Meh jadi kawan saya.. ^_^

Wednesday, September 30, 2009

Memori D Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua..
terlewat seminggu nak wish..hehehe..raya sakan..sesekali balik kampung..
Cam biasa tahun ni aku raya dengan my mum in law dulu..pastu raya ke2 baru balik taiping..rumah my mum lak..
Wahhh sakan berjalan tak ingat..tapi tahun ni tak berapa best berjalan sangat sb my darling hasben sakit gigi..sampai 3 batang gg dia kena cabut..sian kat dia..nak makan,nak jalan2 semua takde mood..tidak mengapa..nanti raya tahun depan..aku lepas geram..hehe..

Berjalan2 d taiping,berjumpa kawan2 lama..mengingatkan aku memori lama yang tersangat lamanya..kawan2 sekolah rendah aku..di mana ya dorang sekarang nie..apa kabar dorang sekarang nie..
Dari kamunting ke taman tasik taiping,aku melalui jalan sekolah lama aku,SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DIRAJA TAIPING,mengimbau kembali kenangan lama aku bersama ROZIANA,HASNI,AZLIANA,NANI,ASRI,AZIZI dan ramai lagi yang hampir luput namanya d memori aku..

Melihat SK Sultan Yusuf AMD Taiping,kagum lak aku..dari sebuah sahaja bangunan ketika aku menuntut d sana,kini dah banyak bangunan,dah maju dah sekolah lama aku.. hehe..dulu yang ada hanyalah satu bangunan warna putih yang menempat semua pelajar tahun 1-6 dan di situ jua lah perpustaan,bilik guru,pejabat dan satu lagi bangunan tak salah aku,warna biru..kantin sekolah..dan d sebelah kantin tu ada satu pokok besar yang selalunya menjadi pot aku dengan kawan2 tadi melepak makan masa rehat, kemudian habis jerk makan,kita orang lari bermain d bawah pokok buluh berhampiran sempadan sekolah KLIAN PAUH..seronoknya mengimbau kenangan lama..tapi pabila berdepan realiti hari ni,aku sedih dan pilu sebab aku tak tahu di mana semua kawan2 sekarang ni..
Aku selalu gak bertanya pada diri sendiri "masihkah dorang mengingati diri aku lagi"
"masihkah ada sisa2 kenangan d memori dorang mengenai aku atau arwah abah aku yang merupakan guru(cikgu AMRAN)kelas dorang semasa darjah 5?"
"pernah tak dorang rindukan aku sebagaimana aku rindukan dorang"

Terpisah kerana arwah abah d tukarkan mengajar d batu kurau pada tahun 1988,membuatkan aku terputus hubungan dengan kawan2 yang aku sayangi,hatta sekeping gambar pun tidak ku milik yang ada hanyalah kenangan dan membuatkan rindu sentiasa berimbun di hati..tak tahu lagi d mana harus ku cari kawan2 yang ku sayangi ni..walaupun batu kurau dan Bandar taiping tidak la sejauh KL Taiping,tapi apa laa yang dapat ku lakukan pada usia ku yang baru 12tahun ketika itu..
Alangkah baiknya kalau masa dapat di putarkan kembali,pasti aku akan jaga persahabatan aku dengan mereka yang kurindui sehingga sekarang nie..

5 comments:

Anonymous said...

Salam...awk skolh sksy taun bila ek?sy pn dr skolh sksy,skg tgh cri kwn2 lama dr skolh 2....

ismat ahmad said...

salam, tanya sikit awak sekolah tahun bila?

Anonymous said...

Assalammualaikum..nak tanya ada x sesiapa yg sekolah kt ctu darjah satu tahun 1996,,hikhi..saya anak tentera kt ctu..pindah randah

Unknown said...

1981 tahun 1

Anonymous said...

Bole sy tau awk ni spa? Klunx slp sy..nama2 yg awk sebutkn tu classmate sy dlu...anak2 askar tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels