Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, October 26, 2010

Meng xcesise kan jari...

Marah DBP nie menggunakan perkataan meng xcesise nie...tkde dalam mana2 kamus pun...hahaha....
Saja je..lately ni tak banyak menggunakan jariku yang lemah gemalai ni utk menaip dalam blog nie..apa nak buat.. stok FM semakin berkurangan....huhuhuhu...sooyaree..bila nak masuk fm baru..ngeh ngeh ngeh..nak fm wording lagi...hahaha...
Nak cerita pasal bola la kali ni....minggu ni minggu paling best..setelah sekian lama aku marah n geram gile dgn MANU...huhuhu...asyik seri je kan...bila nak menang..akhirnya....memang gak masa VS Stoke...sib baik la ada Hernandes..pemain from Mexico...2 goal..from him..great...keep it up MANU..moga segala kucar kacir antara pemain n pengurus berakhir sudah...dan moga MANU melakar kejayaan demi kejayaan....

Pastu kan..nak cerita pasal CR - Cristiano Ronaldo...wowwwww..his my man...hahahaha...bestnyaaaa... menjadi2 d bawah kendalian Jurulatih kelahiran Portugal...Jose Mourinho....1st time setelah sekian lama bermain bola...score 4 goal dalam satu perlawanan.....yes yes yes...bestnyaaaa....go CR go...love you so much la...gedikksss..bunyiknya...kehkehkeh....
Jom kita baca artikel dari http://www.hmetro.com.my

Impak dari Portugal

MADRID: Gabungan dua sensasi Portugal, Jose Mourinho dan Cristiano Ronaldo nyata memberi impak luar biasa kepada Real Madrid apabila kelab gergasi itu cemerlang menundukkan lawan pada saingan liga serta aksi antarabangsa sekali gus muncul pendahulu liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.
Real membelasah Racing Santander 6-1 di Santiago Bernabeu Sabtu lalu untuk merampas kedudukan pendahulu daripada Barcelona dengan Ronaldo cemerlang meledakkan lapan gol dalam tiga perlawanan terakhir.

“Saya sangat gembira kerana tidak pernah menjaringkan empat gol sekali gus sebelum ini.


“Bagaimanapun, apa yang penting adalah kerjasama rakan sepasukan. Saya pasti tidak dapat menjaringkan gol tanpa bantuan mereka.



“Ramai lagi rakan sepasukan yang lebih baik berbanding saya tetapi seperti kata jurulatih, jangan terlalu gembira. Saingan di peringkat liga masih panjang dan untuk kekal di tangga teratas juga cukup penting.

Ronaldo, 25, pada awal kemunculannya dilihat bergelut meledakkan gol dan dicemuh penyokong setia di Bernabeu.



Sejak detik itu, Ronaldo kembali bangkit dan Real menjaringkan 16 gol dengan Ronaldo menyumbang lapan daripadanya dalam tiga perlawanan terakhir mereka untuk memimpin saingan liga domestik.

Real turut cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara dengan muncul pendahulu kumpulan selepas menewaskan AC Milan 2-0 minggu lalu.


Anak buah Mourinho setakat ini tidak pernah tewas dalam apa juga saingan serta mempunyai barisan pertahanan serta jentera serangan yang hebat dan Mourinho sendiri menerima pujian daripada pemain.


“Mourinho sangat hebat. Terima kasih kepada Tuhan kerana kehadirannya dalam pasukan. Adalah sesuatu yang sangat menarik dapat bekerjasama dengannya yang mempunyai banyak pengalaman selain sudah mengecapi pelbagai kejuaraan.


“Saya sangat gembira kerana mendapat bimbingannya, begitu juga rakan sepasukan lain,” katanya.


Mourinho berjaya memberi impak yang sangat besar kepada Real sejak menyertai kelab itu dari Inter Milan.


“Kami adalah pasukan yang hebat dan mampu muncul juara,” kata Mourinho.


Tugas terbaru Real selepas ini ialah pada saingan Piala Raja-Raja di Murcia. Real tidak pernah memenangi trofi berkenaan sejak 1993 tetapi Mourinho dijangka akan merehatkan beberapa pemain bintangnya untuk persediaan perlawanan penting selepas ini. - AFP



Real Madrid - Racing de Santander

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels