kat FB, apakah itu bermakna kita tak lakukannya juga?? Fikir2kanlah.. takkan setiap langkah kaki ini bergerak harus d update d FB kan...

Wednesday, July 9, 2014

Perjalanan Hampir Berakhir

Well said.. World Cup 2014 dah menghampiri ke garisan penamat..
applause
Minggu last la jadi burung hantu..pasni boleh la tidur ikut time Malaysia semula...
hehehehe..
Apa yang pastinya Semifinal awal pagi tadi gile terkejut aku pabila Brazil d belasah 7-1..pasni kena jadi alien la sorok muka alien
Ok la to be honest aku suka Brazil..sokong Brazil dari zaman Ronaldo Botak lagi.. walaupun macam tu aku tetap kenal Pele hokayyy... peace sign
N
 To be honest lagi.. aku memang bet Germany menang walaupun aku sokong Brazil..tapi tetap kena realitstik kan walaupun sampai harini masih tak percaya last Champ kena belasah Oranje n terkeluar awal..
(motip dari Semifinal ke Grup Stage punya cerita)
Apa pun itulah keindahan bola sepak apa lagi kejohanan besar puncak segala bola
 - WORLD CUP -
 nak taknak harus kena percaya dengan apa yang terjadi. Bola tu bulat maaa.. mana2 pun bola tu boleh d golekkan..
Tahun ni menyaksikan banyak kejutan,
 England, Spain, Portugal tak lepas Grup Stage, 
Italy Uruguay kandas d peringkat kalah mati..
Pastu team2 kecil yang langsung tak d sangka, kehadiran team nie memberi impact besar pada World Cup kali nie..
Chile, Colombia, Mexico, Algeria.. terus terang aku katakan, terkandasnya mereka d peringkat 16 dan suku akhir membuatkan hati aku turut merasa belas.. 
Chile vs Brazil (peringkat 16) fuhhh nyaris Brazil d malukan, dengan Chile pun takleh makan sampai bawa ke Penalti untuk menentukan kemenangan.. (masa ni dah terdetik d hati aku, Brazil takkan jadi Champ)
Suku akhir jumpa plak dengan Colombia.. pun terpaksa berhempas pulas untuk menang, padahal Colombia team biasa2 je.. 
Ohh goshhh...rasa macam jatuh chenta dengan James Rodriguez
Penghargaan dari David Luiz utk James Rodriguez..sangat awesome persembahan James n Colombia masa nie...
Team yang biasa2 nie la yang jadi luar biasa pada World Cup tahun nie.. 
So kita tunggu keputusan awal pagi esok plak 
Netherlands vs Argentina..
Aku pegang bendera Netherlands la pagi nie.. hehehe
Sebab ada RVP.. ManU player.. hee hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels