Meh jadi kawan saya.. ^_^

Wednesday, September 30, 2009

#116 AC Milan FC

Suatu tika dulu,masa World Cup d menangi oleh Brazil,aku cukup kagum dengan Ronaldinho..tambah pulak team negara kesukaan aku Brazil dan masih lagi Brazil.. tapi sayang 1000x sayang..nama Ronaldinho makin suram..padahal dia muda lagi tu..dan masih mewakili kelab ternama..AC MILAN..
Agaknya dah terlampau kaya dan gak glamour kut..tu yang menjunam segala karier tu..
World Cup 2010..mampukah Ronaldinho menempatkan dirinya d kesebelasan utama pasukan Brazil?tunggu dan lihat je la.. :)

#115 Liverpool FC

Walaupun aku peminat fanatik gile dengan MAN U,aku tetap suka dengan Torres dan Gerrad..cuma dendam aku tak hilang lagi masa dorang kalahkan MAN U last season 08/09 dengan 4-1..perghhh teruk aku kena camdek dengan kawan2 yang tak beli insuran mulut nie..hehe..

#112 Man United FC, #113 Liverpool FC, #114 Chelsea FC

Aku dah lama mengidam FM yang ini..sejak aku usha kat blog Ann..;)akhirnya aku berjaya jua miliki masa ronda2 ngn family kakngah(kakak ipar aku).Siap aku pesan lagi dengan tokeh kiosk tu suruh cari team lain lak..:))



#111 Barcelona FC

Aku sebenarnya tidak la minat sangat dengan club Barcelona nie..agaknya masih marah dan geram lagi kut sebab team kesayangan aku MAN U kalah dengan Barcelona masa UEFA 2008/09(last season)..tapi apa pun aku suka sangat dengan LIONEL MESSI dan PUYOL..
suka tengok dorang..
agaknya la kan tahun nie liga spain sapa yang menduduki takhta..buat masa sekarang Real Madrid(sukaaannyaaa aku..ada CR)dan apa agaknya keputusan bila Real VS Barca..
paling penting aku nak tengok dua pemain terbaik dunia berentap walapun kekdang tu aku tak suka dorang berdua d banding2kan..
apa2 pun CR tetap no1..hehehe..

#110 Singapore


#109 Singapore


#108 Singapore Map

4 FM from Ratu CARI..
thanks Ratu..

Sepupu anak2 (my side)

Damia Aryanna,Yasmin Qashrina,Sofea Arissa,Nurul Ain Insyirah,Nisrina Natasha
yang baju sama tu sume my dotter..:D baju d hadiahkan nenek PJ


satu2nya cucu lelaki mak aku merangkap sepupu anak2 aku..
Muhd Ryan Haikal..

Raya d Taiping

Bersama Mak Tuk(my mum)dan sepupu2..(anak2 adik)
tak cukup sorang..anak aku no3 Yasmin Qashrina leka main kucing..taknak amik gambar.. :))

3little angles beraya

Wahhh sakan anak2 raya tahun nie..
baju kurung d sponsor oleh nenek(2 pasang sorang) dan atuk(sepasang sorang)dorang..(my mum n father in law)





Memori D Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua..
terlewat seminggu nak wish..hehehe..raya sakan..sesekali balik kampung..
Cam biasa tahun ni aku raya dengan my mum in law dulu..pastu raya ke2 baru balik taiping..rumah my mum lak..
Wahhh sakan berjalan tak ingat..tapi tahun ni tak berapa best berjalan sangat sb my darling hasben sakit gigi..sampai 3 batang gg dia kena cabut..sian kat dia..nak makan,nak jalan2 semua takde mood..tidak mengapa..nanti raya tahun depan..aku lepas geram..hehe..

Berjalan2 d taiping,berjumpa kawan2 lama..mengingatkan aku memori lama yang tersangat lamanya..kawan2 sekolah rendah aku..di mana ya dorang sekarang nie..apa kabar dorang sekarang nie..
Dari kamunting ke taman tasik taiping,aku melalui jalan sekolah lama aku,SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YUSUF ASKAR MELAYU DIRAJA TAIPING,mengimbau kembali kenangan lama aku bersama ROZIANA,HASNI,AZLIANA,NANI,ASRI,AZIZI dan ramai lagi yang hampir luput namanya d memori aku..

Melihat SK Sultan Yusuf AMD Taiping,kagum lak aku..dari sebuah sahaja bangunan ketika aku menuntut d sana,kini dah banyak bangunan,dah maju dah sekolah lama aku.. hehe..dulu yang ada hanyalah satu bangunan warna putih yang menempat semua pelajar tahun 1-6 dan di situ jua lah perpustaan,bilik guru,pejabat dan satu lagi bangunan tak salah aku,warna biru..kantin sekolah..dan d sebelah kantin tu ada satu pokok besar yang selalunya menjadi pot aku dengan kawan2 tadi melepak makan masa rehat, kemudian habis jerk makan,kita orang lari bermain d bawah pokok buluh berhampiran sempadan sekolah KLIAN PAUH..seronoknya mengimbau kenangan lama..tapi pabila berdepan realiti hari ni,aku sedih dan pilu sebab aku tak tahu di mana semua kawan2 sekarang ni..
Aku selalu gak bertanya pada diri sendiri "masihkah dorang mengingati diri aku lagi"
"masihkah ada sisa2 kenangan d memori dorang mengenai aku atau arwah abah aku yang merupakan guru(cikgu AMRAN)kelas dorang semasa darjah 5?"
"pernah tak dorang rindukan aku sebagaimana aku rindukan dorang"

Terpisah kerana arwah abah d tukarkan mengajar d batu kurau pada tahun 1988,membuatkan aku terputus hubungan dengan kawan2 yang aku sayangi,hatta sekeping gambar pun tidak ku milik yang ada hanyalah kenangan dan membuatkan rindu sentiasa berimbun di hati..tak tahu lagi d mana harus ku cari kawan2 yang ku sayangi ni..walaupun batu kurau dan Bandar taiping tidak la sejauh KL Taiping,tapi apa laa yang dapat ku lakukan pada usia ku yang baru 12tahun ketika itu..
Alangkah baiknya kalau masa dapat di putarkan kembali,pasti aku akan jaga persahabatan aku dengan mereka yang kurindui sehingga sekarang nie..

Monday, September 14, 2009

#107 Movie World Gold Coast

Tag bag ni my SIL yang belikan masa dorang ke Gold Coast untuk anak aku gantung kat beg sekolah..tapi dah nama lagi budak..so aku rasa 100% akan hilang..(gerak hati ibu selalunya betul..hehehe)
So cam biasa laa..aku ubah suai jadikan FM..so ini la hasilnya..
taraaaaa... :))


#106 Australia Kangaroo

telinganya patah sikit..serpihan telinga tu dah tak tahu kemana hilangnya..
tapi kangaroo ni besar dan berat..aku terpaksa tambah magnet kat belakangnya supaya tak melorot jatuh..letak kat pt es pun sama,asyik nak melorot jerk..
bila dah tambah magnet kat belakang tu..emm baru laa kukuh menegak..



#105 Digi

3 budak botak kaler kunin..comeikan..hehe
1st time aku tengok FM ni kt blog opie..comei lak nampak, tanya opie,katanya Jane yang tolong beli kan..
minta jane tolong carikan,tapi sebabkan aku ni tak berapa sabar..hehe.. dan ada kesempatan lak, aku terjumpa la 3 budak kunin kat amcorp mall..terus aku beli..tak tunggu dah.. :D


#104 Digi

Aku terpikir lak napa celcom,maxis tak buat FM macam ni kan..kalau ada sure aku sambar dah..mesti menarik lagi tertarik



#103 Digi Yellowman



#102 Espana Matador

FM ni sebenarnya keychain..tapi rasa sayang lak nak di buat keychain..
so my darling husband tukarkan jadi FM..


#101 London Double Decker Bus


#100 Kaum Bajau Sabah


#099 Kaum Murut Sabah


#098 San Francisco Magnetic Frame


MAN City, MAN U + CR

B4 MAN U vs Tottenham,aku layan MAN City vs Arsenal..walaupun aku cam suka la Arsenal kalah(kurang saingan untuk MAN U jd juara lagi..hehehe) tapi aku geram sangat ngn adebayor..perghh selamba sungguh dia sagat muka V Persie..sian V Persie, muka handsome2 dah berparut skit..
pastu masa jaringkan gol ke3 Man City ngn selamba dan penuh bongkak lg sombong berlari ke arah penyokong Arsenal..nak sakitkan hati penyokong Arsenal la tu..emmm sudahnyaa..dapat kad kuning..
Saspen lak nak tunggu MAN vs Man City..tapi penyokong MAN U sayangkan Tevez..dan aku rasa Tevez tak buat kut lawak "terlampau pandai" cm adebayor tu..

Man U menang lagi..yess yess yess..
penuh saspen aku menunggu gol pertama MAN U apatah lg Tottenham mendahului minit pertama 1-0..
Akhirnya..Ryan Giggs membuka jaringan,pastu Anderson then last skali Rooney..perghhh syok tul MAN U menang lg tanpa CR n Teves..sekaligus menepis andaian geng2 aku yang tak sayang mulut kutuk2 MAN U..hehehe..
Padahal mata aku dah ngantuk giler..mana taknya siang tu berkemas rumah..pastu ngn anak2 lagi..tak sempat nak lelapkan mata siang tu nak jadi burung hantu malam tu.. hehe..
Abis game dalam 2 lebih..pastu layan lak Real Madrid..tapi frust tul sebab CR tak main separuh masa pertama..tu yang membuatkan aku terlelap kejap..celik mata jerk dah minit ke berapa ntah,tengok kat tepi padang CR tengah warm up..perghh terus celik mata aku yang kuyu nie..
Gol ke2 CR pada masa kecederaan..dapat lihat larian solonya walaupun serasa aku la CR lagi menonjol d MAN U..
Kaka n Benzema yang aku nampak menonjol kat sana dan mesra kamera..
wahhhh tetiba lak sekarang ni aku ikut liga Spain..hahahaha..padahal sebelum ni layan EPL jerk..
Dalam 4 lebih baru tido..dan hari ni baru ada masa sikit nak update kat blog..luahan hati aku yang masih lagi kecewa sb CR g Real..huhuhu..

Wednesday, September 9, 2009

#097 Hornbill Rafflesia Sabah


#096 Sabah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels