Lately nie aku tak tau nak tulis apa..
Sian blog aku..dah penuh sampah sarap dan sawang sebab tuan punya blog kehabisan idea..
Nopeeee...idea tetap aku..cuma mood tu je payah...
Tetambah harini..gile punya moody...takpa la..nak kata apa..terima je la..siapa la aku kan....
D sebabkan mood aku yang sangat kacau bilau untuk harini dan beberapa hari sebelum harini... maka aku cuba utk me release kan moody aku tu ke
dan aku berjaya..rasa ok sikit la..konon2nya..dan menyopping 5 novel untuk aku, 3 komik Doreamon untuk anak2 aku..sangat maveles..sebab harganya tak sampai pun RM100..berbaloi2...
Kononnya dengan membaca novel,aku kan berjaya merelease kan tension aku..tapi rupanya harini bertambah lagi tension and moody..
mana taknya...gara2 novel ANTARA DENDAM & RINDU - karya - RABIHAH NUR RIDHUAN
aku moody lagi...
Gile seh novel nie...aku cukup tak puas hati..kena dera,kena rampas harta,adik mati kena bunuh.. bertahun2 berdendam..tiba masa membalas dendam..dengan mudah plak TERJATUH CINTA dengan anak c pendera tu...adusssssssss....lg aku tension..
Tapi nak komen lebih2..tak boleh lagi..sebab aku belum khatam..
So..bye2 my blog..aku nak khatam kan dis novel..;)
****************************************************************
Sinopsis :-
Sikap tamak itu telah melontarkan Mariam Qistina
ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga
bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan
sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam
Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka
Semuanya angkara sikap tamak mereka ke atas
harta-hartanya.
Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina
bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah
dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam
Qistina telah menukar identitinya dan memaksa
hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki
Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia
memperdagangkan cintanya? Perlukah dia
mengorbankan hatinya? Sanggupkah dia punahkan
perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya
itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan
nasibnya di tangan Luqman Hakim?

No comments:
Post a Comment