Meh jadi kawan saya.. ^_^

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia..Moga Malaysia terus gemilang,terbilang n cemerlang...
Aku sayang Malaysia walaupun aku pencinta bola sepak luar negara-->takde kena mengena pun kan... hahahahahaha....
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!!
Aku sayang Malaysia
Moga 1Malaysia yang d laung2kan akan menjadi kenyataan..bukan sekadar cakap2 kosong je..
Satu2nya PM yang aku sayangi dari dulu sehingga ke harini..walaupun kini beliau hanya bekas PM.. jasanya kepada Malaysia tak terhitung,menjadikan Malaysia sangat2 maju d mata dunia..(cyberjaya n putrajaya salah satu contohnya..dan suaranya d geruni negara lain semasa pemerintahannya..lantang bersuara sehingga ramai yang membenci beliau..namun bagi aku..beliau la pemimpin sejati dulu,kini dan selamanya...tiada galang gantinya...che dir..aku sayang padamu..:))

**gambar sume d gugel**

Friday, August 20, 2010

Cerita hari puasa

Kali ni nak cerita pasal bulan posa nie..bulan penuh kerahmatan...
Alhamdulillah...2 orang anak,arissa 8 tahun n natasha 5 tahun setakat ni berpuasa penuh tanpa ada halangan dan rintangan..tapi biasa la..ayat2 puaka "mama..jam pukul brapa".."mama,lambat lagi ke?" or "mama,bila bleh makan nie" adalah ayat2 biasa yang aku tempuhi selama 2 tahun anak2 aku berpuasa...tapi yang bestnya bukan yang no2 natasha tu yang bertanya..tapi c arissa..adiknya,natasha relax jek..kecuali dah petang2 baru la penat n jadi diam skit...

Bulan puasa kali ni,aku teringat satu peristiwa tahun lepas..berlaku pada hari raya..d rumah seorang orang.. dah tentu la orang kan..takkan nak raya kat rumah rabbit and hamster aku kan...hahahaha...
So pergi la aku satu family kat rumah orang nie..kebetulan MIL dia ada..masa tu tengah makan2 kuih raya tu, my hasben saja2 le cerita natasha yang masa tu berumur 4 tahun (tahun lepaskan) berpuasa penuh,hanya tinggal 6 hari jek..tu pun masa mula2 puasa...tuan rumah ni cam terkejut la sikit sb umur 4 tahun boleh berpuasa penuh tanpa sebarang rungutan..tapi yang tak bestnya MIL dia plak nyampuk..katanya
"alaa budak2 ni ajar puasa senang jek...sembahyang yang susah"
selaku mama natasha..aku cam tergamam la kejap...budak 4 tahun senang nak ajar puasa???? wowww.. sedangkan melalui pengalaman aku n kawan2 yang lain..even budak tu dah umur 7 8 9 tahun pun susah nak pujuk supaya tahan lapar dan dahaga...ni kan plak umur 4 tahun...emmmmm..aku diam je la..tu pendapat dia kan... aku kan baik hati..so taknak la menderhaka lawan cakap orang tua....(^_~)

Wokeh...cukup dengan peristiwa tahun lepas...jom cerita plak pasal my dotter tahun nie berpuasa...
Arissa - sian dia penat..pagi sekolah agama,petang sekolah kebangsaan.balik sekolah memang dah tak larat nak buat apa pun...aku pun tak sampai hati nak suruh dia wat apa2...
makanan kegemarannya..hanya la bihun goreng atau bubur nasi atau Q teow goreng..tu je juadah favorite..c kaklong nie..
Natasha plak...huiii leh wat senarai panjang...dari mula masuk waktu berbuka sampai la pkul 9 malam nanti pun belum tentu abis makan...hehehe..bila aku tegur..katanya.."natasha lapar la mama..satu hari natasha tak makan apa pun..."
Dari donut,kuih lapis,kuih tepung pelita,nasi tomato n kekdang tu ada penambahan biskut lagi...hebatkan.. badan kecik je...tapi yealaa dah dia puasa satu harikan..kita bagi la dia seronok skit waktu berbuka kan..
tu sebab selalu berlaku keterbalikkan dari kakaknya yang akan susut giler badannya..manakala natasha makin berisi...
mamanya plak..lebih suka berjalan2 d bazar ramadhan..klau boleh setiap hari,bazar ramadhan yang berbeza d kunjungi...hehehehe...my hasben plak..sure2 la nasi n tak kisah lauk apa pun....
one happy family -Sofea Arissa,Papa,Natasha
( me n Qashrina je tkda..aku dah tentu2 la tukang amik gambar..Qashrina plak..tengah enjoy berjogging..kawasan lapang n luas kan )

Thursday, August 19, 2010

JIKA ISTERIMU MENANGIS D HADAPANMU

Tadi berjalan2 kejap kt blog kawan2 yang meninggalkan jejak kt shoutmix aku..sejak aku tinggalkan jejak (rasanya baru semalam or kelmarin) d GEMPAK XX  untuk upkan trafic blog aku..tetiba jek blog ni jadi meriah dengan kawan2 yang baru..terima kasih pada yang sudi singgah kat sini... (^_^)

So dalam perjalanan ke blog2 tu..aku terjumpa satu dis n3 yang aku suka sangat2..atas keizinan tuan punya blog, BULAN aku tempek ler n3 tu kat sini khas buat suami ku sayang..tak tahu le my darling ni baca or not wife dia punya blog...hehehe..
apa pun..terima kasih BULAN..untuk lelaki yang bergelar suami..sayangilah isteri anda...hargailah dia sebelum terlewat....
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… 
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,  
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. 
Jika kau membiarkannya pergi,  
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,  
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,  
hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, 
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
 TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. 
 SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
 PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. 
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
 Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. 
 Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. . 
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. 
 Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. 
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 
 Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”




terima kasih untuk suamiku yang sentiasa ada d cc kala aku menangis...yang sudi menyapu air mata kala aku kesedihan...yang sudi memujuk kala aku merajuk..yang sudi memeluk kala aku marah..

Happy Birthday my darling....

Bebenarnya hasben birthday 17/8 tapi dat day bz giler dgn kertas kerja yang semalam baru siap..so harini baru la ada masa melayani blog yang telah tertangguh sekian lama...
**psst...dah mood balik nak tulis blog nieh..hehehe..rindu pun yaa...**
Birthday present for my hasben???? oppppssss....
cuma kita nak share birthday card present from my lovely dotter..1st dotter...Sofea Arissa
Untuk papa kacak --> perasan abis my hasben hokkeyy..tapi dia memang kacak pun for me..
hehehehe.....

hasil kerja tangan arissa d sekolah(buat time sekolah,waktu rehat,sebab dia puasa so lepak je la tak g makan)

birthday card pilihan arissa..aku tolong bayarkan..hehehe....

ayat2 yang membuatkan aku rasa nak nangis walaupun di tujukan pada papanya...
Papa kaklong janji kaklong akan belajar rajin-rajin papa.Papa kaklong sayang papa.papa berusahalah untuk keluarga kita---> ayat paling aku suka hokkeyy..hehe..
Papa sangat baik.Papa pandai masak.Papa kacak.Papa pandai.Masakan papa sedap mama pun. Mama dan papa banyak jasa kepada kaklong....

touching kan...itu la yang aku rasa...i love you too kaklong....

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al ~ Mubarak

Tiada Hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir,
Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan. Maaf atas segala
keterlanjuran.. Salam Ramadhan Al-Mubarak Dan Selamat 

Salam ramadhan buat semua...dan jua selamat menunaikan Solat Tarawih..semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kita...
dan jangan sesekali.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels