Meh jadi kawan saya.. ^_^

Monday, February 27, 2012

Janda Baik + Gajah + Deer 2

Rasa macam dah basi plak N3 cuti2 Maulidur Rasul n Thaipusam nie..tapi apa nak buat..aku busy tak henggat, --> ada org kesah ke?? :P kehkehkeh...

Dan terima kasih tak terhingga pada yang mendoakan kesejahteraan my dotter, My MIL and my brother yang admitted...terima kasih sangat2..ai terharu...

Ok la..aku sambung balik N3 yang sekian lama tertangguh... ;)

Semalaman check in kat Janda Baik..tiba le masa untuk check out plak walaupun rasa sayang gila kat tempat tu.. Dengan pagi yang nyaman, unggas berkicauan, deruan sungai, udara yang sejuk yang tak pernah rasa d Subang nie...ishh memang indah la pagi d Teratak Malaya tu.. Tapi mengenangkan anak2 nak beramah mesra dengan gajah dan rusa, kami pun bersiap2 le nak check out menuju ke Kuala Gandah..
Ingat nak check out dalam pukul 12, tapi mengenangkan sticker untuk menunggang gajah belum d ambil, so pukul 10 pagi kami check out..Hajat d hati nak booked dalam telefon sticker menunggah gajah tu.. tapi limit untuk telefon dah habis..dorang sediakan sebanyak 50 pcs je..nak tak nak kena walk in la.. itu pun tak banyak yang staff d Kuala Gandah tu sediakan..

Ni sticker kaler kunin yang boleh buat segala aktiviti bagi makan,mandi bersama..berendam d sungai la dan juga menunggang gajah..
Sticker kaler merah plak hanya boleh bagi makan je..so terhad la aktiviti nie..dan sticker inilah yang kami dapat... T_T 
Arissa, anak sulung, dah tarik muka masam sebab tak dapat mandi dan menunggang gajah.. alahaii anak.. apa nak buat..kalau mama n papa ada share kat situ..boleh la suka suki je mintak kan.. :P Ni dah habis limit untuk haritu..apa nak buat..buat je la apa yang boleh....
Aktiviti bersama gajah nie start pukul 2 petang..kami sampai awal..dalam pukul 12 lebih macam tu.. lepas dah daftar kat kaunter pendaftaran untuk mendapatkan sticker, kita orang pergi makan dulu.. kat tempat makan nie, ada rasa sakit hati gak la..bapak tokei kedai tu...sombong gile..tanya dia pasal makanan, dia boleh angkat bahu kata tak tahu and blah macam tu dengan muka macam apa..tapi bila Pelancung datang..perghhh tak reti speaking pun, layan tak henggat..Dengan sengih2 siap sendukkan nasik dan bagitahu pasal ni masak apa tu masak apa..Jangan le macam tu pakcik..kami pun makan berbayar..bukannya free..mujur le anak pakcik tu ok..
Settle makan, masa banyak lagi sementara nak pukul 2...kita orang ke Deerland..lebih kurang 2KM dari tempat gajah tu..
Kat sini masuk kena bayar..harga tiket dalam RM5 then kita akan d beri tiket untuk d lilitkan d pergelangan tangan..biru untuk dewasa, pink untuk kanak2..
Antara Xtvt dalam Deerland tu tak lain tak bukan bagi makan pada haiwan d situ..anak2 enjoy habis... Oh ya.. makanan hanya d beri sorang satu secara percuma dan untuk kanak2 sahaja..kiranya duit tiket yang kita bayar tu, duit makanan utk haiwan yang ada d situ la..
 
 
Settle kasik makanan kat situ (seorang sebekas je makanan d beri) boleh la masuk n beramas mesra dengan rusa2 yang ada kat dalam tu...
Arissa n Natasha sangat penakut hokkay...:P cuma yang kecik je Yasmin, sangat enjoy..
 
Arissa memegang dengan muka yang cuak lg saspen
Ohhh lupa..bukan anak2 je teruja..pak budak pun teruja gak.. :D
Settle kat rusa, kami ronda2 lagi tengok apa yang ada kat situ...antaranya Iguana, Merak, Ayam Kapas.. 
Ohh ayam nie memang macam kapas..aku yang tengok pun geram walaupun aku takut ayam  :)) Asal usulnya tak salah aku dari Manila rasanya kut..sori ya kalau salah info..dah lama..aku dah lupa..
 
Then ada Ular sawa albino..kat sini, anak yang sulung,Arissa sangat suka cuma tak larat nak pegang sebab berat..tapi Yasmin plak takut.. takut kena makan katanya.. :P
Then b4 keluar dari situ, sempat le juga beramas mesra, memberi makan dengan arnab2 yang ada d situ.. Anak2 memang le suka sebab kat rumah dah takda arnab..konon2nya melepas rindu le..
 
 
Arnab2 d sini sangat suka dengan Yasmin..tak tahu napa..padahal makanan dah habis dah pun..ada bau arnab kut..hehehe

Okeh..settle kat DeerLand..tiba masa ke tempah Gajah again..sebab time dah hampir ke pukul 2petang dan Xtvt akan d mulakan tak lama lagi..
Bangunan Pendaftaran untuk ambil stiker gajah
Welcome :)
B4 tu kan..meh nak kasik petua sikit before datang sini..pertama sekali..sediakanlah payung..sebab tempatnya amat lapang dan pokok tak banyak utk berteduh..terbakar le kulit lama2 berjemur..tapi masa orang ramai2 (masa xtvt dengan gajah) tutup le payung tu ya..karang tercucuk plak mata orang..
Sementara nak tunggu gajah tu ready membuat persembahan..jom bagi gajah tu makan kenyang2.. ada d jual kacang kat situ..sepeket RM3..mahal sikit la..tapi memandangkan masuk pun free and kira kasik sedekah je kat gajah2 tu ..kira halal la..yang penting anak2 pun happy.. :)
 
 
Yang paling enjoy gile bagi makan gajah kat sini --> Arissa, aku rasa mau 10 peket kacang dia beli and bagi gajah2 tu makan
 
,Natasha taknak..takut katanya, Yasmin plak geli sebab belalai gajah tu berair.. hehehe..
Dan ada gak gajah2 d sini BERLAGAK tak henggat..DEMAND taknak kacang..nak buah2an ja..
:)) :)) :))
gajah pun ada bermacam ragam... mujur yang ini setia menghulur belalai dok makan kacang.. :P

Yang ni plak masa pertunjukan kepandaian gajah..haa..masa ni payung sangat d perlukan jika anda taknak basah..;)  Dan ada yang menunjukkan kepandaian masing2..d suruh duduk, duduk, d suruh baring, baring..
Lepas habis persembahan dari gajah2 nie..masa yang d tunggu2 oleh sticker kunin, iaitu menunggang gajah..
Ni pelantarnya..
Memandangkan aku sekeluarga tarak sticker kunin..so amik kesempatan nak rehat and cari tempat redup nak duduk..penat siot lama berdiri...
Masa ni budak2 buat hal sendiri..paling best, Arissa g interview staff kat situ..antara dialognya
" abang, sini tempat gajah berlindungkan?"
"Ya" - jawab staff
"kalau tempat gajah berlindung, kenapa dia kena bawa orang banyak kali..kesian dia..tersiksa gajah tu.. kena pusing2 bawa orang..penat la gajah tu"
Staff speechless..aku dah nak gelak dah dengar cerita Arissa (masa kejadian aku takda kat situ, Arissa yang cerita kat aku)  then aku tanya Arissa abang tu jawab apa...
"Abang tu diam je..tapi lama pastu dia jawab takpa..kat sini gajah2 ni sume dapat makan"
Boleh gitu..takda kena mengena soklan n jawapan kan.. hahahahaha...
Dan Arissa memasang tekad --cita2 dia selalu berubah, b4 doktor, pastu ustazah plak, pastu saintis.. sekarang nie nak buka pusat perlindungan haiwan yang besar tapi taknak siksa haiwan2 tu dengan menyuruhnya bawa orang..boleh gitu... :D

Ok habis situ..dah tunggu beberapa lama..akhirnya..tak sangka gak impian anak2 mandi bersama gajah, terlaksana...alhamdulillah..takda la yang balik dengan tak puas hati... :)
 
 
Kat sini berbikini tak d benarkan ya..utk menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling..mat minah saleh pun pakai t'shirt n short pant je...
Seelok je habis berendam kat sungai teh susu nie..hujan pun turun n kita orang bergegas ke kereta.. tak sempat nak snap gambar satu family dengan anak gajah nie yang sangat mesra.. ;)
Tukar baju and balik..dalam perjalanan tu sempat singgah kat gerai buah tepi tu.. kampung d situ gak.. sempat rembat buah rambai...adusss suka betul aku..kat KL,Subang nie susah nak cari buah rambai..dan sempat gak mengisi perut dengan buah durian d area situ gak...

Bye2 gajah, bye rusa nanti mimin datang lagi --> Penutup kata dari Yasmin.. :D

Thursday, February 23, 2012

Bulan Admitted Hospital

Huiiii bulan Feb nie adalah bulan paling mencabar plak rasanya...
Bulan paling banyak ke hospital..
Memula my MIL "check in" hospital, demam panas sampai tak lalu makan and badan pun tersangat la lemah.. Then lepas 2 3 hari my MIL "check out" my 2nd dotter plak amik turn "check in" kat Hospital...
Gara2 ceri beri tak henti2..then muntah2 tiap kali lepas makan..Start selasa malam..1st muntah..pastu habis esok pagi tu plak muntah atas katil..tidur skali dgn muntah2nya..tak sedar muntah time tidur..mujur bukan baby...huhuhu...
Lepas tu hari Rabu and Khamis  tu seharian tidur..tak bangun langsung kecuali d kejutkan..makan taknak, minum pun tak boleh..Rabu tu dah bawa g Specialist kat Taipan Subang..tapi masih takda perubahan so hari Khamis terus bawa g Hospital..Memula bawa ke Colombia Puchong, sebab dekat sikit dengan rumah..tapi sayangnya tak cover insurance plak..huhuhu..terus bawa ke Pantai KL..jauh memang la jauh..pasrah je la..
Alhamdulillah Khamis admitted, Jumaat tu nampak sangat perubahan walaupun masih lemah.. alhamdulillah.. lega sangat..tak kisah la walaupun mama terpaksa tidur skali kat Hospital.. 
2 beradik yang rapat..walaupun selalu bergaduh..:D
Tak tahu sapa pesakit dan sapa visitor.. :)) 
Sehingga tertidur menemani kakaknya kat hospital.mujur le hospital swasta takda waktu melawat.. seharian, ponteng tadika on Friday tu lepak kat hospital..
Dan akhirnya "check out" hospital hari Sabtu..lega sangat segalanya dah ok walaupun anak susut sangat berat badan..napa la aku tak sebegitu..susut sebegitu mudah.. :P
Tapi itu la.. bulan hospital kan..after Natasha discharge...MIL admitted again..same floor dengan Natasha cuma bilik je lain...Sakit yang sama gak..2 3hari d tahan kat Hospital tu..dah boleh keluar..alhamdulillah, MIL nampak sihat seperti sebelumnya..
Ingatkan dah habis le kisah keluar masuk hospital nie..rupanya...tak sudah lagi... 
T_T
Adik no4 plak accident balik dari kerja.. :((
Mujur takpa apa2 dan mujur lah pelanggarnya sangat bertanggungjawab, menguruskan segalanya dari mula accident dengan membawanya ke klinik untuk d jahit sebab tapak tangan terbelah, then tulang tapak tangan tu patah, kena masukkan tiub, getah or plate(tak tahu mana satu) untuk betulkan semula dan juga perbelanjaan adik d hospital...
Dan harini aku d beritahu...my lovely kasen Kak Zana plak admitted d Hospital Tropicana Damansara pagi tadi....
Aku trauma...

Nota KaKi: Maaf tak sempat nak balas kunjung ke blog kawan2..nanti free2 sikit saya singgah ya :)

Monday, February 13, 2012

Janda Baik + Gajah + Deer 1

Walaaa...gile babas busy betul aku last week..terbiar bersawang blog aku nie.. huhuhu..
Blog kenkawan pun lama tak menjenguk..rindu betul....
N3 hat ni pun rasa macam dah basi sebab g masa Maulidur Rasul haritu..baru harini berkesempatan nak view kan...macam le ada orang heran kan... hehehehe....

Last week cuti,kesiankan ke anak2..dah ler cuti CNY haritu tak kemana pun..so plan la  ke Janda Baik Pahang...dah lama nak pergi..tapi ada je yang terhalang..alhamdulillah..kalini dapat pun terjah walaupun dok seharian je sebab plan nak bawa anak2 ke Kuala Gandah tengok gajah...
Hajat d hati nak lepak kat D Ark..tapi kol punya la banyak kali, takda orang angkat, call hp, tinggal mesej pun takda bereply...emmmm..cuba plak tempat lain..penuh le plak..maklum la kami plan last minit..Khamis  dok sebut2 nak g, nak check in hari Ahad...Jumaat and Sabtu baru klam kabut nak cari..dah ler public holiday..for sure banyak tempat yang penuh...
Sampai le ke hari Ahad pagi tu..kami still tak dapat tempat..tapi redah gak la..tawakal je.. dalam perjalanan try kol sana sini..akhirnyaaa....alhamdulillah...dapat pun..gile lega....d sini aku melepak
Teratak Malaya view dari atas
Tangga nak turun ke bawah nie, boleh tahan tinggi..masa turun..ok sangat.. masa naik... hahahaha.. sendiri mau ingat la..ada yang jadi spiderman :P
Tapi apa pun..Anak2 happy dapat tempat sebab cakap kt dorang, if takda chalet, kita tidur dalam kereta je.. :P
Sampai d sini, kami d sambut oleh pekerja d sini..dan d bawa ke bilik..
Masa deal tu, deal ngn bos Teratak Malaya nie..tapi masa sampai, bos takda...tapi beberapa minit selepas check in, bos turun padang jumpa kita orang...orangnya sangat humble..dari Kelantan..Wan gak namanya..tapi segan plak nak snap gambar...hehehehe...
Ni bilik kami..Tok Mek
Ni plak kat dalam Tok Mek..2 katil single yang kami rapat untuk anak2 tidur
Ni lebih kurang ruang tamu la..tapi d letakkan katil single
 Dan ini biliknya..Dan bilik ni plak ada 1 Queen
Untuk chalet hat ni, memang takda aircond..kipas je. aku ni plak jenis yang tak tahan panas..risau gak..takut panas n tak selesa..kalau kat rumah berkipas memanjang..malam plak memang tidur ber aircond..tapi seriously.. kat sini..memang tak perlu aircond..pukul 12malam dah tutup kipas sebab sejuk teramat..itu belum hujan lagi tu...
Berhadapan chalet nie plak, ada 2 lagi chalet yang berdekatan..Hat ni Tok Chek
 Ni plak, Tok Ayah
Fazaly, Nurul,Nazri..kita lepak sini pun best gak.. chalet dekat2..ngam2 untuk kita 3 keluarga..ada laman lagi boleh BBQ..;)
Sungai belakang chalet je..tapi anak2 taknak mandi kat sini..lagi pun tak sesuai anak2 je mandi tanpa d temani orang dewasa..dalam sikit la n arus pun kuat sikit...so anak2 mandi kat sini...dekat je..sungai yang sama  cuma ke bawah sikit je..tak sampai seminit pun jalan kaki..kalau dorang menjerit pun boleh dengar..
Air jernih gak..and tempat landai n langsung tak dalam..tak risau tinggal anak..mak pak leh berchenta dalam chalet.. :)) :))
 boleh je celup2 kepala...:P
Yasmin yang dah kesejukkan..bibir pun dah tukar kaler dah...tu pun nak mandi lagi.. :D
Sebelum anak2 terjun sungai, kami jalan2 gak d sekitar kawasan ini..sangat tenang,nyaman dan damai.. kalau berpeluang..memang nak datang lagi..tak puas semalaman..
Kolam ikan..tuan punya chalet bagitahu, boleh je mancing kat sini..
Depan kolam nie, ada dewan..boleh muatkan dalam 300 orang..
Pastu ada pokok buah2an kat sini..cuma datang sini bukan musim buah..so takda la buah..yang ada pokok je.. antaranya pokok ciku
Ada Balai Santap..tempat makan le macam kedai makan..cuma masa aku datang tu, ada segerombolan yang datang n booking makan minum sekali..so balai santap tu tutup untuk orang lain kecuali yang satu grup tu je la.. ramai siot..
Titian kecil untuk ke Balai Santap
Antara chalet lain yang ada d sini..jauh sikit dari chalet aku..
Ni kira chalet yang besar untuk satu family yang besar..paling best..ada pokok tu dalam chalet nie.. 
 Ni plak antara chalet yang ada aircond
Jalan2 d kawasan sekitar..
Aku yang dah serabut dengan hiruk pikuk habuk2 kt Subang nie kan..rasa nyaman sangat dapat lepak kat sini. Rasa fresh sangat..my hasben lagi la magic..walaupun udara sejuk..tapi takda pun bersin2 macam sejuk dalam aircond kat rumah..:P emmm kena pindah sini la kut.. :))
Waktu malam plak d sebabkan Balai Santap dah d booking kan..kita orang keluar je makan kat kawasan berdekatan...try la restoran nie..
Cepat dan puas hati..nak kata sedap..ok la..boleh makan and takda la hampeh dot com kan..harga pun ok.. kita orang makan, Sup Tulang, Kerabu Sotong,Telur Dadar dan Kailan untuk 2 orang makan then mee goreng,nasi goreng cendawan dengan Sup Ayam untuk anak2.Serta Nasi Goreng USA untuk aku..:D nasi putih untuk hasben serta air buah 3 dan Teh O Ais..tak sampai pun RM50..
Gambar makanan tarak..kita orang lapar tahap kebulur.. :P
Lepas makan, balik chalet..masa ini aku pecah kepala..tak tahu nak buat apa..ini je la satu kelemahannya.. TV,Astro semua tarak..so kalau anda nak bercuti dengan melayan Astro TV..lupakan le ke sini ya..yang ada hanya la ini.. :D TV zaman jepun :P
C kecil layan game and You Tube
Yang 2 lagi layan buku cerita..mujur le aku pun bawa novel..betul la novel teman setia..so boleh le layan sementara tunggu nak tidur...
Masa ni frust sikit sebab tak dapat tengok live ManU vs ChelC.. tu pun jenuh aku dapat sms bertalu2 sebab ManU ketinggalan 3 0 .mujur seri. :D

Next entry nak cerita pasal ke Kuala Gandah n Deerland lepas check out from here...

Thursday, February 9, 2012

Dang Suria Kurang Ajar??

Semalam layan On Air..last week masa Judge Jemputan Datin Seri Normala datang..takda la kecoh sangat komen2 beliau...cantik Datin Seri nie...luv u la Datin love struck
Tapi semalam......kecoh la plak sebab komen kurang ajar Dang Suria
Kurang ajar ke kalau komen
 " nak buat macam mana..dah memang dia tak handsome"
atau
"Saya rasa kalau dia jadi pengacara, dia akan jadi pengacara yang d benci penonton, mungkin penonton sendiri akan tukar channel lain bila tengok wajahnya"
atau
Mengkritik orang tu gemuk dan tak layak berada d rancangan On Air untuk menjadi pengacara.
Kena bagi pinggang tu kecil dulu then baru datang semula...
Kurang ajar ke? Tepuk dada tanya la selera anda bagaimana kan
 Cuma bagi aku ...Handsome atau tak handsome rupa paras seseorang itu kurniaan Allah swt..napa perlu d pertikaikan..
Lagi pun kacak,cantik perkara subjektif..bagi kita dia tak lawa tapi bagi orang lain berpendapat sebaliknya. 
Agaknya macam mana perasaan Dang Suria kalau orang kutuk dia secara personal atau dia memang kalis kutukan? Lagi satu..dia tu perasaan lawa la kut sebab layak jadi pengacara kan..katanya lagi semalam
" Dunia ni memang kejam..sebab orang nak tengok yang lawa2 je" lebih kurang camtu la..

Tapi peserta pun sama..yang nak g audition tu please la..tengok la anda layak ke tak..ini tergagap2.. dok aa uuu aaa pastu cakap plak macam orang malas dan berbisik2 macam sorang peserta ntah apa nama dia.. cakap langsung tak buka mulut...camno nak jadi pengacara...kalau rupa kurang, patutnya ada beauty brain..ada knowledge..baru le betul....Judge pun mesti la amik port n tertarik gak..rupa boleh d adjust.. Dang Suria dulu pun tak lawo gak..bila dah d make up bagai berubah juga..Erra Fazira, Ziana Zain, ramai la lagi artis.. cuba tengok d awal kemunculan dorang..takda la lawo mana pun..tapi bila dah d ubah suai sana sini... malatoppp...so macam tu gak para peserta On Air..if anda ada beauty brain, bakat  dan berkelayakan, Insyallah peluang tu ada...
---> amboiii liza..ko plak dah pandai komen...:P

Apa pun aku rasa ni mungkin satu gimik gak kut nak kasik rating On Air ni meletup and orang akan saksikan nanti dan paling penting akan ada Undian SMS....so kalau rating rendah..sapa nak tengokkan.. kalau takda sapa nak tengok..camne orang nak undikan.kalau orang tak undi..macam mana pihak telekomunikasi and Asto nak untung kan.. :)) :))

Lu pikir la sendiri..Sekian laporan tak rasmi dari aku yang suka sangat dengan Aznil Hj Nawawi.. ;)

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday - Wednesday Blues

Jom lepak santai bersama Didi

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua..Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT dan sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai idola dunia akhirat..
KUTINGGALKAN KEPADAMU (UMAT ISLAM) DUA PUSAKA ABADI, APABILA KAMU BERPEGANG KEPADANYA,NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT IAITU KITAB ALLAH (AL QURAN) DAN SUNNAHKU

Friday, February 3, 2012

Aku Mahu Kamu

Mahu siapa tu...ewahhh lyza amran..tak cukup ke dengan che hasben yang baik hati lagi hensem (d mata aku la) lagi lagi baru je kasik samsung tab semalam...:P 
Tak cukup lagi ke..tamak ke nak "kamu" lain plak ek...

Well queen drama jap kat atas tu.. :D
Yang sebenarnya harini nak buat review pasal Novel Karya Aleya Aneesa - AKU MAHU KAMU
Novel nie dah lama dah...cetakkan tahun 2010 tapi entah kenapa aku terlepas pandang..padahal tulisan Aleya Aneesa ni cukup aku gemari..
Aku baru jer merembat novel nie d karnival Karangkraf yang lepas, dan baru je settle membacanya.. dan dengan tangan yang gatal nak menaip d Samsung Tab baru aku nie..maka moh le kita ber review kan novel nie..
************************************************************
Sinopsis :
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati? Pemergian Faiq adalah dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkan itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpidah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu....

*****************************************************************
Kata aku :
Novel ni bermula dengan gerak yang perlahan.Macam bosan sikit untuk bab2 yang pertama.. bertemu, bertengkar pastu jatuh cinta..Memang la jemu untuk aku yang sudah beranak 3 nie.. kalau tengah remaja riang ria..mesti aku suka la kan...Then ada plak kesilapan yang aku silap kata kesilapan atau aku yang kurang memahami atau pun mungkin penulis tidak sengaja
1 - Semasa menyambut birthday Faiq - memula d katakan Ulangtahun ke2 (pages 146) tapi bila baca seterusnya.. eh eh.. yang pertama plak..(pages 148/149) emmmm...
2 - Justin (kasen Ziyad) bertemu dan berbual bersama Ziyad mengenai seorang perempuan yang meninggalkan anaknya d rumah Ziyad dan antaranya dialognya Justin nampak perempuan tersebut dan tatkala ingin bertemu muka dengan perempuan tersebut, ibu Justin call memberitahu adiknya kemalangan tapi dialong seterusnya Justin mengatakan dia tak sempat meneruskan niatnya bertemu perempuan tersebut kerana risaukan keadaan papanya.. - Tadikan adiknya yang kemalangan dan ibu yang kol.. watak papa tu mana datang daa... :P

Apa pun itu hanyalah kesilapan kecil (ikut pemahaman aku la) jika nak d bandingkan dengan cerita yang seterusnya..sebab kalau sudah namanya Aleya Aneesa yang telah aku kenali dengan karya2nya yang lain (aku akan masukkan nanti..insyallah) pasti tidak mengecewakan. Permulaan yang perlahan tetapi lama kelamaan menjadi air mata dan tangisan.Sangat menyentuh hati. Qisya yang penuh dengan air mata dan kesedihan.Ziyad yang penuh luka didada. Syakir yang datang semula menuntut kasih.Fazlen yang hadir merawat luka namun tidak d pedulikan. Firyal yang comel dan keletah.Kamila yang dahagakan sentuhan seorang ibu. arghhh semua adunan ini menambahkan perisa kelazatan novel ini.
Air mata Qisya,kesedihan Ziyad semua tu dapat kita rasa dengan sentuhan Aleya Aneesa..
Yeaaa..ceritanya agak seterotaip dengan novel2 yang ada di pasaran, tapi percayalah dengan adunan gaya bahasa,dialog2, plot semuanya menjadikan novel ini seterotaip yang tidak  menghampakan saya sebagai pembaca.
****************************************************************
Di akhir cerita ini, d ruangan Tinta Penulis, penulis ada bertanya siapa yang lebih menderita dan tersiksa andainya kehilangan anak. Ibu atau Bapa? Mungkin Ibu, sebab ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan..atau mungkin sama selagi parents itu ada perasaan sifat kasih sayangkan.. tapi bagi aku la kan.. aku la sangat tersiksa kan menghadapi kehilangan ini..sebab apa..sebab aku terpaksa dan dipaksa menyelami, memahami karektor dua insan ini..Siksa betul, menghayati watak Qisya buatkan aku menangis, menyelami plak watak Ziyad buat aku sedih sangat2 ...Yea la..dah aku membacanya kan..hehehe... Apa pun tak rugi novel ini d jadikan koleksi anda yang meminati novel... :)

Thursday, February 2, 2012

JANGAN GANNGU LENAKU

Perghhhhh...permaisuri sangat la ya..sampai takleh kacau tido ek...Ko ingat ko ada pembantu rumah yang boleh uruskan segala kerja d rumah...Ko ingat ko punya Personal Assistant yang boleh siapkan kerja2 ko d opis???? Bangun le liza oii...
Cesss...mimpi d siang hari la....
Tak laa..ni takda kena mengena dengan aku..cuma nie tajuk novelis kesayangan aku HAIZA NAJWA hehehe...

Salah sorang novelis yang sangat aku suka..karyanya tak pernah menghampakan setakat ini. Bahasa yang membuai rasa,dialog2 yang segar dan dekat d hati aku...
Mengenali beliau dengan Novel KALIMAH JIWA (walaupun aku terlebih dahulu membaca Novel Sentuhan Cinta)
Nanti free aku review novel nie...sangat best 5* dari 5* aku kasik..markah penuh le.. :P

Ok..back to main subject...Novel Jangan Ganggu Lenaku
Sinopsis :
JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?
***********************************************************************************************************

Kata aku

Well..seperti novel2 sebelum nie..karya HZ tak pernah menghampakan... membuai rasa dan membuatkan aku tak sabar nak tahu penamatnya.
Tabahnya Aty melihat suaminya berkahwin lain dan sabarnya Aty menempuh karenah madunya yang serumah dengannya dan yang tak pernah berpuas hati.
Aty - watak yang agak keanak2an kerana satu peristiwa menyayat hati berlaku dalam hidupnya dan umur seolah2 terhenti disitu sahaja, hanya fizikal sahaja grow up..tidak pada fikirannya.
Hadirnya Asfahul sebagai suami kerana amanah dari ayahnya membuatkan pasangan ini keliru dengan perasaan masing2.
Sunyinya hidup aty walaupun telah bersuami menghadirkan sang bunian dalam hidupnya. Apakah ini hanya mainan perasaan atau sememangnya wujud dalam hidupnya?
Emalin madu yang tidak pernah berpuas hati dengan aty dan terlalu inginkan kediaman Teratak Asfalin walaupun telah d maklumkan banglo itu hanya untuk dia - dia yang bernama Aty..
Kenapa? Ada apa pula dengan Teratak Maya? Siapa pula keturunan Megat dalam cerita ini. Bagaimana pun dengan kewujudan bunian dalam hidup aty..
Hohohoho..sangat gila pabila start membaca novel ini..sangat tidak boleh d hentikan..sangat tidak sabar nak tahu penamatnya..apatah lagi kejutan demi kejutan yang d hidangkan...
Pada peminat novel..cubalah baca novel ini..dapatkan ia d pasaran..insyallah anda tidak akan kecewa.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Angels