Meh jadi kawan saya.. ^_^

Thursday, May 5, 2011

Dah ku katakan..

Sudah ku katakan..degil..taknak dengar cakap...sekarang ni..tanggung la sendiri.. X(

Jangan dok tau nak komplen je... :-@ takda sapa nak dengar dah...%-(
Tapi ok gak Real kalah..memang tu yang aku nak..if idak..CR jumpa MANU..aku tido kat rumah tak tengok final... ;P tak sanggup.. ;))If masih setia bersama MANU..kan boleh ke final lagi..menang kalah belakang kira..janji ke final.. degil..nak gak pindah ke Real...tengok..apa dah jadi...haishhh....[-( [-(
wahhhh berleter mak..geram n frust....huh :-L

C.Ronaldo naik angin

BARCELONA: Bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengulangi dakwaan jurulatih Jose Mourinho bahawa musuh tradisi Barcelona mendapat layanan istimewa pengadil selepas seri 1-1 dalam pertembungan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara yang menyaksikan Barca melangkah ke final menerusi agregat 3-1.
Bekas pemain Manchester United itu yang ditenggelami kehebatan pemain terbaik dunia dua kali Barcelona, Lionel Messi dalam dua pertemuan kedua-dua pasukan berang terutama membabitkan keputusan pengadil dari Belgium, Frank De Bleeckere yang membatalkan gol Gonzalo Higuain pada awal separuh masa kedua.

De Bleeckere antara salah seorang pengadil yang menjadi mangsa kecaman Mourinho berikutan kontroversi yang tercetus minggu lalu menyalahkan Ronaldo kerana mengasari Javier Mascherano yang menjadi punca gol pertama Barca walaupun pada awalnya pemain pertahanan Gerard Pique menolak Ronaldo.
Jika gol mereka dikira, ia akan memberi kelebihan untuk Real mendahului 1-0 sekali gus mempunyai peluang untuk mengatasi Barca.

“Usaha mengatasi kelebihan Barcelona pada pusingan pertama adalah Mission Impossible 4,” kata pemain berusia 26 tahun itu yang menjaringkan gol tunggal untuk Madrid menjulang kejuaraan Piala Raja Sepanyol dengan menundukkan Barcelona hujung bulan lalu.

“Kami tahu apa yang akan berlaku. Kami sudah lali selepas apa yang berlaku pada pusingan pertama. Gol Higuain sepatutnya dikira. Sekali lagi kami terpaksa menerima hakikat itu. Pique menolak saya dan saya terjatuh lalu terlanggar Mascherano yang pernah beraksi di England (bersama West Ham dan Liverpool) tapi tidak berlakon sakit itu, tapi di sini dia melakukannya seperti orang lain.
“Gol awal kami sepatutnya dibenarkan, ia boleh mengubah perlawanan namun keputusan pengadil sebaliknya. Siapa mengetahui tentang bola sepak tahu Barcelona mendapat perlindungan istimewa. Kami perlu terima ketidakadilan ini,” kata pemain Portugal itu. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels